Ahad, 6 September 2009

MALAM AL-QADAR

MENYELUSURI APAKAH YANG DIKAITKAN DENGAN MALAM AL-QADR
BERSAMA-SAMA LAH KITA MENJELAJAH PENULISAN DAN CATATAN YANG BERMANAFAAT UNTUK TATAPAN DAN PENGETAHUAN KITA DARIPADA MEREKA YANG LEBIH MENGERTI...


Dipetik daripada : http://taqafah.coconia.net/

Kelebihan,Tanda-Tanda Serta Amalan Yang Dituntut Pada Malam Lailatul Qadar
Ditulis oleh Mohd Norhan b Hamsi
Rabu, 10 Oktober 2007
Dikumpul dan disusun oleh:
AL-FADHIL AS-SAYYID MUHAMMAD B ALAWI AL-IDRUS AL-HADRAMI AT-TARIMI

MUQADDIMAH: Adapun antara keistimewaan bulan Ramadhan ialah malam yang agung yang dikenali sebagai Lailatul Qadr(malam kemuliaan) di mana Allah telah menurunkan satu surah lengkap yang menerangkan tentang keadaan malam itu, kemudian Allah menerangkannya lagi pada permulaan surah Ad-Dukhaan.

Maka beribadah pada malam Qadr adalah sebanding dengan beribadah selama seribu bulan. Firman Allah Ta’ala (Al-Qadr:1-3),
dan dalam nisbah umur manusia, ibadah yang dilakukan pada malam ini sebanding ibadah selama lapan puluh tiga tahun empat bulan.

PENAMAAN MALAM AL-QADR
Para ulama mempunyai beberapa pendapat tentang penamaan malam Al-Qadr ini, antaranya ialah:
1. Dinamakan malam Al-Qadr atas makna ianya adalah malam perlaksanaan dan hukuman. Dalam kitab Al-Qurtubi, Mujahid telah berkata :” Di dalam ayat kedua surah Al-Qadr, Lailatul Qadr maknanya malam penilaian, dinamakan sedemikian kerana pada malam itu Allah Ta’ala akan menilai segala yang dikehendaki-Nya dari urusan-Nya kepada seumpamanya hingga tahun yang akan datang iaitu urusan maut, ajal, rezeki dan sebagainya ".

2. Ada juga yang menyatakan bahawa ianya adalah malam pentadbiran/ pengaturan. Dari Ibnu Abbas radhiallahuanhuma meriwayatkan: " Sesungguhnya pada malam Al-Qadr Allah Azza Wajalla akan menilai apa yang terjadi pada setiap tahun, dan Dia akan menyerahkannya kepada pengatur-pengatur segala urusan dan mereka ialah empat malaikat iaitu; Israfil, Mikail, ‘Izrail dan Jibril Alaihimussalam. Mereka ini akan menguruskan urusan pemanjangan(مط ), rezeki, penghidupan dan hal mematikan ". Makna ini dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Ad-Dukhaan, ayat 4 dan 5. dan ta’lil inilah yang dipilih oleh semua ulama.
3. Mujahid bin Jabir telah berkata; ” Malam Al-Qadr ialah malam hukuman/ketentuan ”. Dan seorang lelaki telah berkata pada Hassan Al-Basri; ” Adakah engkau melihat/ berjumpa malam Al-Qadr pada setiap bulan Ramadhan?”. Beliau menjawab; ” Ya, demi Allah yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya malam Al-Qadr benar-benar ada pada setiap bulan Ramadhan dan sungguh ianya adalah malam kemuliaan yang didalamnya di jelaskan setiap perkara dengan hikmah, didalamnya Allah melaksanakan segala urusan ajal, amal dan rezeki dan seumpamanya ”. Begitulah juga yang dikatakan oleh Sa’eid bin Jabir rahimahullah.

4. Pendapat lain mengatakan makna malam Al-Qadr itu ialah malam kemuliaan dan keagungan. Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Al-Qadr, ayat 3 dimana dalam ayat ini ada pemuliaan dan pengagungan untuknya (malam Al-Qadr). Pemuliaan ini samada kembali kepada orang-orang yang melakukan kebaikan pada malam itu dimana sesungguhnya sesiapa yang berbuat taat pada malam itu akan menjadi seorang yang mulia dan terhormat, ataupun ianya(kemuliaan) kembali kepada amalan yang baik kerana berbuat taat pada malam tersebut lebih banyak pahalanya dan lebih mudah dikabulkan.

5. Dikatakan juga ianya dinamakan begitu kerana Allah Ta’ala telah menurunkan pada malam itu satu kitab yang mempunyai kehormatan, keatas seorang utusan/rasul yang mempunyai darjat/kehormatan, dan dikhususkan pula untuk ummat yang berkemampuan, atau sesungguhnya Al-Quran keseluruhannya telah di turunkan ke langit pada malam Al-Qadr dalam bulan Ramadhan. Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-Baqarah,ayat 185. Al-Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad pula mengulas bahawa ketika Allah berfirman dalam surah Al-Qadr, kita mendapati bahawa Allah Ta'ala telah menurunkan Al-Quran pada bulan Ramadhan, kemudian ia di turunkan pula pada malam Al-Qadr secara lebih khusus, dan penurunan ini bermula dari Lauh Mahfuz hingga ke Baitul ‘Izzah di langit dunia.

KELEBIHAN MENGHIDUPKAN MALAM AL-QADR
Kelebihannya terdapat dalam dua hadith sohih dan selain keduanya, telah diriwayatkan dari Abi Hurairah radhiallahuanhu, dari Nabi salallahualaihi wasalam telah bersabda; “ Barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, di ampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu ” , dalam riwayat Al-Imam An-Nasaie telah menambah: “ Dan dosanya yang akan datang ”.

HIKMAH MALAM AL-QADR DI RAHSIAKAN
Allah Ta’ala telah merahsiakan malam Al-Qadr ini, dan Rasulullah salallahualaihi wasalam telah menjelaskan bahawa waktu yang di jangka akan berlakunya malam Al-Qadr adalah antara 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan. Justeru itu, hikmah daripada perahsiaan malam Al-Qadr ialah agar orang-orang yang beriman bersungguh-sungguh dalam beribadat sepanjang malam bulan Ramadhan dan agar mereka sentiasa meneliti dan menanti akan kehadirannya pada setiap malam. Selain itu,antara hikmah ianya dirahsiakan ialah sebagai satu cara dari cara-cara untuk memupuk rasa asyik dan suka dalam beribadah serta menjaganya dengan baik.Oleh yang demikian akan bertambahlah kesungguhan dalam beribadah. Hikmah penyembunyian malam Al-Qadr ini adalah serupa seperti penyembunyian waktu yang mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat, nama-nama Allah yang Maha Agung, dan rahsia Allah dalam ciptaan-Nya, redho Allah bagi hamba-hamba-Nya yang taat dan murka-Nya bagi siapa yang berbuat maksiat kepada-Nya.

TANDA-TANDA MALAM AL-QADR
Antara tanda-tanda yang paling utama yang telah di sebutkan dan di tetapkan di dalam kitab-kitab sunnah nabawiyyah adalah seperti berikut:

1. Ia berada pada setiap malam bulan Ramadhan dan juga pada sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi pada malam-malam ganjil.

2. Pada malam itu banyak malaikat yang turun ke bumi dalam bilangan yang tidak terkira.

3. Suasana pada malam itu tenang, cuacanya pula tidak panas dan tidak pula sejuk.

4. Pada paginya pula,matahari akan kelihatan kurang menyinarkan cahaya kemerah-merahannya, ianya terbit tetapi tidak bersinar At-Toyalisi telah menyatakan dari Ibnu Abbas radhiallahuanhu, bahawa Rasulullah salallahualaihi wasalam telah bersabda berkenaan dengan malam Al-Qadr; “ Malam yang dikabulkan segala doa, tidak panas dan tidak pula sejuk, dan matahari pada paginya kurang menyinarkan cahaya kemerah-merahannya ”. Muslim telah meriwayatkan dari Zar bin Habish dari Abi Ka’ab: " Sesungguhnya matahari pada paginya terbit tanpa sinaran padanya”, manakala Ubai pula berkata: " Kami telah di beritahu oleh Rasulullah salallahualaihi wasalam; Sesungguhnya ianya terbit pada hari itu tanpa sinaran padanya ”.

Adapun tanda-tanda lain yang tidak bersandarkan kepada dalil musnad sohih tetapi ianya berdasarkan pengalaman dan pengamatan individu-individu berkenaan dengan malam tersebut, antaranya ialah :

1. Air laut tiba-tiba menjadi beku

2. Tiada seekor anjing pun yang menyalak pada malam itu.

3. Keldai-keldai pula tidak bersuara.

4. Pokok-pokok kelihatan menundukkan dahan-dahannya ke bumi.

5. Terdapat cahaya yang kelihatan berkilau pada tempat-tempat yang biasanya gelap.

PENENTUAN MALAM AL-QADR
Kebanyakan hadis yang warid daripada Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam menyatakan bahawa waktu berlakunya malam Al-Qadr secara umum dan yang paling sohih menyatakan ianya berlaku dalam bulan Ramadhan, pada 10 malam yang terakhir dan kemungkinan besar pada malam-malam yang ganjil iaitu : 21,23,25,27,29. Al-Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Saiyidah Aisyah radiallahhuanha berkata; Bersabda Rasulullah salallahualaihi wasalam, “ Carilah malam Al-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan ”. Dan Al-Imam Al-Bukhari juga telah meriwayatkan daripada Ibni Abbas berkata: bersabda Rasulullah salallahualaihi wasalam; ” Carilah ianya pada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan,………”. Selain itu, banyak lagi hadis-hadis lain yang seumpama dengannya.

CIRI-CIRI MALAM AL-QADR
1. Ia adalah malam diturunkan Al-Quran
2. Ia adalah malam yang mana ditetapkan segala perkara daripada perkara-perkara yang akan berlaku sepanjang tahun.
3. Ia adalah malam yang lebih baik di sisi Allah Ta'ala dari seribu bulan dan amalan kebajikan pada malam tersebut dilipatgandakan.
4. Sesungguh para malaikat turun ke bumi pada malam tersebut bersama dengan Ar-Ruh iaitu Jibrail alaihisalam.
5. Ia adalah malam yang aman, tenteram, sejahtera sehinggalah terbitnya fajar.
PERKARA-PERKARA SUNAT DAN ADAB-ADAB PADA MALAM AL-QADR
1. Daripada perkara-perkara sunnah yang utama yang dianjurkan ialah berazam dan berniat untuk menghidupkan malam tersebut dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

2. Dianjurkan untuk mandi pada setiap malam daripada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan,berhias-hias dengan wangian,dan memakai daripada secantik-cantik baju selepas solat Maghrib sebelum solat Isyak da Terawih. Sesungguhnya perkara ini telah diamalkan oleh para sahabat dan tabiin,dan di kalangan mereka ada yang melakukannya sepanjang bulan Ramadhan.

3. Tidak menjamah makanan dan minuman yang terlalu berat semasa berbuka puasa untuk mengelakkan perasaan malas dan lesu ketika beribadah dan lemah untuk menghidupkan malamnya.

4. Memperbanyakkan doa, rintihan,memohon keampunan, kesihatan, keafiatan yang berkekalan dalam agama semasa di dunia mahupun di akhirat. Sesungguhnya Saiyidah Aishah radiallahuanha telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w berkenaan dengan malam tersebut, ” Apakah yang akan aku ucapkan apabila bertemu dengan malam Al-Qadr? Maka Nabi menjawab, “ Katakanlah:
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

5. Dianjurkan untuk mengejutkan ahli keluarga sama ada yang kecil mahupun yang besar bertepatan dengan hadis sohih daripada nabi Muhammad s.a.w bahawasanya nabi Muhammad salallahualaihi wasalam padanya mengejutkan ahli keluarganya pada malam tersebut.

6. Dan daripada perkara-perkara sunat yang dianjurkan untuk melakukannya pada malam tersebut ialah menjaga solat maghrib, isyak dan subuh secara berjemaah begitu juga solat sunat terawih dan qiam.

7. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada malam Al-Qadar. Diriwayatkan bahawa Ibrahim An-Nakhie melazimi membaca al-quran dan khatam dalam bulan ramadhan pada setiap tiga hari. Apabila masuknya sepuluh malam terakhir beliau akan menamatkan bacaan Al-Quran pada setiap dua malam( iaitu beliau menambah bacaan Al-Quran pada malam-malam yang dijangkakan berlakunya lailatulqadar ).

8. Selain itu,dianjurkan juga pada malam tersebut untuk melakukan amal kebajikan dan sedekah.Ini bersesuaian dengan apa yang telah disampaikan daripada Anas bin Malik radiallahuanhu, katanya: " Amalan pada malam lailatulqadar, sedekah, solat dan zakat adalah lebih baik daripada seribu bulan ".

SEBAIK-BAIK AMALAN PADA MALAM AL-QADR
• Sufian as-Sauri telah berkata: " Doa pada malam lailatulqadar lebih aku sukai daripada memperbanyakkan solat ".
• Al-Hafiz bin Rejab pula berkata: " Yang dimaksudkan dengan banyaknya doa lebih baik daripada solat yang kurang padanya doa,sebaliknya sekiranya solat disertakan dengan banyaknya doa itu adalah lebih baik. Sesungguhnya rasulullah salallahualaihi wasalam bersolat, membaca Al-Quran dan berdoa maka terhimpun diantara solat, bacaan Al-Quran, doa dan tafakkur pada satu waktu maka sesiapa yang melakukannya adalah lebih baik dan lebih sempurna ".

PERSOALAN
S: Adakah orang yang bermusafir,wanita yang bernifas atau kedatangan haid berpeluang untuk mendapatkan malam Al-Qadr?
J: Al-Juwaibir telah berkata: " Aku pernah bertanya kepada Ad-Dahhak, adakah wanita yang bernifas dan yang kedatangan haid, orang yang bermusafir, dan yang tidur akan memperoleh lailatul Qadar ? " Dia berkata: " Ya,sesiapa yang Allah Ta'ala terima akan amalannya, maka dia akan dipertemukan oleh Allah Taala dengan Lailatul Qadar. Maksudnya ialah sekiranya mereka itu melakukan amal kebajikan dalam bulan Ramadhan lalu diterima oleh Allah Taala, maka sesiapa yang diterima amalannya, tidak mustahil untuk dia mendapatkan malam Lailatul Qadar ".



Lailatul Qadar tanda manusia dikasihi Allah Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar. Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.

Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: 'Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah' (Hadis riwayat Ibnu Majah) Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya: 'Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau' (Hadis riwayat Muslim ) Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah.

Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran. Antaranya firman Allah bermaksud: 'Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar. Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar' (Surah al-Qadr, ayat 1-5). Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad. Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan . Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: 'Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27' (Hadis riwayat Ahmad) Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir. Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.

Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan. Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya. Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi. Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya. Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat. Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu. Usia baginda dan umatnya adalah pendek. Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad saw. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 80 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad saw yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun saja. Kerana keutamaan inilah, Rasulullah (SAW) amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan. Dalam hal ini, memadailah Rasulullah (SAW) sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari. Rasulullah (SAW) juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.

Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud: 'Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih' Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa. Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.

Dipetik : ://www.brunet.bn/news/pelita/03okt/menuju.htm

Menuju Keredaan Allah
LAILATULQADAR

Antara malam-malam Ramadan, terdapat satu malam yang dikenali sebagai lailatulqadar, satu malam yang mempunyai keberkatan yang teramat besar. Dalam al-Qur'an ia dinyatakan sebagai mempunyai keberkatan dan kelebihan rohaniah yang lebih besar daripada seribu bulan. Pada malam itu Allah subhanahu wata'ala menganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kesejahteraan khususnya kepada umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh memperolehi apa yang dianugerahkan Allah pada malam lailatulqadar itu.

Firman Allah subhanahu wata'ala dalam surah al-Qdar ayat 1 - 5 yang maksudnya:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Qur'an) pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang kebesaran malam lailatul qadar itu? Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
Sesungguhnya malam lailatulqadar itu penuh dengan janji-janji Allah subhanahu wata'ala kerana sifat rahman dan rahim-Nya yang ditentukan kepada orang-orang beriman yang sanggup dan bersungguh-sungguh menghidupkan malam itu dengan mengerjakan amal ibadah dengan harapan agar dapat menemukan malam yang penuh keberkatan itu. Pada malam itu Allah subhanahu wata'ala akan melipatgandakan pahala amalan hamba-hamba-Nya yang ikhlas mencari keredaan-Nya.

Pada malam tersebut, jika ditakdirkan oleh Allah subhanahu wata'ala ibadah yang dilakukan bertepatan dengan masa lailatulqadar itu, maka pahala yang bakal diperolehi akan berlipat ganda, sehingga ibadah pada malam itu lebih besar pahalanya dari ibadah selama seribu bulan, sebagaimana firman Allah subhanahu wata'ala dalam surah al-Qdar ayat 3 yang bermaksud:
"Malam lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan."
Kenapakah malam lailatulqadar itu disifatkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan?

Allah subhanahu wa- ta'ala menjelaskan perkara ini dengan firman-Nya dalam surah al-Qdar, ayat 4 - 5 yang maksudnya:
"(Pada malam itu) diturunkan malaikat dan jibrail dengan izin Tuhan. Kerana mereka dapat mengatur setiap pekerjaan, sehingga selamat sejahtera (malam itu) hingga terbit fajar."
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Imam al-Nasa'ie daripada Abu Hurairah radiallahuanhu bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan. Allah 'Azzawajalla telah mewajibkan ke atas kamu supaya berpuasa padanya. (Pada bulan itu) dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka serta dimasukkan ke dalamnya syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak diberikan kebaikannya, maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebaikan."

Menurut pendapat yang sahih, malam atau masa lailatulqadar ialah pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan ianya berpindah-pindah dan berubah-ubah sebagaimana hadis riwayat al-Imam at-Tirmizi, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
"Carilah dengan bersungguh-sungguh malam lailatulqadar itu pada hari kesembilan daripada baki (bulan Ramadan), tujuh, lima atau tiga hari malam terakhir (dari bulan Ramadan)."
Dalam sebuah hadis yang lain riwayat al-Imam at-Tirmidzi, dari Sayidatina Aisyah radiallahuanha katanya yang bermaksud:
"Bahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat pada sepuluh malam yang akhir (dari bulan ramadan), berbanding dengan malam-malam lainnya."

Oleh kerana hadis-hadis tersebut adalah umum, maka lailatulqadar itu tidaklah dapat ditentukan masa atau ketikanya dengan tepat, hanya kita diarahkan supaya mencari saat tersebut dengan memperbanyakkan ibadat pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah radiallahu- anhu bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa mengerjakan ibadat di malam lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan keredaan-Nya, nescaya diampunkanlah dosanya yang telah lalu."
Hadis ini menunjukkan bahawa ibadat yang dilakukan pada malam lailatul-qadar besar ganjarannya. Oleh yang demikian beruntunglah bagi sesiapa yang menjumpai lailatulqadar itu. Keuntungan yang diperolehinya adalah besar dan tidak ternilai harganya.
Orang-orang yang beramal ibadat pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadan sama ada sedikit ataupun banyak adalah tergolong dalam golongan orang yang berusaha untuk mendapatkan lailatulqadar.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, sehingga kelebihan lailatulqadar itu tetap diberikan kepada sesiapa sahaja yang mengerjakan amal ibadat sekalipun amalan yang dikerjakannya itu hanya sedikit. Oleh kerana keikhlasannya terhadap Allah subhanahu wata'ala, maka pahala dan kelebihan itu tetap diperolehinya. Beramal hanya kerana Allah semata-mata di malam hari itu haruslah juga diteruskan di siang hari. Jadikanlah siang dan malam itu sebagai masa yang diamanahkan untuk beribadat kepada Allah subhanahu wata'ala.

Ibadat yang berterusan ini amat memberi kesan yang nyata pada jiwa dan raga umat Islam jika diamalkan khususnya pada sepuluh yang akhir dalam bulan Ramadan sama ada siang atau malamnya. Mudah-mudahan dengan adanya usaha yang gigih untuk mencapai matlamat memperolehi kelebihan lailatulqadar itu akan dipermudahkan oleh Allah subhanahu wata'ala.
Bagi sesiapa yang tidak berdaya untuk mengerjakan amal ibadat yang banyak maka hendaklah ia beramal dan beribadat sekadar yang mampu dalam usaha mencari malam lailatulqadar. Janganlah dibiarkan malam itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang usaha untuk merebut peluang yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.


Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab: لَيْلَةِ الْقَدْرِ ) (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam Al Qur’an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur’an. Deskripsi tentang keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surat Al Qadar, surat ke-97 dalam Al Qur’an.

Menurut Quraish Shihab, kata Qadar (قﺩﺭ) sesuai dengan penggunaannya dalam ayat-ayat Al Qur’an dapat memiliki tiga arti yakni [1]:
Penetapan dan pengaturan sehingga Lailat Al-Qadar dipahami sebagai malam penetapan Allah bagi perjalanan hidup manusia. Penggunaan Qadar sebagai ketetapan dapat dijumpai pada surat Ad Dukhan ayat 3-5 : Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu malam, dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan semua urusan yang penah hikmah, yaitu urusan yang besar di sisi Kami

Kemuliaan. Malam tersebut adalah malam mulia tiada bandingnya. Ia mulia karena terpilih sebagai malam turunnya Al-Quran. Penggunaan Qadar yang merujuk pada kemuliaan dapat dijumpai pada surat Al-An’am (6): 91 yang berbicara tentang kaum musyrik: Mereka itu tidak memuliakan Allah dengan kemuliaan yang semestinya, tatkala mereka berkata bahwa Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada masyarakat
Sempit. Malam tersebut adalah malam yang sempit, karena banyaknya malaikat yang turun ke bumi, seperti yang ditegaskan dalam surat Al-Qadr. Penggunaan Qadar untuk melambangkan kesempitan dapat dijumpai pada surat Ar-Ra’d ayat 26: Allah melapangkan rezeki yang dikehendaki dan mempersempit (bagi yang dikehendaki-Nya)

Terdapat pendapat yang mengatakan bahwa terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, hal ini berdasarkan hadits dari Aisyah yang mengatakan : ” Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang artinya: “Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhon” “ (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)

Ada beberapa ciri yang menunjukkan bahwa Lailatul Qadar berbeda dengan malam-malam selainnya. Ciri – ciri tersebut, antara lain sebagai berikut :

Pada Pagi Harinya Matahari Bersinar enggan Redup, Tidak Terlalu Panas.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadist berikut :
”Dari Zurra r.a. mendengar Ubay bin Ka’ab menyampaikan bahwa Ibnu Mas’ud berkata,”Barangsiapa yang pada bulan Ramadahan tahun ini qiyamullail setiap malam, pasti ia mendapatkan lailatul qadar.” Ubay berkata,”Demi Dzat yang tidak ada Tuhan selain Dia, sesungguhnya Lailatul Qadar itu terjadi pada bulan Ramadhan. Demi Allah , aku tahu bahwa

Lailatul Qadar itu adalah malam yang Rasulullah memerintahkan qiyamullail pada malamya, yaitu malam ke 27, yang ketika paginya matahari bersinar dengan sinar putih, tidak dengan cahaya yang menyilaukan.” (H.R. Muslim)
Langit Cerah, Bulan Muncul Separuh, Bintang – Bintang Bermunculan dan Tampak jelas
Abu Hurairah r.a. berkata,” Kami berdiskusi tentang Lailatul Qadar disepan Rasulullah SAW, kemudian beliau berkata,”Siapa diantara kalian yang ingat bahwa Lailatul Qadar itu adalah malam yang ketika itu muncul bulan dalam keadaan separo.” (H.R. Muslim)
Imam Nawawi mengomentari hadist ini. Ia berkata, ”Bulan muncul dalam keadaan separo menandakan bahwa Lailatul Qadar itu terjadi pada akhir bulan. Bulan tidak akan tampak dalam keadaan separo, kecuali akhir bulan.”
Cuaca Sedang, Tidak Panas dan Tidak Dingin
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda ,”Aku pernah diperlihatkan Lailatul Qadar, lalu aku dijadikan-Nya lupa. Lailatul Qadar itu terjadi sepuluh malam terakhir. Lailatul Qadar malam yang segar dan cerah, tidak panas dan tidak dingin.” Dalam riwayat Az Zayadi ditambahkan ”Pada malam itu bulan dan bintang-bintang terlihat dengan jelas.”
Malamnya turun hujan

Abu Sa’id Al Khudri r.a. berkata bahwa Rasulullah SAW (setahun sebelumnya) beritikaf pada sepuluh hari ditengah bulan Ramadhan pada malam ke 21, yaitu malam malam yang ketika itu Rasulullah SAW. selesai dari itikafnya. Pada pagi harinya, beliau bersabda,” Barangsiapa telah beritikaf denganku, hendaklah ia beritikaf tahun yang akan datang pada sepuluh malam terakhir. Pada waktu itu aku pernah diperlihatkan Lailatul Qadar, tapi aku lupa pada malam yang keberapa. Hanya saja, pada waktu itu pagi –paginya aku ingat bahwa aku sujud dan tanah lumpur. Maka carilah malam tersebut pada sepuluh malam terakhir dan pada malam- malam yang ganjil. Pada malam itu (Lailatul Qadar yang Rasulullah lupa) turun hujan. Pada waktu itu, masjid berlantaikan tanah dan tergenang air.” Kata Abu Sa’id ,”Pagi hari ke 21 Ramadhan, aku melihat ada bekas lumpur pada kening Rasulullah SAW. (H.R. Muslim)
Ada beberapa ciri Lailatul Qadar yang disebutkan Imam Baihaqi dan Imam Thabrani. Akan tetapi, ciri – ciri ini tidak terdapat di dalam hadist atau keterangan yang dapat dipertanggungjawabkan keabsahannya. Ciri – ciri tersebut adalah sebagai berikut:
Pohon – pohon merunduk hingga sampai ke bumi, lalu pagi harinya kembali pada posisi semula.
Air laut pada pagiharinya berubah menjadi tawar, lalu siangnya berubah menjadi asin.
Pada Lailatul Qadar, anjing tidak ada yang melolong
Malaikat turun dan memberikan salam kepada orang yang sedang beribadah.
Waktu terus berputar. Usia terus berjalan mengikuti masa. Amal perbuatan kita dan ketentuan Allah berjalan begitu cepat. Sunatullah berjalan dengan teratur . Planet – planet, bintang, dan benda langit yang lain semuanya berjalanpada porosnya.
Kekuasaan Allah yang ada di bumi dan meliputi seluruh alam semesta semuanya tertib tunduk pada sunatullah yang ada. Setelah itu, ketika sunatullah itu semua telah berhenti dan tugasnya masing-masing telah usai, yang tersisa adalah catatan amal.

Dipetik daripada : http://www.alhamidiyah.com/
UMAT BERTANYA ULAMA MENJAWAB

Pertanyaan:Apakah tanda-tanda Lailatul Qadar?-
Jawaban:Dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir ada sebuah hadis yang berarti:
Dari Ibnu Abbas, bahwasanya Rasulullah Saw. telah bersabda berkaitan dengan (tanda-tanda) Lailatul Qadar. Malam itu penuh kedamaian, sejuk, tidak panas, dan tidak dingin. (Riwayat Abu Dawud Ath-Thayalisi, kitab Tafsir Ibnu Katsir, Juz VII, halaman 334)Dalam kitab Shahih Muslim terdapat riwayat, bahwa Ubay bin Ka'b r.a. ketika ditanya oleh Zirr bin Hubaisy tentang adanya tanda-tanda Lailatul Qadar, beliau menjawab:
Rasulullah Saw. telah memberitahukan kepada kami tentang (tanda-tanda) Lailatul Qadar yaitu terbitnya matahari pada (pagi) hari itu cahayanya tidak memancar (Riwayat Muslim, kitab Shahih Muslim, Juz I, halaman 478)Imam Asy-Syaukani dalam kitabnya, Nailul Authar, mengutip sebuah Hadis Sahih Riwayat Ubay bin Ka'b sebagai berikut:

Tanda-tanda Lailatul Qadar itu ialah matahari terbit pada pagi hari berwarna putih, tidak memancarkan cahayanya. (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Turmudzi, dan ia telah manyahihkannya. Kitab Nailul Authar, Juz IV, halaman 363)Imam Nawawi dalam mengomentari Hadis Riwayat Muslim dan Ubay bin Ka'b tadi mengatakan, "Rahasia yang terkandung dalam peristiwa Lailatul Qadar, sebagaimana digambarkan dalam Hadis tadi, adalah karena pada malam itu para malaikat, termasuk Malaikat Jibril, turun ke bumi hingga fajar terbit. Maka wajarlah bila suasana malam itu menjadi hening, sepi, sunyi dan tiada huru-hara. Udaranya pun adem dan sejuk. Di kala matahari terbit, para malaikat naik lagi ke langit, sayap-sayapnya menghalangi cahaya matahari, maka logislah bila pada hari kejadian itu matahari tidak bercahaya sebagaimana biasanya.Untuk mengetahui penjelasan yang lebih luas, bacalah kitab-kitab di bawah ini:

Tafsir Durrul Mantsur karangan Imam Jalaluddin As-Suyuthi, Juz VI, halaman 372
Fiqhus Sunnah karangan Imam Sayiq Sabiq, Juz I, halaman 399
Nihayatuz Zain karangan Syeih Muhammad Nawasi, halaman 198
Diambil dari buku "Umat Bertanya Ulama Menjawab" tulisan dari KH.Drs.Ahmad Dimyathi Badruzzaman, dosen Fakultas Dakwah STIDA Al-Hamidiyah


Dipetik daripada : http://gemasuara.blogspot.com/


Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”Riwayat Bukhari & MuslimHuraianPengajaran Hadis:i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ‘Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.
Posted by MahfuzOmar at 2:37 PM

Dipetik daripada : http://www.van.9f.com/

ANTARA TANDA-TANDA LAILATUL QADAR

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.
Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT. 2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.

Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Artikel dipetik daripada : http://badar.smesh-online.com/

Kelebihan malam 10 akhir Ramadan.

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;
- Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

- Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).
Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)
Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E’zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

- Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

- Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

- Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

- Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)
Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

- Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar?

Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)
Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

- Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

- Syarat sah iktikaf: Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.
- Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

- Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

- Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.

- Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.

- Perkara yang membatalkan iktikaf:

- Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.

- Murtad.

- Hilang akal kerana gila atau mabuk.

- Datang haid atau nifas.

- Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

- Perkara yang sunat dilakukan.

- Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.

- Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

- Perkara yang harus dilakukan.

- Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.

- Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.
- Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan