Jumaat, 26 April 2013

SUMBANGAN SEKTOR PERTANIAN KEPADA NEGARA - BANYAK YANG TIDAK TAHU

Dipetik daripada : http://bobex.wordpress.com/2007/01/17/masa-depan-ekonomi-negara-menerusi-sektor-pertanian/

Masa Depan Ekonomi Negara Menerusi Sektor Pertanian

Posted: Januari 17, 2007 in Artikel
Sektor pertanian telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920-an menerusi industri getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia sehingga tahun 1980-an. Ekonomi negara selepas merdeka dimonopoli oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan sehinggakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika itu menunjukkan sumbangan sektor petanian dan perlombongan mencecah angka 46 peratus.
Inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mendokong matlamat membasmi kemiskinan yang termaktub di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah membantu dari segi kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit, dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian pada ketika itu.
Tiga dasar telah digubal dalam usaha memastikan sektor pertanian dapat bertindak sebagai ‘enjin ketiga’ pertumbuhan ekonomi negara di samping sektor perkhidmatan dan pembuatan. Dasar-dasar tersebut adalah merangkumi Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991) yang memberi penekanan untuk membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan ekspot; Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997) yang memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan; dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan keyakinan tinggi bahawa sektor pertanian dan asas tani ini mampu menjana bukan sahaja pendapatan petani-petani luar bandar malahan juga ekonomi negara. Kesungguhan beliau dalam memajukan sektor pertanian terbukti dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan belanjawan 2006 yang telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepada sektor ini.
Transformasi sektor pertanian ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing dalam RMK-9 dan Belanjawan 2006 ini bertujuan untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi para petani dan negara selain bertujuan untuk mengurangkan pergantungan terhadap barangan import bahan makanan dalam jangka masa panjang yang mana pada masa ini imbangan import bahan makanan masih lagi melebihi kemampuan mengeksport.
Sebagai suatu langkah jangka panjang, kerajaan telah mempertanggungjawab dan memperluaskan fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani bukan sahaja merangkumi bidang pertanian, malah turut merangkumi bidang industri asas tani. Tujuannya ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan, iaitu dari peringkat pengeluaran benih, pengeluaran, pengendalian lepas tuai, penyimpanan, logistik, penggredan, pelabelan, pembungkusan, pengangkutan, peruncitan, pemborongan, pemasaran, penjenamaan, pemerosesan sehingga dijual kepada pengguna (from farm to table). Selain daripada pengeluaran pertanian, fokus masa hadapan akan diberi kepada industri asas tani yang boleh disertai oleh industri kecil dan sederhana, terutamanya dalam bidang-bidang tambah nilai yang baru.
Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan ‘Cluster’ seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, ‘Target Area Concentration’, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Kesemua ini pada akhirnya bertujuan untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan ‘Industrial Districts’ di mana pemasaran, pengeluaran, innovasi dapat dirancang dan diperlengkapkan dengan infrastruktur sokongannya.
Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama yang akan dapat membezakan hasil-hasil pertanian negara dengan hasil-hasil pertanian negara lain dengan menitikberatkan kualiti dan keselamatan makanan iaitu ‘Malaysia Best’. Penjenamaan ini akan menekankan aspek pemantauan dan penelitian rapi menepati standard antarabangsa melibatkan semua aktiviti bermula daripada penjagaan ladang sehingga ke meja pengguna. Program penjenamaan ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga dalam jangka masa panjang kepada pengeluar dan negara. Pengeluar hasil-hasil pertanian akan menikmati permintaan yang tinggi di pasaran domestik dan antarabangsa memandangkan produk mereka telah memenuhi citarasa pengguna dan telah melepasi tahap kualiti pasaran.
Kerajaan melihat bahawa bagi memajukan sektor pertanian, pertanian komersial, iaitu melalui amalan kaedah terkini seperti aplikasi teknologi dan penemuan penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk penggunaan bioteknologi perlu diaplikasikan. Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan turut mengenal pasti beberapa bidang dan produk baru yang berpotensi untuk dimajukan bagi mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi. Salah satu sumber pertumbuhan baru yang dikenalpasti ialah pembangunan pusat makanan halal, ekuin dan haiwan eksotik, ‘minimally processed food’ dan produk-produk bioteknologi seperti kultur sel, ‘pharmaceutical’, ‘nutraceutical’, produk-produk herba dan makanan ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan.
Selain itu, pengeluaran dan penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit atau biofuel minyak sawit turut dilihat mampu untuk menjadi sumber pertumbuhan baru ekonomi negara. Kaedah ini telah digunakan di beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) sebagai bahan api untuk pengangkutan dan industri. Di negara Jerman, biofuel digunakan bagi keretapi komersil dengan prestasi yang baik. Di samping itu, hasilan minyak sawit, seperti stearin, juga digunakan sebagai bahan api untuk loji janakuasa dan dandang.
Permintaan pasaran bagi biofuel minyak sawit ini adalah amat menggalakkan. Pada tahun 2004, permintaan bagi biofuel dunia ialah sebanyak 2.5 juta tan dan dijangka meningkat pada kadar 25 peratus setahun.
Bagaimanapun, di sebalik keyakinan kerajaan terhadap sektor pertanian, bank-bank di negara ini pula melihat dari sudut yang berbeza. Keyakinan lebih tertumpu kepada sektor perindustrian dan perumahan bagi diberikan kemudahan pinjaman kewangan. Keadaan ini sedikit sebanyak akan memberikan impak terutamanya bagi petani meningkatkan kualiti dan taraf mereka dari taraf petani tradisional kepada petani moden. Oleh kerana mentaliti pihak bank yang beranggapan bahawa sektor pertanian tidak menguntungkan, mereka telah mengenakan syarat-syarat yang ketat dan menekan yang dikenakan pihak bank kepada petani. Langkah yang diambil mereka ini bukan sahaja menyulitkan, malah
Mampu melemahkan semangat para petani yang mempunyai perancangan menukar status mereka daripada petani tradisional kepada petani moden.
Baru-baru ini, Perdana Menteri telah memberikan teguran dan berharap agar pihak bank memberikan kepercayaan mereka terhadap sektor pertanian dengan memudahkan proses pinjaman yang melibatkan para petani sejajar dengan dasar dan penumpuan kerajaan terhadap ‘enjin ketiga’ atau sektor pertanian ini.
Kata-kata Perdana Menteri bukanlah omongan kosong semata. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Jasmin Jasin, Penerima Anugerah Peladang Jaya Lelaki Kebangsaan yang berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM2.1 juta setahun dengan hanya ‘berbudi dengan tanah’. Tidak dapat disangkal, bidang pertanian ini bukan suatu kerjaya yang glamor, namun ia menjanjikan pendapatan lumayan kepada mereka yang sanggup memerah keringat di bawah terik matahari dan menempuh pelbagai cabaran pada peringkat permulaan.
Kempen Buku Hijau yang dilancarkan pada bulan Mac lalu, dan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2006) yang diadakan baru-baru ini dan kata-kata ‘Berdaya maju sendiri’ yang dilaungkan beliau terhadap pembabitan rakyat dalam menghasilkan sebahagian daripada keperluan makanan sendiri perlu diadaptasikan.
Secara logiknya, segala rungutan mengenai harga barangan bahan mentah seperti sayuran, daging dan sebagainya tidak akan lagi kedengaran sekiranya laungan ini diterjemahkan dalam kehidupan. Jika setiap warga mampu menghasilkan makanan sendiri, seolah sebahagian daripada masalah negara telah dapat diselesaikan. Bukan sahaja masalah ekonomi individu, masalah ekonomi negara turut dapat diselesaikan.


Dipetik daripada :  http://datatanah.peradabanmelayu.my/index.php/data-tanah-terbiar/34-data-tanah-terbiar-malaysia/64-perkembangan-semasa-sektor-pertanian

PERKEMBANGAN SEMASA SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA PDF Print E-mail
1.0 PENGENALAN
Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan. Pertanian merupakan pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari. Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asia Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.
Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan. Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian. Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.
2.0 PERKEMBANGAN PERTANIAN MALAYSIA PADA MASA KINI
Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional. Tanaman industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih getah ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli di dunia untuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an. Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995.
Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian.
Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor pertanian telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilai-ditambah pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan pertanian pula telah meningkat daripada RM 13.9 bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun 1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%.
2.1 Polisi Dalam Pertanian Malaysia
2.1.1 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), pertanian menjadi satu sektor utama yang diberi tumpuan. Sejumlah RM11.4 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan kompetitif. Sejumlah RM4.4 bilion diperuntukkan untuk permodenan sektor pertanian, terutama pembangunan wilayah dan penanaman semula serta program baik pulih tanah. Sementara itu RM2.6 bilion untuk menyokong perkhidmatan pertanian dan RM1.5 bilion lagi untuk program pengairan pertanian. Pertambahan peruntukan dan kadar pertumbuhan ini juga menandakan sektor pertanian akan meningkat dari segi guna tenaga dan pelaburan sektor swasta. RMK-9 turut menyediakan insentif dan peluang yang lebih luas kepada sektor swasta dan komuniti petani untuk mengusahakan pertanian secara komersial berskala besar bagi meningkatkan produk berkualiti dan tambah nilai. Peningkatan ini boleh dilakukan dengan penggunaan kaedah moden, terutama bioteknologi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dengan adanya dasar dan pelbagai insentif yang menyokong sektor pertanian dijangka dapat mengubah imej dan citra sektor pertanian, seterusnya menarik minat lebih ramai usahawan tani dan petani mahir
Dari segi perkembangan pada peringkat global, sektor pertanian sebenarnya mengalami pelbagai perubahan dan permodenan drastik. Dengan menggunakan pengetahuan bioteknologi, produk pertanian boleh dipertingkatkan dari segi kualiti dan ketahanan. Sebagai contoh, manipulasi genetik boleh dilakukan untuk mengelakkan tanaman dimusnahkan serangga perosak. Selain itu, produk pertanian juga boleh direka bentuk secara biologi agar tahan lama dan tidak mudah busuk. Biarpun penggunaan bioteknologi sering dikritik terutama di Eropah, khususnya terhadap produk makanan (makanan diolah secara genetik (GMF), permintaan terhadap produk berkenaan terus meningkat. Hal ini begitu ketara di jaringan pasar raya utama di seluruh dunia. Antara strategi dalam perlaksanaan rancangan RMK-9 ialah menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan, memajukan sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-bungaan,meningkatkan industri asas tani, pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa dan Penyediaan Pinjaman dan Insentif.
2.1.2 Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010
Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk meningkatkan sekuriti makanan (food security), meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian, mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain, mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian dan memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampam. Justeru itu, DPN3 memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani (agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan produk (product-based approach).
Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Di bawah pendekatan ini, kegiatan pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi. Pendekatan strategik baru yang kedua ialah pendekatan berasaskan produk. Melalui pendekatan ini, produk-produk dan pasaran-pasaran utama dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna. Dengan menggunakan pendekatan berasaskan produk, ia akan memberi penekanan kepada keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia. Ini akan mewujudkan peluang untuk menambah pengeluaran dan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian.
Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan terus meningkat melalui penggunaan tanah yang lebih intensif. Tanaman getah, padi, kelapa dan koko masing-masing dijangka akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar, 73,400 hektar dan 30,700 hektar. Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan perhutani, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pembukaan tanah baru pula akan hanya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak di mana masih terdapat kawasan tanah yang luas. Dengan itu, peningkatan keluasan guna tanah dijangka meningkat hanya pada tahap 0.5% setahun iaitu daripada 5.7 juta hektar kepada 6.2 juta hektar.
2.2 Data Dan Stastistik Perkembangan Pertanian Malaysia
Jadual 1.0: Sumbangan Sektor Pertanian 2000, 2005 dan 2010
No
Butiran
2000
2005
2010
1.0
Sumbangan kepada KDNK
1.1 Pertanian (RM juta)
1.2 Pertanian (%)
1.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)
1.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)
18662
8.9
13584
6.5
21585
8.2
16928
6.5
27518
7.8
22221
6.3
2.0
KDNK (%)
Pertanian
1.2%
3.0%
5%
3.0
Sumbangan Kepada Eksport
3.1 Pertanian (RM juta)
3.2 Pertanian (%)
3.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)
3.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)
22892
6.1
24686
6.6
37421
7.0
37442
7.0
54992
6.8
60660
7.6
4.0
Sumbangan kepada guna tenaga
4.1 Pertanian (bil‘000)
4.2 Pertanian (%)
4.3 Industri Berasaskan Pertanian (bil‘000)
4.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)
1423.0
15.3
844.0
9.1
1405.7
13.3
981.9
9.3
1323.8
10.9
1110.2
9.1
(Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia )
Sektor pertanian, hanya menyumbang 8.9% (RM18,662 juta) pada tahun 2000, menyusut 8.2% (RM21,585 juta) pada tahun 2005 dan disasarkan menguncup 7.8% (RM27,518 juta) pada tahun 2010. Sektor pertanian hanya mencatatkan purata kadar pertumbuhan sebanyak 1.2%, paling rendah dalam tempoh RMKe-7; menokok kepada 3.0% bagi tempoh RMKe-8 dan dalam tempoh RMKe-9 dianggarkan mengukuh pada 5.0%. Sektor pertanian pula hanya menyumbang 6.1% (RM22,892 juta) kepada eksport pada tahun 2000 dan 7.0% (RM37,421 juta) pada tahun 2005. Peratus sumbangannya diunjurkan menguncup kepada 6.8% (RM54,992 juta) pada tahun 2010 Guna tenaga dalam sektor pertanian pula adalah yang terendah iaitu hanya menyumbang sebanyak 15.3% (1.423 juta) pada tahun 2000 dan mengalami penguncupan pula kepada 1.406 juta (13.3%) pada tahun 2005. Sumbanganya dianggarkan terus merosot kepada 1.323 juta (10.9%) pada tahun 2010.
Jadual 2.0 : Pengeluaran Bagi Hasil Tananaman Terpilih 2002 hingga 2008.
Hasil Pertanian (tan metrik ‘000)
2002
2004
2006
2008
Getah Asli
889.8
1168.7
1283.6
1072.4
Minyak Sawit Mentah
11909.3
13 976.2
1580.8
17734.4
Isirong Sawit
3268.6
3661.4
4125.1
4577.4
Biji Koko
47.7
33.4
31.9
28.1
Minyak Kelapa
39.1
42.4
27.8
42.3
Dedak Kopra
13.6
11.4
8.7
8.3
Teh
20.6
15.6
11.1
11.6
Nenas
70.1
774
843
66.3
Beras
1415.1
1467.1
1385.3
-
Tembakau
11.3
12.9
6.1
6.3
(Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)
Antara hasil pertanian terpilih ialah minyak sawit mentah, getah asli, biji koko, beras , teh nenas, isirong sawit, dedak kopra, biji koko dan tembakau. Bagi tanaman getah, berlaku peningkatan hasil pertanian sepanjang tahun sehingga 2006. Manakala bagi tahunn 2008, berlaku penurunan kepada 1072.4 tan metrik, berbanding dengan tahun 2006 iaitu sebanyak 1283.6 tan metrik. Berlainan dengan tanaman tembakau yang mengalami peningkatan pada tahun 2008 menjadi 6.3 tan metrik. Namun begitu, hasil pertanian ini adalah lebih baik pada tahun 2002 dan 2004 iaitu masing-masing sebanyak 11.3 tan metrik dan 12.9 tan metrik.
Jadual 3.0 : Jadual Guna Tanah Bagi Sektor Pertanian.
Jenis Tanaman
2000
(hektar ‘000)
2005
(hektar ‘000)
2010
(hektar ‘000)
Target Guna tanah bagi RMK-8 (%)
Pencapaian
Guna tanah bagi RMK-8 (%)
Target Guna tanah bagi RMK-9 (%)
Kelapa Sawit
3317
4049
4555
3.2
3.7
2.4
Getah
1431
1250
1179
-2.7
-2.7
-1.2
Padi
478
452
450
-0.5
-1.1
-0.1
Buah-Buahan
304
330
375
5.1
1.7
2.6
Kelapa
159
180
150
-0.6
2.5
0.0
Koko
76
33
455
-2.4
-15.2
6.2
Sayur-sayuran
40
64
86
4.2
9.9
6.1
Tembakau
15
11
7
2.5
-6.0
-7.4
Lada Hitam
13
13
14
2.1
0.0
0.6
Jumlah
5893
6383
6891
1.5
1.6
1.5
(Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)
JADUAL 4.0 : RINGKASAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BAHAN MAKANAN
PERKARA
2003
(RM Juta)
2004
(RM Juta)
2005
(RM Juta)
2006
(RM Juta)
2007
(RM Juta)
2008
(Jan-Jun)
(RM Juta)
Jumlah Eksport Sektor Pertanian
Jumlah Import Sektor Pertanian
Imbangan Perdagangan Sektor Pertanian
53,143
25,808
27,335
61,797
35,412
26,385
62,596
36,250
26,346
71,197
40,312
30,885
84,936
47,194
37,742
53,841
28,837
25,004
Jumlah Eksport Bahan Makanan
8,348
9,942
10,669
11,392
13760
8,241
Peratus Eksport Bahan Makanan
15.7
16.1
17.04
16.0
16.2
15.3
Jumlah Import  Bahan Makanan
12,687
16,440
17,733
19,950
23,374
13,731
Peratus Import Bahan Makanan
49.2
46.4
48.9
49.5
49.5
46.3
Imbangan Perdagangan Bahan Makanan
-4,339
6,498
7,065
8,559
9,614
5,491
( Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia)
Jumlah keseluruhan eksport pertanian Malaysia sepanjang tahun 2003 ialah RM 53,143 juta. Manakala pada tahun 2008, jumlah eksport adalah sebanyak RM53,841juta. Ini bermakna terdapat peningkatan eksport yang agak kecil dari tahun 2003 hingga tahun 2008 iaitu sebanyak RM698 juta. Bagi jumlah eksport bahan makanan pada tahun 2003 ialah RM8,348 juta yang mewakili 15.7%. Jumlah eksport bahan makanan meningkat dari tahun ke tahun, walaupun peningkatan hanya kecil sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2008 jumlah eksport bahan makanan berkurangan kepada RM8241 juta yang mewakili 15.3%. Jumlah imbangan sektor pertanian ialah pada tahun 2003 ialah RM2,733 juta, dan pada tahun 2008 pula RM25,004 juta.
Manakala jumlah import sektor pertanian pula pada tahun 2003 ialah sebanyak RM25,808 juta. Jumlah import ini meningkat sepanjang tahun sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2008, jumlah import menurun kepada RM2,8237 juta. Jumlah import bahan makanan bagi tahun 2003 ialah RM 1,2687 juta yang mewakili 49.2%, manakala bagi tahun 2008 pula ialah RM13,371 juta yang mewakili 46.3% dari jumlah keseluruhan import bahan makanan.
3.0 PROGRAM PENINGKATAN PENGELUARAN DAN PRODUKTIVITI BAGI SEKTOR PERTANIAN
3.1 Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian
Kos pengeluaran telah meningkat dengan ketara mulai tahun 2007. Komponen utama yang mengalami kenaikan ialah baja dan racun, sebagai contoh, dalam tempoh 2003 hingga 2007 sahaja, kos baja sebatian untuk pengeluaran sehektar telah naik sebanyak 85.5%, iaitu daripada RM868/t.m. kepada RM1,610/t.m. Racun perosak untuk pengeluaran buah-buahan pula meningkat daripada RM96 kepada RM156. Bermula pada bulan Jun 2008, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran kepada yang menghasilkan bahan-bahan pertanian bagi menampung sebahagian peningkatan kos. Pelaksanaan pembayaran insentif ini adalah melalui pendaftaran pengusaha-pengusaha dengan pihak Kementerian sahaja. Oleh yang sedemikian, sebanyak RM513 juta telah diluluskan bagi tahun 2008.
3.2 Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran Dan Pengagihan Hasil-Hasil Pertanian
FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian melalui pembangunan pusat pengedaran, pusat pengumpulan dan peningkatan bilangan pasar tani sebanyak 50 buah di seluruh negara sebagai tambahan kepada 230 yang sedia ada. Bagi tujuan ini, sebanyak RM39 juta telah diluluskan bagi tahun 2008. Tambahan lagi, daripada jumlah ini, wang pusingan urus niaga sebanyak RM25 juta disediakan untuk membolehkan pembelian hasil pertanian.
3.3 Pelaksanaan Program Bumi Hijau
RM25.9 juta diluluskan bagi program ini bagi tahun 2008. Ia meliputi kawasan bandar dan desa bagi menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam serta ikan, atau dengan kombinasi yang sesuai untuk menampung keperluan keluarga dan selebihnya dijual. Ia dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambil kira konsep “kitchen garden” dan “edible landscape”. Pihak Kementerian akan mengedarkan biji benih sayuran terpilih, baja serta manual pelaksanaan kepada seluruh lapisan masyarakat.
3.4 Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk Meningkatkan Pengeluaran Komoditi Sekuriti
Bagi meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian, tanah terbiar boleh dibangunkan dalam masa yang singkat. Tumpuan diberikan terhadap tanah hak milik perseorangan yang terletak berhampiran di antara satu sama lain melalui kaedah “profitsharing” dengan pihak swasta yang dikenal pasti. Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi tahun 2008 untuk membangunkan kawasan pertanian dan kolam terbiar. Jumlah peruntukan yang disediakan bagi tahun 2008 sebanyak RM2,500 juta. Oleh yang sedemikian, pelan tindakan pelaksanaan bagi setiap program secara menyeluruh dan terperinci telah digubal agar peruntukan sejumlah RM2,500 juta kepada Kementerian dapat dibelanjakan kesemuanya dalam tempoh lapan bulan dalam tahun ini.
3.5 Konsep Ladang Merdeka
Konsep Ladang Merdeka menumpukan kepada usaha perladangan padi secara komersial berteraskan teknologi menerusi proses penyatuan lot-lot tanah sawah kecil menjadi lot-lot besar. Sehingga kini sebanyak 16 projek sedang beroperasi melibatkan sawah seluas 708 hektar dengan penyertaan 2,609 petani. Mini Estet Padi dan perladangan kelompok pula menumpukan kepada pemuafakatan sekumpulan petani mengusahakan sawah di sesuatu kawasan bendang dengan bimbingan intensif daripada KADA dan kemudahan kredit input pertanian daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang dibayar balik setelah selesai musim penuaian. Sebilangan petani maju diberikan bimbingan intensif di bawah projek 10 tan/hektar bagi meningkatkan kadar pengeluaran padi ke arah 10 tan/hektar.
Antaranya program yang dijalankan oleh KADA ialah permodenan sistem pengairan rumah-rumah pam dan peningkatan kecekapan dan keberkesanan bekalan air dan penekanan kepada penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian baik. Program lain termasuklah pengurusan rumpai, perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu. KADA mensasarkan pada akhir RMKe-9, kadar pengeluaran padi dari seluruh kawasan KADA akan ditingkatkan daripada 4.28 tan/hektar kepada 5.30 tan/hektar bagi membolehkan sumbangan KADA kepada pengeluaran padi negara ditingkatkan 225,000 tan setahun kepada 307,000 tan setahun.
3.6 Memperluaskan Fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani
Tujuan memperluaskan Kementerian Pertanian dan Asas Tani ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan. Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan ‘Cluster’ seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, ‘Target Area Concentration’, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Ini bertujuan bertujuan untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan ‘Industrial Districts. Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama iaitu ‘Malaysia Best’.
4.0 ISU DAN CABARAN SEKTOR PERTANIAN
4.1 Masalah Tenaga Buruh
Masalah utama dalam pertanian ialah maalah tenaga buruh. Penghijrahan tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. Mengikut kajian Persatuan Peladang Bersatu Malaysia (UPAM), bilangan ladang di Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh telah meningkat tahun demi tahun. Sektor ini kini masih menghadapi pelbagai cabaran, antaranya ialah tenaga kerja yang semakin tua, iaitu 21.4% adalah berumur 55 tahun ke atas. Saiz tanah yang diusahakan adalah kecil dan kurang ekonomik, iaitu 65% darlpada pesawah padi mempunyai saiz sawah kurang daripada satu hektar.
4.2 Tanah Terbiar
Pada tahun 1996, kekurangan tenaga buruh adalah salah satu faktor pengurangan keluasan tanaman getah. Keluasan tanaman getah dijangka berkurang sebanyak 10 ribu hektar, iaitu 6 ribu hektar di kebun kecil dan 4 ribu hektar bagi estet. Sektor pertanian menghadapi masalah tanah terbiar yang serius. Pada 1981, di Semenanjung Malaysia, tanah terbiar adalah seluas 890 000 hektar, iaitu terdiri daripada tanah sawah seluas 160 863 hektar dan tanah bukan sawah seluas 728 127 hektar. Keadaan ini telah berkurang pada tahun 1986, iaitu kepada 553 372 hektar yang terdiri daripada 125 256 hektar tanah sawah dan 428 117 hektar tanah bukan sawah. Pada 1987, tanah terbiar meningkat semula, iaitu kepada 654 413 hektar yang terdiri daripada 89 399 hektar tanah sawah dan 565 014 hektar tanah bukan sawah (Abd. Malik dan Mohaini, 1992). Pada 1990, tanah terbiar telah merosot kepada 57 597 hektar (Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia 1994).
4.3 Cabaran di peringkat Luar Negara
Pada peringkat antarabangsa kedudukan sektor pertanian negara menjadi semakin mencabar dengan terbentuknya WTO di mana liberalisasi perdagangan antarabangsa menyebabkan persaingan semakin sengit. Sektor pertanian negara terancam sekiranya tidak bersedia meningkatkan daya pengeluaran untuk memperolehi daya saing yang lebih tinggi. Semenjak krisis kewangan Asia pada tahun 1997, imbangan dagangan makanan telah mengalami defisit sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 1997 berbanding dengan defisit RM2.2 bilion pada tahun 1994. Defisit imbangan dagangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun, terutamanya pada tahun 2001 yang mencatatkan defisit RM5.7 billon. Penurunan nilai ringgit juga menyebabkan peningkatan harga import bagi input pertanian dan makanan dari setahun ke setahun. Keadaan ini telah menimbulkan kesan yang negatif terhadap perkembangan sektor pertanian negara.
Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang. Import makanan negara turut meningkat setiap tahun kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion. Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang) dan input pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi membiayai import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6 bilion pada 1997.
5.0 KESIMPULAN
Secara tuntasnya di sini, pertanian Malaysia sebenarnya semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Dengan isu peningkatan harga makanan dan krisis makanan yang melanda ini, sektor pertanian menghadapi cabaran yang lebih besar lagi dalam mencapai keseimbangan dari segi menjamin belakan makanan mencukupi yang memerlukan pertambahan kawasan tanaman dan pada masa yang sama memastikan aktiviti ini tidak memburukkan lagi keadaan iklim dunia. Oleh yang demikian, pemahaman terhadap impak positif dan negatif amalan-amalan pertanian adalah amat penting.
Dalam menjana pertumbuhan baru di bidang pertanian, kita juga perlu mewujudkan persekitaran yang sihat. Faktor ini merupakan perkara asas bagi pembangunan sesebuah negara untuk terus maju dalam meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian dalam memenuhi keperluan rakyatnya. Persekitaran pembangunan yang sihat melalui pengurusan sumber alam yang efisyen, terjaga, berterusan dan di lengkapi pula dengan sumber manusia yang terlatih adalah asas kepada pembangunan pertanian yang produktif dan ini sudah tentu menjadi pemangkin dalam menjana pertumbuhan pelbagai industri lain yang diperlukan oleh negara.
Dalam dunia yang serba bersaing, kepentingan membangunkan modal insan telah menjadi kemestian. Baik di bidang apa pun yang kita terokai, daya pemikiran, kreativiti dan inovasi rakyat sesebuah negara itulah menjadi penentu untuk kejayaan. Dari pemikiran dan idea maka lahirlah penemuan yang boleh merubah sesuatu keadaan kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna. Dalam bidang pertanian, inovasi yang menambahbaik sesuatu teknologi akan membawa perubahan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti hidup tanpa mencemar alam semula jadi. Faktor ini menjadi penentu kepada kelangsungan sesebuah ekonomi dan dapat meletakkannya ke tahap yang stabil dan selamat dalam jangka panjang. Bagi negara yang mementingkan pembangunan pertanian mampan dan kualiti kehidupan yang harmoni akan sentiasa memupuk rakyatnya untuk meningkatkan tahap penguasaan dan penghayatan ilmu demi kebaikan manusia sejagat.
   
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Dipetik daripada :  http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/karya-merdeka?layout=edit&id=31


Pencapaian Malaysia : Pertanian

Sektor Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana ia merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk dunia. Kebolehan sesebuah negara memajukan sektor pertanian di negaranya menunjukkan keupayaan negara tersebut membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyatnya. Oleh yang demikian, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan juga Belanda tidak meminggirkan pembangunan sektor pertanian di negara mereka, malahan ia dimajukan sebagai satu entiti perniagaan yang berdaya saing dan menguntungkan. Malaysia merupakan negara pengimport makanan, bil imbangan dagangan makanan negara tidak pernah mencatatkan nilai lebihan, walaupun negara kita dirahmati dengan tanah yang subur, taburan hujan yang mencukupi serta iklim yang sesuai.
Menyedari peluang dan potensi untuk membangunkan sektor ini, Kementerian ini telah diamanahkan untuk membangunkan sektor pengeluaran makanan atau sektor agro-makanan agar ia berdaya saing dan boleh menyumbang kepada pendapatan negara. Usaha untuk mentransformasikan sektor ini merupakan satu cabaran yang amat besar memandangkan ia bukan sahaja melibatkan perubahan gaya pelaksanaan aktiviti pertanian daripada pendekatan tradisional kepada pengaplikasian teknologi terkini, malahan ia turut memerlukan anjakan minda masyarakat untuk meninggalkan stigma bahawa pertanian merupakan aktiviti yang mundur dan berkemahiran rendah.
Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
Ditubuhkan pada Mac 2004 adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor komoditi utama negara.
Sektor perusahaan perladangan dan komoditi merangkumi penanaman dan penghasilan minyak sawit, getah, kayu, koko lada dan tembakau. Pada tahun 2006, nilai eksport bagi komoditi dan produk berasaskan komoditi adalah RM76.50 billion, menyumbang 12.91 peratus kepada jumlah eksport Malaysia bagi tahun berkenaan. Sektor ini telah menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi terus berkembang menjadi sektor yang dinamik, kukuh dan menjadi sektor asas kepada kekukuhan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ia turut menyumbang kepada Produk Berasaskan Domestik (GDP), sektor pekerjaan dan pendapatan eksport serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain daripada itu, sektor ini juga memberikan banyak peluang dan telah berkembang bermula daripada proses pengeksportan bahan mentah kepada penghasilan barangan separuh siap, barang telah diproses dan barang siap, di samping menghasilkan lebih produk nilai tambah bagi meningkatkan pasaran.
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Kementerian Pertanian wujud sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian (termasuk perikanan dan ternakan) pada tahun 1978. Terdahulunya semua urusan atau aktiviti pertanian dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Pertanian sejak tahun 1905. Selepas pembentukan kabinet pada 27 Mac 2004, Kementerian Pertanian telah bertukar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Dengan struktur organisasi yang mantap, MOA bersama sebelas (11) Jabatan dan agensi di bawahnya iaitu Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Bank Pertanian Malaysia (BPM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), menggembleng seluruh pemikiran dan tenaga organisasinya secara terancang dan bersepadu untuk merealisasikan visi nya sebagai “Peneraju Transformasi Pertanian’ dan ke arah pencapaian matlamat utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Rancangan Malaysia ke Sembilan.
Mardi
Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) telah diluluskan penubuhannya oleh Parlimen pada tahun 1969. MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan megiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan, dengan itu memodenkan sektor pertanian selain meningkatkan pulangan petani. Akta Parliament 1969 membuka jalan untuk penubuhan MARDI pada 28 Oktober pada tahun yang sama. Akta MARDI membenarkan MARDI berfunsi secara bebas bagi menggalakkan penyelidikan produktiviti. MARDI mula beroperasi pada tahun 1971.
Risda
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ataupun RISDA - Rubber Industry Smallholders Development Authority, adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Dengan pelancaran RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara.
Felda
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.
Felcra
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.
MAHA 2006
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA 2006) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang, Selangor. Lebih 100 jenis orkid dipamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesies hibrid orkid baru yang akan dilancarkan iaitu Dendrobium Abdullah Badawi dan Ascorahnis Datuk Seri Najib. Kerajaan Malaysia akan menarik lebih banyak penyertaan sektor pertanian berteknologi tinggi dari luar negara pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang bakal dilengkapkan dengan tapak dan dewan ekspo yang lebih luas dan canggih.
MPOB
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah sebuah agensi utama kerajaan yang dipertanggunjawabkan meneraju dan membangunkan industri sawit negara. MPOB berperanan penting dalam mewujudkan objektif, polisi dan keutamaan negara bagi memastikan perkembangan industri ini dengan sempurna dan teratur.
MPOB mempunyai pelbagai kemudahan penyelidikan terdapat di ibu pejabat MPOB dan di luar kompleks penyelidikan di Bangi seperti Pusat Teknologi Minyak dan Lelemak, Pusat Kemajuan Bioteknologi dan Biakbaka, Pusat Maklumat Sawit, Loji Rintis Penggorengan, Loji Rintis Biodiesel, Loji Rintis Alpha SME dan Loji Rintis ‘High Oleic’. Bahagian Penyelidikan Teknologi Oleokimia, Pusat Kejenteraan Ladang, Pusat Teknologi Biojisim, Pusat Teknologi Metharizium dan Pusat Teknologi Kilang Sawit. Pelbagai penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan termasuk bahan tanaman, penjenteraan ladang, integrasi tanaman dan ternakan, kawalan serangga dan penyakit, kegunaan makanan dan bukan makanan, pengilangan dan pemprosesan, penggunaan biojisim dan biodiesel.

2 ulasan:

  1. Ribuan terima kasih kerana memaparkan rencana yang begitu berkualiti dan berguna untuk saya dalam membuat "assignment" saya . :)

    BalasPadam