Isnin, 25 Julai 2011

SIHIR PELALAU, APAKAH KONKLUSINYA??

Dipetik daripada :  http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=1993598781702878055

20-5-2006   8:26 PM

Sihir pelalau kunci nafsu manusia


Bersama Dr. Amran Kasimin
SOALAN:
Sama seperti perempuan lain, saya ingin berkahwin, tetapi dihalang oleh keluarga dan macam-macam masalah. Seingat saya, lebih 10 orang yang datang meminang. Apabila saya terima pinangan, keluarga membantah, ataupun bantahan daripada pihak lelaki yang tidak setuju.
Umur saya meningkat 30 tahun dan keluarga saya menyatakan jodoh saya berat, mungkin saya disihir. Hingga sekarang ini saya menghadapi masalah mimpi dengan seorang lelaki, kawan sama sekolah dahulu. Kami hanya berkawan biasa tidak bercinta pun. Selalu terganggu di waktu tidur. Saya selalu terhidu bau busuk, bau rumput terbakar dan kadang-kadang bau wangi yang tidak ada puncanya yang dapat dipastikan. Adakah saya terkena sihir? - IZNORA, Ampang
JAWAPAN:
Pertanyaan dan permasalahan yang saudari kemukakan adalah sesuatu yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Walaupun demikian segala pengalaman dan masalah seperti yang saudari jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar boleh berlaku.
Banyak punca menyebabkan seseorang itu, sama ada lelaki atau perempuan tidak menemui jodoh, sehingga mencecah umur yang membimbangkan, yang mempunyai punca yang berbeza.  Merujuk kepada permasalahan yang dikemukakan, seperti yang dijelaskan dalam surat panjang saudari, saya lebih berkecenderungan untuk mengatakan bahawa saudari menghadapi masalah yang diistilah sebagai ``pelalau.''
Pelalau adalah salah satu cabang amalan sihir yang terkutuk menurut pandangan Islam. Ia merupakan salah satu dosa besar yang membinasakan.  Sihir yang dimaksudkan di sini ialah amalan yang dilakukan oleh manusia, dengan pertolongan atau bantuan jin sama ada jin yang dibela, dibuat sahabat untuk tujuan-tujuan tertentu, yang pada kebiasaannya dilakukan untuk menyakiti orang lain, sebab-sebab tertentu seperti membalas dendam, hasad dengki, cemburu, permusuhan yang berlaku sejak begitu lama, untuk membinasakan orang lain dan sebagainya. Terdapat banyak jenis sihir, di antaranya dan yang paling banyak berlaku ialah sihir untuk memisahkan suami isteri yang juga dikenali sihir pembenci, sihir pengasih, yang diistilahkan juga ilmu guna-guna, pukau, santau, pelalau dan sebagainya.
Sihir pelalau dilakukan atau dikenakan ke atas seseorang dengan tujuan di antaranya untuk mengunci nafsu manusia, tidak kira sama ada nafsu lelaki ataupun perempuan, daripada keinginan berkahwin. Pada kebiasaannya, tabiat orang yang berkenaan (mangsa) akan berubah, menjadi pendiam, tidak aktif, sentiasa dalam keadaan murung, menyendiri dan sering kali melarikan diri apabila persoalan pernikahan atau perkahwinan dan hal-hal lain berkaitan cinta itu ditimbulkan oleh keluarga atau teman-teman.
Selain daripada pelalau yang menyebabkan nafsu kahwin seseorang itu tertutup, sihir jenis ini juga boleh menyebabkan berlakunya halangan-halangan, usaha-usaha untuk menemukan jodoh seseorang itu terbantut. Sebagai contoh, sekiranya seorang perempuan yang terkena sihir jenis ini bersetuju mengahwini seseorang, setelah beberapa lama berkenalan, bercinta dan sebagainya, pasangannya mungkin akan menolak, begitulah sebaliknya. Pasangan ini mungkin telah bertunang beberapa tahun, tetapi pada saat-saat terakhir si perempuan menolak, enggan berkahwin dengan tunangnya yang pada asalnya lelaki itu amat dicintai dan tidak ada masalah dan sebab-sebab yang jelas dapat diterima akal. Ada juga perempuan yang melarikan diri di saat akhir setelah semua persiapan lengkap diatur.
Anak yang waras tidak akan berbuat demikian, kerana perbuatan seperti ini selain memberi aib kepada ibu bapanya, juga kaum keluarga. Biarpun perbuatan tersebut seumpama mustahil boleh terjadi, tetapi ia pernah berlaku dalam masyarakat kita lantaran sihir.  Bakal pengantin perempuan melarikan diri dalam keadaan separuh tidak sedarkan diri dan seluruh perasaan, badannya seumpama ditarik-tarik keluar rumah pada waktu malam. Pada telinganya dibisikkan, atau seumpama terdengar bisikan supaya melarikan diri. Halangan untuk menyatukan pasangan ini mungkin tidak tercetus daripada pasangan itu, tetapi mungkin berpunca daripada sikap ibu bapa, ataupun salah seorang daripadanya. Biarpun pasangan ini telah bersetuju untuk berkahwin, tetapi si ibu membantah tanpa sebab yang jelas.
Si ibu mungkin mengancam akan membunuh diri sekiranya anak perempuannya tetap berkahwin dengan lelaki pasangannya, mengancam akan keluar lari dari rumah, tidak menghalalkan makan, minum ataupun tidak mengaku anak buat selama-lamanya dunia akhirat. Ada banyak kes yang saya temui seperti yang saudari alami. Seorang responden berumur hampir 30 tahun, tinggal di Kuala Lumpur, telah dipinang tidak kurang daripada 15 orang lelaki, tetapi kesemuanya berakhir dengan kegagalan. Ada sahaja halangan terjadi.
Pernah satu ketika, satu rombongan yang datang lengkap dengan hantaran, kerana kedua-dua pihak bersetuju. Setelah rombongan tersebut masuk ke dalam rumah perempuan, tiba-tiba si perempuan dalam keadaan tidak dapat mengawal diri telah memarahi rombongan ini, sambil menjerit-jerit, akhirnya mereka balik dengan hampa. Pada hal ketika itu si perempuan siap sedia dengan pakaian dan perhiasan untuk menerima peminangan itu. Apa yang berlaku di luar kawalan, mula-mula si perempuan mendengar suara seperti desiran angin datang dari jauh, kemudian dia mendengar suara loceng berbalam-balam. Badannya berasa sejuk, bermula dari hujung jari-jari, lalu dirasakan dunia sedikit demi sedikit menjadi gelap. Ketika itu dia melihat wajah rombongan yang masuk ke ruang tamu seumpama lembaga yang menakutkan, lalu dia menjerit, tidak sedarkan diri.
Dalam kejadian lain, setelah pihak lelaki dipersetujui untuk datang meminang, pada malam harinya, iaitu hari sebelum rombongan itu datang, si perempuan ini bermimpi yang dia akan didatangi oleh rombongan untuk meminangnya. Dalam mimpi itu dijelaskan bahawa rombongan itu akan gagal, sama seperti rombongan-rombongan lain, yang pernah meminangnya. Gambaran mimpi yang dialaminya benar-benar berlaku, di mana rombongan tersebut tidak dapat meneruskan perjalanannya. Ketika berada di Shah Alam, hujan turun dengan lebatnya berserta petir, akhirnya rombongan itu balik hampa. Tidak jelas sama ada apa yang berlaku itu hanya secara kebetulan, ataupun ada kaitannya dengan mimpi yang dialami. Apa yang nyata peminangan itu gagal. Tidak mudah untuk menyatakan bahawa kegagalan seseorang itu untuk menemui jodohnya itu berpunca daripada pelalau yang dijelaskan di sini ataupun sebab-sebab biasa yang bukan berpunca daripada perbuatan sihir.
Biar dalam keadaan apa sekalipun, sekiranya kegagalan untuk mendapat jodoh itu berpunca daripada sihir, seperti yang dijelaskan, orang yang terlibat, sama ada si perempuan atau kedua-dua ibu bapanya akan mengalami tanda-tanda berlakunya sihir, sama ada tanda tersebut berlaku sebahagian daripadanya ataupun terjadi secara menyeluruh. Syeikh Wahid Abdul Salam Bali membahagikan tanda-tanda seseorang itu terkena sihir kepada dua iaitu tanda ketika tidur dan tanda-tanda ketika dalam keadaan jaga. Gangguan tidur sering berlaku ketika seseorang itu baru hendak terlena, juga ketika sedang tidur nyenyak. Mungkin seseorang terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda-benda tajam, dilanggar kenderaan, menyebabkan darah kelihatan bertaburan, diterkam oleh makhluk yang menakutkan, yang biasanya berwarna hitam dan sebagainya. Gangguan yang menakutkan ini datang lagi sebaik-baik seseorang itu menyambung tidurnya. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang untuk menyambung tidur.
Mereka yang menghadapi masalah seperti ini sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam, tinggi lagi menakutkan. Dikejar dan ditangkap oleh makhluk besar, lalu diselam dalam air dan tercungap-cungap sukar bernafas.  Mimpi melihat binatang yang menakutkan, seperti ular, kucing besar, anjing ataupun harimau. Makhluk itu kadang-kadang datang menghambat atau menggigit. Bermimpi berada di tempat asing lagi menggerunkan atau berada di kubur bersendirian, melihat dirinya sedang dikapankan dan ditanam dalam tanah, melihat mayat atau berjumpa dengan orang yang meninggal dunia.
Terasa seolah-olah berada di awang-awang, di tempat tinggi, di gunung ataupun di hutan lalu jatuh ke bumi. Bermimpi menangis ketika sedang tidur, lalu menjerit atau merengek, seolah-olah sedang sakit. Orang berkenaan tidak menyedari dia menangis, tetapi tangisannya dapat didengari oleh orang lain. Ketika terjaga dia menyedari yang dirinya benar-benar menangis, mengeluarkan air mata. Terasa seolah-olah digigit oleh sesuatu, di hujung jari tangan atau kaki atau pada bahagian badan. Bekas lebam biru dapat dilihat di celah paha atau betis. Terasa bisa, lenguh pada bahagian berkenaan.
Berlaku juga kejadian ganjil, seperti terdengar bunyi suis lampu dibuka, paip, suara, pintu, atau tingkap dibuka dan ditutup, suara orang berlari atau naik tangga dan sebagainya. Lampu rumah kadang-kadang menyala sendiri, paip mengeluarkan air kemudian tertutup. Terlihat kepulan asap dalam rumah seolah-olah ada benda yang terbakar. Terbau bauan yang tiada punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini selalunya dapat dihidu hanya orang tertentu iaitu orang yang terlibat atau oleh semua mereka yang berada di tempat berkenaan. Rasa putus asa hidup. Timbul rasa gelisah, gembira bersangatan dan sedih saling berganti tanpa sebab yang jelas. Ada ketikanya timbul dorongan untuk membunuh diri, terutamanya ketika berada di bangunan tinggi.
Didatangi binatang dalam rumah seperti ular, lipan, kala jengking, ulat bulu, belalang atau jengkerik, langau, kupu-kupu besar kelihatan bertaburan di ruang tamu, dalam bilik atau tempat lain tanpa dapat dikesan punca dari mana binatang itu datang bukan setakat dalam rumah malah di luar seperti dalam perjalanan balik kampung atau sebagainya, seolah-olah diekori oleh binatang yang sama. Hakikatnya, tanda-tanda sihir itu banyak, yang tidak kesemuanya berlaku kepada diri seseorang yang terlibat. Dalam keadaan tertentu tanda-tanda tersebut berbeza, bergantung kepada jenis sihir yang berlaku. Berdasarkan simptom-simptom di atas, juga lain-lain simptom yang tidak dijelaskan, seseorang itu dapat membezakan sama ada kejadian yang berlaku kepada dirinya itu seperti kesukaran untuk mendapatkan jodoh itu berlaku kerana sebab-sebab biasa ataupun akibat perbuatan sihir.
Mingguan Malaysia 1/8/04








Dipetik daripada : 
http://www.syifa-alhidayah.com/penyakit.asp?id=60
Maklumat Penyakit
Nama Sihir Pelalau / Penghalang
Kategori Rohani
Pengenalan Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang pesakit dari mencari rezeki samada di tempat kerja/pejabat atau premis perniagaan, rezeki dari segi perkahwinan atau rezeki dari segi maju dalam pembelanjaraan. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah.

Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis perniagaan yang boleh menyebabkan perniagaan ditutup kerana kerugian atau tidak ada pelanggan membeli atau berurusan. Ada juga sihir pelalau untuk membuat anak-anak lalai dalam pelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah. Terdapat sihir pelalau untuk menghalang pesakit untuk berkahwin atau bertunang.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit Ada 4 jenis sihir pelalau atau sihir penghalang:

1. Sihir pelalau perniagaan
2. Sihir pelalau perkerjaan
3. Sihir pelalau pembelanjaran
4. Sihir pelalau perkahwinan / pertunangan

Sihir pelalau ini biasanya menggunakan kaedah makhluk halus iaitu jin. Sihir pelalau perniagaan selalunya akan menggunakan makhluk halus untuk menjaga atau menghalang premis perniagaan dari pelangan-pelangan. Jin-jin ini lah yang diperintahkan oleh tuan punya bomoh untuk mengelirukan pelanggan yang hendak datang ketempat premis perniaggan itu.

Penulis sudah banyak merawati pesakit-pesakit yang mengalami sihir pelalau ini dan kebanyakkan dari mereka dihinggapi jin dalam tubuh dan otak mereka. Jin-jin ini lah yang mempengaruhi dan menguasai pemikiran dan perasaan persakit supaya berkelakuan seperti malas, bingung, emosi gelisah dan resah, pemikiran tidak fokus, mengantuk yang berlanjutan, sakit seluruh badan, panas baran, selalu marah-marah tanpa sebab (mood swing), dan dll.

Sintom A. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau perniagaan:

1. Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, atau pun nampak, tetapi seperti tidak perasan.
2. Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan.
3. Sihir pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.
4. Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makanan itu.
5. Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang bersangatan, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.

B. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pekerjaan:

1. Pesakit rasa malas di pejabat, mengantuk yang berlarutan, resah dan gelisah di tempat kerja hingga tidak fokus dalam mengerjakan tugas-tugas di pejabat.
2. Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran runsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa di buang kerja oleh majikan atau berhenti bekerja (resign).
3. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasan nya sering mencari kesalahan nya.
4. Produktiviti perkerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.

C. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pembelajaran:

1. Anak-anak yang sedang belajar dengan tiba-tiba akan menjadi pelupa, tidak mahu pergi sekolah lalu berhenti, padahal sebelum ini dia merupakan pelajar yang baik dan rajin.
2. Anak-anak akan menjadi leka dan tidak fokus dalam pelajaran nya dan akhir sekali tidak mahu ke sekolah.
3. Mula malas melakukan ibadah seperti sembahyang fardhu, mengaji Quran, dan sebagai nya.
4. Anak itu lama kelamaan terdorong untuk melakukan kejahatan seperti mengambil dadah, minum arak, berzina, dll.

D. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau penghalang perkahwinan:

1. Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badan nya.
2. Sihir ini boleh membuat pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri.
3. Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan. Contohnya pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan tarikh pertunangan atau perkahwinan walaupun telah di persetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan.
4. Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas saja bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka samat sayang menyayangi. Ramai pasangan yang datang berjumpa dengan penulis mengadu berkenaan hal ini telah berlaku di dalam diri mereka.

CARA RAWATAN PERUBATAN SYIFA' AL-HIDAYAH:

1. Jin-jin dan/atau sihir-sihir didalam tubuh badan hendaklah dikeluarkan melalui cara batin oleh penulis (dengan izan Allah s.w.t) dan pesakit hendaklah datang berjumpa dengan penulis untuk rawatan.

2. Membaca ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini. Pesakit perlu berjumpa dengan penulis untuk mendapatkan ayat-ayat Al-Quran untuk sihir ini.

3. Minum air mineral yg di tawar dan berdoa kepada Allah s.w.t. untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.

4. Kadangkala penulis perlu pergi ke premis perniagaan atau pejabat untuk membersihkan premis / pejabat itu atau membinasakan makhluk-makhluk yang berada disitu.
 Dipetik daripada :
http://berkatrezeki.com/blog/2011/03/mengenali-sihir-pelalau/

Mengenali Sihir Pelalau

Bismillahirrahmanirahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Jari pak cik hari ni sakit. Terpeleot la masa tidur. Ya, pak cik tidur memang style pelik. Badan pak cik mesti terbelit belit masa tidur.. Hohohoho.. Tu la pasal ada orang cakap pak cik ni tidur cam ular.
Dan dalam masa yang sama, malam tadi ada pulak pencuri masuk bilik pak cik nak rembat henset, laptop dsb. Nasib bek la member pak cik bangun dan pak cik pun turut bangun masa tu. Berdesup lak dia lari.. Kalo tak nak melayan tidur pak cik, da lama pak cik kejar dia cam anjing.
Ok, kali ni pak cik nak berkongsi dengan korang pasal sihir pelalau melalui pembacaan Pak cik. Untuk pengetahuan korang, sihir pelalau ni terdiri daripada 4 jenis. Korang detect la sendiri mana satu yang korang kena.
  • Pelalau perniagaan
  • Pelalau pembelajaran
  • Pelalau pekerjaan
  • Pelalau perkahwinan.

Kalo da terkena pelalau ni, korang boleh detect kalo ada symptom seperti ini:-
  • Pelalau perniagaan :-
  • Pelanggan tak perasan ada kedai mangsa
  • Makanan cepat basi dari biasa
  • Pekerja dan owner rasa malas sangat2
  • Pelanggan sakit perut lepas makan

Untuk pelalau pekerjaan pulak :-
  • Malas dan asyik mengantuk
  • Member2 sekerja tak suka dan asyik kena sabotaj
  • Moral untuk bekerja rendah

Untuk pelalau pembelajaran pulak :-
  • Malas solat, sembahyang dan dsb
  • Anak yang bijak tiba2 jadi pelupa
  • Tiba2 nak berenti sekolah

Pelalau perkahwinan pulak :-
  • Murung dan tidak bermaya
  • Selalu bergaduh tak tentu pasal
  • Putus tunang tanpa sebab
  • Terkunci nafsu..

Terima kasih sebab sudi lawat blog pak cik :D .. Sumber dari Pakli
 ###################################################


Dipetik daripada :
http://intim.wordpress.com/2010/10/10/derita-sihir-pelalau/

Derita Sihir Pelalau

Wanita berusia 44 tahun ini baru bertemu jodohnya dua tahun lalu. Bukan sengaja menolak jodoh atau ingin digelar andartu, namun guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur ini menjelaskan ada satu cerita pahit di sebalik kehidupannya.
Sihir Pelalau
“Setiap kali pulang ke kampung dan berkumpul dengan saudara-mara, soalan bila mahu kahwin pasti ditanyakan kepada saya.
“Saya memang tidak pernah berniat untuk menolak jodoh tetapi apakan daya, tidak ada seorang pun yang datang meminang saya, melainkan suami saya sekarang,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Jemilah ini.
Dengan usia yang semakin bertambah, naluri anak perempuan tunggal dalam lima beradik ini sudah lama terseksa. Semuanya dikatakan berpunca daripada sihir pelalau yang dititipkan kepadanya melalui rojak buah 22 tahun lalu.
Yang paling menyedihkan, sihir itu dihantar oleh rakan baiknya sendiri.
Murung
“Benda itu ada dalam diri saya sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya saya fikir saya lemah semangat dan mudah tertekan, sebab itu saya pernah diserang histeria di sekolah beberapa kali.
“Rupa-rupanya saya ialah mangsa sihir. Saya sendiri tidak tahu tapi keluarga dan rakan-rakan rapat yang beritahu,” katanya.
Menurut Jemilah, semasa proses pengubatan, ustaz yang merawatnya mengatakan dia terkena sihir pelalau.
“Pada mulanya saya tidak tahu telah disihir, malah saya tidak percaya kerana seingat saya, saya tidak mempunyai musuh.
“Namun, selepas beberapa kali meracau dan menjadi pemurung, emak dan ayah tidak senang duduk dan mula mengikhtiarkan pelbagai cara untuk mengubati saya.
“Kebanyakan pengamal perubatan tradisional itu memberitahu saya disampuk benda ghaib, namun tidak dapat dipastikan apakah bendanya.
“Sejak itu, kehidupan saya berubah 180 darjah. Saya lebih suka menyendiri. Tidur malam saya tidak lena kerana rasa seperti ditindih dan sering bermimpi perkara yang mengerikan. Kulit saya mula rasa kering dan pedih.
“Mujur sihir itu tidak menjejaskan pelajaran saya. Kalau diingatkan semula, saya tidak tahu bagaimana saya boleh fokus dalam pelajaran sedangkan fikiran saya selalu runsing ketika itu,” kata graduan Universiti Jordan ini.
SIHIR pelalau dipercayai menyebabkan sesetengah wanita lambat mendapat jodoh. – Gambar hiasan
Mula terkena sihir pada tahun 1988 pada usia 22 tahun, jin yang dikatakan bersarang dalam tubuh Jemilah hanya keluar pada tahun 1999.
“Saya sudah puas berubat. Dengar saja ada orang yang pandai mengubat, saya pergi. Kadang-kadang sampai tak larat nak pergi berubat.
“Keadaan saya beransur pulih tetapi ‘benda ghaib’ itu masih ada dalam badan,” ceritanya.
“Sampailah pada tahun 1999, saya berubat dengan seorang ustaz di Rawang, Selangor. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tidak pernah putus, dia dapat membebaskan saya daripada sihir tersebut,” imbas Jemilah.
Ditanya bagaimana dia ini mendapat tahu dikenakan sihir pelalau, Jemilah yang berasal dari Klang, Selangor memberitahu, apabila berubat dengan ustaz terbabit, dia pernah meracau.
“Saya tidak sedar apa yang berlaku, tetapi rakan dan emak yang menemankan saya berubat menceritakan semula apa yang terjadi.
“Sebenarnya, selepas ‘dipaksa’ oleh ustaz itu, jin tersebut berterus terang. Siapa yang menghantarnya, melalui cara apa, mengapa dan apa tujuannya,” ujar Jemilah.
Dari situ baru Jemilah tahu segala-galanya.
“Jin yang memasuki badan saya dihantar oleh rakan baik saya. Namanya tidak perlulah saya sebutkan.
“Menurut mereka yang menyaksikan pengubatan itu, jin berkenaan mengaku dia mengacau saya kerana tiga sebab.
“Pertama kerana saya selalu cepat menjawab apabila cikgu bertanya soalan di dalam kelas.
“Kedua, kerana sifat saya yang periang dan disenangi oleh guru dan rakan. Ketiga, kerana saya aktif dalam persatuan dan sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan.
“Tujuan saya disihir supaya hubungan saya dingin dengan semua orang yang rapat dengan saya.
“Tidak hairanlah, ramai yang mengatakan muka saya seperti orang kebingungan, mudah marah dan cepat tersentuh,” jelas Jemilah yang baru dua tahun bergelar isteri kepada seorang anak murid ustaz yang mengubatinya dahulu.
Muntah darah
Ceritanya lagi, saat jin itu dikeluarkan, dia memuntahkan semula rojak buah yang dimakan 22 tahun lalu yang diberikan oleh rakannya itu.
ROJAK buah yang dimakan 22 tahun lalu dimuntahkan semula oleh Jemilah. – Gambar hiasan
Mendalami apa itu sihir pelalau, kata Jemilah, sihir jenis itu digunakan untuk menghalang seseorang terutama perempuan daripada dipinang atau dikahwini.
“Mereka yang terkena sihir pelalau dikatakan lambat menerima jodoh kerana apabila ada lelaki yang ingin berdampingan dengannya, mereka akan nampak muka pesakit pucat seperti mayat ataupun tidak berseri,” tambahnya yang bersyukur kerana keluarga memahami masalahnya dan tidak pernah memaksanya berkahwin.
Walaupun pada mata kasar Jemilah boleh dianggap sudah sembuh dan jauh daripada cengkaman pelalau, dia masih dapat merasakan ada benda lain yang menumpang di tubuhnya.
“Ada masanya saya dapat merasakan saya sedang bertarung dengan makhluk lain dalam diri saya. Saya berharap ia cuma ilusi kerana saya sudah tidak sanggup menanggung seksa disihir lagi.
“Bagi wanita di luar sana, jika anda seorang periang dan keletah anda sering menarik perhatian ramai, seeloknya dikurangkan. Takut ada yang busuk hati,” nasihatnya sebelum meminta diri petang itu.
Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
*************************************************

Dipetik daripada  :
http://homefamilysite.com/blog/doa-elak-sihir-dan-santau/#more-812

Doa Elak Sihir Dan Santau

Beberapa cara dibawah bolehlah diamalkan untuk mengelak dari terkena sihir

MEMBACA SURAH AL FATIHAH DAN MEMBACA TIGA SURAH TERAKHIR ATAU 3 QUL SETIAP HARI.
Ia berdasarkan hadith :
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

MEMBACA AYAT AL-KURSI SELEPAS SOLAT ( IAITU SURAH AL-BAQARAH AYAT 255)
Dalilnya :
Ertinya : “Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga” (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

MEMBACA DOA INI DENGAN SETIAP HARI IAITU 3 KALI : “BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU MA’ASMIHI SYAI UN FIL ARDI WALA FISAMAIE, WA HUWAS SAMI’UL ‘ALIM”.
Dalilnya :
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : “Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui” sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

MEMBACA DUA AYAT TERAKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH PADA WAKTU MALAM
Ertinya : “Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya”(Al-Bukhari & Muslim)

MEMBACA ZIKIR : “LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI WA YUMIT WAHUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR ” ( SEPULUH KALI )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : ” Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu”sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

MEMBACA : ” A’UZU BIKALIMATILLAH AT-TAMMATI MIN SYARRIMA KHALAQ
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )
sumber : zaharuddin.net


Dipetik daripada  :

http://zainizainal.blogspot.com/2010/06/sihir-pelalau-hilang-nafsu-kahwin-as.html

Thursday, June 10, 2010

SIHIR PELALAU : HILANG NAFSU KAHWIN (As-Syifa' Melaka : 013-2006363)



SOALAN:

Umur saya hampir 30 tahun. Bercinta entah berapa kali, tetapi berakhir begitu sahaja. Mula berkenalan, bercinta betul-betul rancak, tetapi akhirnya lesap tidak berpenghujung. Itulah hidup saya. Gagal bercinta, gagal nak kahwin seumpama makan tosei di kedai mamak. Rasa tak nak makan lagi, tapi minggu depan pergi makan.

Pernah ketika saya setuju berkahwin, pasangan saya enggan. Ketika dia bersedia hendak kahwin, saya rasa bosan. Apabila kedua-duanya setuju, muncul orang ketiga dalam keluarga menghalang. Entah berapa kali saya mandi bunga dan limau. Tertanya-tanya dalam hati, seolah-olah saya tidak yakin kepada qadak dan qadar. Saya ada bersembahyang istikharah di tengah malam, tetapi keadaan tetap sama. Saya terlalu risau dengan masa depan saya. – Dara.

JAWAPAN :

Seseorang itu sama ada lelaki ataupun perempuan sukar mendapat jodoh, terhalang daripada mendapat jodoh, ataupun langsung tidak mendapat jodoh tidak semestinya berlaku akibat pelalau.

Banyak faktor menyebabkan berlakunya demikian, yang boleh dikaitkan dengan diri orang berkenaan, dengan faktor luaran ataupun kedua-duanya sekali. Manusia normal yang mempunyai akal dan berupaya berfikir menggunakan akalnya, mempunyai nafsu dijadikan oleh Allah mempunyai hasrat berumah tangga.
Bagi seseorang Islam, berkahwin itu adalah salah satu daripada sunah Rasulullah s.a.w yang perlu dilakukan. Dalam keadaan tertentu, manusia, baik lelaki ataupun perempuan tidak mustahil boleh terhalang daripada berkahwin akibat daripada sihir, iaitu perbuatan manusia yang dibantu oleh jin jahat yang selalunya terdiri daripada syaitan. Itulah dinamakan “pelalau”.

Akibat sihir pelalau, seseorang itu boleh hilang nafsu berkahwin. Terhalang daripada berkahwin. Adakalanya apabila pihak lelaki setuju hendak berkahwin dengan perempuan tertentu, pihak perempuan menolak. Begitulah sebaliknya boleh berlaku. Adakalanya pasangan ini telah bersetuju berkahwin, tetapi ibu bapanya tidak setuju. Selalunya si ibu akan membantah keras perkahwinan yang dirancang tanpa sebab jelas.

Si ibu mungkin mengancam akan membunuh diri kalau perkahwinan diteruskan, tidak mengaku anak, menuduh anak derhaka dan sebagainya. Mungkin seseorang itu bertunang selama dua tahun, tetapi apabila hampir hari perkahwinan, rasa benci itu lahir pada diri si perempuan menyebabkan rancangan itu dibatalkan. Tidak ada sebab jelas berlakunya perubahan itu selain kerana rasa benci kahwin. Hilang nafsu hendak berkahwin dan sebagainya.

Si perempuan mungkin masih ada rasa ingin kahwin, tetapi perasaan itu dikuasai oleh perasaan atau pengaruh luaran yang tidak dapat dijelaskan menyebabkan rasa benci kahwin itu menguasai dirinya. Boleh juga berlaku di mana pihak lelaki ketika bertemu dengan perempuan yang hendak dijadikan isteri itu melihat wajahnya dengan wajah yang hodoh, menakutkan akibat sihir tadi menyebabkannya terus memberhentikan hasratnya setakat itu sahaja, tetapi perempuan tersebut sebenarnya seorang yang cantik.

Terlalu banyak perbicaraan ataupun contoh memperlihatkan ataupun bukti menunjukkan bahawa sihir pelalau itu boleh berlaku. Biar apa yang berlaku antara pasangan yang hendak berkahwin itu, akhirnya ia akan menjurus kepada keputusan yang satu, iaitu terhalang untuk berkahwin, menyebabkan seseorang itu sukar berkahwin atau bertemu jodoh untuk selama-lamanya.

Walaupun demikian, apa yang perlu diterapkan dalam pemahaman kita, kegagalan mendapatkan jodoh tidak semestinya akibat sihir seperti dijelaskan tadi. Banyak sebab kenapa amalan sihir ini boleh berlaku. Mungkin seseorang itu pada satu ketika pernah bercinta dan berjanji untuk berkahwin dengan seseorang.

Apabila berpindah, menemui pasangan lain, dia meninggalkan kekasih lamanya. Hal yang sama boleh berlaku kerana rasa hasad dengki, sakit hati dan sebagainya. Biarpun sihir itu merupakan satu rahsia yang tidak diketahui umum, melahirkan natijah-natijah mencarik adat ataupun luar biasa seperti yang dijelaskan, melahirkan natijah-natijah yang tidak dapat difikir oleh akal, bagaimana hal demikian boleh berlaku, namun Allah tetap memperlihatkan tanda-tanda membuktikan seseorang itu terlibat dengan sihir.

Di antara tanda-tanda yang lumrah berlaku ialah adanya gangguan ketika tidur, sama ada ketika hendak terlena, ataupun ketika nyenyak tidur. Seseorang itu mungkin diganggu mimpi mengerikan, seolah-olah mendengar letupan kuat, merasa ditikam, dilanggar sesuatu objek besar sebaik-baik hendak terlena. Ia mungkin bermimpi dengan mimpi melihat ular, harimau, anjing hitam besar yang menakutkan ketika sedang tidur. Dikejar oleh lembaga-lembaga yang menggerunkan, menyebabkannya lari tercungap-cungap dan terjaga dalam keadaan berpeluh badan. Mimpi-mimpi seperti ini selalunya berlaku berturut-turut, sama ada pada malam yang sama, atau malam-malam lain yang boleh berlakunya gangguan kesihatan.

Ada orang yang berada dalam keadaan normal ketika ia tidak memikiri tentang jodoh. Ia mungkin hanya bersahabat biasa, tetapi apabila persahabatan itu menjadi serius dan berazam untuk bertunang, ia akan mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan, berulang kali dalam kekerapan tertentu, timbul rasa benci terhadap pasangannya tanpa sebab yang jelas, mengamuk dan sebagainya, akhirnya hubungan mereka terputus. Saya bersimpati dengan masalah yang saudari hadapi. Saudari perlu memahami masalah ini dengan yakin agar saudari tabah menghadapi dan akhirnya berupaya menghadapi hidup seperti orang lain.

Dalam al-Quran jelas tersebut tentang adanya sihir, begitu juga daripada keterangan hadis-hadis. Kerana itu kewujudan amalan sihir itu adalah sesuatu yang hak, yang benar-benar berlaku dengan izin Allah s.w.t. Iktikad saudari tidak rosak, kerana mempercayai adanya sihir, kerana ia sesuatu yang jelas, yang disebut dalam al-Quran dan hadis-hadis, malah Rasulullah sendiri pernah terkena sihir.

Orang yang tidak mempercayai adanya sihir secara langsung atau tidak langsung menafikan kandungan al-Quran. Kesilapan yang besar dalam hal yang berkaitan dengan sihir atau jin ini ialah keyakinan tentang berkuasanya makhluk-makhluk ini mempengaruhi kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesenangan ataupun kesusahan. Dengan demikian timbullah rasa takut dalam diri manusia, menyebabkan timbulnya pelbagai pantang larang yang berkaitan dengan tempat-tempat yang dianggap berjin, timbulnya rasa hormat, menyebabkan lahirnya pelbagai adat istiadat ataupun upacara yang berkaitan dengannya, seperti upacara memberi makan jin-jin yang diistilahkan sebagai membuang ancak, bela kampung, semah dan sebagainya.

Apabila seseorang itu berkeyakinan bahawa makhluk ini boleh mendatangkan kecelakaan, seperti penyakit, kemalangan, kematian ketika makhluk ini marah, akibat perbuatan manusia yang melanggar pantang larang, ataupun menyebabkan seseorang itu sembuh apabila makhluk ini dipuja, melalui rangkaian jampi, mentera ataupun serapah dengan ungkapan-ungkapan kata biasa juga dengan pelbagai sajian yang diberi, maka manusia itu sebenarnya mempercayai bahawa pada makhluk ini ada kuasa (qudrah), pada hal zat yang mempunyai qudrah ialah Allah sahaja, yang qadim.

Dengan demikian, secara tidak langsung orang berkenaan telah menyamakan qudrah Allah dengan apa yang dianggap “kuasa” atau keupayaan memberi kecelakaan atau keamanan kepada manusia pada jin-jin tadi. Orang yang berbuat demikian melakukan perbuatan syirik, yang dinamakan “musyrik”. Kalau ramai, mereka ini dinamakan “musyrikin” atau musyrikun.” Allah s.w.t. tidak mengampunkan dosa syirik.
Orang Melayu menggunakan bunga, dimasukkan dalam air mandi dalam usaha mencari jodoh. Bunga selalunya cantik, malah lambang kecantikan. Setiap orang sukakan bunga. Sempena dengan kecantikan bunga dan kegemaran manusia melihatnya, bunga dicampur dalam air mandi agar orang lain gemar kepadanya. Apabila dimasukkan dalam air mandi, diharapkan, orang juga suka kepada mereka yang mandi menggunakan bunga tadi. Amalan ini tidak salah atau boleh merosakkan akidah.

Kesilapan timbul apabila seseorang itu berkeyakinan bahawa air mandi bunga itu mempunyai kuasa atau kekuatan untuk menarik orang yang melihatnya lalu datang meminang, pada hal bunga itu adalah merupakan objek tumbuh-tumbuhan biasa semata-mata.

Kesilapan lain ialah apabila bunga tadi dijampi atau dipuja dengan menggunakan kalimah-kalimah yang dilarang oleh Islam, yang mengandungi puja-puja terhadap jin-jin, mengandungi kalimah-kalimah syirik, mengandungi kata-kata yang tidak difahami maknanya, kalimah-kalimah yang tidak boleh ditafsirkan, mengandungi nama berhala, juga melibatkan amalan sihir yang melibatkan jin-jin.

Saudari berada dalam keadaan seperti yang saudari jelaskan. Apabila saudari mencari punca sebenar kepada masalah sekarang, ini tidak bererti bahawa saudari tidak percaya kepada qadak dan qadar Ilahi. Saudari menderita sakit, lalu berubat, ini bukan bererti saudari tidak percaya qadak dan qadar Allah s.w.t.

Sembahyang istikharah dilakukan apabila seseorang itu sukar untuk melakukan pilihan yang terbaik. Manakala sembahyang hajat untuk memohon sesuatu daripada ihsan Allah. Merujuk kepada kes saudari, kalau saudari benar-benar terkena sihir pelalau, seperti yang didakwa oleh teman-teman, saudari sewajarnya berusaha untuk melepaskan diri daripada cengkaman sihir, membolehkan saudari hidup seperti manusia biasa. Semoga Allah memberkati usaha saudari. Insya-Allah.

Mingguan Malaysia 20 May 2007
Contoh: Penulis: Dr Amran Kasimin


Dipetik daripada :  
http://www.darussyifa.org/SJ026.php

SJ026: Apakah hukumnya ilmu Pelalau iaitu ilmu menghalang daripada bertemu jodoh?
Soalan
Dato', ada suatu ilmu yang dipanggil pelalau, iaitu ilmu yang digunakan atas seseorang untuk menghalang dari bertemu jodoh. Dilakukan ini kadang-kadang ke atas seorang perempuan sehingga tidak bertemu jodoh atau pun ke atas lelaki. Bolehkah dan benarkan adanya ilmu ini? Mampukah manusia melakukannya? Apakah hukumnya mempercayai perkara sebegini?
NURKHAIRIAH ABDUL SAMAD
Tangkak

Jawapan
Jodoh pertemuan, hidup mati, bertemu dan berpisah termasuk dalam Qada' dan Qadar Allah S.W.T. Insan hanya mampu berusaha dan Allah akan menentukan segala-galanya.
Memang berlaku dalam masyarakat Islam, khasnya Melayu, ada beberapa kejadian di mana orang perempuan sukar hendak bertemu jodoh atau bertemu pasangan yang berakhir dengan perkahwinan.
Ada yang langsung tidak pernah bertemu. Ada yang bertemu, berkawan, berbaik-baik tetapi bila sampai hendak berkelamin, ada sahaja halangan.
Inilah kejadian yang diistilahkan dengan ilmu pelalau. Saya khusus saya tidak mengetahui ilmu ini, tetapi itulah yang disebut ramai sebagai pelalau.
Memang berlaku dalam masyarakat kita, ada orang perempuan yang tiada sebarang cacat cela akhlak serta tubuh badannya, akhlaknya, tetapi ada orang yang menghampirinya. Hal sedemikian memang berlaku.
Tambahan pula akhir-akhir ini disebutkan bilangan orang lelaki dan perempuan yang sudah berusia tidak berkahwin, begitu ramai.
Pada saya perkahwinan adalah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ianya rezeki, kadang-kadang ada orang rezekinya murah, usaha sedikit tetapi mendapat pulangan yang lumayan, ada orang usahanya banyak, pulangan sedikit dan ada orang yang usahanya begitu banyak, tiada apa-apa pulangan, sebaliknya mengalami kerugian.
Itu adalah sebagai satu contoh, bagi seorang perempuan atau lelaki yang mendapatkan suami atau isteri, perlulah dia berusaha untuk mendapatkannya. Bagaimana pun usaha itu perlu mendapat kesesuaian keadaan masing-masing.
Walaupun pada asasnya perempuan menanti pinangan, manakala lelaki perlu mencari bakal isteri. Tetapi jangan lupa dalam Islam, perkahwinan agung yang berlaku kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah bt Khuwailid.
Ia dimulakan oleh Khadijah sendiri, menghantar utusannya pada Muhammad pada ketika itu, Ummu Kalsum, dan berlakulah rundingan yang ikhlas seolah-olahnya Khadijah meminang Muhammad, pinangan diterima, maka berlakulah perkahwinan.
Ini bererti, Khadijah memulakan suatu usaha walaupun beliau berumur 40 tahun dan Muhammad bin Abdullah berusia 25 tahun. Jika dicongak pada akalnya, barangkali sukar untuk ditemukan jodoh antara seorang perempuan yang 15 tahun lebih tua dari lelaki, dari hasil usaha dari perempuan sendiri.
Inilah rezeki yang menemukan jodoh mereka, menjadikan mereka sebuah keluarga yang aman damai serta bahagia hingga ke akhir hayat Khadijah.
Demikian hari ini, rezeki untuk mendapatkan seorang teman hidup, perempuan inginkan mendapat seorang lelaki yang bertanggungjawab membahagiakannya, tidak selama-lamanya datang bergolek. Maka perlu berusaha.
Usaha itulah yang menentukan kadang-kadang cepat berjaya, kadang-kadang tidak.
Ada pun satu kemungkinan yang boleh berlaku dalam masyarakat, seorang perempuan yang cantik, kaya, keturunan, akhlak dan agamanya baik, mungkin telah dilamar seorang yang sepadan dengannya tetapi ditolak.
Kadang-kadang penolakan dibuat dengan kata-kata yang menyebabkan si peminang berasa terhina. Atau ditolak dengan alasan yang dibuat-buat, atau tidak boleh menerima lamaran kerana ingin menyambung pelajaran, atau kerana sudah dimiliki orang lain sedangkan semuanya itu tidak benar.
Mungkin orang yang ditolak pinangannya itu berasa amat berkecil hati dan berasa terhina, barangkali ada sebutan yang menjatuhkan maruahnya.
Jika dia dizalimi, sebagai orang yang kena hina, maka dia berdoa kepada Allah SWT agar Allah bertindak balas kerana penghinaan yang dilakukan, maka mungkin doa itu dimakbulkan.
Ada hadis yang menyebutkan, "Takutlah kamu kepada doa orang kerana zalim, kerana doa orang yang kena zalim ini, tiada sekatan di antaranya dengan Allah SWT."
Takut orang itu merasakan perempuan yang diinginkan, telah melukakan hatinya, diminta Allah supaya jangan memberikan hingga akhir atau atau biarkan perempuan itu menemui jodoh dalam usia yang lanjut. Itulah yang mungkin berlaku sebagai doa.
Apa yang dinamakan pelalau, mungkin wujud ada dalam bentuk sihir, persoalan sihir ini, pernah saya jawab dalam siri-siri terdahulu.
Ada sihir pengasih dipanggil attiwalah, ada yang lain disebut sihir pembenci yang lebih hampir kepada pelalau.
Dalam Surah al-Baqarah, disebutkan bahawa, sihir diusahakan sehingga ia dapat memecahkan antara suami dengan isteri. Tidak berlaku perpecahan dan perceraian melainkan berlakunya benci membenci.
Jika ini berlaku (sihir pembenci), ia akan menyebabkan orang melihat seseorang itu, ia tidak mengundang kebaikan kepada hati, tetapi mengundang kebencian kepada hati. Inilah yang dinamakan pelalau.
Sama ada akidah kita rosak atau tidak, ia bergantung kepada pegangan kita. Jika kita kuat berpegang kepada aqidah, kita meyakini bahawa apa sahaja yang berlaku atas takdir dan kehendak Allah Yang Maha Mengkehendaki.
Jika Allah SWT mengkehendaki seseorang itu tidak mendapat jodoh atau hanya mendapat jodoh pada usia yang lewat, maka itulah kehendak Allah, bukan atas usaha manusia.
Jangan meletakkannya sebagai usaha manusia untuk menghalang rezeki seseorang, walhal rezeki dan jodoh adalah ditangan Allah SWT, bukan manusia yang menentukannya. Wallahua'lam.



Dipetik daripada :

http://mahasuriaidris.blogspot.com/2007/07/sihir-5.html

Wednesday, July 18, 2007

Sihir (5)

Pertengahan Mei, selepas kesemua penyiksaan menjadi terlalu biasa buat kami, suami saya didatangi Ustaz Alwi, yang membeli sebahagian besar stok cincin suami saya. Suami saya bertanya tentang makhluk asing, gangguan jin, sihir dan sebagainya. Suami saya juga bercerita kepada beliau bagaimana setiap malam dia diganggu dengan mimpi yang menyeramkan. Selalu juga dia mengingau, berlawan dengan serigala, dengan anjing hitam, bertemu ular tedung dan macam-macam lagi. Ustaz ALwi menyarankan agar suami saya mengamalkan ayat-ayat Manzil dan membeli buku tentang sihir dan gangguan jin tulisan Dr Harun Din terbitan Dewan Bahasa. Bagi Ustaz ALwi, sihir dan jin tidak dapat dipisahkan biarpun dunia kini amat moden. Disebabkan kemodenan ini, makanya ramai di antara kita yang tidak mengendahkan perlunya mempelajari ilmu menghalang sihir. Ramai di antara kita yang tidak percaya kemungkinan mereka disihir kerana logic akal mengatakan “mana mungkin ada orang dengki dengan aku. Kita sama saja”. Kita terlalu lurus dan jujur menghadapi semua orang. Itu sesuatu yang amat baik, namun, tidak semua manusia baik seperti kita.

Suami saya membeli kitab Manzil yang hanya berharga RM2. Dia mula mengamalkannya. Di kedai, dipasangnya CD Yassin dan surah-surah pilihan sambil dia dan pekerja-pekerjanya mengikut bacaan dan menghafal. Satu pagi, lebih kurang pukul 9 pagi, suami saya menalipon saya dengan suara begitu teruja.

‘You know what? Tadi ada customer datang, sembang-sembang dengan Abang. Dia ni Makcik tua, serebeh-serebeh orangnya. Jalan pun dok seret-seret kaki. Abang ajak dia duduk, sambil tu Abang baiki gelang dia. Dia cerita pasal anak-anak dia, bla bla bla….Pastu, dia bagi Abang cincin kayu kokka. Cantik cincin ni. Abang takut gak kot-kot dia suruh Abang beli, tapi dia kata dia bagi. So, nak elakkan dari terhutang, Abang bagi satu cincin kat dia….Pas tu dia jalan je.”
Saya cuak mendengar cerita suami saya. “Biar betul Bang…orang betul ke? Baru pukul 9 ni. Dari mana dia datang?” Tanya saya.

“Dia kata dia dari Perak. Macam orang susah je. Tudung senget menget, mulut pun macam banyak putih-putih…Tapi, dah dia bagi, Abang ambik je la cincin ni. Cantik.”
Bila dah suami saya kata begitu, saya hanya diamkan diri saya. Malam itu, suami saya balik dan memberitahu yang Makcik tadi datang balik ke kedainya mencari serkupnya yang tertinggal. Dia memang tak dapat cam Makcik ni kerana parasnya yang telah berubah. Pakaiannya bersih, tidak lagi jalan terseret-seret dan cantik. Bila suami saya tunjukkan cincin yang diberi pagi tadinya, dia hanya mengerutkan dahi, seolah-olah dia tidak dapat mengingat langsung kejadian yang telah berlaku di sebelah pagi tadi.

Sejak kehadiran Ustaz Alwi dan Makcik special tu, jualan suami saya di kedai bertambah baik. Suami saya semakin yakin yang selama ini dia memang diuji dengan gangguan jin. Suami saya semakin rajin ke surau dan setiap ada waktu terluang, dia akan menghabiskan bacaan ayat-ayat Quran. Namun, keadaan kesihatan suami saya agak tidak baik. Dia sering sakit tengkuk, mengantuk yang melampau setiap kali masuknya waktu solat dan sendi-sendinya sentiasa dalam keadaan sakit. Cuti sekolah bulan Mei, kami sekeluarga bercuti ke Kuantan. Sedang asyik memandu, suami saya memberhentikan kereta dan menyuruh saya memandu. Dia terlena sebaik sahaja kami bertukar tempat….Nyenyak sungguh tidurnya. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 4 petang…Oh! Waktu Asar akan tiba sekejap lagi….

Dua malam di Kuantan amat menyeksakan buat saya kerana anak kecil saya, Abo, asyik menjerit-jerit dan menangis. Sebelum ke Kuantan, Abo memang menangis dan menjerit setiap malam sambil matanya tertutup. Abo langsung tidak mahu tidur di sebelah suami saya, yang mana akhirnya, saya terpaksa meribanya sambil duduk di atas lantai sepanjang malam.
Sekembalinya kami dari Kuantan, suami saya mendapat tahu yang Apet, sepupunya, juga diserang sakit misteri. Suami saya mencari Apet dan Apet menceritakan apa yang dialaminya, yang hampir sama dengan apa yang suami saya alami. Malangnya, Ustaz yang mengubat Apet telah pulang ke Thailand. Kebetulannya, Ustaz tersebut datang menziarah adiknya yang berjiran dengan Apet. Kata Apet, dia teruk dikenakan oleh rakan sepejabatnya.

Satu malam, kedai suami saya dikunjungi pelanggan wanita jelita yang datang bersama emak dan suaminya. Selepas wanita tadi memilih barang-barang yang dikehendakinya, dia bertanya kepada suami saya tentang cincin yang suami saya pakai. Suami saya menceritakan apa yang dialaminya, siapa yang memberi cincin tersebut dan sebagainya.

Wanita tadi meminta izin suami saya untuk ‘scan’ suami saya. Rupanya beliau pandai mengubat orang. Beliau belajar dari ayahnya yang berketurunan Wali Songo dari Indonesia. Katanya lah…

Selepas sahaja wanita ini duduk di hadapan suami saya, tona suara dan pelat bahasanya bertukar menjadi seperti orang Indonesia. Kata beliau, suami saya dihantar dengan sihir dari Siam. Bukan hanya kepada suami saya, tetapi juga ke kedainya. Teruk dah situasinya. Alang-alang orang yang kena, dah lama tumbang. Sihir ini dihantar oleh sahabat suami saya sendiri. Agak rapat, kerana suami saya selalunya bersalam dengan orang ini. Biarpun teruk, suami saya bertuah kerana beliau punya ‘pendamping’. Alamak….takut dengarnya. Hanya ada 2 orang yang boleh mengubat suami saya, Ustaz Harun Din dan Ustaz Zul dari Muar…. Mana nak jumpa mereka ni? Wanita tersebut juga berkata bahawa cincin yang diberi oleh makcik tua itu ‘berisi’. Makcik tu hanya wakil seorang kiyai….Macam Misteri Nusantara pulak.

Seperti biasa, kami memang agak keberatan untuk percaya dengan perkara-perkara mistik ini. Tak masuk akal…

Pagi Isnin, 11 Jun 2007, Adli, sahabat karib suami saya menalipon dan memberitahu yang dia baru sembuh dari sakitnya yang panjang. Dia berubat dengan seorang Ustaz di Cheras. Adli baru pulang dari menunaikan umrah beberapa minggu sebelumnya. Bagi Adli, doanya dimakbulkan Tuhan bila dia dikenalkan dengan Ustaz tersebut sekembalinya dari umrah.
Lepas Maghrib hari itu juga, saya dan suami ke Kelana Jaya menjemput Adli dan Nomi untuk ke rumah Ustaz tersebut. Dalam perjalanan Nomi menceritakan apa yang telah dialaminya. Saya bantai ketawa kerana cerita-cerita Nomi macam tak lojik. Nomi marah betul dengan saya. Katanya, dia tau ada yang tak kena dengan suami saya kerana bulu romanya sentiasa berdiri sejak kami sampai ke rumahnya tadi!!!

Sesampainya kami di rumah Ustaz (biar saya rahsiakan namanya. Hubungi saya jika perlu), Alhamdulillah tidak ada orang lain. Ustaz bertanya kepada suami saya apa sakitnya. Suami saya bercerita sedikit….termasuk kisah Makcik yang memberinya cincin.

Ustaz membuka helaian Al-Quran yang terletak di sampingnya sambil membaca beberapa ayat. Dada saya berdebar kencang. Entah mengapa, tiba-tiba saya merasa takut yang melampau. Meremang-remang bulu tengkuk saya duduk di belakang suami saya.

Ustaz berdiam diri seketika sambil memejamkan mata. Suasana sekeliling begitu sunyi dan menyeramkan. Nomi dan Adli di sebelah saya mengangguk-angguk, seolah cuba menenangkan hati saya yang seperti dilanda badai.

Kamu ada amalan yang ditinggalkan ye? Sebab itu bolos. Kamu memang disihir, dah lama. Sejak awal tahun lepas?

Amalan apa Ustaz? Tanya suami saya.

Wah! Banyak amalan kamu? Tersenyum simpul Ustaz, begitu juga Adli dan Nomi.

Yelah, makan, minum…tu kan amalan?

“Zikir Munjat”, jawab ustaz.

Kami yang mendengar tercengang. Hanya kerana zikir itu tidak diamalkan, kita jadi bolos?

Kamu dihantar ‘sihir pelalau’. Yang menghantarnya sepasang suami isteri. Mereka tidak suka kamu senang. Mari kita scan, kata Ustaz.

Suami saya diminta berbaring. Fikirannya diminta dikosongkan dan matanya dipejam. Sambil itu, Ustaz memicit jari hantu tangan kiri suami saya. Suami saya menjadi marah. Dia mengherdik Ustaz. Macam-macam yang dikatakannya, namun dia tidak mahu memberitahu apa-apa. Ustaz agak terkilan dengan keadaan itu. Kaki dan tangan suami saya sejuk, namun dia betul-betul berada dalam kemarahan.

Ustaz kemudiannya memberikan beberapa bahan yang perlu dibawa balik ke rumahnya dalam masa tiga hari. Saya mencatatkan kesemuanya dan kami pulang dengan seribu satu persoalan. Ustaz juga berkata yang suami saya akan mimpikan seseorang malam itu.

Di dalam kereta, Adli cuba memcahkan suasana. Dia agak kecewa kerana suami saya seolah menurut kata jin yang bersarang di badannya yang tidak mahu diketahui siapa yang mengupahnya. Tanpa ssesiapa menduga, suami saya menengking Adli. Dia berkata Ustaz tu pembohong, tidak mengikut sunnah, dan macam-macam lagi. Aiikk… kenapa mamat ni? Malunya saya…Kalau tak setuju dengan Ustaz ni, kenapa datang tadi? Kenapa bersusah payah mencari ubat jika tidak setuju dengan semua benda?

Saya mula takut. Saya dapat rasakan yang suami saya telah dikuasai. Ketakutan saya semakin menjadi-jadi. Kami singgah di kedai mamak dan selepas beberapa ketika, wajah suami saya agak kendur. Tidak lagi setegang awal tadi.


Sunday, July 29, 2007

Sihir (6)

Malam itu saya tidak boleh tidur. Saya takut yang amat sangat. Di tengah malam saya terjaga dan asyik memerhatikan wajah suami saya. Saya cukup takut kalau-kalau wajahnya bertukar…..ahhhh….

Keesokan paginya, suami saya kata yang dia bermimpi 3 perkara…..

Saya terus ke pejabat dan cuba melupakan apa yang terjadi malam tadi. Saya malas nak bertekak dengan suami saya tentang Ustaz dan cara pengubatannya. Lantaklah, kata hati saya….

Tengahari itu, saya menerima panggilan talipon dari suami saya yang mengajak saya keluar makan. Rupanya dia telahpun membeli buah kundur, garam, kunyit, lada hitam, bawang, kacang hijau, limau nipis, paku, tanah dan asam jawa. Dia perlu mencari daun kelor dan daun bunga raya saja lagi. Dia singgah ke rumah maknya dan emak terus saja menyiapkan apa yang kurang. Suami saya bertanya pada emak tentang arwah Abah. Apa ilmu yang dituntutnya dan macam-macam lagi.

Emak kata abah pernah berguru dengan Kiyai Saleh, di Batu Pahat sehingga menerima selempang merah. Namun emak pun tak tau di mana dan apa ilmu yang Abah tuntut. Emak juga menerangkan apa maksud ‘pelalau’. Ia adalah sihir yang dihantar supaya orang tidak nampak kita. Umpamanya, jika dikenakan kepada wanita yang belum berkahwin, wanita itu akan sukar mendapat jodoh. Kalau ada orang lelaki yang berkenankan gadis tersebut, lelaki itu bagaimanapun tidak akan jadi menjadikannya isteri. Dalam kes suami saya, kedainya ‘ditutup’. SIhir itu membuatkan orang yang lalu lalang tidak akan nampak kedai tersebut.

Pulang ke rumah, kami mengisar buah kundur dengan air. Daun kelor dan daun bunga raya juga dikisar, tetapi dimasukkan ke dalam bekas yang berasingan.

Sepanjang hari itu saya menjadi manusia yang paling penakut. Saya terasa diekori, atau lebih tepat, ditemani. Di pejabat, saya jadi pemarah dan di rumah, pantang silap je saya akan menjerit pada anak-anak.

Pukul 6.45 petang, saya dan suami keluar. Tak boleh jadi, kata hati saya sebelum keluar. Aku nak diteman. Terus saya mengajak Jimi yang sedang menghafaz ayat-ayat Quran kerana ujian hafazan di sekolah minggu depan. Tanpa banyak soal, Jimi mengikut kami berdua. Perjalanan ke Cheras agak perlahan, maklum saja orang balik kerja. Kami mengambil keputusan untuk solat Maghrib di Masjid Universiti Malaya. Selepas Maghrib, kami terus ke Cheras.
Sampai di rumah Ustaz, jam baru menunjukkan pukul 8.15 malam. Ustaz hanya memulakan pengubatannya selepas Isya’. Suami saya memutuskan kami mencari surau berhampiran untuk menyelesaikan dulu solat Isya’ agar senang nanti. Takdirnya memang telah ditentukan. Ada ceramah agama pula di surau. Kami tertunggu-tunggu bila hendak solat, namun penceramah tak mahu berhenti pula. Saya hantar sms kepada suami, dan dia putuskan kami solat dulu pukul 9 nanti.

Apabila sampai di rumah Ustaz, nah kau….punyalah ramai yang dah menanti giliran masing-masing. Saya dah risau, gerenti kami akan lambat nanti. Saya saksikan seorang Imam yang dihantar ‘santau’ oleh seorang jemaah. Kesian Pak Imam ni. Agak lucu bila pesakit yang sedang terbaring mula menjawab soalan-soalan yang ditanya. Bukan pesakit sebenarnya yang menjawab, tetapi jin yang berada dalam badan pesakit yang menjawab. Saya perhatikan dengan penuh khusyuk bagaimana Ustaz mengubat Pak Imam tadi. Selepas beberapa ketika, Ustaz menyuruh Pak Imam duduk dan menelan balik segala santau yang telah dihantar kepadanya. Memang melucukan, namun itulah hakikat. Tidak lama kemudian, Pak Imam seolah tersedar dan bertanya kepada Ustaz apa yang terjadi. Ustaz kata Pak Imam sudah sembuh pada mulanya, namun si ‘dia’ menabur sesuatu di halaman rumah Pak Imam. Pak Imam terlangkah ‘benda’ yang ditanam dan sakitnya datang balik. Apa yang membuat saya terkedu ialah apabila saya diberitahu yang Pak Imam disantau supaya dia tidak boleh sujud…..! Hanya kerana si polan tu mahukan jawatan Imam! Jin tadi memberitahu yang dia adalah suruhan Tok Batin..Ustaz memotong sedikit buah limau nipis dan membaca sesuatu sebelum meminta Pak Imam menghembuskan nafasnya ke limau itu. Serentak itu juga, Ustaz memasang ‘pasak’ kepada limau tersebut, iaitu paku yang panjangnya lebih dua inci.

Selepas Pak Imam beredar, seorang lagi pesakit dipanggil. Aiii…teleng je kapala Pakcik ni, apahal? Sebaik saja Pakcik ni berbaring, dia mula bercakap….Siapa kau? Tanya Ustaz. Aku Bunian…. Sapa nama kau? Tak ada nama. Kau lelaki ke perempuan? Aku perempuan. Tentu kau punya nama…. Tak ada. Aduh….sakit!!!! Nama kau Sharifah Aini? Bukan! Bukan! Habis tu, Siti Nurhaliza? Eh…bukan! Khadijah….perlahan je bunyinya….

Kenapa kau kacau dia? Aku tak suka budak-budak dia buat maksiat kat tempat aku. Bukan dia yang buat, kenapa kau sakitkan dia? Dah dia aje yang ada kat situ….. Okaylah. Kau balik ke tempat kau ye? Jangan kacau dia ni. Dia orang baik. Kalau kau tak nak balik, aku picit kau…. Okay, okay. Aku pegi. Jangan sakitkan aku lagi.

Ustaz mengulang kembali apa yang dilakukan tadi kepada Pakcik ni. Saya yang duduk berdepan dengan isteri Pakcik ni diberitahu oleh isterinya yang Pakcik ni ialah Ketua Pengawal Istana Kedah di Kuala Lumpur, berdepan dengan KL Sentral. Mereka tinggal di kuaters pekerja. Rumah banglo yang juga dihuni oleh makhluk ghaib. Terdapat beberapa orang pekerja istana yang suka berjudi di kawasan sekitar istana dan ini tidak disukai oleh bunian-bunian yang ‘menjaga’ tempat ini. Pakcik tadi melakukan rondaan seperti biasa sewaktu tiba-tiba dia ditampar sekuat-kuatnya. Muka dia senget dan telah pergi ke Tawakal, Ampang Putri dan HKL selepas X-Ray, dia diberitahu tiada apa-apa yang silap dengan sarafnya…. Selepas dibawa oleh seorang rakannya bertemu Ustaz, barulah dia tahu yang dia diganggu….

Kemuadiannya, tiga orang pesakit dipanggil serentak. Terkejut saya bila melihat kedua belah tapak tangan seorang dari mereka terbakar hangus. Cara Ustaz mengubat mereka agak berbeza dari dua kes yang pertama tadi. Nampak benar Ustaz berdepan dengan jin yang agak handal. Berpeluh-peluh Ustaz dibuatnya. Makcik yang pertama diubati adalah kakak yang tua. Telah hampir sepuluh tahun menderita sakit. Habis duit berubat merata-rata, namun sakitnya datang kembali. Pesakit kedua agak kritikal. Sewaktu diubat, dia asyik menangis, tanpa airmata…. Satu ketika, waktu Ustaz membaca ayat Quran dengan agak keras, dia pitam. Langsung tak bergerak. Saya nampak bagaimana Ustaz cuba memanggil kembali rohnya….Menyeramkan…. beberapa saat kemudian, pesakit tadi sedar dan mulutnya mula berkumat kamit mengucap dua kalimah syahadah… kami yang melihat begitu bersyukur dia telah kembali. Pesakit ketiga ialah yang terbakar kedua-dua tangan tadi. Kata Ustaz, itu ‘side-kick’ je….Macam tu punya teruk, side kick? Sementara Ustaz menghabiskan pengubatannya, saya diberitahu oleh salah seorang yang berada di situ bahawa keluarga ini diserang oleh jin tinggalan jiran mereka yang telah meninggal sepuluh tahun lalu. Tuan kepada jin ini cuba merampas tanah pusaka yang didiami oleh keluarga ini. Persengketaan antara dua keluarga sejak turun temurun, namun setelah mereka meninggal, jin itu berkeliaran mencari tuan….Subhanallah….takut benar rasanya saya.
Selepas itu, tiba giliran suami saya. Jam telah menunjukkan hampir pukul sebelas malam. Ustaz bertanya kepada suami saya tentang mimpinya semalam. Kata suami saya, dia bermimpikan 3 benda, yang pertama, dia seolah-olah keluar dari badannya dan mencari sesuatu dari awangan. Mimpi kedua dia melihat serigala hitam dan mimpi ketiga…..

Suami saya melihat seorang wanita muda, dalam usia 30-an, terbaring meniarap berhampiran kedai suami saya. Suami saya cuba melihat wajah wanita ini dari segala sudut, namun tidak berjaya. Di waktu itu, ada seorang lelaki tampan yang amat bersih wajahnya meletakkan beberapa botol air mineral di sekeliling wanita tersebut, dan suami saya kata dia nampak seolah-olah ada pusaran angina masuk ke dalam setiap botol tadi dan serentak itu juga air mineral tadi bertukar menjadi keruh.

Ustaz kemudian bertanya kepada suami saya samada dia masih mahu tahu siapa yang menghantar sihir kepadanya. Suami saya dengan penuh ikhlas memberitahu Ustaz yang dia tak peduli siapa yang punya angkara. Apa yang dia nak ialah keluar dari kepayahan itu. Siapa pun yang menganiaya dia, Allah saja yang akan membalasnya. Ustaz memuji keputusan suami saya dan katanya, memandangkan memang suami saya tidak mahu tahu manusia itu sejak dari awal, kerana itu wajah perempuan tadi tidak kelihatan. Segalanya bergantung kepada niat kita….


Dipetik daripada  :
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4072.0



SIHIR PENGHALANG PERKAHWINAN

Cara terjadi sihir ini biasanya dilakukan oleh orang-orang yang bersifat dengki yang datang kepada tukang sihir lalu meminta darinya supaya mengerjakan sihir untuk anak perempuan seseorang supaya tidak jadi nikah.Adapun tanda-tanda sihir ini diantaranya :-

-Kepala sentiasa pening dan tidak mahu berhenti walaupun telah diberi ubat oleh doktor.

-Merasa sesak nafas didada terutamanya setelah waktu asar hingga tengah malam.

-Melihat orang yang meminangnya bermuka buruk.

-Terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan.

-Selalu gelisah didalam tidurnya.

-Kadangkala merasakan sakit didalam perut.

-Merasa sakit ditulang punggung bahagian bawah.


Kaedah pengubatan sihir penghalang perkahwinan

-Bacakanlah ayat-ayat al quran sebagaimana yang dijelaskan diatas tadi kepada pesakit pada bahagian ubun-ubun.

-Jika tidak kerasukan jin,maka berilah ia amalan-amaln berikut :-

a)Sentiasa menjaga solat tepat pada waktunya.

b)Perdengarkan mp3 ruqyah syariah 3x sehari iaitu pada maghrib,isyak dan sebelum tidur.

c)Tidak mendengarkan lagu/muzik.

d)Berwuduk dan membaca ayat qursy 11x sebelum tidur.

e)Menghimpun kedua tapak tangan kemudian membaca surah 3qul 3x,selepas itu tahan nafas dan sapukan keseluruh badan (kecuali kemaluan) sebelum tidur.

f)Bacakanlah untuknya ayat-ayat al quran seperti fatehah 1x,al kafirun 3x,al ikhlas 3x,al falaq 3x dan an nas 3x kedalam air kemudian air itu diminum dan digunakan untuk mandi 3x sehari.

Dipetik daripada :

http://urutdanrawat.com/

THIBBUN NABAWI:BIMBINGAN RASULULLAH SAW DALAM MERAWAT SIHIR


1)Mencari/menghapuskan barang ataupun tangkal sihir.

-Dalam 70% pesakit gangguan jin selalunya akan melibatkan barang sihir yang terletak pada rumah pesakit,pejabat ataupun kenderaan.

-Pesakit disyorkan membaca Al-Kautsar 10x sebelum tidur minta petunjuk mimpi dari Allah SWT dimana letaknya barang sihir tersebut.Jika pesakit beroleh mimpi tersebut,pesakit cari barang sihir tersebut dan membakarnya.

-Pada hemat saya,pesakit disyorkan memasang CD surah Al Baqarah 1x tiap-tiap waktu maghrib selama sebulan bagi mengurangkan pengaruh sihir dikawasan rumah.

-Pada hemat saya juga,pesakit boleh spray air yang sudah dibacakan ruqyah seperti bacaan kursi 70x dengan spray menghala keatas syiling rata-rata didalam dan luar kawasan rumah.Waktu spray disyorkan selepas maghrib selama sebulan,insyaAllah pengaruh sihir dikawasan rumah akan berkurangan dari hari kehari.

2)Mengeluarkan endapan sihir dari badan.


-Apabila jin sihir mendiami saluran darah manusia,secara tak langsung darah kita akan menjadi cepat kotor lalu menyebabkan beberapa penyakit fizikal seperti kerap sakit kepala,dada,pinggang,batuk dan juga sendi-sendi badan.Selain itu,badan juga boleh menjadi sakit-sakit apabila kerap termakan benda kotor/santau dari penyihir.

-Pesakit disyorkan minum 2 sudu cuka epal yang sudah dibacakan ruqyah setiap pagi bagi menawarkan segala barang-barang kotor yang sudah termakan.

-Pesakit perlu menjalani rawatan Al Hijamah/Bekam 2 minggu sekali bagi mengeluarkan darah kotor/endapan akibat sihir dari saluran darah badan.

-Pesakit juga disyorkan makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi selama sebulan bagi menambah tenaga badan dan akibat lesu sihir dan secara tak langsung pengaruh sihir akan makin berkurangan.

-Pesakit perlu minum dan mandi dengan 7 helai daun sidir (bidara) yang sudah dilumatkan setiap hari selama 3 hari.Air campuran daun bidara ini perlulah dibacakan terlebih dahulu al fatehah,kursi dan 3 qul.

-Pesakit juga disyorkan menyapu anggota badan yang sakit-sakit akibat sihir dengan menggunakan Minyak Zaitun/Minyak Habbatus Sauda yang sudah diruqyah tiap-tiap hari.

3)Penyembuhan sihir dengan doa,zikir dan ayat al quran.

-Perawat islam perlu membacakan zikir,doa dan ayat-ayat ruqyah dari al quran pada pesakit sihir/gangguan jin.

-Pesakit juga perlu mengamalkan zikir perlindungan diri,solat hajat setiap hari berdoa diminta kesembuhan dari Allah SWT serta membaca Yaseen 1x tiap-tiap lepas solat isyak sehingga sembuh.


Nota:Kitab Thibbun Nabawi dikarang oleh Ibnu Qayyim Al Jauziah.Semua isi dalam kitab thibbun nabawi adalah ilmu wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW untuk membimbing seluruh umat islam dalam merawat segala penyakit fizikal/spritual dan salahsatu isi kandungan modul kitab tersebut adalah kaedah merawat sihir.

Dipetik daripada :

http://paschabau.net/index.php?option=com_content&view=article&id=700:apa-itu-pelalaujangan-jangan-anda-terkena-

APA ITU PELALAU...JANGAN-JANGAN ANDA TERKENA !



Soalan

Dato', ada suatu ilmu yang dipanggil pelalau, iaitu ilmu yang digunakan atas seseorang untuk menghalang dari bertemu jodoh. Dilakukan ini kadang-kadang ke atas seorang perempuan sehingga tidak bertemu jodoh atau pun ke atas lelaki. Bolehkah dan benarkan adanya ilmu ini? Mampukah manusia melakukannya? Apakah hukumnya mempercayai perkara sebegini?


DATO DR HARON DIN MENJAWAB


Jawapan

Jodoh pertemuan, hidup mati, bertemu dan berpisah termasuk dalam Qada' dan Qadar Allah S.W.T. Insan hanya mampu berusaha dan Allah akan menentukan segala-galanya.

Memang berlaku dalam masyarakat Islam, khasnya Melayu, ada beberapa kejadian di mana orang perempuan sukar hendak bertemu jodoh atau bertemu pasangan yang berakhir dengan perkahwinan.

Ada yang langsung tidak pernah bertemu. Ada yang bertemu, berkawan, berbaik-baik tetapi bila sampai hendak berkelamin, ada sahaja halangan.

Inilah kejadian yang diistilahkan dengan ilmu pelalau. Saya khusus saya tidak mengetahui ilmu ini, tetapi itulah yang disebut ramai sebagai pelalau.

Memang berlaku dalam masyarakat kita, ada orang perempuan yang tiada sebarang cacat cela akhlak serta tubuh badannya, akhlaknya, tetapi ada orang yang menghampirinya. Hal sedemikian memang berlaku.

Tambahan pula akhir-akhir ini disebutkan bilangan orang lelaki dan perempuan yang sudah berusia tidak berkahwin, begitu ramai.

Pada saya perkahwinan adalah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ianya rezeki, kadang-kadang ada orang rezekinya murah, usaha sedikit tetapi mendapat pulangan yang lumayan, ada orang usahanya banyak, pulangan sedikit dan ada orang yang usahanya begitu banyak, tiada apa-apa pulangan, sebaliknya mengalami kerugian.

Itu adalah sebagai satu contoh, bagi seorang perempuan atau lelaki yang mendapatkan suami atau isteri, perlulah dia berusaha untuk mendapatkannya. Bagaimana pun usaha itu perlu mendapat kesesuaian keadaan masing-masing.

Walaupun pada asasnya perempuan menanti pinangan, manakala lelaki perlu mencari bakal isteri. Tetapi jangan lupa dalam Islam, perkahwinan agung yang berlaku kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah bt Khuwailid.

Ia dimulakan oleh Khadijah sendiri, menghantar utusannya pada Muhammad pada ketika itu, Ummu Kalsum, dan berlakulah rundingan yang ikhlas seolah-olahnya Khadijah meminang Muhammad, pinangan diterima, maka berlakulah perkahwinan.

Ini bererti, Khadijah memulakan suatu usaha walaupun beliau berumur 40 tahun dan Muhammad bin Abdullah berusia 25 tahun. Jika dicongak pada akalnya, barangkali sukar untuk ditemukan jodoh antara seorang perempuan yang 15 tahun lebih tua dari lelaki, dari hasil usaha dari perempuan sendiri.

Inilah rezeki yang menemukan jodoh mereka, menjadikan mereka sebuah keluarga yang aman damai serta bahagia hingga ke akhir hayat Khadijah.

Demikian hari ini, rezeki untuk mendapatkan seorang teman hidup, perempuan inginkan mendapat seorang lelaki yang bertanggungjawab membahagiakannya, tidak selama-lamanya datang bergolek. Maka perlu berusaha.

Usaha itulah yang menentukan kadang-kadang cepat berjaya, kadang-kadang tidak.

Ada pun satu kemungkinan yang boleh berlaku dalam masyarakat, seorang perempuan yang cantik, kaya, keturunan, akhlak dan agamanya baik, mungkin telah dilamar seorang yang sepadan dengannya tetapi ditolak.

Kadang-kadang penolakan dibuat dengan kata-kata yang menyebabkan si peminang berasa terhina. Atau ditolak dengan alasan yang dibuat-buat, atau tidak boleh menerima lamaran kerana ingin menyambung pelajaran, atau kerana sudah dimiliki orang lain sedangkan semuanya itu tidak benar.

Mungkin orang yang ditolak pinangannya itu berasa amat berkecil hati dan berasa terhina, barangkali ada sebutan yang menjatuhkan maruahnya.

Jika dia dizalimi, sebagai orang yang kena hina, maka dia berdoa kepada Allah SWT agar Allah bertindak balas kerana penghinaan yang dilakukan, maka mungkin doa itu dimakbulkan.

Ada hadis yang menyebutkan, "Takutlah kamu kepada doa orang kerana zalim, kerana doa orang yang kena zalim ini, tiada sekatan di antaranya dengan Allah SWT."

Takut orang itu merasakan perempuan yang diinginkan, telah melukakan hatinya, diminta Allah supaya jangan memberikan hingga akhir atau atau biarkan perempuan itu menemui jodoh dalam usia yang lanjut. Itulah yang mungkin berlaku sebagai doa.


Apa yang dinamakan pelalau, mungkin wujud ada dalam bentuk sihir, persoalan sihir ini, pernah saya jawab dalam siri-siri terdahulu.

Ada sihir pengasih dipanggil attiwalah, ada yang lain disebut sihir pembenci yang lebih hampir kepada pelalau.


Dalam Surah al-Baqarah, disebutkan bahawa, sihir diusahakan sehingga ia dapat memecahkan antara suami dengan isteri. Tidak berlaku perpecahan dan perceraian melainkan berlakunya benci membenci.

Jika ini berlaku (sihir pembenci), ia akan menyebabkan orang melihat seseorang itu, ia tidak mengundang kebaikan kepada hati, tetapi mengundang kebencian kepada hati. Inilah yang dinamakan pelalau.

Sama ada akidah kita rosak atau tidak, ia bergantung kepada pegangan kita. Jika kita kuat berpegang kepada aqidah, kita meyakini bahawa apa sahaja yang berlaku atas takdir dan kehendak Allah Yang Maha Mengkehendaki.

Jika Allah SWT mengkehendaki seseorang itu tidak mendapat jodoh atau hanya mendapat jodoh pada usia yang lewat, maka itulah kehendak Allah, bukan atas usaha manusia.

Jangan meletakkannya sebagai usaha manusia untuk menghalang rezeki seseorang, walhal rezeki dan jodoh adalah ditangan Allah SWT, bukan manusia yang menentukannya. Wallahua'lam.

3 ulasan:

  1. Bagaimana menghapuskan sihir pelalau pekerjaan yang telah dilakukan oleh bomoh jahat yang telah lama meninggal dunia?

    BalasPadam
  2. Salam, bagaimana mahu menghapuskan sihir pelalau siam?

    BalasPadam