“Ya Allah, aku ingin lakukan [nyatakan apa yang saudara ingin lakukan]. Ya Allah, jika ia baik di sisiMu ya Allah maka ya Allah, Engkau jayakanlah ya Allah.
Sebagai contoh, puan-puan hendak pergi ke Pasaraya Giant. Puan ingin mengajak suami untuk pergi. Sebelum meminta, puan berdoa dahulu kepada Allah, meminta yang terbaik seperti doa di atas. Lalu ada dua kemungkinan utama yang akan berlaku iaitu samada suami setuju atau tidak.
Sekarang apa yang puan minta sudah dimakbulkan. InshaAllah maknanya, pergi ke Pasaraya Giant itu adalah baik di sisi Allah. Maka puan akan lebih yakin untuk pergi ke Pasaraya Giant kerana Allah yang menggerakkan hati suami agar setuju untuk pergi ke sana.
Namun ketika membeli belah itu, berdoalah dengan doa yang sama agar setiap pilihan kita ditentukan oleh Allah SWT, bukan kita.
Maka ingatlah bahawa sebenarnya Allah SWT yang menggerakkan hati suami agar tidak setuju. Maka sebenarnya, tidak pergi ke Pasaraya Giant itulah yang terbaik buat puan yang ditentukan oleh Allah SWT.
Maka puan akan yakin dan tenang kerana tidak dapat pergi ke Pasaraya Giant adalah kehendak Allah SWT. Puan meminta daripada Allah lalu Allah berikan jawapannya. Sudah pasti apa jua jawapan Allah SWT akan memberikan keyakinan kepada diri kita.
************************************************************
Kita pasti akan lebih yakin dan bersemangat di dalam melakukan sesuatu kerana kita tahu apa yang kita ingin lakukan adalah terbaik atau tidak di sisi Allah SWT.
Masih daripada : http://www.fuadlatip.com/
Saya melihat masalah utama kita adalah memahami makna usaha, redha, pasrah dan berserah. Telah kukuh di fikiran kita bahawa yang dikatakan ‘usaha’ ini difahami sebagai gerakan yang kita lakukan dengan kuasa kita sendiri. Manakala redha, pasrah dan berserah adalah sesuatu yang pasif. Jika seseorang itu redha, pasrah dan berserah, orang itu dikatakan tidak melakukan apa-apa kerja atau usaha. Hanya diam dan tidak melakukan apa-apa.
Kita tersalah faham dengan memahami bahawa mereka yang rajin berusaha sehingga menjadi kaya raya adalah kerana ‘usaha’ mereka sendiri. TIDAK! ia adalah aturan Allah SWT. Dengan mata kasar kita, kita melihat mereka yang berusaha sedangkan Allah yang menggerakkan mereka.
Maka pasrah, redha dan berserah bukan sesuatu yang pasif. Ia adalah AKTIF. Kita perlu bekomunikasi setiap saat. Memohon kepada Allah, berdoa, meminta izin, meminta pilihan yang terbaik di sisi Allah dan sebagainya.
***
Ketika saudara bernafas, adakah saudara berusaha untuk bernafas? Apakah proses pernafasan saudara merupakan satu usaha saudara untuk menggerakkannya?
Jika saudara lihat dari kesedaran biasa kita, maka pernafasan itu adalah usaha kita. Makan itu usaha kita. Bekerja itu usaha kita dan sebagainya.
Namun jika dilihat daripada kesedaran tertinggi, jika pernafasan merupakan usaha saudara, saudara perlu melakukan sekurang-kurangnya dua usaha iaitu menarik nafas dan menghembus nafas. Hakikatnya bukan sekadar tarik dan hembus bukan? Proses pernafasan yang begitu rumit tidak mampu dijalankan atas usaha kita.
Apa yang kita mampu adalah berkomunikasi dengan Allah, meminta agar Allah terus memberi kita bernafas. Apabila Allah izinkan kita bernafas, maka pasti Allah akan menggerakkan kita untuk bernafas. Bernafas inilah yang kita lihat seolah-olah ‘usaha’ kita sedangkan ia adalah aturan Allah.
***
Selagi kita memikirkan sesuatu TIDAK dengan kesedaran yang tertinggi, maka kita masih terikat dengan tafsiran ‘usaha’ yang biasa dibahaskan.
Al-Quran diturunkan untuk semua tahap manusia. Ia berbeza-beza mengikut peristiwa di mana setiap ayat Al-Quran akan diwahyukan setelah sesuatu peristiwa itu berlaku.
Allah SWT yang mengaturkan pembunuhan itu dan lemparan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah atas kehendak Allah SWT. Kita melihat seolah-olah Rasulullah yang berusaha melakukan lemparan tetapi hakikatnya adalah Allah SWT yang mengaturkan. Inilah kesedaran tertinggi di mana sebenarnya kita hanya pasrah dengan ketentuan Allah.
Ini bermakna ada tahap kesedaran yang perlu kita bangunkan. Ingatlah bahawa kita sedang membincangkan tahap kesedaran yang tertinggi. Bukan tahap kesedaran biasa.
Kesedaran serba Allah tidak mampu di dalil dengan ayat Alam Nasyrah tersebut. Bukannya salah namun kurang tepat. Keadaan manusia itu berbeza-beza. Sebagai contohnya, dalam keadaan sekarang yang aman damai, maka tidak sesuailah kalau kita menggunakan ayat atau hadith-hadith perang. Lebih baik menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith kasih sayang.
***
Allah yang membuatkan kita berusaha. Pasti Allah menggerakkan kita dan geraknya kita itulah kita kenali selama ini dengan nama ‘usaha’ pada tahap kesedaran biasa kita. Mana mungkin seorang khalifah di muka bumi yang menjalankan segala kehendak Allah SWT tidak berusaha.
Khalifah bermakna wakil Allah. Kita merupakan wakil Allah di dalam mentadbir alam ini. Allah mentadbir Allah ini melalui diri kita sebagai wakilNya. Kerana itu kita dikatakan lebih mulai daripada Malaikat dan Iblis.
Jika Allah memberi gerakan kepada kita untuk melakukan keburukan, Allah juga memberi kita peluang untuk membuat pilihan melakukan kebaikan. Allah berikan qada’ dan qadar baik dan buruk kepada kita. sebagai ujian Allah kepada khalifahNya.
[note] Hanya Qada’ mu’allaq (takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz) yang boleh diubah. Qada’ Mubram (takdir yang pasti) tidak boleh.
Di kala kita ada masalah, berserah sahaja pada Allah. Kita berdoa dengan yakin….full stop.
“Ya Allah, aku ada masalah ya Allah. Aku ini lemah ya Allah tak mampu nak selesaikan masalah aku ya Allah. Aku ini bodoh ya Allah. Ya Allah, aku memohon kepadaMu untuk selesaikan masalah aku ya Allah. (jelaskan masalah pada Allah. Jelaskan apa yang kita inginkan pada Allah)“.
***
Jika saudara masih melihat kita perlu berusaha di mana ia bermakna Allah SWT tidak berkuasa mutlak ke atas kita, di sini saya ingin memberi pilihan iaitu
***
Saya telah bawakan satu perkara di mana kita membincangkan satu perkara iaitu ‘berusaha’ dan memandangnya dari pandangan kesedaran yang tertinggi. Saya percaya saudara semua telah memahami dan menyedarinya.
Wallahualam. Terima kasih Allah. Terima kasih semua.
####################################################
(QS: Shaad 38:82-83)
“Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah”.
Bilakah masanya yang membuatkan diri kita benar-benar redha, pasrah dan berserah? Pastinya apabila kita mengetahui di saat ini sesuatu yang akan berlaku di masa akan datang. Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu yang akan menimpa kita kerana kita telah pun tahu akan sesuatu itu di saat ini.
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu.
(HR. al-Bukhari)
Ingatlah sekali lagi firman Allah SWT:
Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.(QS: Shaad 38:82-83)
Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung.Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir , Berita Harian, Selasa, 02 Jun 2009 , 8 Jamadilakhir 1430
Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agungHIDUP tidak sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati perniagaannya pada masa depan, manakala yang lain hanya sekadar mendapatkan rumah untuk dibeli.Apa juga keadaan, mereka perlu mencari jalan menyelesaikannya.
Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, mereka boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan.
Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”
Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin.
Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.
”Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah.
Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud:
“Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.
Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).
Dalam bukunya Para Kekasih Allah, Abdillah F Hasan berkata dalam al-Quran tidak kurang dari 40 ayat membahas masalah tawakal, baik dalam bentuk perintah mahupun keutamaan bagi hamba mampu melaksanakannya.Yusuf al Qaadhawi dalam kitabnya Ath Thariq Ilalah, At Tawakal mengungkapkan mengenai keistimewaan disandang hamba Allah bertawakal kepada-Nya, iaitu timbul ketenteraman jiwa, kekuatan jiwa (kekuatan spiritual), kewibawaan, keredaan dan percaya diri.Orang beriman yakin akan pertolongan Allah. Allah tidak akan membiarkan orang berjuang di jalan-Nya. Allah tetap menolong mereka, cuma cepat atau lambat saja.
Orang yang mantap dan teguh imannya tidak ragu-ragu dengan janji Allah ini. Mereka penuh yakin Allah tidak mengingkari janji kerana mereka tahu dan ingat keagungan Allah, kesempurnaan ilmu-Nya dan kudrat-Nya. Allah ingat kepada hamba-Nya yang tidak pernah lupa mengingati-Nya di mana-mana.
Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.” (Surah Ar-Rum ayat 47)
Tajuk: Re: Tawakal : Ibadah hati paling utama
Dikirim oleh: Ummi Munaliza on 03 June, 2009, 03:32:13 AM
Tawakal : Ibadah hati paling utamaSetiap perkara yang di ingini, yang di idamkan, setiap kemahuan, impian dan cita-cita, diusahakan untuk mencapainya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya memperolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar dan terima dengan penuh redha dan rela. Kerana Tuhan yang lebih mengetahui ke atas tiap sesuatu. Semuanya tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan. Suatu kegagalan mungkin dilihat negatif oleh manusia namun di sebalik itu tersimpan berbagai hikmah yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Terlalu banyak hikmah, iktibar, didikan dan pengajaran Tuhan di sebalik kegagalan itu. Bersyukurlah kerana Tuhan menyimpan berbagai kebaikan di sisi-Nya. Mudah-mudahan dengan kegagalan itu akan kekal rasa dan sifat kehambaan, menjadi penghapusan dosa kalau pun tidak sampai meningkatkan darjat. Ini lah hakikat tawakal, menyerah dan pasrah dengan segala apa yang telah Allah takdirkan setelah kita berusaha, berikhtiar dan berdoa. Apabila ia di iringi rasa tawakkal kepada Allah, kita akanjadi hamba yang redha atas apa juga yang terjadi.Sering juga terjadi perkara yang kita cita-cita, yang kita idamkan dan diusahakan untuk mendapatkannya, namun tersasar dari keinginan asal. Dalam situasi begini, perasaan yang wajar ialah terimalah hakikat bahawa kita manusia ciptaan Tuhan ini tidak memiliki kuasa mutlak. Yang memiliki kuasa mutlak ialah Tuhan. Lantaran itulah tidak semua dicapai menurut kehendak dan usaha kita. Segala usaha itu tidak lebih dari menghadirkan sebab yang disyariatkan oleh Tuhan. Itu pun dengan maksud supaya manusia mendapat pahala dari usaha tersebut. Yakinlah tiada yang sia-sia dari setiap yang Tuhan anugerahkan serta yakinlah bahawa itulah yang terbaik untuk kita, Cuma kita tidak mengetahui dan memahaminya. Setiap sesuatu adalah di bawah takluk dan pentadbiran Tuhan. Di situ kita mendapat pengajaran bahawa kalau kita ada kuasa, tentulah kita akan memperolehi apa yang kita mahukan. Manusia paling berkuasa tetap tidak terlepas dari mengantuk, sakit, bencana alam, dikutuk dan dihina orang, tua, uzur dan mati. Apabila mati, manusia lain yang menguruskannya untuk disemadikan di dalam tanah. Selepas itu tidak upaya pula untuk menempuh Padang Mahsyar, Hari Hisab dan akhirnya ke Syurga atau ke Neraka.
Dalam diri kita ada satu perasaan yang mana semua orang mampu untuk memiliki, namun tidak semua dapat memilikinya, kerana diri sendiri yang tidak menghadirkan perasaan itu.Apakah perasaan itu?
"Perasaan disayang ALLAH dengan penuh kasih sayang," Ya, perasaan inilah yang memberikan kekuatan untuk kita terus redha dan tawakkal dalam apa juga perkara yang telah berlaku.
****************************************************************
Dipetik daripada : http://kembara-saujana.blogspot.com/
SABAR, KUASA SEBENAR KEJAYAAN
Biasanya bila disebut perkataan ‘sabar’, perkataan lain yang terlintas dalam fikiran kita adalah ‘redha’ , ‘pasrah’ dan ‘berserah’..Sabar dan redha dengan musibah dan ketentuan Allah..Bila seseorang kematian ahli keluarganya, kita mengucapkan takziah dan mengharap semoga dia sabar.. Bila kita lihat mukanya yang tenang dan redha atas kematian tersebut, kita berkata “sungguh sabar si pulan tu”…Jadi, apa yang kita tafsirkan dengan sabar?
Adakah sabar terlihat dengan memek muka dan luaran sahaja?
Adakah sabar hanya kita redha dan pasrah dengan ujian tersebut?
Adakah sabar mesti disertakan dengan tawakal?
“Kesabaran adalah bertahan dalam mengerjakan perintah Allah dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah “ ( Muhammad bin Shalih al-Munajjid)
Beliau jiga menyimpulkan sabar mempunyai maksud ‘mencegah, kedegilan dan keengganan’ di dalam bukunya ‘Silsilah Amalan Hati’Apabila terbaca maksud sabar yang diberikan, terfikir saya beberapa kali..
Apa yang dimaksudkan oleh beliau?Saya cuba menukar tafsiran sabar dalam fikiran saya daripada pasrah kepada ‘menahan diri’..
Apabila seseorang ditimpa musibah kematian, dia bersabar dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan terkutuk seperti menyalahkan orang lain, meronta-ronta menangisi kematian, dan paling buruk, menyalahkan Allah di atas kematian tersebut.Malah sentiasa berusaha dan tidak berputus asa untuk menghadapi kehidupan akan datang.
Apabila seseorang mendapat kekayaan, dia bersabar dengan menahan diri daripada berbelanja dengan membazir dan diluar keperluan kita, menggunakan wang tersebut ke arah kejahatan dan lain-lain.Malah menggunakan kekayaan tersebut kearah kebaikan dan kebajikan.
Apabila seseorang sedang dilamun cinta, dia bersabar dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan terkutuk dan seterusnya sentiasa menjaga perhubungan sehingga diijab kabulkan..
Apabila seseorang sedang dalam keadaan marah, dia bersabar dengan menahan diri daripada menghamburkan perkataan kesat, memukul dan mencederakan orang serta membalas dendam dengan perbuatan orang yang membuat dia marah. Malah dia bersabar dengan mengambil wudu’ dan mengawal kemarahan dengan cara yang sepatutnya..
Apabila saya berfikir situasi-situasi diatas dan kaitkan dengan sabar, dapat disimpulkan sabar bukan sahaja apabila kita dalam kesusahan dan musibah,malah sabar dalam segala tindak tanduk kita dan semua perkara yang kita lakukan .Dalam berfikir, beremosi, berkomunikasi, musibah, kejaaan, beribadah dan sebagainya..
SABAR = menahan diri daripada melakukan perkara dilarang + terus berusaha capai kejayaan hakiki + tidak putus asa dan bersemangat dalam apa jua tindakan
“Barangsiapa yang berlatih untuk sabar, tentu Tuhan memberikan kesabaran kepadanya. Tidak ada nikmat yang lebih baik dan lebih luas yang diberikan kepada seseorang selain daripada KESABARAN”(Bukhari Muslim)
Mari kita menjadi manusia yang tahu dan mahu untuk menjadi manusia yang sabar..Semoga kehidupan kita sentiasa mendapat pertolongan Allah dan keberkatan-Nya.Seterusnya mendapat kejayaan di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..Itulah kuasa sebenar kejayaan..
*********************************************************************
Dipetik daripada : http://aferiza.wordpress.com/
June 2, 2009 at 1:11 am
Tawakal ibadah hati paling utama mengharapkan sesuatu
HIDUP tidak sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati perniagaannya pada masa depan, manakala yang lain hanya sekadar mendapatkan rumah untuk dibeli.
Apa juga keadaan, mereka perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.
Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, mereka boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.
Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.
Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.
Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.
Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan.
Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”
Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin.
Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi.
Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”
Written by aferiza
June 2, 2009 at 1:09 am
I Love Al Quran
Al Baqarah : 269
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (269)
Matlamat sebuah kehidupan
Firman-Nya : قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)
Al Baqarah : 269
He giveth wisdom unto whom He will, and he unto whom wisdom is given, he truly hath received abundant good. But none remember except men of understanding. (269)
Al baqarah : 255
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (255)
*********************************************************************************
Dipetik daripada : http://www.bicaramuslim.com/
Pendahuluan Tujuan ini adalah untuk pelajaran bersama..sama sama belajar dan mengajar..sama sama ingat mengingati..tue aje..masa belajar pakcik idak ler garang pasal takut ilmu lariii...
DEFINISI TAWAKAL Pada Bahasa - Tawakal asal katanya wakala yang ertinya menyerahkan, tawakal kepada Allah ertinya: Menyerahkan kepada Allah. Pendapat lain mengatakan wakala ilaihi al-amr ertinya wakala; menyerahkan lalu meninggalkan. Ilahi kepadaNya, al-amru sesuatu perkara. Pendapat lain mengatakan bahawa kalimat rajulun wakalun ertinya orang lemah yang menyerahkan urusannya kepada orang lain. Al-Wakiil ertinya objek dari kata kerjanya yang mengandungi erti; yang menjadi sandaran atau yang diserahkan. Dinamakan Al Wakiil kerana ia diserahkan oleh yang menyerahkan atau diserahkan kepadanya untuk dikerjakan perkaranya, maka Al Wakiil adalah dia yang diserahkan kepada perkara itu. bersambung...[ Mesej ini diubah oleh:
by kiethegreat on Thu Jan 03, 2002 5:09 am
sambungan... Taukil ertinya engkau bersandar kepada selain engkau dan engkau menjadikan dia sebagai pengganti dari kamu. Dan Tawakkul ertinya menampakkan kelemahan dan bersandarkan diri daripada selain dirimu. Tawakal bil Amri ertinya ia bertanggungjawab dengan perkara itu. Dan Wakaltu Amri ila Fulan ertinya saya mengandaikan serta menyandarkan perkara itu kepada Fulan, atau perkara itu saya serahkan kepada Fulan untuk dikerjakannya dan kedua erti ini boleh bersatu. Sementara Al-Tawakkulu memiliki dua erti iaitu memberi atau menyerahkan suatu perkara atau menyandarkan kepada sesuatu. Kesimpulan..Al-Wakalah mengandungi dua makna iaitu mewakilkan atau menyerahkan dan memberi hak kuasa kepada yang mewakili terhadap sesuatu perkara. Itulah beberapa erti yang terkandung dalam kata TAWAKAL, dan perlu kita ketahui bahawa masih banyak erti lain yang tidak berhubungan dengan perbincangan ini.
by kiethegreat on Thu Jan 03, 2002 5:23 am
Pengertian menurut syarak Ia adalah susah untuk didefinisikan..maka para ulama telah memberi berbagai gambaran tentang definisi tawakal, di antara mereka ada yang mendefinisikan sebagai tanda dari sikap Tawakal, ada juga yang mendefinisikan dengan hasil dari tawakal atau bahagian dari erti tawakal seperti yang biasa dilakukan oleh para ulama salaf dalam memberi tafsiran atau definisi sesuatu perkara. Di antara sebab terjadinya perbezaan definisi ini adalah kerana sukarnya membatasi situasi dan aktiviti hati dengan batasan yang tepat apatah lagi membatasi dengan kata-kata. Untuk itulah Al-Ghazali mengatakan bahawa Tawakal adalah sesuatu yang tidak jelas ertinya dan melakukannya adalah suatu perkara yang susah. Dan dengan definisi yang ada ini mereka tidak bermaksud memberi definisi yang sebenarnya, akan tetapi mereka bermaksud untuk menerangkan pentingnya masalah ini, atau melihat keadaan dari peribadi yang memberi definisi atau melihat situasi lawan berbicara atau mungkin juga ada tujuan-tujuan lain yang menuntut mereka harus mendefinisikan erti Tawakal itu. Jika kita melihat dari definisi mereka, kita akan melihat seakan-akan mereka berbeza pendapat, tapi pada hakikatnya semua definisi itu adalah bahagian-bahagian yang terkandung dalam erti umum juga ada dalam kata-kata Tawakal, atau mungkin juga sebahagian dari kebiasaan, gejala, pengaruh atau hasil yang ada dalam kata Tawakala.
by kiethegreat on Thu Jan 03, 2002 5:43 am
Definisi penting Ibnu Abbas r.a. berkata; Tawakal adalah yakin dan percaya kepada Allah. Imam Ahmad; Tawakal adalah memutuskan harapan dari sesama makhluk. Juga dia berkata Tawakal adalah menyerahkan suatu perkara kepada Allah serta yakin dan percaya kepadaNya. Abdullah bin Daud Al-Kharaby; aku berpendapat bahawa Tawakal itu adalah berprasangka baik kepada Allah. Syaqiq bin Ibrahim; Tawakal adalah adalah ketenangan hati dengan apa yang telah dijanjikan Allah kepada makhlukNya. Al-Hasan ditanya tentang tawakal; maka ia menjawab Tawakal adalah redha kepada Allah. Ibnu Al-Jauzy /Al-Jawziyyah; menyerahkan perkara kepada Allah dan keyakinan bahawa Allah akan mengurusnya dengan baik. Ali bin Ahmad Al-Busyanyi; membebaskan atau tidak menggunakan yang ada disekelilingmu dan juga tidak menggunakan yang ada disekitar makhluk sepertimu dan juga tidak menggunakan kekuatan makhluk sepertimu. Ibnu Rajab Al-Hambali; menyandarkan hati kepada Allah dalam mengambil kebaikan dan mencegah bahaya pada semua urusan didunia mahu pun akhirat. Al-Hafidz Ibnu Hajar; memutuskan hubungan dalam melihat sebab musabab setelah melakukan sebab yang seharusnya dilakukan. Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab; sikap seseorang yang menyandarkan perkaranya kepada Allah yang Maha Esa, yang tidak memiliki sekutu bagiNya, dalam semua perkara dan urusan yang berhubungan dengan dunia mahu pun akhirat. Pakcik lam BMC; (he..he..ciplak ler nie) Mungkin definisi yang paling dekat dengan definisi diatas adalah - Tawakal adalah suatu perilaku di dalam hati yang bersumber dari pengenalan seseorang kepada Allah, serta adanya keyakinan bahawa Allah satu-satunya yang melakukan penciptaan, pengaturan, bahaya, manfaat, pemberian dan penolakan, dan bahawa apa yang Allah kehendaki maka akan terlaksana, dan apa yang Allah tidak kehendak, maka tidak akan terlaksana, maka wajib bagi seseorang untuk menyandarkan perkaranya kepada Allah, menyerahkan kepadaNya, percaya kepadaNya serta yakin kepadaNya dengan suatu keyakinan bahawa yang disandarkan itu akan mengurusnya dengan sebaik-baik bagi dirinya.
by kiethegreat on Thu Jan 03, 2002 6:21 am
HAKIKAT TAWAKAL Ibnu Qayyim mengatakan banyak manusia yang memberikan definisi tawakal, diantara mereka ada yang menafsirkan bahawa tawakal adalah keyakinan sehingga keyakinan menjadi hakikat Tawakal, ada pula yang menafsirkan dengan penyerahan, ada yang menafsirkan dengan penyadaran, maka dari situ aku dapat mengetahui bahawa hakikat Tawakal adalah kumpulan dari yang tersebut.
Al-Hafidz Ibnu Al-Qayyim menyebutkannya dengan berbagai macam tingkatan seperti berikut; PERTAMA Mengenal Tuhan beserta sifat-sifatNya yang terdiri dari sifat kekuasaanNya, sifat yang menyatakan bahawa Allah berdiri dengan sendiriNya dan sifat yang menyatakan bahawa cukuplah Allah sebagai pelindung, juga disertai pengenalan bahawa segala perkara akan bermuara pada lautan IlmuNya, dan segera perkara bersumber dari kehendakNya, juga kita harus berkeyakinan bahawa cukuplah Allah sebaik-baik Wakiil(sandaran) serta akan menyempurnakan perkara yang disandarkan pada Nya, dengan sifat Berdiri dengan sendiriNya, dan sesungguhnya selain Allah tak ada satu pun makhluk yang boleh menempatkan posisi dan kedudukanNya, juga tidak ada yang boleh menggantikan tugas-tugasNya itu. Mengenal Allah dengan cara seperti ini adalah dalam tingkatan pertama yang harus dilalui oleh seorang hamba dalam mencapai darjat Tawakal..Dia juga menukilkan pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dengan ungkapan; oleh kerana itu tidak benar pendapat yang mengatakan bahawa Tawakal adalah sebahagian dari falsafah dan tidak benar pula apa yang dikatakan oleh golongan Qadariah bahawa dalam Kerajaan Allah ada sesuatu yang tidak dikehendakiNya, tidak benar pula pendapat golongan Al-Jahmiyah yang menentang sifat-sifat Allah, semua ini adalah kelompok yang memisahkan hati manusia dengan Tuhannya dan memisahkan antara manusia dengan yang dicintai iaitu Allah. Bagaimana mereka boleh menggambarkan sifat Tawakal sementara mereka mengingkari beberapa sifat Allah, juga mereka mengingkari sifat-sifat perbuatan Allah yang boleh memilih dan berkehendak.
KEDUA Adanya ketetapan sebab musabab yang harus dijaga dan dilaksanakan. Maka tidak benarlah sikap Tawakal seseorang kecuali dengan dilandasi suatu keyakinan bahawa segala sesuatu ini ada sebab musababnya, kerana Tawakal adalah sebab yang paling dominan dalam mencapai kepada yang disandarkan iaitu Allah. Sebahagian dari para golongan sufi berpendapat bahawa adanya ketetapan sebab musabab telah menodai sikap Tawakal dan Tawakal seseorang menjadi sempurna dengan tidak menyakini adanya ketetapan sebab musabab. Pendapat mereka seperti ini banyak sekali sudah terkenal, pembicaraan ini akan sampai beserta bantahannya apabila tempatnya tiba kelak...Insyallah. Oleh kerana itu sikap Tawakal tidak akan sempurna kecuali dengan menetapkan dalam hati bahawa di sana ada ketetapan sebab musabab, yang mana sebab musabab ini mempunyai hubungan dengan anggota tubuh, maka dengan melaksanakan ketetapan sebab musabab Tawakal menjadi ada dan meninggalkannya akan hilang pula Tawakal..
*************************************************************
Daripada ; http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?artide_id=2074
Bila Impian Tidak Menjadi Kenyataanwww.iluvislam.com
oleh: AsNizaeditor: deynarashid
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.Subhanallah, betapa pentingnya bahasa dalam kehidupan seharian kita.
Selain daripada digunakan sebagai medium untuk menyampaikan mesej, bahasa juga boleh diolah, digubah, dikarang, sehingga mampu mengeksploitasi mood, minda, perasaan dan tindakan seseorang. Bukan sedikit kuasa bahasa. Lihat sahaja karya Shakespear, atau Usman Awang, walaupun telah sekian lama mereka tidak lagi hidup di bumi yang indah ini, namun kuasa bahasa yang telah berjaya mereka cipta, sehingga kini masih terasa kehebatannya. Maha Suci ALLAH.. Dengan izin Allah, saya telah menghadiri kelas terjemahan bahasa lebih kurang 10 kelas. Alhamdulillah. Tenaga pengajar yang 'diimport' dari DBP, UKM, UiTM ternyata hebat-hebat belaka, banyak benda baru yang telah kami pelajari. Bagi saya, seorang pelajar kejuruteraan yang tiada basis mengenai bahasa, ternyata, pengalaman baru ini benar-benar mengujakan. Saya menikmati kelas terjemahan ini sepenuh hati saya. Saya cintakan bahasa ^_^ Dangkalnya pemikiran saya di zaman sekolah menengah rendah. Walaupun waktu itu, saya benar-benar meminati bidang sastera, saya telah menafikannya lalu memilih aliran sains tulen, kerana waktu itu saya berpendapat, bidang sastera tidak mampu pergi jauh, tidak menjamin masa depan yang cemerlang. Natijahnya, saya telah menghabiskan masa remaja saya, belajar dalam bidang yang tidak saya minati. Dan kini, saya sudah bergelar seorang jurutera, namun jauh di sudut hati saya, masih tercari hala tuju yang sebenar. Jiwa saya lebih menyintai bidang bahasa berbanding bidang kejuruteraan, namun saya sudah kehilangan rentak, tidak tahu mahu berhenti dan bermula di mana. Akhirnya, suka atau tidak, saya masih lagi di sini, di bidang ini, kejuruteraan.
Hidup ini mesti diteruskan, tidak semua yang kita inginkan pasti menjadi milik kita. Ada masanya kita harus belajar menerima kenyataan bahawa ada waktunya, sesuatu benda/perkara itu bukan tercipta untuk kita. Mungkin juga, sesuatu yang kita rasakan baik itu, sebenarnya buruk bagi kita dan sesungguhnya, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui. Bersyukur dengan apa yang ada adalah penyelesaian yang terbaik agar jiwa ini menjadi lebih tenang. Tidak gelisah. Hidup ini adalah kembara. Ibarat kita memandu sebuah kereta. Sebelum memulakan perjalanan, kita harus merancang dengan baik, memastikan keadaan kereta kita dalam keadaan yang baik dan selamat. Namun ada masanya, tidak semua yang kita rancang, akan menjadi kenyataan. Ada masanya, jalan yang kita lalui tidak disangka-sangka terjadi kemalangan lalu mengakibatkan lalulintas menjadi sesak. Kita tersepit ditengah-tengah jalan. Stuck. Ada masanya kita terlepas susur keluar lalu sesat entah ke mana-mana. Yang dekat menjadi jauh. Duit minyak dan duit tol berlipat kali ganda perlu dibayar. Ada masanya juga kita tiba di suatu persimpangan yang asing bagi kita dan kita terpaksa membuat pilihan dengan kadar yang segera samada untuk ke kanan atau ke kiri. Ada masanya juga kereta kita dilanggar oleh kereta lain yang tidak bertanggungjawab. Kita cuma mampu berputih mata tidak dapat berbuat apa-apa. Naauzubillah.. Hidup ini tidak pernah lepas dari cubaan dan ujian. Maka sebab itulah juga, rukun iman yang ke enam, mewajibkan kita sebagai umat Islam agar yakin dan percaya dengan sepenuh hati kita kepada qada' dan qadar Allah. Kita hanya merancang namun Allah jualah penentu segalanya. Bismillahitawakkaltualallah.. Harus diingatkan juga, fail to plan is plan to fail. Walaupun kita tahu setiap apa yang berlaku, hanya berlaku dengan izin Allah, itu tidak semestinya menjadi alasan kepada kita agar berhenti berusaha dan cukup sekadar memeluk tubuh.
Sesungguhnya, ini adalah konsep tawakal yang bercanggah dalam Islam. Islam menyuruh umatnya berusaha, kemudian barulah bertawakal kepada Allah, itu barulah masa yang tepat untuk kita serahkansegalanya kepada qada' dan qadar Allah. Sebagai umat Islam juga, kita harus yakin dan percaya, doa adalah senjata utama kita. Berdoalah dan mohonlah kepada Allah dengan hati yang penuh yakin kepada kekuasaan dan keagungan Allah. Berdoalah agar segala usaha kita membuahkan hasil yang positif dan bertawakkallah. Serahkan segalanya kepada Allah, tidak kira apa yang terjadi, pasrah dan redhalah dengan apa yang terjadi. Semoga kita menjadi hamba Allah yang tekun melaksanakan suruhan Allah, bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya. Semoga kita menjadi hamba Allah yang berusaha untuk mencapai redha Allah dan gigih mencapai impian, selari dengan saranan agama kita. Berdoalah dengan hati yang penuh yakin dan gantunglah harapan hanya kepada Allah. Tawakkallah. Sabar dan redha bukan suatu yang mudah untuk dilakukan, namun hati-hati yang mengtauhidkan Allah dan berpegang teguh kepada rukun iman dan rukun Islam insyaAllah pasti mampu memilikinya. InsyaAllah..
**********************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan