Sabtu, 6 Ogos 2011

SIAPA KATA ORANG ISLAM TIDAK MAMPU CEMERLANG??

Dipetik daripada:

http://al-ehsaniah.blogspot.com/2011/02/mokhtar-al-bukhary-tokoh-usahawan.html


Mokhtar Al Bukhary - Tokoh Usahawan Muslim Malaysia


LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
  • Umur - 53 tahun
  • Pendidikan - SPM
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. 

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.


Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. 
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.


Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.


Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.

Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.
clap
Sumber Artikel : iluvislam.com


*************************************************************************

Dipetik daripada :
http://raksasapurple.blogspot.com/2010/07/contoh-tokoh-usahawan-yang-berjaya.html







Saya ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini.” Itulah azam, pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Wanita kelahiran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. Ketika kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, Faiza, 58 dan nenek kepada 32 cucu sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. Faiza yang juga Pengarah Urusan Syarikat Faiza, sedang bertungkus-lumus mengeluarkan beberapa produk baru yang dijangka masuk ke pasaran selewat-lewatnya penghujung tahun ini. Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1992 itu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, Faiza pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.
“Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, saya bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai barangan dapur. “Kemudian, saya beralih membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya yang dilakukan di rumah dan mengedarkannya di kedai-kedai,” katanya yang mampu menguasai bahasa Melayu setelah tiga bulan berada di Malaysia. Ibu kepada tujuh anak itu menambah, modal daripada menjual rempah kari itu digunakan untuk membuka kedai runcit. Dari situ beliau mendapati pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain.
Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam. “Pada mulanya, saya buntu juga melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun saya nekad membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor. “Sehingga kini, perniagaan beras keluaran syarikat saya mendapat sambutan. Meskipun saingan sengit, kami telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal,” katanya yang kini mempunyai kilang di Kuala Lumpur, Kedah dan Terengganu.
Pada tahun 1998, beliau terdorong mempromosi beras ponni dari India yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi. Faiza berkata, bagi membuktikan kebaikan beras itu, syarikatnya telah meminta Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat kajian dan hasilnya memang positif. “Saya melabur berjuta ringgit bagi produk Taj Mahal dan telah meminta hak eksklusif daripada Bernas,” tambahnya yang gembira dengan sambutan orang ramai terhadap produk tersebut. Walaupun syarikatnya menumpukan produk beras dan rempah, kini beliau sedang meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap.
Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya. Ketika ini, syarikatnya telah memasarkan bubur herba penghujung tahun lalu dan mendapat permintaan yang baik daripada para pelanggan. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.

Kehidupan
Faizah yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu menerusi program Bersamamu. Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anak-anaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah.
Bagaimanapun katanya, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang menuntut ilmu setinggi mungkin. “Bukan semua anak saya terlibat dalam perniagaan, anak sulung dan kelima menjadi pensyarah dan lima yang lain membantu Syarikat Faiza,” katanya. Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap pekerja yang menipu dan mencuri. “Macam-macam cara orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual guni beras yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran,” katanya.
Ketika kebanyakan wanita yang seusianya berehat di rumah, Faiza pula sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam perniagaan beras di negara ini.Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar. Wanita ini turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat, di sini yang akan dibina tidak lama lagi katanya kepada Utusan Malaysia di sini.Semangat berniaga bagi wanita yang berasal dari Mesir ini telah tertanam sejak kecil lagi kerana bapanya adalah seorang peniaga kedai makanan. Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai. “Sebelum saya menjual beras, saya terpaksa pergi dari rumah ke rumah bertanyakan sama ada pelanggan mahu membeli beras sekiranya saya menjualnya,” katanya.Beliau kemudian memohon lesen pemborong beras dan menjual beras pelbagai jenis termasuk ponni, basmathi, beras wangi, beras siam. Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras keluaran syarikatnya mendapat sambutan baik.Katanya, daripada hanya dikenali di sekitar negeri Johor, jenama Beras Faiza melebarkan sayapnya ke Melaka dan Kuala Lumpur.

Sumbangan
Kesenangan yang ada perlu dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan,terutama golongan miskin dan ibu tunggal, kata Faiza Bawumi Sayed Ahmad, tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini.
Faiza, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, yang sinonim dengan program realiti televisyen swasta tempatan yang berbentuk amal "Bersamamu" kerana syarikat itu merupakan penaja utama rancangan tersebut, berkata hasratnya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan tersebut.
"Pengalaman turun padang mendekati kehidupan golongan susah dan ibu tunggal membuatkan saya berhasrat untuk menubuhkan Yayasan Faiza satu hari nanti bagi menguruskan hal kebajikan dan sumbangan kepada orang ramai.
"Niat saya hanya satu, iaitu tujuan saya berniaga bukan untuk kekayaan diri sendiri, tetapi untuk membantu orang lain terutama golongan miskin dan ibu tunggal menikmati kehidupan yang baik," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Faiza juga turut menyarankan umat Islam di negara ini supaya hidup bersatu padu supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain, dan hubungan yang kukuh sesama umat Islam bukan sahaja mampu memajukan masyarakat Islam di negara ini, malah mampu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat tersebut.
"Kita kena bersatu supaya tiada sesiapa dapat pecah-belahkan kita. Bila kita lemah, kita kena tindas. Ibarat lidi, bila ia satu, maka ia mudah dipatahkan tetapi apabila ia banyak, maka tidak dapat dipatahkan dengan mudah," kata anak kelahiran Mesir yang berhijrah ke Malaysia mengikuti suaminya Allahyarham Abu Bakar Ahmad yang merupakan rakyat Malaysia pada tahun 1964.
Faiza, 68, berkata selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah", semua masyarakat Islam juga perlu mengamalkan cara hidup dengan berpegang kepada ajaran Al-Qur'an, dan bersikap sentiasa senang hati apabila melihat kesenangan orang lain, dan bukannya berperasaan iri hati serta berhasad dengi apabila melihat kejayaan orang lain.
Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti yang diamalkan bangsa lain.
"Pernah seorang peniaga bukan Melayu meminta saya berfikir antara dua jenis ketam iaitu ketam Melayu dan ketam bukan Melayu. Mulanya saya tidak faham apa yang dimaksudkannya dengan dua jenis itu sehinggalah peniaga itu kemudian menjelaskan bahawa ketam Melayu akan menarik kawannya jatuh ke bawah ketika berjalan mendaki bukit, manakala ketam bukan Melayu pula akan menolong kawan-kawannya," katanya.
Faiza yang memiliki diploma dalam bidang jahitan sebelum berjaya mendirikan perusahaannya sekarang mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjahit pakaian, dan kemudian mengusahakan perusahaan rempah giling yang dijual kepada jiran serta kedai, sebelum membuka kedai runcit pada tahun 70-an.
Beliau memasuki bidang pembekal dan pemborong pada tahun 1982 sebelum menubuhkan Syarikat Faiza Sdn Bhd yang menjalankan aktiviti memproses dan mengedarkan beras berpangkalan di Batu Pahat pada tahun 1992.
Ibu kepada tujuh orang anak dan mempunyai 32 orang cucu itu juga berharap masyarakat Islam sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalankan kehidupan seharian, terutama amanah dan gigihnya Baginda Rasullulah dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.
Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.

Anugerah

Syarikat Faiza juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk pemborong terbaik pada tahun 2000, anugerah kecemerlangan operasi Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada 2001 dan dan anugerah emas bagi beras Taj Mahal oleh Reader's Digest Super Brand.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Faiza tetap meluangkan masa untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Pahat (Pengerusi Biro Kebajikan) dan ahli lembaga pelawat Hospital Batu Pahat serta pemegang amanah anak yatim Batu Pahat.
Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Wanita Anggun 2005, Tokoh Ibu Mithali Perkim 2007, Wanita Nadi Negara peringkat Johor 2007 dan anugerah khas Tokoh Guru 2009.




*************************************************************************************

Dipetik daripada :

http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=mac005-2009

Usahawan Perlu Jujur Untuk Dapat Barakah
oleh : Muhammad Harun

Usahawan yang berjaya tidak pernah mengenal erti ‘kegagalan’. Mereka menganggap kegagalan sebagai secebis asam garam dalam mengharungi dunia perniagaan sebelum mengecapi kemanisan sebagai usahawan yang berjaya.
Sehubungan itu, Bahagian Pembangunan Usahawan ANGKASA dengan kerjasama Perhubungan ANGKASA Negeri Perlis telah menganjurkan Seminar Pengenalan Usahawan Terpilih yang diadakan di Hotel Putra Palace, Kangar pada 31 Januari 2009. Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada peserta berkongsi ilmu dan pengalaman secara langsung dengan seorang usahawan yang telah berjaya mengembangkan perniagaannya di dalam dan luar negara iaitu Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd., Haji Ismail Ahmad.
Kini, Haji Ismail Ahmad boleh berbangga dengan pencapaiannya kerana produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikatnya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kejayaan tersebut bukanlah diperoleh dengan sekelip mata tetapi setelah mengharungi berbagai-bagai cabaran.
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN) Perlis, Haji Mutadho Bahri memberitahu, pihak penganjur memilih Haji Ismail Ahmad sebagai ‘Usahawan Terpilih’ untuk diperkenalkan di seminar ini adalah kerana kegigihan, kreativiti, pengalaman, ilmu dan kesungguhannya patut diteladani oleh setiap orang yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
Katanya, tambah membanggakan lagi ialah Haji Ismail Ahmad merupa- kan ‘anak jati’ negeri Perlis yang telah mengharumkan nama di persada dunia keusahawanan. Pencapaian Haji Ismail Ahmad pasti akan dapat membangkit-kan semangat di kalangan peserta yang terdiri daripada koperator di negeri Perlis dan Kedah.
Haji Mutadho Bahri mengharapkan setiap peserta yang hadir dalam seminar ini dapat melakukan sesuatu untuk menjejaki langkah ‘Usahawan Terpilih’ ini dalam membangunkan diri dan koperasi masing-masing.
“Berbagai-bagai anugerah keusahawanan telah diperoleh oleh Haji Ismail sama ada di peringkat negeri atau di peringkat kebangsaan. Jadi, peserta seharusnya dapat menimba ilmu dan pengetahuan melalui perkongsian pengalaman tokoh usahawan ini,” ujarnya.
Beliau yakin kerajaan negeri Perlis melalui Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis, Haji Sabry Ahmad yang dijemput merasmikan seminar ini dapat mem-bantu merealisasikan hasrat pihak penganjur untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di kalangan anggota dan koperasi.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua ANGKASA merangkap Pengerusi Pembangunan Usahawan ANGKASA, Prof. Dr. Haji Mohd. Ali Haji Baharum dalam ucapannya berkata, ANGKASA telah banyak memberi kemudahan dan perkhidmatan melalui berbagai-bagai cara bagi menarik anggota dan koperasi untuk menyertai bidang keusahawanan. Antara yang telah dilakukan ialah melalui kursus, seminar dan bengkel bagi menambah ilmu, pengalaman dan pengetahuan kepada mereka.
Kini katanya, ANGKASA mahu melihat peserta dan koperasi bukan lagi hanya menghadiri kursus tetapi mahu mempraktikkan atau melibatkan diri dalam keusahawanan. Sehubungan itu, ANGKASA akan membantu di mana ruang yang boleh dibantu bagi melihat bidang keusahawanan diceburi oleh gerakan koperasi.
Menurutnya, koperasi perlu mem-punyai hubungan kerjasama yang baik dengan usahawan-usahawan yang telah berjaya bagi memudahkan koperasi menceburi bidang keusahawanan. Antara langkah yang boleh diteroka ialah seperti menjadi pemasar produk, pelabur (rakan usahawan) dan membentuk rangkaian perniagaan bersama usahawan lain.
“ANGKASA sangat mengharapkan agar lebih banyak koperasi terlibat di dalam bidang keusahawanan sama ada sebagai pengeluar produk, pemasar, pemilik dan sebagainya. Jika koperasi memperoleh keuntungan maka anggota koperasi akan turut menikmati keuntungan tersebut,” ujar beliau.
Dalam pada itu katanya, ANGKASA telah merancang untuk membeli bangunan sendiri di setiap negeri. Sehubungan itu, bangunan tersebut perlulah berada di tempat yang strategik, mudah dihubungi, mudah dikunjungi, selesa dan mempunyai berbagai-bagai kemudahan. Untuk tujuan tersebut, ANGKASA telah memperuntukkan sejumlah wang bagi melaksanakan program tersebut. Dengan adanya bangunan sendiri di setiap negeri akan memudahkan koperasi berhubung dengan pihak ANGKASA Negeri dan Pusat.
Akhirnya, beliau mengharapkan setiap peserta yang hadir di dalam seminar ini dapat memanfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin. Haji Ismail Ahmad yang sangat berpengalaman dalam bidang perniagaan atau keusahawanan pasti akan berkongsi ilmu pengetahuan serta selok-belok perniagaan yang boleh memberi panduan kepada peserta pada masa akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis, Haji Sabry Ahmad dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri Perlis sangat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh Pengarah Urusan HPA Industri Sdn. Bhd., Haji Ismail Ahmad kerana dipilih sebagai tokoh usahawan yang berjaya sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Diharap pencapaian dan kejayaan beliau mampu menjadi contoh teladan yang berguna kepada rakyat negeri Perlis.
Katanya, kerajaan akan terus membantu dan menyokong sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang keusahawanan. Jadi, untuk membentuk diri sebagai usahawan yang berjaya perlulah ada ilmu, pengalaman, bersikap positif, kreatif, sabar dan ikhlas.
“Sikap terpuji yang ada yang telah menjadikan Haji Ismail Ahmad mampu mengharungi cabaran. Beliau memiliki azam serta mempunyai kreativiti yang tinggi untuk berjaya dan bersaing dalam perniagaan yang global kini. Sehingga sekarang, beliau telah menghasilkan berbagai-bagai produk herba yang bermutu tinggi hasil penyelidikan yang dilakukan oleh syarikatnya yang berjaya dikomersilkan,” ujar beliau.
Katanya, melalui seminar ini, peserta akan didedahkan dengan pengalaman langsung daripada seorang tokoh usahawan. Maka peserta perlu mengambil peluang bertanya. Seseorang usahawan perlulah mempunyai misi dan visi serta kaedah perniagaan yang baik. Selain itu, daya kreativiti untuk mempelbagaikan usaha dan kegiatan perlu ada dalam diri seseorang usahawan.
“Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan memantau kegiatan koperasi di negeri Perlis, saya akan berusaha membantu koperasi dan usahawan yang menceburi bidang perniagaan. Antara kegiatan yang boleh diterokai adalah seperti ternakan ikan keli, belut, lintah, cacing, tanaman herba dan sebagai-nya,” ujarnya sebelum merasmikan majlis.
Majlis diteruskan dengan ‘Per-kongsian Pengalaman Usahawan Terpilih’ dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah. Setelah mem-perkenalkan latar belakang dirinya, Haji Ismail Ahmad turut berkongsi pengalamannya bagaimana beliau terbabit dalam bidang perniagaan.
Katanya, hasrat untuk menceburi bidang perniagaan berputik dari bangku sekolah lagi. Sebelum menceburi dunia perniagaan secara serius, beliau pernah menjadi guru agama dan bekerja di jabatan kerajaan.
Tambahnya, bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan hasrat untuk mempelbagaikan produk jualan-nya dan membesarkan perniagaan hanya dapat dilaksanakan kira-kira 10 tahun setelah beliau menceburi bidang perniagaan pada akhir tahun 80-an.
Dari akhir tahun 90-an, Haji Ismail Ahmad tidak lagi menoleh ke belakang. Beliau terus mengembangkan sayap perniagaannya. Kalau dahulu, per-niagaannya banyak tertumpu kepada ubat-ubatan tradisional daripada herba, kini beliau telah mempelbagaikan perniagaannya seperti ternakan, penginapan, produk kesihatan dan sebagainya.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan beliau sehingga mampu mengutip jutaan ringgit pendapatan sebulan? Beliau menjelaskan, perniagaan perlulah dijalankan secara ikhlas, bertanggungjawab, jujur dan amanah. Perniagaan yang sedemikian akan lebih diberkati oleh Allah S.W.T.
Beliau menambah, perniagaan adalah satu perjuangan dan satu tuntutan pada zaman sekarang. Katanya, ini kerana banyak produk di pasaran belum tentu halal haramnya tetapi produk yang dihasilkan oleh HPA Industries adalah dijamin halal. Ia juga telah melalui ujian daripada berbagai-bagai jabatan dan ini dijamin selamat dan bermutu tinggi. Contohnya, produk kesihatan yang dikeluarkan telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Kesihatan Malaysia.
Katanya, produk HPA bukan sahaja mendapat sambutan yang menggalakkan di dalam negeri, malah telah mendapat permintaan yang tinggi daripada luar negara terutamanya dari negara-negara Islam. Sehingga kini, terdapat lebih 200 produk yang dihasilkan di kilang HPA Industries.
HPA Industries Sdn. Bhd. kini telah mempunyai lebih 75 buah stokis di seluruh negara dan lebih 20,000 orang telah menjadi pengedar (ahli) produk syarikat tersebut. Berbagai-bagai keperluan keluarga, dapur dan makanan serta minuman berkhasiat telah dihasilkan oleh HPA Industries.
Di akhir sesi soal jawab di majlis tersebut, Haji Ismail Ahmad mengingatkan kepada bakal-bakal usahawan yang hadir supaya lebih mementingkan kepuasan pelanggan, kebersihan, kejujuran dan keredaan Allah S.W.T. apabila menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan.

*******************************************************************
Dipetik daripada :
http://www.facebook.com/pages/Tan-Sri-Azman-Hashim/108412779190182
From Wikipedia, the free encyclopaedia
Tan Sri Dato' Azman Hashim (born July 1939 in Kuala Lumpur) is one of the richest people in Malaysia and his net worth is estimated by Forbes to be US$600 million, making him the 9th richest person in Malaysia.

Early life

Tan Sri Dato’ Azman Hashim was born in July 1939 in Kuala Lumpur to a family of thirteen siblings and spent his childhood in Kampung Baru, Kuala Lumpur. His father was a strict disciplinarian and his mother was a school teacher who later became headmistress of the Kampung Baru Girls’ School. In 1954, he sat for the Senior Cambridge Examination and obtained a first grade. He had wanted to pursue medicine but was offered accountancy instead on a Colombo Plan Scholarship which took him to Australia from 1955 to 1960.He became a Chartered Accountant and Chartered Secretary before the age of 21. He became a Fellow of both the Chartered Institute of Accountants, Australia (FCA Australia) and the Institute of Chartered Secretaries & Administrators (FCIS) in 1960. Later he also became a Fellow of the Institute of Bankers, Malaysia, the Institute of Directors, Malaysia and the Malaysian Institute of Management.

Career

Tan Sri Dato’ Azman Hashim is well known as a corporate figure. His professional experience began in Perth, Australia where he was employed by Messrs O.L. Haines & Co (Chartered Accountants) from 1955-1960. In 1960, he returned to serve with Bank Negara Malaysia until May 1964 when he left to start his own accountancy practice of Azman & Co which later grew into a partnership, Azman Wong Salleh & Co (Chartered Accountants). He then joined the Board of Malayan Banking Berhad in 1966 and was its Executive Director from 1971 to 1980. He was appointed Executive Chairman of Kwong Yik Bank Berhad in 1980 till 1982 when he became Chairman of the AmBank Group until today. Currently, Tan Sri Dato’ Azman Hashim is Executive Chairman of Amcorp Group Berhad and Chairman of several subsidiaries of the AmBank Group and also Amcorp Properties Berhad.

Source

Description above from the Wikipedia article Tan Sri Azman Hashim, licensed under CC-BY-SA full list of contributors here. Community Pages are not affiliated with, or endorsed by, anyone associated with the topic.

*************************************************************

Dipetik daripada :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Irfan_Khairi

Irfan Khairi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Irfan Khairi
Irfan Khairi merupakan seorang jururunding (consultant) yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet.
Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom.
Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd [1]. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.
Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.
Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.
Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Ketika itu beliau berumur 25 tahun.
Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia! Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.
Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama isteri dan sepasang cahaya mata.
Irfan Khairi turut menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar sebagai cara menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan.

****************************************************************

Dipetik daripada :  

http://harizamrry.com/category/agro-usahawan-contoh/

Agro – Usahawan Contoh

JIKA mengikut laluan yang betul, memang tidak susah mencari ladang Cattle Farms D’Zas, milik pelakon Teater Muzikal Uda dan Dara, Razali Hussain yang beroperasi jauh dalam hutan sekitar Batu 22, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.
Ladang lembu seluas tiga ekar itu dimiliki Razali dan dua rakan kongsinya, Hanna Zaheeda yang juga pengarah Urusan Cattle Farms dan seorang lagi rakan kongsi mereka, Abang Samad.
Bagi memastikan wartawan dan jurugambar Rap tidak sesat, Razali setia menunggu di Batu 14, Hulu Langat untuk menunjukkan penulis arah ke ladang miliknya itu. Hujan renyai-renyai juga menyambut kedatangan kami ke ladang lembu itu kira-kira jam 4 petang.
Kata Razali yang bertopi pada petang itu, ladang lembu itu baru beroperasi kira-kira tiga bulan lalu.
“Maaf, ladang ini juga belum ada papan tanda kerana kami baru menempahnya. Sebelum ini, ladang ini mempunyai lebih 100 ekor lembu sebelum ia dibeli pelanggan.
“Kini, hanya tinggal kira-kira 30 ekor lembu saja lagi diternak di ladang ini. Lembu yang diternak di ladang ini membabitkan baka tempatan dan Brahman (Thailand),” katanya.
Akui Razali, lembunya juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, sempena Aidiladha.
“Banyak lembu di ladang ini sudah ditempah untuk majlis korban sempena Aidiladha. Harga seekor lembu yang dijual di ladang ini juga berpatutan iaitu dari RM2,500 dan ke atas. Harga lembu yang dijual juga bergantung kepada usia lembu yang sudah cukup matang untuk dikorbankan,” katanya.
Kata Razali, harga lembu di ladangnya lebih murah pada hari bukan perayaan.
“Selain untuk korban dan majlis akikah, orang ramai juga boleh membuat tempahan lembu untuk majlis kenduri dan majlis perkahwinan. Pada hari biasa, harga lembu di ladang kami dijual serendah RM1,700 dan ke atas.
“Insya-Allah, jika sambutan terus menggalakkan daripada pelanggan, kami merancang membesarkan lagi ladang ini pada masa depan,” katanya.
Ditanya bagaimana dia mendapat idea untuk menceburi bisnes lembu itu, Razali berkata, ia bermula dengan tawaran Hanna atau lebih mesra disapa Kak Anne untuk menceburi bidang penternakan lembu itu, kira-kira dua tahun lalu.
“Saya mula mengenali Kak Anne apabila saya terbabit dalam satu persembahan sebelum ini. Kak Anne terus mengajak saya menjadi rakan kongsinya apabila dia dapat tahu minat saya yang cukup mendalam dalam bidang perniagaan.
“Saya terus terima tawarannya itu dan kami sepakat menamakan ladang ini dengan nama D’Zas yang juga gabungan nama kami bertiga iaitu Zali, Anne dan Samad,” katanya.
Apapun, Razali mengakui bisnes penternakan lembu juga ada cabarannya.
“Terus terang, kami bertiga memang tiada asas dalam penternakan lembu ini. Namun, hasil kajian mendalam daripada mereka yang pernah terbabit dalam bidang ini, kami yakin untuk menceburi bisnes ini.
“Pada peringkat awal, kami buka ladang ini memang su�sah untuk mengendalikannya. Kami juga memilih kawasan di Batu 22, Hulu Langat ini kerana ia memang sesuai untuk menternak lembu.
“Saya masih ingat, ada se�ekor lembu kami yang cedera apabila jatuh lori pada pering�kat awal kami buka ladang ini. Kami terus sembelih dan menjamu penduduk sekitar kawasan ini,” katanya.
Lebih bermakna, kata Razali, modal yang digunakan untuk buat bisnes itu juga duit hasil titik peluhnya dalam bidang seni, sejak lima tahun lalu. Menurutnya, kos untuk membuka ladang lembu juga tinggi iaitu kira-kira RM150,000.
“Saya sedar bidang seni ada pasang surutnya dan bisnes ini sebagai jaminan masa depan.
“Sebagai artis, saya juga hanya berada di ladang bila tidak terbabit dengan mana-mana penggambaran drama dan teater dan undangan persembahan nyanyian.
“Saya tidak bimbang untuk ke lokasi penggambaran kerana abang Samad dan tiga pekerja mampu mengendalikan ladang ini bila kami tidak ada,” katanya.
Bagi yang berminat untuk membuat tempahan lembu dari ladang D’Zas mereka boleh hubungi talian 019 2320625, 019 2110901 dan 017 6407003.
Dalam perkembangan lain, sambutan Aidiladha yang mula disambut hari ini diraikan Razali secara sederhana di Hulu Langat.
“Saya juga menghadiri majlis korban yang dibuat di surau Hulu Langat pada pagi Aidiladha,” katanya.
Berkongsi perkembangan karier seninya pula, Razali akan terbabit dengan peng�gambaran drama Alauddin untuk stesen TV Hijrah, bulan depan.
“Saya bawa watak utama antagonis dalam cerita untuk stesen TV baru ini,” katanya.
Graduan jadi usahawan kuih

Musleha Punari sentiasa berusaha mengembangkan perusahaannya menjadi lebih besar dengan mewujudkan lebih banyak cawangan.



MENJUAL kuah rojak, makanan ringan serta produk pertanian di pasar tani pada tahun 1990-an merupakan titik permulaan bagi Punari @Zainudin Salleh, 59, membina empayar perniagaannya.
“Ketika mula-mula menceburi perniagaan pasar tani saya hanya memikirkan mencari rezeki untuk keluarga,” katanya ketika ditemui di premisnya di Sungai Leman, Sekinchan, Selangor.
Sebelum berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dia pernah bekerja sebagai buruh di Singapura dan berkebun.
Matlamatnya hanya satu, untuk mencari rezeki bagi anak-anak dan isteri.
Kini, selepas lebih 10 tahun berkecimpung dengan perniagaan kecil-kecilan, akhirnya dengan bantuan dan galakkan isteri Mastura Senon, dia berjaya membina empayar MHP Enterprise.
Menggunakan jenama Masri, gabungan nama suami isteri Mastura dan Punari – memberikan tuah kepada Punari sehingga produknya berjaya mendapat tempat di rak-rak di pasar raya besar seperti Giant.
Sebagai pengasas, Punari memulakan usaha kecil membangunkan MHP Enterprise hanya dengan modal RM10,000.
“Siapa sangka produk yang bersifat kampung seperti kerepek, baulu, rempeyek dan biskut tradisional mempunyai potensi yang cukup tinggi dan unik di pasaran,” katanya.
Ini yang menjadi kekuatan awal kepada syarikatnya dalam ruang modal yang terbatas dan infrastruktur serba sederhana menjadi kuat daripada semasa ke semasa.
Bagaimanapun, tidak mahu terlalu lama mengetuai MHP Enterprise, Punari memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak sulungnya, Musleha Punari.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Musleha berjaya membawa pelbagai peningkatan kepada produk jenama Masri dan MHP Enterprise.
Sebagai pengurus MHP Enterprise, Musleha berjaya melonjakkan jualan kasar selain mendapat pengiktirafan halal daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha membawa produk syarikat ke pasaran yang lebih luas.
“Pada mulanya saya menangis apabila ayah memberikan tanggungjawab menguruskan MHP Enterprise.
“Mana tidaknya, dengan kelulusan yang ada tentu saja saya berpeluang menjawat jawatan lebih baik di syarikat antarabangsa,” katanya.
Mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan MHP Enterprise kini mempunyai 40 orang pekerja tetap dan sementara.
Bukan itu saja, kini MHP Enterprise juga menjadi pusat jualan untuk produk-produk makanan ringan tradisional yang diusahakan oleh penduduk sekitar.
Kini MHP Enterprise banyak menerima pelawat yang menginap di hotel dan inap desa sekitar Kuala Selangor, Sekinchan dan kawasan sekitarnya selain peserta kursus dari agensi kerajaan dan swasta.
“Kami juga menerima delegasi dan pelancong asing seperti Iran, Belanda, Indonesia, Perancis, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Singapura, Myanmar, Brunei dan Thailand,” kata Musleha.
MHP Enterprise akan terus memandang ke hadapan dan disasarkan selepas ini, syarikat terbabit akan mengembangkan perusahaannya dengan mewujudkan lebih banyak cawangan.
Di samping peningkatan kualiti terhadap produk melalui kerjasama penyelidikan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di harap produk selepas ini boleh menembusi dan bersaing di pasaran global pula.
Bagi yang berminat boleh melayari laman blog www.mhp2020.blogspot.com atau hubungi Musleha di 019-3682346 atau 019-3779136.
Update me when site is updated


Mahadi Yusoof menunjukkan hasil tembikai wangi yang diusahakannya secara berkelompok di projek pemulihan tanah terbiar di Pasir Mas, baru-baru ini.

PASIR MAS 2 Sept. – Pepatah orang tua-tua ada mengatakan ‘berbudi pada tanah, pasti akan mendapat hasilnya’.
Itulah yang dibuktikan oleh 20 peserta projek pemulihan tanah terbiar di Kampung Slow Kulim di sini apabila projek tanaman tembikai wangi yang diusahakan mereka sejak beberapa bulan lalu telah mengeluarkan hasil.
Siapa sangka, tanah sawah terbiar hampir 10 tahun lalu yang ada menjadi sarang pembiakan nyamuk, ular dan sebagainya tiba-tiba bertukar wajah menjadi ‘lubuk rezeki’ bagi penduduk di sekitar kampung tersebut.
Diusahakan secara berkelompok sejak empat tahun lalu, tanah seluas 12 hektar itu membuka dimensi baru bagi penduduk terbabit dalam usaha meningkatkan pendapatan ekonomi mereka dan keluarga.
Ketua projek, Abdullah Ya’akob, 64, berkata, dia memilih untuk menjalankan projek tanaman tembikai wangi kerana kurang persaingan yang boleh menyebabkan berlakunya lambakan buah dan penurunan harga.
Tambahnya, jika sebelum ini rata-rata pendapatan penduduk kampung di bawah paras RM500 sebulan, namun sejak menyertai projek tersebut para peserta mampu memperoleh pendapatan sekitar RM1,800 hingga RM2,500 sebulan.
“Pada peringkat awal, seramai 12 peserta sahaja yang terlibat, selepas melihat kejayaan saya bersama peserta lain barulah mereka yakin bahawa tanaman tembikai wangi mampu menjana pendapatan yang lumayan.
“Alhamdulillah, peserta semakin bertambah dan kita bercadang akan membuka lagi beberapa kawasan baru untuk dijadikan tapak projek tanaman tembikai wangi ini,” ujarnya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Abdullah yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam projek tanaman tembikai wangi menambah, ada di kalangan peserta terdiri daripada kakitangan awam, guru dan pemandu bas yang menjadikan bidang pertanian pekerjaan sambilan kerana percaya ia dapat menambah pendapatan.
Jelasnya, projek itu turut disokong pelbagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti Jabatan Pertanian Daerah Pasir Mas, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan kerajaan negeri.
“Pada peringkat awal JPS banyak membantu membangunkan tanah ini dengan menyumbangkan peruntukan untuk membina prasarana di sini.
“Antaranya, JPS telah membina dua buah telaga tiub, membina sistem jalan ladang dan saliran serta menyediakan enjin air di sini untuk membantu petani bercucuk tanam,” katanya.
Ditanya mengenai pasaran Abdullah berkata, peserta projek tidak perlu bimbang kemungkinan berlaku lambakan buah dan harga jatuh kerana mereka telah mendapat jaminan berikutan perjanjian jual-beli yang dimeterai dengan FAMA.
Sementara itu seorang peserta yang juga kakitangan awam, Saupi Loman, 46, berkata, dia menjadikan pertanian sebagai pendapatan sampingan selain untuk mengisi masa terluang pada waktu petang.
“Pada peringkat awal saya hanya ingin mencuba, tetapi bila hasil pertama diperoleh, saya mula yakin projek ini mampu memberikan pendapatan yang lumayan.
“Jangkaan saya memang tepat, dalam jangka masa tiga bulan pendapatan bersih yang diperoleh mencecah RM10,000,” katanya.
Tambahnya, pada musim lalu dia mampu memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM18,000.
Seorang lagi peserta, Mahadi Yusof, 38, bersyukur kerana projek itu berjaya mengubah hidupnya apabila pendapatan yang diperoleh lebih tinggi berbanding dengan kerja yang dilakukan sebelum ini.
“Pendapatan hasil jualan tembikai wangi ini cukup lumayan. Sebelum ini pendapatan saya hanya cukup makan, tetapi sejak menyertai projek ini pendapatan saya mencecah RM2,500 sebulan.
“Melalui tanaman tembikai inilah saya mampu menanggung keluarga dan membiayai persekolahan anak-anak,” ujarnya.
Bagi peserta termuda projek itu, Mohd. Firdaus Adnan, 22, dia tidak pernah menyesal menjadikan bidang pertanian sebagai punca pendapatan.
“Walaupun orang kata penat, namun hasil yang diperoleh cukup berbaloi. Selepas ini saya bercadang membuka sebidang tanah lagi untuk mengusahakan projek pertanian.
“Benar kata orang tua-tua, berbudi pada tanah pasti dapat hasil dan itulah yang telah dibuktikan oleh saya dan rakan-rakan,” ujarnya.
Update me when site is updated

KU HANISRAHAYU Ku Yaakub menunjukkan kuih yang siap untuk dipasarkan di Kampung Belukar Gelong Rambai, Tunjang, Kubang Pasu, baru-baru ini.



KUBANG PASU 2 Ogos – Seorang usahawan, Ku Hanisrahayu Ku Yaakub membuktikan kebenaran pepatah Melayu ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.
Wanita berumur 36 tahun dari Kampung Belukar Gelong Rambai, Tunjang di sini kini boleh berbangga dengan pencapaiannya selepas hampir 15 tahun menjalankan perniagaan bakeri dan kuih tradisional.
Kisah kejayaan ibu kepada empat anak berusia tiga tahun hingga 15 tahun itu bermula pada 1996 apabila dia berusaha mencari jalan untuk menambah pendapatan keluarga.
Memandangkan sejak kecil dia sering menolong ibunya, Wan Azizah Megat Ahmad, 58, membuat pelbagai kuih tradisional, Ku Hanisrahayu atau lebih dikenali dengan panggilan Anis melihat peluang untuk berbuat demikian dengan menceburi bidang tersebut.
Dengan sokongan suaminya, Ahmizan Ahmad, 38, pasangan berkenaan mula berniaga secara kecil-kecilan dengan mengambil kuih tradisional yang dihasilkan oleh seorang kenalan mereka untuk dijual di pasar malam di sekitar Jitra.
Tidak lama selepas itu, dia mengambil keputusan untuk mempelajari sendiri teknik-teknik membuat kuih bagi memenuhi permintaan pelanggan setelah kenalannya itu berhenti daripada menghasilkan kuih tradisional tersebut.
Pada 1999, Ku Hanisrahayu mula mengorak langkah yang lebih jauh apabila dia bertekad meluaskan lagi perniagaannya supaya tidak bergantung pada jualan kuih-muih tradisional semata-mata.
Bagi merealisasikan hasratnya itu, dia mengikuti kursus asas pemprosesan kek dan biskut di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) di Kuala Lumpur.
“Selepas itu jika ada iklan yang menawarkan kursus berkaitan bidang ini, saya akan menyertainya bagi menambahkan kemahiran dan pengetahuan yang ada.
“Syukur usaha itu berbaloi kerana perusahaan bakeri seperti membuat kek, roti dan biskut kini menjadi perniagaan utama kami,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Belukar Gelong Rambai, Tunjang di sini baru-baru ini.
Ku Hanisrahayu yang merupakan usahawan bimbingan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkata, dia bertuah kerana mempunyai seorang suami yang memahami dan sentiasa memberi sokongan padu terhadap usahanya itu.
Malah katanya, dia juga bersyukur kerana mendapat pelbagai bantuan dan sokongan daripada agensi kerajaan khususnya menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menurutnya, perniagaan MNA Abadi Enterprise yang ditubuhkannya turut mengekalkan jualan pelbagai kuih-muih tradisional sama ada yang dihasilkan sendiri atau orang lain terutama penduduk kampung.
“Sehingga hari ini, pasaran perniagaan kami semakin meluas dengan menerima pelbagai tempahan termasuk daripada sekolah-sekolah di sekitar Kedah dan Perlis.
“Apabila tiba musim cuti sekolah atau perayaan, permintaan pasaran meningkat dengan ketara,” katanya yang pernah meraih Anugerah Usahawan Cemerlang 2009 RISDA Kedah.
Ku Hanisrahayu memberitahu, dia sendiri tidak menyangka kini mampu meraih pendapatan bersih antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan hasil penat lelah membangunkan perniagaannya itu.
Sambil merendah diri, usahawan berjaya itu berkata, kejayaan yang dikecapi bukan datang dengan mudah sebaliknya pelbagai pahit getir terpaksa dilalui.
“Semasa hendak memulakan perniagaan dulu, saya terpaksa berhutang untuk membeli ketuhar dan mengumpul modal sedikit demi sedikit.
“Alhamdulillah, berkat kegigihan dan sokongan semua pihak, perniagaan MNA Abadi Enterprise berada pada tahap sekarang. Tetapi masih banyak yang perlu kami pelajari,” katanya yang mempunyai enam pekerja tetap.
MNA Abadi Enterprise merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan menambah bilangan mesin bagi meningkatkan pengeluaran dan membuka cawangan bagi memudahkan lagi urusan pemasaran serta jualan produk.
Mereka yang ingin merasai keenakan produk keluaran MNA Abadi Enterprise boleh menghubungi Anis di talian 012-4253901 atau Mizan (012-4933901).
Update me when site is updated
Azizuzanadi Zainuddin memangku dua ekor anak kambing biri-biri baka Australia. -Foto BERNAMA
KETIKA penulis tiba di kediamannya di Kampung Hayat, Simpang Pelangai, terletak kira-kira 46 km dari Bentong, beliau sedang bertukang di kandang kambingnya.
“Beginilah kalau kerja sendirian, semua kena buat sendiri,” kata Azizuzanadi Zainuddin, 39, sambil mengetuk papan untuk dijadikan bekas makanan kambing-kambing baka Feral dari Australia.
Berbanding kambing lain yang begitu riuh mengembek, kambing-kambing Australia ini berkumpul di satu sudut ketika Azizuzanadi atau lebih mesra dengan panggilan Among, membuat kerja tukangannya.
“Kambing-kambing Australia ini baru saya dapat beberapa hari lalu, mungkin mereka tak biasa lagi dengan kandang ini, itu sebab mereka diam sahaja,” kata Among berseloroh.
Kandang kambing dua tingkat itu siap dibina Mac 2008. Kos membina kandang mencecah RM90,000 dan sebahagian besar wang diperoleh daripada pinjaman Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dan bantuan PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan Pelangai).
Di bahagian bawah kandang terdapat stor menyimpan makanan, peralatan dan keperluan.
Di lantai bawah itu juga Hadi membakar rumput kering yang menghasilkan asap untuk menghalau agas dan nyamuk.
Tahi kambing turut dikumpul di lantai bawah dan dibakar untuk dijadikan baja.
Di bahagian atas terdapat beberapa petak kandang yang mengasingkan kambing ternakan mengikut jenis, saiz dan umur.
PENDIDIKAN TINGGI
Mendengar sketsa liku-liku kehidupan penternak muda ini, anak seorang pesara tentera, menunjukkan beliau bukan calang-calang orangnya dari segi pencapaian akademik.
Beliau bersekolah agama dari peringkat sekolah rendah hingga menengah. Tamat tingkatan lima, beliau memilih menyambung pelajaran di sekolah pondok, Sekolah Agama Rakyat Al-Nadhah, Kota Sarang Semut, Kedah selama dua tahun.
Meskipun mendapat peluang untuk ke Universiti Al Azhar, Hadi memilih untuk ke sekolah Pondok Sungai Jagung, Pendang, Kedah dan belajar selama tiga tahun lagi.
Tamat belajar di sekolah pondok, beliau pulang ke kampung halamannya dan membuat kerja kampung selama dua tahun termasuk menoreh getah di kebun datuk dan neneknya serta menanam pisang.
Meskipun bersekolah agama dan pondok, anak muda ini berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis pada 1992 dalam bidang pengajian perniagaan.
SEMUA BOLEH
Azizuzanadi menunjukkan ikan keli yang dipeliharanya di tiga buah kolah di ladangnya.
Tamat belajar di UiTM, beliau melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan di Northwood University, Midland, Michigan atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Tamat pengajian peringkat ijazah, beliau tidak terus kembali ke tanah air. Anak perantau ini tidak mahu melepaskan peluang menggali pengalaman bekerja di negara asing.
Beliau bukan setakat melakukan dua kerja tetapi juga menyambung pengajian di peringkat sarjana, dengan belanja sendiri, bukan satu tetapi tiga, iaitu Masters in Information System, Masters in International Business dan Masters in Risk Management.
Beliau mengikuti pengajian ketigatiga ijazah sarjana itu di Universiti Concordia, Mequon, Wisconsin.
Tamat pengajian ijazah sarjana, Hadi tinggal beberapa tahun lagi di Amerika dan memulakan perniagaan pengedaran kebanyakannya produk Industri Kecil dan Sederhana (IKs) Malaysia serta produk etnik Asia da Mexico.
“Saya menyewa sebuah gudang di Greendale, Wisconsin untuk perniagaan saya ini. Sambutan untuk produk Malaysia dan Asia memang bagus tetapi yang mengecewakan saya ialah bila saya dapat tawaran membekal sos masam manis dalam kuantiti yang besar untuk Walmart, rangkaian pasaran yang hebat di Amerika, tak ada pihak di tanah air yang sanggup membekalkan saya produk berkenaan,” keluh Among.
USAHAWAN TANI
Setelah hampir 10 tahun di perantauan, Among kembali ke tanah air pada April 2007.
“Kalau makan gaji, kita yang lelah bekerja tetapi orang lain yang mengecap kejayaannya,” jelas beliau.
Among mahu menjadi usahawan dan memilih untuk meneroka bidang pertanian di sebalik tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) dari sebuah institut pengajian tinggi awam tempatan.
“Semasa belajar di Amerika, saya berpeluang melawat banyak ladang lembu dan jagung. Saya juga pernah bekerja sambilan di ladang dan saya melihat sendiri betapa majunya peladang-peladang di negara itu. Saya diberitahu kerajaan mereka banyak membantu dan memasarkan produk yang dihasilkan.
“Sememangnya jika dibandingkan dengan industri pertanian di tanah air, kita masih jauh ketinggalan. Di situlah datang tekad untuk saya jadikan bidang pertanian sebagai karier saya,” jelas Among.
Sekembalinya ke tanah air, Among tidak membuang masa dan mengikuti pelbagai kursus termasuk anjuran Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (Medec), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Perikanan Malaysia.
Antara kursus yang disertainya ialah kursus ternakan ikan dalam sangkar, kursus membuat makanan ternakan, kursus pembenihan ikan, kursus penyakit ternakan kambing dan kursus ternakan kambing peringkat ladang.
“Habis sahaja kursus ternakan ikan, saya buat dulu ternakan kambing pada Disember 2007. Saya beli 20 ekor kambing dari sebuah ladang di Nilai, Negeri Sembilan yang terpaksa gulung tikar. Saya belanja lebih RM5,000 untuk beli kambingkambing ini,” kata Among dengan menambah beliau kemudian membeli 39 ekor lagi kambing dengan kos kira-kira RM15,000.
Pada peringkat awal, Among menempatkan kambingkambingnya di tanah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Lembah Jaya, kirakira 5 km dari rumahnya.
Rutin kerjanya bermula selepas subuh termasuk menyabit rumput untuk makanan kambing-kambingnya.
“Usaha awal saya berjaya, kambing membiak dan gemuk-gemuk. Saya mendapat bantuan emak dan pakcik saya serta adiknya. Cuma bila pindah ke kandang baru, tidak jauh dari kandang asal, kambing banyak mati. Kini saya memindahkan kesemua kambing yang ada di kandang yang baru berhampiran rumah emak saya. Makanan yang diberi sama, mungkin tapak kandang tak serasi,” katanya.
TAK SEMUDAH
Menurut Among, dia hampir berputus asa bila banyak kambing ternakannya mati dan bantuan yang diharapkan daripada jabatan yang berwajib tidak diterima secepat yang diharapkan.
Hasil penat lelahnya, Among kini mempunyai kira-kira 100 ekor kambing daripada pelbagai jenis termasuk kambing biribiri dan kambing Feral dari Australia, kambing Jamnapari dari Indonesia, kambing Katjang (baka kacukan tempatan dan Anglo Nubian) dan kambing Boer.
Beliau juga membuka sebuah ladang di Jelebu, Negeri Sembilan untuk ternakan kambing biri-biri yang kini berjumlah 37 ekor dan dijaga oleh pakciknya.
Menurut Among, hasil jualan kambing dan ikan keli tahun lalu membolehkan beliau membeli sebuah lori untuk kegunaan bisnesnya.
PELBAGAI AKTIVITI
Among kini mengorak langkah mempelbagaikan ternakannya dengan mengusahakan ternakan ikan keli di tanah berhampiran ladang kelapa sawit milik pakciknya.
Beliau bermula dengan 100,000 anak ikan keli yang dipeliharanya di tiga buah kolah batu termasuk sebuah kolam tanah untuk asuhan anak benih sehingga tahap matang.
“Saya ternak ikan keli ini untuk mendapatkan aliran tunai. Sekarang, tiap-tiap hari ikan boleh dijual. Purata dalam sebulan saya boleh dapat antara RM1,000 hingga RM2,000,” katanya sambil berkata, dia juga menjual ikan keli salai dengan harga RM18 sekilo.
Among mempunyai rancangan besar untuk perniagaan ternakannya, cuma kekangan utama ialah aliran wang tunai.
Jadual kerja Among sememangnya padat, bermula sebaik selepas subuh hinggalah tengah malam. Kambing-kambingnya bukan sahaja perlu diberi makan tiga kali sehari tetapi kandang juga perlu dibersihkan.
Di antara kesibukan di kandang kambing, beliau akan menjengah kolam-kolam ikan kelinya yang terletak kirakira 200 meter dari kandang kambingnya.
“Memang banyak kerja yang perlu dibuat. Hujung minggu kerja, Hari Raya pun kerja. Kalau hendak berjaya, mesti belajar dan buat sendiri. Kena tahu apa nak buat kalau kambing sakit, kalau kambing nak beranak, kena ada pengetahuan.
“Saya biasa buat kerja dari peringkat bawah lagi. Semasa di Amerika, saya pernah bekerja dengan sebuah restoran pizza. Saya bermula daripada mencuci lantai dan pinggan sehinggalah saya diberi kepercayaan menjadi pengurus.
“Apa yang saya belajar ialah dalam apa juga pekerjaan, kita mesti handson, kita mesti tahu selokbelok semua kerja, baru kita boleh pergi jauh,” katanya sambil menjelaskan beliau mendapat bantuan ibu dan adiknya jika dia perlu meninggalkan ladang untuk urusan luar.
Isterinya, Zaibedah Zaharum, ialah pensyarah di UiTM, Segamat, Johor.
PELAN LIMA TAHUN
Among mempunyai rancangan besar iaitu mahu menjadikan Pelangai pusat ternakan dan pengeluar kambing utama di negeri Pahang.
Beliau meletakkan sasaran untuk memiliki kira-kira 5,000 ekor kambing dalam masa lima tahun di samping mengumpulkan penternak-penternak kecil di kawasan sekitar di bawah satu konsortium.
Di samping menambah baka kambing yang berkualiti, beliau juga mahu menubuhkan sebuah syarikat perdagangan.
“Saya sudah mengenal pasti seseorang untuk menjadi rakan kongsi bagi tujuan ini. Di bawah syarikat ini, saya rancang nak buat lelongan bukan sahaja ternakan termasuk kambing, lembu atau kerbau tetapi juga hasil pertanian yang lain.
“Syarikat saya akan mengendalikan rumah lelongan ini dan setakat ini, belum ada rumah lelongan di Malaysia. Mungkin lelongan ini kita boleh buat empat kali setahun.
“Kita juga boleh buat jualan secara online (internet),” katanya.
Update me when site is updated

Mohd. Hazrul Nizam Zainal Abidin dari Harun Puyuh Enterprise mempromosikan keenakan burung puyuh goreng, segar dari ladang.



Usahawan 1
Pakcik Harun Baba, pengusaha penternakan burung puyuh sejak 25 tahun lalu, mempunyai dua ladang ternakan puyuh seluas hampir 10 hektar di sekitar Linggi Negeri Sembilan.
Dalam satu-satu musim penternakan dianggar sebanyak 10,000 hingga 50,000 ekor puyuh diternak untuk memenuhi permintaan terhadap bekalan daging burung itu.
Atas nama mempelbagaikan produk berasaskan daging burung puyuh ini, beliau memperkenalkan menu-menu daging puyuh yang menarik, iaitu Puyuh Goreng, Puyuh Goreng Tepung, Puyuh Madu Berempah sehingga Telur Puyuh Goreng Tepung.
“Berbanding daging ayam, daging burung puyuh mengandungi khasiat pemakanan yang lebih tinggi di samping kandungan kalorinya yang rendah.
“Masakannya juga boleh dipelbagaikan seperti memasak daging ayam, tanpa ramai yang ketahui burung puyuh sebenarnya boleh menjadi ubat kepada sesetengah penyakit, terutamanya lelah atau asma,” katanya.
Di samping itu, kata Harun, amalan makan daging puyuh boleh meningkatkan dan menjadi sumber tenaga kepada badan.
Beliau yang mengembangkan perniagaan berasaskan penternakan dan memasarkan daging burung puyuh ini benar-benar ingin pergi lebih jauh dalam sektor ini.
Beliau percaya burung puyuh mampu menjadi alternatif kepada sumber makanan berasaskan ternakan dan untuk itu beliau sedia menyahut apa juga cabarannya.
Usahawan 2
Anda amat mengenali sejenis sapuan pada roti yang berasaskan coklat, iaitu jenama N ini. N satu-satunya produk seumpama itu yang pasarannya cukup meluas di negara ini.
Ramai yang menggemarinya kerana teksturnya yang lembut, lazat dan kanak-kanak begitu menggemarinya.
Namun N adalah produk import dari luar yang berjaya menembusi pasaran umat Islam di negara ini kerana mempunyai standard halal yang dibenarkan.
Namun bagi pengusaha seperti Hishamuddin Shaharom, beliau melihat akan keperluan produk seperti ini perlu dikeluarkan di peringkat tempatan.
“Saya bukan bertujuan menjadi pesaing kepada produk N itu tetapi sekadar memberi alternatif yang lebih baik untuk dipilih oleh para pengguna,” katanya yang memperkenalkan Coco V sejak Ogos lalu.
Malah tidak sahaja kekuatannya bergantung kepada keluaran tempatan kerana kilang memprosesnya beroperasi di Pulau Indah, Kelang namun yang lebih utama, jenama Coco V (V untuk Victory) adalah 100 peratus halal.
“Dengan harga yang lebih kompetitif murah berbanding N, Coco V tidak sahaja setaraf dan setanding kualitinya dengan N tetapi sebagai umat Islam adalah menjadi satu kefarduan mendapatkan sumber makanan yang halal. Coco V adalah salah satunya,” ujar Hishamuddin.
Usahawan 3
Pernah kita digemparkan baru-baru ini dengan siaran berita mengenai kisah buah betik yang diberikan baja dari najis mughallazah atau lebih tepat najis babi dari sebuah ladang komersial di negeri P.
Walaupun betik adalah buah yang sangat halal dimakan tetapi jika dari aspek pembajaannya begitu ‘kotor’ adakah kita sanggup ‘menikmati’ buah tersebut dan menjadi darah daging dalam tubuh kita?
Si pengusaha mungkin tidak ada niat untuk menyakiti hati umat Islam kerana selagi penggunaan baja ‘asli’ itu memberikan kesan yang cukup baik terhadap peningkatan kualiti buah, soal halal haram bukannya menjadi kepentingannya lagi.
Justeru, soal halal haram dari aspek pembajaan atau sebarang bahan penyubur tanah, penggalak bunga dan buah sehinggalah semburan racun serangga perlulah diambil kira. Apatah lagi dari bidang pertanian menjanjikan pelbagai sumber makanan utama manusia.
Maka syarikat seperti Inspirasi RN Enterprise dari Alor Setar, Kedah mengambil tanggungjawab ini dengan mengeluarkan rangkaian baja yang halal dari perspektif Islam.
Ini termasuklah BIOST (Bio Indah Organic soil Treatment), Bokashi E-M (Baja Organik Bermikrob), Biost-Repella (Baja Siraman & Semburan Daun dengan Pengelak Serangga dan Biost Hormone (Baja Penggalak Akar).
Pengurus syarikat, Muzammil Mohammad berkata, pada asasnya baja-baja keluaran syarikat itu adalah dari hampas tebu yang diproses untuk dijadikan baja untuk apa juga jenis tanaman.
“Baja-baja yang kami keluarkan juga adalah bebas dari penggunaan sebarang bahan kimia yang kadang kala memberi kesan sampingan kepada kesihatan dan sistem ketahanan badan sama ada dari aspek penggunaan sehinggalah pemakanan,” katanya.
Menurut beliau, pengeluaran baja yang tidak sahaja halal dan berkualiti wajar mendapat sambutan di kalangan umat Islam bagi memastikan sumber makanan dari hasil tanaman mereka adalah benar-benar suci dan bersih.
“Kami ingin memberi sumbangan yang terbaik kepada umat Islam di samping semua itu dihasilkan berdasarkan pengalaman pengasas pengeluar baja ini, Mohamad Bin Azoddin yang sejak tahun 1974 pernah bertugas di Jabatan Pertanian,” katanya.
Usahawan 4
UBAT batuk juga sering dicemari dengan pelbagai isu, terutamanya penggunaan alkohol sebagai salah satu bahan utama dalam penyediaannya. Walaupun untuk tujuan rawatan dan kesihatan, ia bukanlah alasan untuk alkohol diterima dalam Islam.
Namun yang pasti tanpa penggunaan alkohol kita masih mempunyai pelbagai bahan lain yang tidak sahaja halal malah lebih berkesan dalam merawat batuk.
Ini terutamanya penggunaan herba dan tumbuhan-tumbuhan eksotik yang Allah kurniakan kepada manusia untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Syarikat Seikhlas Budi dari Simpang, Taiping, Perak misalnya menawarkan sejenis kaedah rawatan batuk menggunakan kaedah sapu dan aromaterapi kepada mereka yang mengalami masalah batuk.
Kaedah ini dikenali sebagai Aromatherapy plus yang berasaskan tumbuhan Tee Tree dan Lavender.
“Dari umur bayi seawal dua bulan yang mengalami batuk, ubat batuk keluaran syarikat kami ini mampu untuk melegakan kerengsaan dan tidak selesa akibat batuk.
“Dengan kaedah ini, terutamanya kepada bayi itu sendiri kita dapat mengurangkan kesan daripada penggunaan ubat cecair yang kadang kala memberi kesan sampingan,” kata Pegawai Pemasarannya, Zulkefley Abdul Ghani.
Menurutnya, ubat yang mudah dibawa ke mana sahaja ini adalah alternatif apabila pesakit mengalami batuk tanpa mengira masa dan tempat.
“Tidak ada sebarang kesan sampingan seperti mengantuk dan sebagainya, malah bau harum Lavender mampu memberikan kelegaan yang lebih kepada pesakit,” katanya.
Keempat-empat pengusaha di atas adalah antara sebahagian pengusaha yang mengambil bahagian dalam Persidangan Halal dan Pelancongan Islam Antarabangsa (IISTHAL 2009) selama dua hari di Pusat Konvensyen Sunway, Subang, Selangor baru-baru ini.
Mereka bukan sahaja mempamerkan produk-produk keluaran untuk tujuan pengenalan atau promosi tetapi menawarkan lebih banyak produk-produk halal yang boleh menjadi pilihan kepada umat Islam.
Semua ini menunjukkan kesungguhan yang tidak sahaja untuk meraih keuntungan tetapi yang lebih penting bagi memastikan Malaysia sebagai hab halal terkemuka dunia menjadi satu realiti.
Walaupun kita mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai pihak luar bagi merealisasikan matlamat itu namun penyertaan dari anak-anak tempatan tentunya adalah lebih dialu-alukan.
Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab berkata, untuk kebanyakan negara, industri halal adalah sektor perniagaan yang paling pantas berkembang.
Malaysia sendiri bertuah kerana mempunyai kerajaan yang telah sekian lama komited dalam membangunkan industri halal sama ada di peringkat dalam negeri mahupun antarabangsa.
“Ia melalui sentiasa bekerjasama dan melebarkan jaringan bagi memastikan perkembangan yang cerah dalam industri ini terutama antara kerajaan dan sektor swasta,” katanya semasa merasmikan persidangan itu.
Sebanyak 20 kertas kerja dibentangkan dalam persidangan yang bertemakan ‘Memperkukuh Industri Halal Malaysia dan Meneroka Peluang-peluang di dalamnya’ itu.
Ia dianjurkan oleh Global Islamic Tourism Conference & Exhibition (GITC), Khaaz International, Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dan Pusat Pelancongan Islam.
Menurut Mirza, kini terdapat 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia namun malangnya negara-negara bukan Islam yang lebih mengambil untung dan manfaat dari industri halal ini.
“Bagi mengatasi ini jalan penyelesaiannya adalah mudah, iaitu seluruh negara Islam mestilah secara bersama membangunkan industri ini yang mempunyai perspektif yang sangat luas itu.
“Dengan kata lain, tidak semata-mata bergantung kepada memenuhi keperluan permintaan daging mahupun industri pertanian dan pemakanan tetapi juga segala jenis perkhidmatan yang berasaskan Islam,” katanya.
Update me when site is updated

Nasi lemak istimewa D’Danish Wan Nasruddin popular di kalangan pelanggan Pasar Tani Taman Sena.



KANGAR 3 Feb. – Pasar tani bukan sahaja menjadi medan jualan pelbagai hasil pertanian tempatan, malah ia juga menjadi landasan kepada individu untuk mengorak langkah lebih jauh dalam dunia perniagaan, terutama golongan belia.
Malah melalui jualan di pasar tani, ramai belia kini mampu menghasilkan produk jenama sendiri dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.
Setiausaha Persatuan Usahawan Pasar Tani Perlis, Ku Hasrin Ku Abd. Rahman, 28, tidak mensia-siakan pengalaman yang diperoleh semasa bekerja di kilang dan kini mampu menghasilkan produk minyak kelapa dara yang diproses sendiri dengan jenama Etivico.
Anak muda ini amat serius dalam bidang berkenaan, malah turut membuat makmal sendiri bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk yang dihasilkannya itu.
“Pendidikan yang saya terima dalam bidang teknikal perindustrian ketika belajar di sebuah kolej turut saya gunakan untuk membina mesin bagi pemprosesan minyak kelapa dara,” katanya.
Menurut beliau, jualan minyak kelapa dara pelbagai perisa yang dihasilkan mendapat sambutan amat baik daripada para pelanggan, terutama mereka yang mengetahui pelbagai khasiat yang ada pada produk itu.
Ku Hasrin yang berniaga di Pasar Tani Desa Raya sejak 2007 itu turut menjual rempah ratus dengan jenama sendiri iaitu Rempah Bajet.
Rempah berkenaan dibeli secara borong, kemudian dibungkus semula dalam pek-pek mengikut saiz tertentu sebelum dijual kepada orang ramai.
Sementara itu, Muhamad Irsyad Abdul Razak, 22, pula menjual baja organik di pasar tani sejak tiga tahun yang lalu dan menariknya baja berkenaan dihasilkan sendiri dengan jenama Biodark.
Baja yang berbentuk serbuk dan cecair itu dihasilkan daripada daun-daun dan akar kayu yang terdapat berhampiran kawasan rumahnya.
Pembuatan baja itu dipelajari bapanya melalui kursus-kursus yang dihadiri seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina.
“Penjualan baja ini amat menguntungkan tanpa perlu modal yang banyak dan saya boleh menghasilkan baja serbuk dan baja cecair.
‘‘Baja serbuk sesuai untuk daun, bunga dan buah, manakala baja cecair untuk bunga, buah dan menghindari serangga selain tidak membahayakan binatang ternakan,” ujarnya.
Muhamad Irsyad yang berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bercita-cita untuk meluaskan perniagaan baja organik dan beliau baru sahaja menamatkan kursus persijilan dalam bidang pertanian.
Dalam pada itu, Wan Nasruddin Wan Nidzamuddin, 29, pula dahulunya bergiat secara kecil-kecilan menjual pelbagai jenis makanan ‘snek’, nasi lemak dan minuman di pasar tani.
Berikutan penjualan nasi lemak yang mempunyai resipi istimewa yang diwarisi daripada ibu mertuanya itu mendapat sambutan hebat daripada pelanggan, beliau terpaksa meningkatkan lagi jumlah jualannya.
Kini, nasi lemaknya mempunyai jenama sendiri iaitu D‘Danish, malah turut mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai di negeri ini.
“Menyedari sambutan yang menggalakkan, kami turut melebarkan jualan nasi lemak ini ke daerah lain, malah turut mendapat tempahan untuk majlis-majlis keramaian,” katanya.
Beliau yang berniaga di Pasar Tani Taman Sena di sini sebanyak dua kali seminggu turut menjual ayam goreng dengan resipi tersendiri hasil pengalamannya bekerja di sebuah restoran makanan segera.
Update me when site is updated
ag_02.1

Waiz Kashifi menunjukkan pokok cilinya yang setinggi 12 kaki.



MEMPUNYAI pendapatan tetap sebagai juruteknik di bahagian pembangunan dan kajian Power Train, Proton selama 17 tahun belum dapat memberi kepuasan kepada Waiz Kashifi Abdul Rauf, 34 tahun.
Jiwa lelaki ini nampaknya lebih cenderung ke arah pertanian, mendorongnya berhenti kerja.
Namun demikian, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki dalam bidang automotif tidak dipersia-siakan apabila dia membawa ilmu tersebut ke dalam bidang pertanian.
”Dengan penggunaan teknologi seperti yang terdapat dalam sistem automotif, bdang pertanian dapat dipertingkatkan,” katanya bersemangat semasa ditemui di kebun kajiannya di Tabika Kemas, Seksyen 17, Shah Alam yang dijadikannya tempat latihan para belia dalam bidang pertanian.
Waiz Kashifi yang mengakui mempunyai sedikit pengetahuan dalam asas pertanian ketika itu sanggup mencuri masa mempelajari tentang pertanian ketika dihantar berkursus di luar negara oleh syarikatnya bekerja waktu itu.
”Apabila dihantar bertugas di luar negara seperti Australia, Sweden dan sebagainya, saya akan mengambil cuti untuk melawat ladang-ladang pertanian di sana.
”Saya tertarik dengan teknologi yang mereka gunakan dan ingin mempelajari agar disesuaikan dengan negara kita,” katanya yang pernah ke Jepun pada 2004 untuk mempelajari bidang biologi.
Di kebun, kajian ini yang hanya sebesar sekangkang kera atau pun sebesar kawasan tepi rumah teres biasa, Waiz Kashifi dilihat sibuk mengajar seramai kira-kira 20 orang belia daripada seluruh negara mengenai kaedah penanaman yang dapat memberikan hasil yang di luar jangkaan.
Lebih menarik ialah melihat sepohon pokok cili merah yang setinggi 12 kaki dan menjulang tingginya.
Pokok cili yang lebat berbuah ini menjadi tarikan sesiapa sahaja yang ke situ. Jika ingin memetik buahnya, terpaksalah anda berdiri di atas kerusi.
Selain cili tinggi itu, terdapat banyak lagi tanaman seperti cili api, rock melon, tomato, kobis, peria, limau nipis, limau kasturi, mangga, cili benggala dan pokok sayur kambas yang telah berusia lapan bulan namun masih berbuah lebat.
Menurutnya lagi, di kebun itu, belia yang datang belajar di situ akan diajar cara membuat baja, penggunaan enzim, penguraian mikro, kaedah tanaman cara sihat dan sebagainya.
”Pada masa ini terdapat seramai 60 orang pelajar daripada sekitar Selangor yang belajar di sini. Selain belia, ramai juga warga emas yang belajar di sini.
”Di sini kami mengamalkan sikap hak bersama yang mana masalah akan dikongsi bersama. Contohnya ladang adalah milik belia sementara saya mengajar mereka daripada segi teknikal.
”Selain itu adalah penting mempelajari keperluan pokok dan kita yang menanam boleh menentukan atau merancang hasil yang diingini seperti sebatang pokok cili boleh berbuah sehingga empat kilogram. Sebab itu di sini ada pokok paling tinggi dan paling rendah kerana kita boleh menentukannya.
”Di sini juga saya merawat pokok-pokok sakit yang dihantar oleh pelanggan seperti pokok anggur, cili dan sebagainya. Setelah pokok-pokok itu subur, pemiliknya akan datang mengambilnya semula,” katanya yang banyak mendapat jemputan mengajar di seluruh negara termasuk daripada institusi pengajian tinggi awam.
Katanya lagi, apa yang dilakukannya ini adalah untuk membantu belia dalam bidang pertanian agar mereka memperoleh pendapatan lumayan.
Cuma apa yang diharapkan agar usaha mereka ini mendapat sokongan daripada pihak kerajaan.
Update me when site is updated
wj_01.1

BAHARUDIN Ridwan (kanan) menyelia pekerjanya di ladang kacang panjang yang diusahakan di Felda Maokil, Segamat, baru-baru ini.



SEGAMAT 11 Sept. – Pembangunan sosio ekonomi yang dilaksanakan Felda sebenarnya merangkumi semua aspek dan ia memberi peluang sepenuhnya kepada golongan peneroka untuk menaik taraf kehidupan keluarga masing-masing.
Tidak terhad kepada pendapatan hasil dari ladang kelapa sawit atau getah semata- mata, pelbagai galakan diberikan Felda dalam membolehkan golongan peneroka mencari pendapatan tambahan.
Salah seorang peneroka di Felda Maokil 1, dekat sini, Baharudin Ridwan, 55, yang menyahut cabaran kerajaan turut menjadi seorang petani berjaya dengan menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan dan sayur-sayuran.
Menceritakan kerjaya keduanya sebagai seorang usahawan tani, Baharudin memberitahu, ia bermula pada 2002 bersama lapan orang rakannya.
”Kami mendapat keizinan daripada pihak pengurusan Felda Maokil untuk menanam kacang panjang dan timun di tanah rizab seluas 0.4 hektar.
”Namun sedar tidak sedar, kegiatan pertanian yang kami usahakan ini telah berkembang sehingga menjadi seluas 14 hektar,” katanya.
Menurutnya, tanaman lain yang turut diusahakan bersama rakan-rakannya termasuk kacang buncis, cili, jambu batu dan patola.
Katanya, dari semasa ke semasa, pihak Jabatan Pertanian daerah akan melakukan lawatan di kawasannya dan pelbagai khidmat nasihat, peralatan terkini serta subsidi disalurkan.
”Perusahaan pertanian ini pernah mendapat pengiktirafan dengan mendapat anugerah Naib Johan Pertandingan Amalan Pertanian Baik Peringkat Negeri Johor untuk kategori tanaman kontan.
”Kami juga telah mempunyai rangkaian pemborong tetap dan mereka akan mengambil sayur-sayur ini untuk diagihkan di seluruh daerah Segamat serta daerah berhampiran,” katanya.
Dengan kawasan tanaman yang semakin luas, dia turut mengambil golongan belia di Felda Maokil untuk bekerja bersamanya bagi mengusahakan kegiatan pertanian itu.
Sementara itu, Pengurus Rancangan Felda Maokil 1, Kamarulzaman Nordin, 56, berkata, pihaknya telah memberi kebenaran bagi penggunaan tanah rizab itu bagi membantu golongan peneroka memperoleh pendapatan sampingan.
”Saya berbangga kerana mereka komited dengan peluang yang diberikan dan telah membuktikan kejayaan,” katanya.
Kamarulzaman yang telah 17 tahun menerajui kawasan rancangan tersebut berkata, pihaknya sentiasa menitikberatkan pembangunan menyeluruh dalam menjaga kepentingan masyarakat Felda.
Pelbagai perubahan telah diusahakan pihaknya dan masyarakat Felda kini mampu menikmati kehidupan yang lebih selesa dan pendapatan lumayan.
Update me when site is updated
MENGENANGKAN kehidupannya yang miskin lebih 25 tahun lalu, siapa sangka beliau boleh menjadi jutawan hanya mengusahakan keropok.
Itulah pencapaian menakjubkan Taib Muda, 53, atau lebih dikenali sebagai Pak Embong yang tidak mengenal kegagalan atau putus asa dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadi usahawan berjaya tercapai.
Bagi penggemar keropok kering dan lekor dari dalam dan luar Terengganu, produk Keropok Ori keluaran Pak Embong bukanlah asing kerana terkenal dengan keenakan dan keasliannya.
Pembabitan awal Pak Embong dari Kampung Kubang Bujuk, Serada, Kuala Terengganu, dalam bidang itu bermula pada 1985 apabila bertekad keluar daripada kepompong kemiskinan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Beliau ketika itu yang bekerja sebagai buruh terpaksa menanggung tujuh anak dengan pendapatan tidak menentu.
“Bayangkanlah dengan gaji sebagai buruh yang tidak seberapa saya terpaksa menanggung ramai ahli keluarga hingga ada ketika mengikat perut semata-mata untuk memastikan anak cukup makan dan pakaian,” katanya yang kini Pengarah Urusan Orisahanif Enterprisetika.
Selepas berbincang bersama isterinya, Suri Ngah Taib, 40, yang setia mengharungi kesusahan dihadapi mereka, Pak Embong mendapat ilham untuk memulakan perniagaan keropok kering dan lekor secara kecil-kecilan.
Walaupun pernah ada kata-kata sinis dilemparkan kepada dirinya dan keluarga ketika memulakan perniagaan, ia dianggap sebagai asam garam dan pencetus semangat untuk terus berjaya.
Dengan bermodalkan RM200, beliau yang masih muda ketika itu membuang perasaan malu apabila sanggup mengayuh beca sejauh 25 kilometer setiap hari bagi mendapatkan bekalan ikan dari jeti Jabatan Perikanan di Pulau Kambing.
Menurutnya, keropok lekor yang siap diproses bersama isterinya itu dijual di sekitar kampung dan bandar Kuala Terengganu.
Rutin mengayuh beca dengan menjaja keropok berterusan lebih sepuluh tahun sebelum keuntungan yang dikumpul dijadikan modal untuk membuka kedai menjual makanan tradisi itu di Paka, Terengganu dan Johor Bharu, Johor pada 2001.
Bagaimanapun, perniagaan berkenaan diserahkan kepada rakan niaganya untuk diuruskan sebagai strategi memperkenalkan jenama Keropok Ori.
Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan bangun, termasuk ditipu pada peringkat awal, ia bukan penghalang buat Pak Embong untuk terus bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan untuk membuka kedai keropok di Kampung Losong Haji Su pada 2006 selain berniaga di pasar malam.
Ternyata usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila keropok keluarannya menerima sambutan hangat, terutama daripada orang luar yang bertandang ke perkampungan berkenaan.
Menyedari potensi perniagaan terbabit untuk dikembangkan, Pak Embong berkata, beliau melebarkan sayap perniagaan dengan membuka empat lagi cawangan kedai keropok di Cameron Highlands, Pahang dan Gua Musang, Kelantan awal Januari lalu.
Kini operasi perniagaan keropoknya berjalan lancar dan semua cawangan berkenaan memberi pulangan seperti diharapkannya dengan purata keuntungan RM30,000 sebulan.
Keuntungan itu juga mampu mencecah RM100,000 sebulan pada musim cuti sekolah dan perayaan.
Dengan memegang prinsip `di mana ada kemahuan di situ ada jalan’, beliau kini boleh berbangga kerana usahanya untuk keluar daripada kancah kemiskinan berjaya, malah mampu memperoleh pendapat lumayan hasil perniagaan keropok.
Pak Embong sekarang banyak menghabiskan masanya mengurus semua cawangan kedai keropoknya selain turun ke padang bertemu pelanggan.
Selain itu, bagi menampung permintaan tinggi bekalan keropok, beliau membuka pusat memproses yang berkemampuan menghasilkan satu tan keropok lekor dan kering setiap hari.
Walaupun hidup semakin mewah dengan hasil perniagaan keropok, Pak Embong tidak pernah melupakan kesusahan dilalui, terutama ketika terpaksa mengayuh beca untuk menjual keropok.
Malah, beliau sanggup menggunakan beberapa kereta mewah miliknya seperti Mitsubishi Evolution, BMW dan pacuan empat roda mengangkut isi ikan yang siap diproses dari pusat memproses sebelum dihantar ke kedainya.
Bagi Pak Embong, kejayaan diperoleh umpama mimpi daripada seorang buruh kini dirinya mampu memiliki kehidupan lebih baik berbanding ketika mula-mula menjalankan perniagaan berkenaan.
“Semuanya ini hasil daripada hasil doa selain keberkatan Tuhan terhadap usaha gigih saya untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.
“ Walaupun kejayaan ini tidak dikecapi dengan mudah, ia sebenarnya satu hikmah kepada saya supaya sentiasa menginsafi diri walaupun sudah berjaya,” katanya.
Ternyata, pelawat yang datang ke Terengganu menjadikan kedai Pak Embong sebagai destinasi persinggahan yang pasti untuk membeli keropok kering dan lekor.
“Kebiasaannya bas rombongan menjadikan kedai kami ini sebagai pelengkap lawatan mereka bagi mendapatkan keropok yang enak sebagai santapan pulang ke negeri mereka.
“Dengan harga munasabah dan dengan slogan ‘Rasa Dulu Baru Beli’ membuatkan pelanggan berasa selesa untuk mencuba sebelum membeli,” katanya.
BIODATA
Nama: Taib Muda
Umur: 53 Tahun
Asal: Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu
Jawatan: Pengarah Urusan Orisahanif Enterprise
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Isteri: Suri@Ngah Taib

Setakat ini dahulu...

1 ulasan:

  1. Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
    (heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

    BalasPadam