Rabu, 24 Februari 2010

RASULLULLAH SAW SEBAGAI QUDWAH HASANAH

Dipetik daripada : http://tunasislam.blogspot.com

Siapa yang boleh mengambil pedoman dari kehidupan Rasulullah saw ?
(petikan perutusan Dr Yusuf al Qharadawi sempena maulidul rasul 2007)

Kehidupan Muhammad saw adalah lapangan yang cukup luas untuk dijadikan tauladan bagi sesiapa sahaja. Anak muda boleh mendapat pedoman kerana Muhammad saw pernah menjalani kehidupan sebagai anak muda yang rajin bekerja dan memerah keringat tanpa bergantung kepada keturunannya yang mulia dan kedudukannya yang istimewa. Seorang yang masih bujang boleh mengambil pedoman dari hidup Rasulullah saw kerana baginda tidak berkahwin kecuali selepas berumur 25 tahun.

Si Suami yang mempunyai seorang isteri boleh menjadikan Rasulullah saw sebagai ikutan kerana baginda hanya bersama daengan seorang isteri, Khadijah sehingga umur baginda 50 tahun. Mereka yang berpoligami juga boleh menjadikan Rasulullah saw sebagai panduan dalam 10 tahun terakhir baginda mempunyai ramai isteri. Antaranya seorang anak dara dan lainnya adalah janda, ada yang muda dan ada pula yang tua. Ada dari bangsa Arab dan ada pula dari Bani Israil.

Seorang bapa boleh melihat kehidupan Nabi saw ketika memiliki anak dan ketika kematian anak-anaknya. Seorang datuk dapat menghayati pedoman hidup Rasulullah saw ketika baginda saw melayan dua cucunya, al Hasan dan al Husain. Seorang pejuang dapat melihat Rasulullah saw sebagai pejuang; Bagaimana berlangsungnya peperangan? Apakah adab dan disiplinnya?Bagaimana halnya ketika menerima kemenangan atau kekalahan seperti dalam perang Uhud?

Seorang penguasa, pemerintah,raja, presiden atau ketua kerajaan boleh menerima pedoman dari hidup baginda saw ketika mana memiliki kekuasaan lalu baginda saw berlaku adil dan menegakkan hak dan kebenaran. Baginda saw telah meninggalkan untuk kita warisan agung dalam lapangan ini. Sebenarnya samada pemerintah atau yang diperintah, semua boleh melihat kehidupan baginda saw. Baginda hidup sebagai rakyat biasa dalam pemerintahan orang lain di Mekah dan sebagai pemerintah di Madinah. Begitu juga bagi orang kaya atau miskin. Baginda pernah merasai kefaqiran dan kemiskinan sehingga terpaksa mengikut perut dengan batu bahkan dua biji batu. Baginda juga pernah menerima habuan dua yang banyak apabila diberi kemenangan dan mendapat ghanimah (rampasan perang) yang banyak sehingga akhir keseluruhan Arab dan semenanjung Arab tunduk di bawah kekuasaannya.

Baginda saw telah melalui semua pengalaman-pengalaman ini. Siapa lagi antara para Nabi dan Rasul yang merasai segala pengalaman ini? Inilah dia Muhammad saw yang telah diberi keistimewaan dengan semua ini yang ditugaskan membawa agama agung yang mempunyai cirri-ciri umum, kekal dan lengkap.
***************************************************************
Dipetik daripada : http://dawany.blogspot.com/

Saturday, November 29, 2008

Akhlak Rasulullah Sebagai Qudwah Hasanah
1. Pemurah dan suka menderma. Setiap hari baginda memastikan setiap dirham yang dimilikinya didermakan kepada fakir miskin. Malah baginda mencari rezeki sekadara keperluannya sahaja dan yang selebihnya diberikan kepada orang yang berhajat kerana Allah S.W.T.
2. Beradab ketika makan. Apabila makanan sudah tersedia, baginda membaca doa yang bermaksud:Dengan nama Allah, wahai Tuhanku! Jadikanlah makanan ini suatu nikmat yang disyukuri sehingga kepada nikmat syurga.Baginda juga tidak suka memakan makanan yang panas kerana sabdanya dalam suatu hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak memberi kita makanan daripada api. Sejukkanlah makanan itu terlebih dahulu.
Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sentiasa mengamalkan adab-adab ketika makan yang sepatutnya diamalkan oleh orang-orang Muslim.Rasulullah juga menggunakan tangan kanan untuk menyuap makanan dan sentiasa memilih lauk yang terdekat dengannya terlebih dahulu. Makanan yang paling disukai oleh Rasulullah ialah daging dan buah qana dan minuman yang digemarinya ialah susu kambing. Baginda tidak suka memakan bahagian dalam kambing seperti buah pinggang, pundit air kencing dan daging keras yang tumbuh di bawah kulit kerana sakit. Baginda juga tidak mengambil bawang putih dan bawang besar kerana ia mendatangkan bau yang tidak menyenangkan. Walaupun begitu, baginda tidak pernah merasa jijik terhadap sesuatu makanan itu walaupun baginda tidak menyukainya.
3. Aspek berpakaianNabi Muhammad s.a.w. suka memilih pakaian yang berwarna putih. Pakaiannya yang dikenali sebagai jubah menutupi sehingga paras buku lalinya. Baginda mempunyai dua salinan baju khusus untuk solat Jumaat dan pakaian-pakaian lain untuk hari lain. Baginda suka memakai kopiah dibawah ikatan serbannya. Setiap kali memakai pakaian baginda memulakannya dari kanan dan membaca doa yang bermaksud:Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian untuk menutup auratku dan untuk menghiaskan diri di hadapan orang ramai.Ketika menanggalkan pakaian baginda memulakan dari sebelah kiri.
4. Tutur kataRasulullah s.a.w. seorang yang fasih dalam berkata-kata. Tutur katanya dihiasi dengan kata-kata yang manis dan bersopan. Ketika berbicara, baginda menggunakan ayat-ayat yang padat dan lengkap, ringkas dan mudah difahami oleh orang-orang yang mendengarnya. Baginda tidak bercakap jika dirasakan tidak perlu dan hanya meninggikan suara apabila menyatakan sesuatu yang hak dan benar sahaja. Persoalan-persoalan yang dikemukakan pula dijawab dengan jawapan-jawapan dan nasihat yang mudah diterima para hadirin.
5. Sifat berlapang dada dan pemaafBaginda Rasulullah s.a.w. juga memiliki sifat berlapang dada dan suka memaafkan orang lain walaupun diberi peluang untuk membalas dendam. Didalam suatu peperangan, seoreang tentera kaum musyrikin berjaya mengugut Rasulullah dan tentera kaum Muslimin dengan berkata:
“Siapakah diantara kamu yang dapat menyelamatkan engkau daripada pedangku?”
Lantas Rasulullah s.a.w. pun menjawab, “Allah”. Mendengar perkataan itu gentarlah tangan tentera musyrikin itu dan pedang tersebut jatuh daripada tangannya. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil pedang tersebut sambil berkata,
“Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku?”
Orang musyrikin itu dengan susah payah menjawab,
“Ambillah nyawaku dengan cara yang baik.”
Baginda pula berkata kepadanya,
“Katakanlah aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku (Rasulullah) adalah pesuruhnya.Inilah salah satu contoh sifat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa bersifat berlapang dada dan pemaaf.
6. Kasih- sayangApabila dua atau tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah seorang sahabatnya atau tidak bertemu di mana-mana, nescaya ditanya dan dicari oleh baginda. Baginda yang menziarahi kerumah sahabat tersebut tanpa rasa sombong. Malah baginda sembahyang, makan dan duduk bersama para sahabat.Islam menggariskan hak-hak sesama seagama yang menunjukkan betapa tingginya nilai kasih sayang sesama mukmin sehingga Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan kehidupan orang-orang mukmin umpama jasad yang satu yang saling merasakan segala yang dirasai dan dideritai oleh saudara seislam.
7. Ibadah Rasulullah menunjukkan contoh perlaksanaan ibadah sedemikian banyak untuk kita jejaki langkahnya kerana secara fitrahnya, Rasulullah menyukai pengabdian dan ibadah serta merasa senang melakukannya. Sebelum diangkat menjadi Rasul, pernah sehingga sebulan baginda memutuskan semua kesibukan untuk beribadat didalam sebuah gua di luar kota Mekah sehingga disebut para sahabat, baginda senang beribadat, mengabdi dan berkhalwat sejak dari kecil lagi. Begitulah orang-orang yang cerdik berkelakuan.Baginda bersolat sunat dengan begitu banyak sekali sehingga adakalanya baginda tidak tidur semalaman sehingga bengkak kakinya. Baginda turut berpuasa selang sehari dan berzikir diwaktu jaga dan tidur. Malah baginda digelar sebagai “Al-Qur’an bergerak” kerana Al-Qur’an bukan sahaja dihafal malah dijadikan panduan seluruh kehidupannya
********************************************************************
Dipetik daripada ... http://muthaqqafazhari.blogspot.com

Friday, March 16, 2007

.:: Riwayat Teragung ; Qudwah Hasanah Sepanjang Zaman ::.
بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat sejahtera meniti permulaan tinta penulisan ini buat sahabat-sahabat sidang pembaca para ilmuan sekalian. Semoga kalian semua sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan redha-Nya selama mana kita masih berpijak di dunia yang nyata ini. Selaut kesyukuran di ungkapkan kehadrat Ilahi, sang Maha Pencipta diatas segala limpahan nikmat terutamanya nikmat IMAN dan ISLAM sehingga kita masih mampu menghirup nikmat terbesar itu. Hamparan salam sejahtera dan selawat jua dihadiahkan kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W diatas segala pengorbanan yang tidak pernah jemu dan usaha yang tidak mengenal erti penat dan lelah dalam menyebarkan kebenaran Islam sehingga berjaya menawan kerasnya hati 2/3 daripada keseluruhan dunia. Sememangnya inilah tokoh masyarakat dunia bukan sahaja dalam Islam itu sendiri malah ianya turut menjadi tokoh pemimpin bagi seluruh agama dan Negara.

Hayatilah bersama firman Allah S.W.T :
وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين ( الأنبياء : 107 )
Maksudnya : Tidaklah aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam (manusia dan jin).
Sirah Nabi Muhammad S.A.W.
Sebelum kita meniti lebih jauh dalam mengupas dan menyorot kredibiliti tokoh juga selaku utusan dari Allah S.W.T yang menjadi titik tolak kepada kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dahulu, suka untuk penulis berkongsi bersama sidang pembaca sekalian kisah perjalanan hidup ataupun sejarah Nabi Muhammad S.A.W. Pemilihan Baginda dalam menyampaikan amanah dari Allah S.W.T cukup berat untuk digalas pada awal perlantikan menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun bertempat di Gua Hira’. Sebelum dari itu lagi, Baginda memang sudah terkenal dengan sifat amanahnya (al-amin) ketika perebutan untuk meletakkan hajar al-as’ad (hajar al-aswad) oleh 4 ketua bagi 4 kabilah terbesar di Makkah pada ketika itu. Namun dengan kebijaksanaan dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Baginda pada ketika itu, dengan meletakkan batu tersebut di atas sehelai kain lalu dipegang 4 penjuru kain itu oleh 4 orang ketua setiap kabilah itu.

Dengan kata lain, sorotan perjalanan hidup Baginda merupakan sorotan perjalanan yang sangat menarik dan mempunyai daya tarikan contoh kepada golongan kuffar dari terus menyakiti ketinggian budi pekerti yang ditunjukkan oleh Baginda. Semasa kelahiran Baginda sendiri kita lihat terdapat tanda-tanda kerasulan dengan terpadamya api kaum Majusi, runtuhnya Istana Qisra Parsi, dan Makkah pada ketika itu diterangi cahaya putih yang bersinar. Selepas pertabalan kerasulan Baginda secara sah, maka semakin hebatlah serangan musuh Islam mengundang kepada hijrah Baginda bersama kaum muslimin ke kota Madinah membuka kepada satu lembaran baru untuk membina sebuah negara Islam yang sistematik, aman dan damai menjadi contoh dan tarikan negara lain kepada Islam sehinggalah tersebarnya Islam ketika tampuk kegemilangan pemerintahan Baginda. Sinar cahaya Islam yang dibawa bukan sahaja dari timur ke barat, bahkan meliputi hampir keseluruhan dunia utara, selatan, timur mahupun barat.
Kesabaran Dakwah Baginda.
Itu adalah antara tanda kerasulan yang telah ditunjukkan oleh Allah sebelum Baginda ditabalkan secara rasminya menjadi utusan Allah untuk menyebarluaskan agama suci ini dengan lebih giat lagi dan secara terang-terangan setelah sekian lama beginda dan sahabat-sahabat pada ketika itu berdakwah kepada Islam secara rahsia. Setelah menerima taklifan kerasulan yang berat untuk dipikul dari Allah S.W.T melalui malaikat Jibril A.S, dalam keadaan menggigil ketakutan Baginda pulang ke rumah lalu meminta Saidatina Khadijah menyelimutkannya. Selaku isteri yang memahami tugas yang baru diterima oleh suaminya, Saidatina Khadijah memberikan kata-kata semangat dan mendokong segala usaha dakwah Baginda. Membuatkan Baginda bertambah yakin untuk melaksanakan amanah yang dipundak. Dalam masa yang sama Baginda turut disokong oleh bapa saudara yang Baginda sayangi kerana banyak mempertahankan Baginda dari kecaman dan ancaman pihak pembesar Quraisy.
Sehinggalah pada kemuncak penyebaran dakwah Islam itu, Baginda diuji dengan dugaan yang sangat pahit untuk ditelan, perit untuk diluah kerana Allah S.W.T amat menyayangi orang yang turut disayangi oleh Baginda. Kembalilah Saidatina Khadijah R.A isteri kesayangan Baginda dan bapa saudaranya, Abu Talib yang banyak memberi sokongan dan mempertahankan diri Baginda dikala menghadapi tekanan dan ancaman. Namun itu semua tidak menjadi batu penghalang Baginda untuk terus thabat menyebarluas amanah risalah Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia dan jin sebagaimana dalam ayat di atas yang mana perutusan Baginda S.A.W ke muka bumi ini bukanlah kepada umat manusia sahaja, bahkan kepada umat jin juga kerana masyarakat jin adalah seperti manusia, ada yang cenderung ke arah kebaikan lantas menerima Islam dan ada juga yang sebaliknya. Begitu besar tanggungjawab yang dipikul oleh Baginda untuk memastikan amanah dari Allah S.W.T itu dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Tribulasi Perjuangan Baginda.
Sesungguhnya perjalanan dakwah Baginda tidaklah semudah seperti yang kita bayangkan. Perjuangan dakwah Baginda pada ketika itu memerlukan semangat yang tidak mengenal erti futur dan putus asa. Pengorbanan di jalan Allah merupakan satu cita-cita yang amat diimpi-impikan oleh para sahabat dan muslimin. Begitu besar nikmat ‘terkorban ‘ pada ketika itu yang tidak dapat kita kecapi pada waktu ini kerana factor-faktor perkauman yang begitu menebal dalam diri-diri setiap orang Islam. Inilah yang perlu dimuhasabahkan oleh semua pemimpin negara-negara Islam untuk menguatkan kembali kesatuan dan kesepaduan umat Islam yang kelihatan gah di zaman pemerintahan Baginda dan para sahabat Radiallahu Anhum Ajmain. Itulah sunnah orang berjuang yang memerlukan kekuatan dari segi jasadiah dan rohaniah untuk mencapai mardhatillah melalui bantuan jua kemenangan yang dikurniakan Allah kerana keimanan dan keyakinan yang utuh kepada-Nya.
Menelusuri sejarah, perjalanan dakwah dan liku-liku perjuangan Baginda yang penuh dengan tribulasi yang tidak mampu untuk kita bayangkan sekadar teori semata-mata.Begitu sukar perjalanan dakwah Baginda dalam mengembangkan ajaran Islam hingga menguasai hampir ke seluruh dunia. Berkat dari sifat-sifat terpuji yang ditunjukkan oleh Baginda menjadi ikutan para sahabat dan kaum muslimin berjuang dan berdakwah memperkembangkan agama di sisi Allah S.W.T sebagaimana yang termaktub di dalam Kalamullah Azza Wa Jalla.
Firmannya :
إن الدين عند الله الإسلام ( البقرة : 19 )
Maksudnya : Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah S.W.T itu adalah Islam.
Baginda Sebagai Qudwah Hasanah.
Selaku umat Baginda, yang amat cinta dan sayang kepada Rasulullah S.A.W, kita seharusnya menjadikan Baginda sebagai role model dalam menjalani sepanjang kehidupan kita sehari-hari disamping memperbanyakkan pemberian ‘hadiah’ berupa selawat dan salam kepada Baginda bukanlah sedekah sebagaimana yang kita lakukan ke atas selain Baginda. Siapakah lagi yang akan menjadi penyelamat untuk kita dari terjerumus ke dalam neraka Allah S.W.T yang amat pedih melinkan Baginda? Bukankah Baginda sahaja yang mampu memberikan syafaatul uzma tidak kepada para Nabi dan Rasul yang lain? Allah S.W.T ada memuji Baginda yang memiliki ketinggian akhlak yang terpuji untuk menjadi ikutan (qudwah hasanah) kepada umatnya.
Firman Allah S.W.T :
لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخير ( الأحزاب : 21 )
Maksudnya : Demi sesungguhnya untuk ikutan kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu satu ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan Mardhatillah dan balasan baik di Akhirat kelak.

Dalam ayat yang lain, Allah S.W.T menyeru kepada orang-orang yang beriman supaya berselawat kepada Baginda sebagaimana Allah S.W.T dan para malaikat berselawat kepada Baginda.
Allah S.W.T berfirman :
إن الله وملائكته يصلون على النبى يـأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليما ( الأحزاب : 56 )
Maksudnya : Sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W, Wahai orang-orang yang beriman kamu berselawat dan mohonlah kesejahteraan ke atas Baginda senantiasa.
Kaitan Dengan Perjuangan Hidup Agamawan Dan Umat Islam.
Setelah membicarakan secara penjang lebar mengenai perjuangan dan liku-liku perjalanan dakwah Baginda yang penuh dengan onak duri, oleh yang demikian, kita selaku mahasiswa/wi yang masih mendalami khazanah kekayaan ilmu Allah S.W.T yang tidak terhingga banyaknya dengan melakukan satu anjakan momentum untuk memperjuangkan agama Allah yang semakin hari semakin ditindas bukan sahaja dari musuh-musuh Islam malahan dari orang Islam sendiri yang kurang memahami tentang konsep dan ajaran Islam yang sebenarnya. Apa yang perlu bagi kita laksanakan adalah melakukan satu injeksi dengan meningkatkan keazaman untuk membela agama dan mengembalikan keizzahan Islam yang semakin dipandang enteng oleh segelintir golongan. Perlunya kita menanamkan dalam diri sifat cintakan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W lebih dari segala-galanya dengan melaksanakan apa yang telah ditinggalkan kepada kita selaku pewaris para Nabi dalam apa jua sudut ilmiah mahupun dakwah dan perjuangan berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Sebenarnya tidak cukup bagi mahasiswa/wi yang selesai dalam pengajian agama lebih-lebih lagi sekadar menceburkan diri dalam lapangan kerjaya melalui bidang perniagaan ataupun pendidikan semata-mata. Akan tetapi sudah sampai pada peringkat ‘tidak boleh tidak’ bagi lepasan agamawan ini mengambil cakna dalam bidang dakwah untuk menerangkan secara telus kepada masyarakat Islam secara khusus dan mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sebenarnya bukanlah Islam pada nama sahaja. Dalam masa yang sama keperluan bagi lepasan agamawan untuk memberikan penerangan dan penjelasan kepada masyarakat bukan Islam secara umum bagi menghilangkan prasangka buruk mereka terhadap Islam. Inilah perjuangan yang perlu bagi kita laksanakan bersama demi Islam yang kita cintai.
Akhir kalam, bersamalah kita menghayati silsilah perjuangan Nabi S.A.W untuk dijadikan contoh kepada perjuangan kita pada zaman yang lebih mencabar ini. Tiada yang lebih berharga melainkan sebuah sejarah tokoh teragung untuk dijadikan batu loncatan bagi kita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Tiada orang lain yang mampu melaksanakan tugas yang amat berat ini dengan pemahaman yang telus melainkan kita golongan agamawan yang memahami secara masak tentang perjuangan yang dicanang oleh Junjungan Besar S.A.W.
Disediakan Oleh,
MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa
********************************************************************
Dipetik daripada ... http://razibanna.blogspot.com



Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullahmenampalnya sendiri tanpaperlu menyuruh isterinya... Beliau juga memerah susukambing untuk keperluankeluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihattiada makanan yang sudah siapdi masak untuk dimakan, sambil tersenyum bagindamenyinsing lengan bajunyauntuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina'Aisyah menceritakan 'KalauNabi berada di rumah, beliau selalu membantuurusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepatberangkat ke masjid, dancepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.. '
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi..Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yangada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyahbelum ke pasar.Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan yaKhumaira?' (Khumaira adalahpanggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yangbererti 'Wahai yangkemerah-merahan' )Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belumada apa-apa wahaiRasulullah.'Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedangmemukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.'Aku menanyakan mengapaengkau memukul teman tidurmu dan ibu kepadaanak-anakmu?
'6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelakiadalah yang paling baik,kasihdan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,sabar dan tawadhuknyabaginda dalam menjadi ketua keluarga langsungtidak sedikitpun menjejaskankedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh parasahabat,pergerakan baginda antara satu rukun kesatu rukun yang lain amatsukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olahsendi-sendipada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antarasatu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelahselesai bersembahyang,'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yangamat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''
Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.''Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuanmenggerakkan tubuh, kamimendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuhtuan? Kami yakin engkausedang sakit...' desak Umar penuh cemas.Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Parasahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batukerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.'
Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak parasahabatku. Aku tahu, apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapiapakah akan aku jawab dihadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepadaumatnya?' 'Biarlah kelaparan inisebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelaktidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan diAkhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpunmakan di sebelah seorangtua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nyadirentap dengan kasar olehseorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasakehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingsi Badwi di dalam masjidsebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swtdan rasa kehambaan yangsudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolaksama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAHlangsung tidak dijadikansebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketikadi depan ramai mahupundalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinyasudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggungkemahuan jiwanya yangtinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'YaRasulullah, bukankahengaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masihbersusah payah begini?'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankahaku ini hanyalah seoranghamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nyayang bersyukur.'Rasulullah s. a. w. bersabda,'
SAMPAIKAN LAH PESANKUWALAUPUN SEPOTONGAYAT..
***********************************************************
Dipetik daripada : http://ms.langitilahi.com
Islam: Ar-Rasul Qudwatuna 1
Sep 18th, 2009
by laksamana.

dia contoh solid kita
Kita telah membahaskan perihal, kenapa Islam adalah penyelesaian kita, dalam mengharungi kehidupan kita sebagai insan, dan hamba Allah. Selesai tiga post kita harungi, membahaskan dan akhirnya kita mendapat jawapan.

Islam menyelesaikan terlebih dahulu keimanan kita, menyebabkan penyelesaian dari Islam itu adalah satu penyelesaian yang solid. Hati adalah raja yang memerintah seluruh anggota termasuk akal. Sebab itu, apabila hati kita berjaya selesaikan, maka seluruh anggota badan kita, kehidupan kita, juga mampu kita selesaikan.
Post Islam seterusnya akan membahaskan berkenaan Rasulullah sebagai contoh, dengan tajuk Ar-Rasul Qudwatuna. Maksud Ar-Rasul Qudwatuna adalah “Rasul itu contoh kami”
Kenapa, Rasul itu perlu menjadi contoh kita sebagai manusia, yang hendak bergerak mencari keredhaan Allah SWT?
Di dalam artikel ini, kita akan perlahan-lahan menelusuri kefahaman ini, agar kita mampu benar-benar menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh kita yang utama.
Tugas Rasul
Tugas para Rasul ialah menyeru, menyedar, menggembur dan membentuk manusia agar beriman kepada Allah S.W.T. Atau, dengan kata lain,mengajak dan membentuk keperibadian manusia agar tunduk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T. semata-mata. Tugas atau peranan ini dilaksanakan oleh para rasul terhadap umat masing-masing. Muhammad Rasulullah S.A.W. pula melaksanakannya terhadap seluruh manusia.
Firman Allah S.W.T.:
“ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap ummmat (untuk menyeru) : Sembahlah Allah (sahaja) , dan jauhilah Taghut itu. Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberikan petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kammu di muka bumi ini dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakaaan (rasul-rasul)” (Surah An Nahl ayat 36)

Al-Quran telah mengarahkan Rasulullah S.A.W. supaya mendidik hati, fikiran, perasaan, tingkahlaku dan akhlak manusia ke paras yang lebih tinggi dan mulia. Seterusnya, membentuk ummah dan membina daulah. Itulah hakikat Rasul diutuskan. Itulah contoh yang terbesar.
Hasilnya, dengan kurniaan Allah S.W.T. jua, Rasulullah S.A.W. telah berjaya mengubah corak hidup manusia yang serba pincang kepada corak hidup yang sempurna, aman, damai, bahagia dan bercahaya di bawah sistem yang ditanzilkan Allah S.W.T. Akhlak dan keperibadian Rasulullah S.A.W. memainkan peranan utama dalam perlaksanaan tanggungjawabnya.
Firman Allah S.W.T.:
“Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi sesiapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah dan Hari Akhirat, dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya“. (Surah Al Ahzab ayat : 21)
Dan apa yang kita perlu sedar adalah, tugas Rasul ini, tidak semata-mata untuk mereka sahaja.
Tetapi tugas mereka ini, perlu diteruskan oleh kita.
Peranan kita masa kini
Dalam rangka mencontohi Rasulullah S.A.W., peranan kita kini ialah melaksanakan da’wah kepada Allah S.W.T. kemudian berusaha membentuk ummah.
Setiap individu muslim wajib melaksanakan tugas ini mengikut kemampuan dan keahlian masing-masing. Al Qur’an sangat menuntut kita agar melaksanakan kewajipan tersebut. Firman Allah S.W.T.:
“Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan setengahnya mereka menjadi pembantu kepada setengah yang lain, mereka bersama-sama menyuruh ke arah kebaikan dan melarang daripada kemungkaran, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana .” (Surah At-Taubah ayat : 71)

Kewajipan itu tidak akan gugur ke atas setiap muslim selagi mana sistem ilahi tidak terlaksana di bumi. Selagi mana kemungkaran menodai syari’at Allah S.W.T. sewenang-wenangnya dan selagi mana bumi Allah S.W.T. tidak dapat dimakmurkan dengan amalan-amalan soleh maka selagi itulah kewajipan itu mesti dilaksanakan.
Kita telah kehilangan contoh agung
Umat Islam kini diselubungi jahiliyyah sebagaimana berlaku di zaman permulaan da’wah Islamiyyah dahulu. Jahiliyyah sudah menyerap ke dalam hati nurani, fikiran, perasaan, tindakan dan akhlak orang-orang Islam sendiri. Ini menyebabkan seolah-olah orang-orang Islam telah kembali ke zaman Jahiliyyah.
Mujahid terkenal zaman ini, Sa’id Hawwa, dalam bukunya Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan, menerangkan tentang fenomena (irtidad) kembali ke zaman jahiliyyah telah berlaku di kalangan orang-orang Islam sendiri.
Asy-Syahid Sayyid Qutb pula menegaskan bahawa di zaman ini terdapat kalangan mereka yang mengakui keagungan Allah S.W.T., sekaligus mengakui pula kekuasaan dan kemampuan manusia seolah-olah Allah S.W.T. dan manusia bersaing hebat berlumba-lumba mencapai kebebasan di alam ini.
Inilah antara ciri-ciri jahiliyyah yang telah meresapi jiwa, perasaan, pemikiran dan perilaku orang-orang Islam. Hal ini akan berlanjutan kiranya kita tidak berusaha untuk mengembalikan hakikat yang hilang daripada kita dan orang-orang Islam. Antara kehilangan yang besar pada hari ini ialah kehilangan contoh tauladan Rasulullah S.A.W. Contoh yang agung, lengkap dan merangkumi semua ruang lingkup kehidupan.
Rasulullah SAW bukan sahaja seorang rasul, tetapi pada masa yang sama contoh kepada setiap lapangan dalam kehidupan insan. Dia seorang pekerja, dia seorang ketua, dia seorang kepala negara, dia seorang suami, dia seorang anak, dia seorang bapa, dia seorang hakim, dia seorang sahabat, dia seoarang kepala tentera, dan dialah segalanya.
Dalam setiap lapangan ini, Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh langit untuk kita ikuti. Apakah Allah SWT tidak redha kepada Rasul-Nya? Mustahil bukan? Justeru, tatacara hidup Rasulullah SAW lah satu-satunya yang kita yakin 100% bahawa itu diredhai Allah SWT. Sebab itu, kita bergerak mencontohi baginda SAW.
Masyarakat, kehilangan kefahaman ini. Lalu menganggap mencontohi Rasulullah SAW yang hidup pada 1400 tahun lampau adalah satu kekunoan. Sedangkan apa yang Allah aturkan itu tidak pernah kuno dan tergugah dek zaman.
Maka kita mampu lihat hari ini, kesan apabila manusia tidak menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah. Masyarakat kita hari ini terbenam dalam kebejatan masalah. Perpecahan, kerosakan, gejala sosial dan pelbagai lagi masalah yang merisaukan jiwa-jiwa ummat. Siapakah contoh kita dalam kehidupan sekarang?


Artis-artis, selebriti-selebriti. Maka apakah yang artis-artis dan selebriti-selebriti berikan kepada kita? Hiburan. Tetapi apakah bangsa, ummah itu terbangun dengan hiburan? Apakah, redha Allah SWT itu mampu kita gapai hanya dengan semata-mata hiburan?
Ini masalah yang penting untuk kita duduk dan teliti.
Anak-anak kita, siapakah yang kita usahakan untuk mereka contohi?
Manusia memerlukan contoh yang solid untuk diikuti. Bukan contoh yang di satu segi dia baik, di satu segi lain dia buruk. Rasulullah SAW lah jawapan kepada contoh yang kita cari.
Namun, bagaimanakah hendak mencontohi Rasulullah SAW?
WALLAHUALAM....

Khamis, 21 Januari 2010

TIGA SUMPAH RASULLULLAH SAW

Dipetik daripada :
http://rizaldp.wordpress.com.
Tiga Sumpah Nabi SAWDiterbitkan 30 Agustus 2009 Hikmah , Info , Islam 1 Comment
Sumpah biasanya digunakan untuk menunjukkan atau mengemukakan kebenaran yang sesungguhnya. Dengan sumpah, mestinya kita menjadi yakin dan tidak ragu sedikitpun terhadap kebenaran yang dimaksudkan di dalam sumpah itu. Untuk meyakinkan dan menarik perhatian kita tentang suatu persoalan yang sangat penting, Allah Swt di dalam Al-Qur’an juga bersumpah dengan menyebut sesuatu. Di dalam hadits, ternyata terdapat juga sumpah Nabi Muhammad Saw sehingga apa yang menjadi sumpahnya itu sangat penting untuk kita perhatikan agar kita semakin yakin. “Tiga hal yang aku bersumpah atas ketiganya: tidak berkurang harta karena shadaqah, tidak teraniaya seorang hamba dengan aniaya yang ia sabar atasnya melainkan Allah Azza Wa Jalla menambahinya kemuliaan dan tidak membuka seorang hamba pintu permintaan melainkan Allah membuka atasnya pintu kefakiran” (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) *) Al Jamiush Shagier Jil-2, hal.392
1. Harta Tidak Berkurang Karena Shadaqah.
Salah satu keharusan kita sebagai muslim dalam kaitan dengan harta adalah menunaikan zakat, infak dan shadaqah (ZIS). Namun tidak sedikit orang yang meskipun sudah mengaku muslim tapi masih tidak mau menunaikan keharusannya itu. Diantara mereka ada yang khawatir bila ZIS itu ditunaikan hartanya akan berkurang, bahkan bisa jadi ia menjadi miskin. Kekhawatiran itu merupakan sesuatu yang tidak beralasan, hal ini karena Rasulullah Saw memberikan jaminan bahwa bila seseorang menunaikan shadaqah, maka hartanya justru akan bertambah. Memang pada saat ia keluarkan uang atau hartanya untuk shadaqah, hartanya memang akan berkurang, tapi dari dampak atau pengaruh positifnya ia akan memperoleh tambahan, baik dalam bentuk jumlah maupun nilai dari harta itu sendiri.
Dalam bentuk jumlah, harta yang dishadaqahkan mungkin saja bertambah, misalnya ia berdagang, setelah keuntungannya besar ia bershadaqah, maka orang yang diberinya shadaqah itu mendo’akan agar hartanya bertambah banyak dan do’a itupun dikabulkan oleh Allah Swt sehingga perdagangannya semakin laris sehingga semakin banyak yang bisa dijual. Adapun nilai yang besar, ini nampak dari keutamaan yang sedemikian besar yang diberikan Allah Swt kepada orang yang membelanjakan hartanya di jalan yang benar, Allah Swt berfirman: “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir. Pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) dan Maha Mengetahui.“(QS 2:261).
2. Penganiayaan Membawa Kemuliaan.
Ada banyak contoh tentang orang yang dianiaya, manakala mereka tetap sabar dan istiqomah dalam mempertahankan kebenaran yang diyakininya akan membawa pada kemuliaan dirinya dan si penganiaya yang merasa sebagai orang yang jauh lebih mulia menjadi manusia dengan segala kerendahan martabat kepribadian yang disandangkan kepadanya. Nabi Ibrahim AS yang ketika itu masih muda belia mengalami penganiayaan dari Raja Nambrut hingga Ibrahim dibakar, lalu ditolong oleh Allah Swt, hal ini bukan membawa kehinaan bagi Nabi Ibrahim tapi malah menjadikannya orang yang mulia hingga pengikutnya bertambah banyak.
Kaum muslimin di Makkah pada masa Rasulullah Saw juga mengalami penganiayaan dari orang-orang kafir, mereka diboikot, dibunuh, disiksa hingga terusir dari kota kelahiran mereka. Namun hal itu tidak membuat Rasulullah dengan para sahabatnya menjadi hina, tapi justru membawa kemuliaan. Ketika para sahabat berhijrah ke Habasyah, mereka mendapatkan perlindungan atau suaka dari Raja Najasi yang beragama Nasrani hingga akhirnya sang raja masuk ke dalam Islam, sedangkan Rasulullah bersama para sahabat lainnya berhijrah ke Madinah yang kemudian berhasil menyatukan kaum kaum muslimin dari Makkah dan Madinah hingga menghasilkan kekuatan umat yang disegani.
Di Mesir, para aktivis dakwah pernah mengalami penganiyaan dari penguasa Mesir yang zalim pada waktu itu, penganiayaan dimaksudkan untuk menghambat dan menghentikan langkah-langkah dakwah, tapi gerakan dakwah justru semakin tersebar luas hingga ke berbagai negara di dunia, karena para aktivis dakwah yang dipenjara menghasilkan karya tulis yang gemilang seperti Sayyid Quthb dengan Fi Dzilalil Qur’an, terbunuhnya Hasan Al Banna menarik simpati dan pengusiran para akltivis dakwah membuat mereka bisa berdakwah ke berbagai negara.
Oleh karena itu, para pejuang kebenaran Islam tidak boleh takut menghadapi segala tantangan dan berbagai kendala, karena hal itu pasti ada saatnya berlalu dan bila para pejuang menghadapi segala tantangan dan kendala dengan sikap istiqomah, maka mereka akan menjadi orang-orang yang mulia, begitulah yang terjadi pada Bilal bin Rabah, sahabat Nabi yang budak lalu dibebaskan oleh Abu Bakar Ash Shiddik karena istiqomahnya dalam mempertahankan nilai-nilai tauhid, begitu juga dengan sahabat Abdullah bin Huzafah yang disambut dengan kemuliaan oleh Khalifah Umar bin Khattab karena ia istiqomah dalam menghadapi penganiayaan yang dilakukan oleh raja Romawi yang kejam.
3. Mengemis Bertambah Fakir.
Seorang muslim sangat dituntut untuk mencari rizki secara halal dan terhormat guna memenuhi kebutuhan diri dan keluarganya. Karena itu, dalam pandangan Islam bekerja untuk mendapatkan nafkah secara halal merupakan sesuatu yang sangat mulia meskipun jenis pekerjaannya berat secara fisik dan pendapatan dari situpun tidak besar. Adapun mencari harta dengan cara mengemis merupakan cara yang tidak terhormat meskipun banyak harta yang diperolehnya, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: “Seseorang yang membawa tambang lalu pergi mencari dan mengumpulkan kayu bakar, lantas dibawanya ke pasar untuk dijual dan uangnya digunakan untuk mencukupi kebutuhan dan nafkah dirinya, maka itu lebih baik daripada seorang yang meminta minta kepada orang-orang yang terkadang diberi dan kadang ditolak.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Oleh karena itu, Rasulullah Saw menilai bahwa orang yang kaya itu tidak semata-mata dengan sebab hartanya yang banyak, hal ini karena meskipun jumlah hartanya banyak, namun jika ia tidak pandai bersyukur atas harta yang sudah diperolehnya itu, apalagi dengan hartanya yang banyak ia tidak bermartabat, tetaplah ia dipandang sebagai orang miskin, apalagi bila harta yang dimilikinya dicari dengan cara mengemis yang bila dengan waktunya yang tersedia ia bekerja atau berusaha dengan baik, disamping lebih terhormat, ia akan memperoleh harta yang lebih banyak dengan jiwa yang menyenangkan, Rasulullah Saw bersabda: “Yang dinamakan kekayaan bukanlah banyaknya harta benda, tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa.” (HR. Abu Ya’la).
Disamping itu, sumpah Nabi ini menjadi benar karena biasanya semakin lama beban hidup seseorang semakin besar, dan ia akan mampu menutupi kebutuhannya itu dengan berusaha yang halal dan terhormat, namun bila dari mengemis ia tidak memperoleh dalam jumlah yang cukup sehingga disatu sisi kebutuhannya semakin besar, sedang pendapatannya tetap seperti semula, maka jadilah ia bertambah fakir. Karena itu, tidak sedikit orang yang semula mengemis akhirnya menjadi pencuri, karena ia merasa tidak cukup dari hasil mengemis itu, bukankah ini membuat ia bertambah miskin secara ekonomi dan bertambah rendah martabatnya sebagai manusia.

Dipetik daripada :
http://blog.re.or.id/tiga-sumpah-nabi.htm.


Kaum muslimin rahimakumullah!Sumpah biasanya digunakan utk menunjukkan atau mengemukakan kebenaran yg sesungguhnya. Dengan sumpah mestinya kita menjadi yakin dan tidak ragu sedikit pun terhadap kebenaran yg dimaksudkan di dalam sumpah itu. Untuk meyakinkan dan menarik perhatian kita tentang suatu persoalan yg sangat penting Allah SWT di dalam Alquran juga bersumpah dgn menyebut sesuatu. Di dalam hadis ternyata terdapat juga sumpah Nabi Muhammad saw sehingga apa yg menjadi sumpahnya itu sangat penting utk kita perhatikan agar kita semakin yakin. Di antara sumpah Nabi adl tentang tiga perkara sebagaimana hadis berikut. “Tiga hal yg aku bersumpah atas ketiganya tidak berkurang harta krn shadaqah tidak teraniaya seorang hamba dgn aniaya yg ia sabar atasnya melainkan Allah Azza Wa Jalla menambahinya kemuliaan dan tidak membuka seorang hamba pintu permintaan melainkan Allah membuka atasnya pintu kefakiran.” Harta Tidak Berkurang krn Shadaqah Salah satu keharusan kita sebagai muslim dalam kaitan dgn harta adl menunaikan zakat infak dan shadaqah . Namun tidak sedikit orang yg meskipun sudah mengaku muslim tetapi masih tidak mau menunaikan keharusannya itu. Di antara mereka ada yg khawatir bila ZIS itu ditunaikan hartanya akan berkurang bahkan bisa jadi ia menjadi miskin. Kekhawatiran itu merupakan sesuatu yg tidak beralasan hal ini krn Rasulullah saw memberikan jaminan bahwa bila seseorang menunaikan shadaqah maka hartanya justru akan bertambah. Memang pada saat ia keluarkan uang atau hartanya utk shadaqah hartanya memang akan berkurang tetapi dari dampak atau pengaruh positifnya ia akan memperoleh tambahan baik dalam bentuk jumlah maupun nilai dari harta itu sendiri. Dalam bentuk jumlah harta yg dishadaqahkan mungkin saja bertambah misalnya ia berdagang setelah keuntungannya besar ia bershadaqah maka orang yg diberinya shadaqah itu mendo?akan agar hartanya bertambah banyak dan do?a itu pun dikabulkan oleh Allah SWT sehingga perdagangannya semakin laris sehingga semakin banyak yg bisa dijual. Adapun nilai yg besar ini nampak dari keutamaan yg sedemikian besar yg diberikan Allah SWT kepada orang yg membelanjakan hartanya di jalan yg benar Allah SWT berfirman “Perumpamaan orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah adl seperti sebutir benih yg menumbuhkan tujuh butir. Pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa saja yg Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui.” . Keteraniayaan Membawa Kemuliaan Ada banyak contoh tentang orang yg dianiaya manakala mereka tetap sabar dan istiqamah dalam mempertahankan kebenaran yg diyakininya akan membawa pada kemuliaan dirinya dan si penganiaya yg merasa sebagai orang yg jauh lbh mulia menjadi manusia dgn segala kerendahan martabat kepribadian yg disandangkan kepadanya. Nabi Ibrahim as yg ketika itu masih muda belia mengalami penganiayaan dari Raja Nambrut hingga Ibrahim dibakar lalu ditolong oleh Allah SWT hal ini bukan membawa kehinaan bagi Nabi Ibrahim tetapi malah menjadikannya orang yg mulia hingga pengikutnya bertambah banyak. Kaum muslimin di Mekah pada masa Rasulullah saw juga mengalami penganiayaan dari orang-orang kafir mereka diboikot dibunuh disiksa hingga terusir dari kota kelahiran mereka. Namun hal itu tidak membuat Rasulullah dgn para sahabatnya menjadi hina tetapi justru membawa kemuliaan. Ketika para sahabat berhijrah ke Habasyah mereka mendapatkan perlindungan atau suaka dari Raja Najasi yg beragama Nasrani hingga akhirnya sang raja masuk ke dalam Islam sedangkan Rasulullah bersama para sahabat lainnya berhijrah ke Madinah yg kemudian berhasil menyatukan kaum kaum muslimin dari Mekah dan Madinah hingga menghasilkan kekuatan umat yg disegani. Di Mesir para aktivis dakwah pernah mengalami penganiyaan dari penguasa Mesir yg zalim pada waktu itu penganiayaan dimaksudkan utk menghambat dan menghentikan langkah-langkah dakwah tetapi gerakan dakwah justru semakin tersebar luas hingga ke berbagai negara di dunia krn para aktivis dakwah yg dipenjara menghasilkan karya tulis yg gemilang seperti Sayyid Quthb dgn Fi Dzilalil Qur?an terbunuhnya Hasan al-Banna menarik simpati dan pengusiran para akltivis dakwah membuat mereka bisa berdakwah ke berbagai negara. Oleh krn itu para pejuang kebenaran Islam tidak boleh takut menghadapi segala tantangan dan berbagai kendala krn hal itu pasti ada saatnya berlalu dan bila para pejuang menghadapi segala tantangan dan kendala dgn sikap istiqamah maka mereka akan menjadi orang-orang yg mulia begitulah yg terjadi pada Bilal bin Rabah sahabat Nabi yg budak lalu dibebaskan oleh Abu Bakar ash Shiddik krn istiqamahnya dalam mempertahankan nilai-nilai tauhid begitu juga dgn sahabat Abdullah bin Huzafah yg disambut dgn kemuliaan oleh Khalifah Umar bin Khattab krn ia istiqamah dalam menghadapi penganiayaan yg dilakukan oleh raja Romawi yg kejam. Mengemis Bertambah Fakir Seorang muslim sangat dituntut utk mencari rezeki secara halal dan terhormat guna memenuhi kebutuhan diri dan keluarganya. Karena itu dalam pandangan Islam bekerja utk mendapatkan nafkah secara halal merupakan sesuatu yg sangat mulia meskipun jenis pekerjaannya berat secara fisik dan pendapatan dari situ pun tidak besar. Adapun mencari harta dgn cara mengemis merupakan cara yg tidak terhormat meskipun banyak harta yg diperolehnya Rasulullah saw bersabda yg artinya “Seseorang yg membawa tambang lalu pergi mencari dan mengumpulkan kayu bakar lantas dibawanya ke pasar utk dijual dan uangnya digunakan utk mencukupi kebutuhan dan nafkah dirinya maka itu lbh baik daripada seorang yg meminta-minta kepada orang-orang yg terkadang diberi dan kadang ditolak.” . Oleh krn itu Rasulullah saw menilai bahwa orang yg kaya itu tidak semata-mata dgn sebab hartanya yg banyak hal ini krn meskipun jumlah hartanya banyak namun jika ia tidak pandai bersyukur atas harta yg sudah diperolehnya itu apalagi dgn hartanya yg banyak ia tidak bermartabat tetaplah ia dipandang sebagai orang miskin apalagi bila harta yg dimilikinya dicari dgn cara mengemis yg bila dgn waktunya yg tersedia ia bekerja atau berusaha dgn baik disamping lbh terhormat ia akan memperoleh harta yg lbh banyak dgn jiwa yg menyenangkan Rasulullah saw bersabda “Yang dinamakan kekayaan bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yg sebenarnya adl kekayaan jiwa.” . Disamping itu sumpah Nabi ini menjadi benar krn biasanya semakin lama beban hidup seseorang semakin besar dan ia akan mampu menutupi kebutuhannya itu dgn berusaha yg halal dan terhormat namun bila dari mengemis ia tidak memperoleh dalam jumlah yg cukup sehingga di satu sisi kebutuhannya semakin besar sedang pendapatannya tetap seperti semula maka jadilah ia bertambah fakir. Karena itu tidak sedikit orang yg semula mengemis akhirnya menjadi pencuri krn ia merasa tidak cukup dari hasil mengemis itu bukankah ini membuat ia bertambah miskin secara ekonomi dan bertambah rendah martabatnya sebagai manusia. Kaum muslimin yg berbahagia!Demikianlah tiga sumpah Nabi Muhammad saw yg benar adanya sehingga harus mendapat perhatian kita agar kehidupan ini dapat kita jalani dgn sebaik-baiknya. Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia

Sabtu, 12 Disember 2009

PASRAH DAN BERSERAH... APA BANDINGANNYA..


Dipetik daripada:

Pasrah dan Berserah Itu Meyakinkan.
Saya telah sarankan agar kita berdoa mengikut format doa solat sunat istikharah jika ingin melakukan sesuatu kerja. Saya telah sarankan di dalam artikel saya bertajuk Redha, Pasrah dan Berserah.

Apabila kita berdoa, doalah seperti ini:
“Ya Allah, aku ingin lakukan [nyatakan apa yang saudara ingin lakukan]. Ya Allah, jika ia baik di sisiMu ya Allah maka ya Allah, Engkau jayakanlah ya Allah.

Tetapi ya Allah, seandainya jika ia tidak baik di sisiMu ya Allah, maka ya Allah janganlah Engkau jayakan ya Allah. Berikan aku jalan-jalan yang terbaik di dalam kehidupan aku ini ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”

Saya pernah menceritakan satu kisah pasrah kepada muslimah Gombak dan beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan KL 2 minggu yang lepas. Saya selitkan sebuah cerita di dalam syarahan untuk menerangkan dengan lebih jelas berkenaan dengan Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan ini.
Sebagai contoh, puan-puan hendak pergi ke Pasaraya Giant. Puan ingin mengajak suami untuk pergi. Sebelum meminta, puan berdoa dahulu kepada Allah, meminta yang terbaik seperti doa di atas. Lalu ada dua kemungkinan utama yang akan berlaku iaitu samada suami setuju atau tidak.

Situasi 1 : Katakan suami puan setuju.

Maka ingatlah bahawa sebenarnya Allah SWT yang menggerakkan hati suami untuk setuju pergi bersama puan. Apakah yang puan rasa? Puan akan rasa gembira kerana Allah SWT memperkenankan doa puan. Apabila puan mengingati doa puan kembali, puan berkata, jika baik di sisi Allah, maka jadikan.

Sekarang apa yang puan minta sudah dimakbulkan. InshaAllah maknanya, pergi ke Pasaraya Giant itu adalah baik di sisi Allah. Maka puan akan lebih yakin untuk pergi ke Pasaraya Giant kerana Allah yang menggerakkan hati suami agar setuju untuk pergi ke sana.
Namun ketika membeli belah itu, berdoalah dengan doa yang sama agar setiap pilihan kita ditentukan oleh Allah SWT, bukan kita.

Situasi 2: Jika suami tidak setuju.
Maka ingatlah bahawa sebenarnya Allah SWT yang menggerakkan hati suami agar tidak setuju. Maka sebenarnya, tidak pergi ke Pasaraya Giant itulah yang terbaik buat puan yang ditentukan oleh Allah SWT.

Jika puan mengingati kembali doa yang puan baca, pasti puan tidak akan rasa kecewa kerana tahu ia bukan terbaik untuk puan pergi ke Pasaraya Giant. Ia tidak ditentukan oleh suami puan tetapi Allah SWT yang menentukan.
Maka puan akan yakin dan tenang kerana tidak dapat pergi ke Pasaraya Giant adalah kehendak Allah SWT. Puan meminta daripada Allah lalu Allah berikan jawapannya. Sudah pasti apa jua jawapan Allah SWT akan memberikan keyakinan kepada diri kita.
************************************************************
Daripada kedua-dua situasi ini, bukankah ia lebih MENYAKINKAN diri kita di dalam melakukan sesuatu? Walaupun apa yang kita minta itu tidak berlaku, tetapi kita tetap tenang dan yakin kerana ia ketetapan Allah SWT.
Melafazkan doa seperti itu membuatkan kita benar-benar pasrah dengan keputusan Allah SWT. Ia lebih meyakinkan kita.
Jika apa yang kita harapkan berlaku, kita akan bertambah yakin melakukan kerana kita tahu ia adalah yang terbaik di sisi Allah SWT. Ia memberikan kita semangat yang lebih kerana kita tahu kita pasti akan dapat melakukan dengan berjaya.

Jika ia terbaik di sisi Allah SWT, pasti Allah SWT menggerakkan seluruh alam ini untuk menjayakan apa yang kita minta. Kekadang kita merasakan ia sebagai satu keajaiban kerana tidak disangka-sangka sesuatu yang kita tidak fikirkan akan terjadi. Ada sahaja jalan-jalan dan perkara-perkara yang membantu kita di dalam menjayakan apa yang ingin kita lakukan. Semuanya berjalan lancar.
Jika ia tidak terbaik di sisi Allah SWT, pasti Allah SWT menggerakan seluruh alam ini untuk menggagalkan apa yang kita minta. Kekadang kita merasakan sesuatu yang biasa kita lakukan dan selama ini akan memberikan kita kejayaan, tetapi hari itu tidak berjaya. Mengikut akal fikiran, ia seperti sesuatu yang mustahil. Tetapi kita tetap tenang dan yakin kerana ia bukan terbaik di sisi Allah SWT.

Maka berdoalah dengan format doa solat sunat istikharah di dalam membantu kita lebih pasrah, redha dan berserah. Kita telah bersedia dari awal lagi dengan dua kemungkinan atau dengan beribu kemungkinan yang akan berlaku di dalam hidup kita.
Kita pasti akan lebih yakin dan bersemangat di dalam melakukan sesuatu kerana kita tahu apa yang kita ingin lakukan adalah terbaik atau tidak di sisi Allah SWT.
********************************************************

Masih daripada : http://www.fuadlatip.com/

Setiap apa yang saya tulis merupakan persoalan yang mungkin saudara juga fikirkan selama ini. Namun disebabkan kita dididik agar tidak menyuarakan persoalan yang dikatakan “mengarut” lalu kita hanya berdiam diri. Tetapi jauh dilubuk hati kita, ia masih tertanya-tanya.
Saya melihat masalah utama kita adalah memahami makna usaha, redha, pasrah dan berserah. Telah kukuh di fikiran kita bahawa yang dikatakan ‘usaha’ ini difahami sebagai gerakan yang kita lakukan dengan kuasa kita sendiri. Manakala redha, pasrah dan berserah adalah sesuatu yang pasif. Jika seseorang itu redha, pasrah dan berserah, orang itu dikatakan tidak melakukan apa-apa kerja atau usaha. Hanya diam dan tidak melakukan apa-apa.

Kesalahfahaman yang bertahun lamanya tertanam di fikiran kita membuatkan kita makin jauh dengan Allah SWT. Kita tidak menyedari secara tidak langsung kita menafikan hak muklak Allah ke atas diri kita. Kita tidak menyedari bahawa yang dikatakan ‘usaha’ itu adalah berkomunikasi (berdoa) dengan sabar dan bersolat. Yang lain itu adalah hak mutlak Allah.
Kita tersalah faham dengan memahami bahawa mereka yang rajin berusaha sehingga menjadi kaya raya adalah kerana ‘usaha’ mereka sendiri. TIDAK! ia adalah aturan Allah SWT. Dengan mata kasar kita, kita melihat mereka yang berusaha sedangkan Allah yang menggerakkan mereka.

Jika kita faham bahawa ‘usaha’ yang kita lakukan adalah hanya mengikut aturan Allah, maka sudah pasti kita akan berkomunikasi (berdoa) dengan sabar dan solat kerana hanya berdoa dan solat dengan bersungguh-sungguh (khusyuk) dengan yakin mampu mengubah qada’ dan qadar Allah SWT.

Urusan ‘usaha’ adalah hak Allah. Jika Allah makbulkan permintaan kita, Allah pasti menggerakkan kita (yang kita kenali sebagai ‘usaha’) untuk melakukan apa yang kita mohon.
Maka pasrah, redha dan berserah bukan sesuatu yang pasif. Ia adalah AKTIF. Kita perlu bekomunikasi setiap saat. Memohon kepada Allah, berdoa, meminta izin, meminta pilihan yang terbaik di sisi Allah dan sebagainya.

Sekiranya kita berasa malas, apakah kita ingin memberi alasan bahawa “Allah telah takdirkan dan aturkan aku malas“? Kita perlu mengubah diri kita kerana kita diberi pilihan untuk melakukan perubahan. Bagaimana? Memohon pada Allah untuk meminta menjadi rajin.
“Ya Allah, aku berasa malas sangat hari ini ya Allah. Tapi aku tahu aku kena rajin untuk cari rezeki ya Allah. Tapi memang aku rasa malas sangat-sangat ya Allah. Ya Allah, aku perlukan rezeki ya Allah. Maka aku perlu rajin ya Allah. Ya Allah, gerakkanlah seluruh diri aku supaya rajin ya Allah. Gerakkkan ye ya Allah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih”.
***
Ketika saudara bernafas, adakah saudara berusaha untuk bernafas? Apakah proses pernafasan saudara merupakan satu usaha saudara untuk menggerakkannya?
Jika saudara lihat dari kesedaran biasa kita, maka pernafasan itu adalah usaha kita. Makan itu usaha kita. Bekerja itu usaha kita dan sebagainya.
Namun jika dilihat daripada kesedaran tertinggi, jika pernafasan merupakan usaha saudara, saudara perlu melakukan sekurang-kurangnya dua usaha iaitu menarik nafas dan menghembus nafas. Hakikatnya bukan sekadar tarik dan hembus bukan? Proses pernafasan yang begitu rumit tidak mampu dijalankan atas usaha kita.
Lalu usaha siapakah sebenarnya yang mengaturkan proses pernafasan kita ini? Allah SWT mengaturkan proses pernafasan kita, bukan kita. Kita tidak ada daya dan upaya untuk melakukannya. KITA HANYA RELA DINAFASKAN.

Kita hanya pasrah, redha dan berserah dengan ketentuan yang Allah telah tetapkan untuk kita. Kita bernafas atas kehendak Allah SWT.

Jika Allah tidak mahu memberi kita bernafas, kita tidak terdaya untuk memaksa Allah memberikan kita bernafas atau kita berusaha bernafas sendiri.
Apa yang kita mampu adalah berkomunikasi dengan Allah, meminta agar Allah terus memberi kita bernafas. Apabila Allah izinkan kita bernafas, maka pasti Allah akan menggerakkan kita untuk bernafas. Bernafas inilah yang kita lihat seolah-olah ‘usaha’ kita sedangkan ia adalah aturan Allah.
***
Selagi kita memikirkan sesuatu TIDAK dengan kesedaran yang tertinggi, maka kita masih terikat dengan tafsiran ‘usaha’ yang biasa dibahaskan.
Al-Quran diturunkan untuk semua tahap manusia. Ia berbeza-beza mengikut peristiwa di mana setiap ayat Al-Quran akan diwahyukan setelah sesuatu peristiwa itu berlaku.
Jika surah Alam Nasyrah ayat 7-8 dijadikan ukuran untuk kita berusaha, bagaimana pula dengan satu ayat Al-Quran di bawah:

“maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah Yang menyebabkan pembunuhan mereka. dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad) Yang melempar ketika Engkau melempar, akan tetapi Allah jualah Yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang Yang beriman Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan) daripadanya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”(QS: Al-Anfal 18:7)

Jika dilihat dengan kesedaran biasa, kita akan berkata Rasulullah SAW yang berusaha tetapi Allah SWT menegaskan bahawa bukan sebenarnya Rasulullah SAW berusaha di dalam penglemparan yang dinyatakan. Tetapi Allah SWT yang mengaturkan semuanya. Adakah ketika itu sahabat-sahabat Rasullullah SAW melihat Allah SWT yang melempar? TIDAK!!.
Allah SWT yang mengaturkan pembunuhan itu dan lemparan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah atas kehendak Allah SWT. Kita melihat seolah-olah Rasulullah yang berusaha melakukan lemparan tetapi hakikatnya adalah Allah SWT yang mengaturkan. Inilah kesedaran tertinggi di mana sebenarnya kita hanya pasrah dengan ketentuan Allah.
Ini bermakna ada tahap kesedaran yang perlu kita bangunkan. Ingatlah bahawa kita sedang membincangkan tahap kesedaran yang tertinggi. Bukan tahap kesedaran biasa.
Kesedaran serba Allah tidak mampu di dalil dengan ayat Alam Nasyrah tersebut. Bukannya salah namun kurang tepat. Keadaan manusia itu berbeza-beza. Sebagai contohnya, dalam keadaan sekarang yang aman damai, maka tidak sesuailah kalau kita menggunakan ayat atau hadith-hadith perang. Lebih baik menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith kasih sayang.

Namun hakikat tetap hakikat bahawa setiap semua yang ada di bumi dan di langit dan di antaranya adalah mengikut aturan Allah SWT. Allah mengaturkan agar kita berfikir, maka kita akan berfikir. Allah mengaturkan agar kita berasa suka, maka kita akan berasa suka. Allah mengaturkan agar kita makan, maka kita makan. Allah mengaturkan kita bekerja, maka kita bekerja. Allah mengaturkan kita berkahwin, maka kita berkahwin. Allah mengaturkan kita bersolat, maka kita bersolat.

Kita tiada daya apa pun termasuklah untuk ber’usaha’ seperti pengertian yang kita fahami. Usaha ini adalah kuasa Allah yang menggerakkan segala tubuh badan kita. Yang mampu adalah hanya pasrah dan berserah.
Mungkin agak sukar untuk diterima dan penuh dengan persoalan di jiwa saudara. Namun dengan kesedaran yang tertinggi, pasti saudara mampu memahami dengan baik.
***
Kembali semula kepada kesedaran biasa kita (bukan kesedaran yang tertinggi), lalu apakah kita tidak berusaha? Mana mungkin kita tidak berusaha. Gerakan yang diaturkan Allah itu adalah gerakan yang kita kenali sebagai usaha kita (jika kita berfikir dengan kesedaran biasa kita). Tetapi kita berusaha atas kehendak Allah.
Allah yang membuatkan kita berusaha. Pasti Allah menggerakkan kita dan geraknya kita itulah kita kenali selama ini dengan nama ‘usaha’ pada tahap kesedaran biasa kita. Mana mungkin seorang khalifah di muka bumi yang menjalankan segala kehendak Allah SWT tidak berusaha.
Khalifah bermakna wakil Allah. Kita merupakan wakil Allah di dalam mentadbir alam ini. Allah mentadbir Allah ini melalui diri kita sebagai wakilNya. Kerana itu kita dikatakan lebih mulai daripada Malaikat dan Iblis.
Sebagai soerang khalifah atau wakil Allah, Allah pasti menggerakkan diri kita kerana mana mungkin Allah tidak akan menggerakkan diri kita (yang dikenali sebagai usaha) di dalam mentadbir alam ini. Khalifah Allah mestilah aktif dan bergerak (usaha) di dalam mentadbir alam ini.

Tetapi kita tidak boleh melakukan segala-galanya mengikut kehendak kita kerana segala gerakan kita merupakan gerakan atas kehendak Allah SWT. Namun Allah juga tidak menzalimi diri kita dengan melakukan perkara-perkara buruk dan mempunyai sifat-sifat yang buruk.
Jika Allah memberi gerakan kepada kita untuk melakukan keburukan, Allah juga memberi kita peluang untuk membuat pilihan melakukan kebaikan. Allah berikan qada’ dan qadar baik dan buruk kepada kita. sebagai ujian Allah kepada khalifahNya.

Oleh itu kita wajib berdoa dengan sabar dan bersolat agar Allah menggerakkan kita untuk melakukan kebaikan di muka bumi ini dan mendapat balasannya di akhirat nanti. Kita mohon pilihan yang terbaik di sisi Allah untuk kita (memohon membuat pilihan yang terbaik di sisi Allah telah banyak saya tuliskan di dalam artikel sebelum ini).

Kita mengubah diri kita dengan doa yang sabar dan bersolat. Jika kita tidak berdoa dengan sabar dan bersolat, Allah tetap terus dengan kehendakNya dan tidak mengubah qada’ dan qadar yang diberikan kepada kita.
[note] Hanya Qada’ mu’allaq (takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz) yang boleh diubah. Qada’ Mubram (takdir yang pasti) tidak boleh.

Lakukan KOMUNIKASI, berdoa, sabar dan bersolat. Kita hanya pasrah, berserah dan redha dengan kehendak, aturan dan segala perancangan Allah SWT.
Di kala kita ada masalah, berserah sahaja pada Allah. Kita berdoa dengan yakin….full stop.

Kita berdoa dan berkomunikasi pada Allah:
“Ya Allah, aku ada masalah ya Allah. Aku ini lemah ya Allah tak mampu nak selesaikan masalah aku ya Allah. Aku ini bodoh ya Allah. Ya Allah, aku memohon kepadaMu untuk selesaikan masalah aku ya Allah. (jelaskan masalah pada Allah. Jelaskan apa yang kita inginkan pada Allah)“.

“Ya Allah, aku tidak tahu nak pilih pilihan-pilihan yang ada ya Allah. Tunjukkan aku ya Allah.”
“Ya Allah, aku tidak tahu samada perkara ini baik atau tidak untuk dilakukan ya Allah. Tunjukkan aku ya Allah samada aku perlu lakukan atau tidak ya Allah. Engkau yang menggerakkan seluruh tubuhkan ya Allah. Jika baik ya Allah, Engkau gerakkan tubuhku untuk melakukannya ya Allah. Jika tidak, hindari perkara itu daripadaku ya Allah”.

“Ya Allah, aku tidak mahu melakukan perkara itu ya Allah, ya Allah lakukanlah sesuatu agar aku terhindar untuk melakukan perkara itu ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.
***
Jika saudara masih melihat kita perlu berusaha di mana ia bermakna Allah SWT tidak berkuasa mutlak ke atas kita, di sini saya ingin memberi pilihan iaitu

Pilihan 1
Kalau kita memilih bahawa Allah MUTLAK dalam berkuasa ke atas kita dan segala benda yang ada di muka bumi dan di langit serta di antaranya, bermakna kita tidak ada daya dan upaya apa pun. Maka seterusnya adalah kita bergerak dan berusaha mengikuti kehendak Allah. Kita bekerja, cari duit, jadi kaya, belajar, baca laman web, baca blog dan sebagainya semuanya adalah mengikut kehendak Allah SWT.

Pilihan 2
Kalau kita masih ada usaha, masih ada kekuatan disamping kekuatan Allah maka ini bermakna Allah SWT tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas diri kita. Maka jangan meninggalkan Allah dan mohonlah redhaNya atas usaha-usaha yang kita lakukan (atas kehendak kita tadi, bukan kehendak Allah). Saya percaya akhirnya saudara akan sedari bahawa saudara akan perlahan-lahan kembali kepada kepercayaan dengan kukuh bahawasanya Allah berkuasa MUTLAK ke atas saudara.
***
Saya telah bawakan satu perkara di mana kita membincangkan satu perkara iaitu ‘berusaha’ dan memandangnya dari pandangan kesedaran yang tertinggi. Saya percaya saudara semua telah memahami dan menyedarinya.
Selama ini kita jarang diajarkan oleh guru-guru kita untuk melihat sesuatu dari sudut kesedaran tertinggi. Sebab itu apabila kita disarankan untuk melihat dari sudut kesedaran yang tertinggi, kita jadi keliru, terasa tidak betul, salah faham dan sebagainya.


Semoga kita semua mampu memandang perkara lain di dalam kehidupan kita ini dengan kesedaran yang tertinggi untuk memastikan jiwa positif dan hidup bertuhan yang sebenarnya.
Wallahualam. Terima kasih Allah. Terima kasih semua.

####################################################

Dipetik daripada :

Seharusnya Berserah Diri Bukan Pasrah
June 18, 2009 by Achmad SholehFiled under: Religi, Renungan

Di Zaman yang serba sulit dimana permasalahan hidup semakin rumit dan komplek terkadang tidak sedikit sebagian dari kita putus asa dan cenderung pasrah kepada nasib yang sedang menimpa, meskipun kita semua tahu bahwa tidak ada masalah serius yang tidak ada jalan keluarnya kalau kita mau berusaha, tapi kebanyakan orang kurang sabar dan terburu-buru ingin segera keluar dari permasalahan hidup yang sedang terjadi akibatnya mengambil jalan pintas yang berakibat fatal dengan tidak tercapainya tujuan atau malah cenderung pasrah pada nasib.

Kata Berserah diri dan pasrah kalau dilihat hampir mempunyai kemiripan akan tetapi memiliki makna yang sangat jauh berbeda, sikap berserah diri adalah sebuah sikap yang menyerahkan segala sesuatu kepada sang pencipta setelah seseorang melakukan perjuangan atau berusaha secara maksimal karena sadar sebagai hamba tidak pernah akan bisa menentukan hasil dari aktifitas pekerjaannya hasil yang menentukan adalah Sang pencipta, tetapi tidak lepas dari kerja keras manusia. Sedangkan pasrah adalah sebuah sikap atau perbuatan dengan balutan putus asa sehingga ada kecenderungan berserah total pada apa yang akan dia terima tanpa berusaha memperjuangkannya.

Sebagai Manusia kita bebas memilih dari kedua sikap tersebut tapi alangkah baiknya kalau kita menjatuhkan pilihan kita kepada sikap berserah diri bukan pasrah, sekali lagi tidak ada Masalah yang berat yang tidak ada jalan keluarnya ketika kita mau berusaha dan bekerja keras untuk menyelesaikannya, salam.

******************************************

Dipetik daripada :

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Syukur YA Allah kerana hari ini aku masih diberikan peluang untuk berkongsi cerita yg mungkin boleh dijadikan pedoman atau mungkin boleh dijadikan teladan bukan sahaja bagi diri aku.. tetapi mungkin bagi sesiapa sahaja di luar sana.. terima kasih Ya Allah kerana telah menggerakkan hatiku untuk membuka satu artikel yg telah ditulis oleh 'Fuad Latif' sedikit sebanyak menyedarkan aku tentang 'Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan'.. semoga segala usaha beliau mendapat rahmat dan hidayahMU.. dan terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku sahabat-sahabat baru yang baik hati.. terima kasih yang tidak terhingga kepadaMu Ya Allah kerana memberikan rezki kepadaku... sesungguhnya Engkau maha Pemurah dan Pemberi Rezki...

Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.
(QS: Shaad 38:82-83)
“Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah”.
Ungkapan yang sering kita lafazkan apabila sesuatu takdir telah menimpa diri kita. Namun sejauh mana kita benar-benar berserah dengan takdir yang menimpa itu? Adakah ia sekadar di bibir tetapi tidak sampai ke jiwa kita ungkapan pasrah, redha dan berserah.

Dahulu, walaupun saya tahu jika wang atau harta saya hilang merupakan takdir Allah SWT, namun agak sukar untuk menerima sepenuh hati. Perkataan ‘tapi’ selepas mengaku menerima takdir (aku terima takdir…tapi…) sering terucap apabila menunjukkan kekesalan dengan kehilangan atau apa jua musibah yang berlaku ke atas saya. Terima kasih Allah kerana telah menunjukkan saya jalan bagaimana untuk redha, pasrah dan berserah kepadaMu.

Ketahuilah bahawa Iblis tidak mampu menyesatkan kita bilamana kita menjadi hamba yang berserah. Kita wajib berserah di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Malah jika jiwa tidak benar-benar berserah pada Allah SWT di dalam solat, pasti khusyuk solat gagal dimiliki.

Apatahlagi jika kita tidak berserah di dalam seluruh kehidupan kita. Bagaimana kita akan menghadapi sakaratul maut di dalam keadaan tidak berserah pada Allah SWT.
Bilakah masanya yang membuatkan diri kita benar-benar redha, pasrah dan berserah? Pastinya apabila kita mengetahui di saat ini sesuatu yang akan berlaku di masa akan datang. Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu yang akan menimpa kita kerana kita telah pun tahu akan sesuatu itu di saat ini.

jika kita telah tahu kita akan gagal peperiksaan sedangkan keputusan sebenar belum pun keluar, pasti kita akan redha dan bersedia ketika mengambil keputusan peperiksaan. Mereka yang dihukum gantung sampai mati seharusnya berasa lebih redha dan bersedia untuk mati kerana mereka telah tahu masa kematian mereka walaupun yang mematikan mereka adalah Allah SWT bukanlah tali gantung itu.
Namun kebanyakan kita tidak mampu mengetahui apakah yang akan berlaku di masa hadapan kecuali mereka yang benar-benar dekat dengan Allah SWT. Maka seharusnya kita mesti menjadi orang yang dekat dengan Allah untuk mendapat ilham rasa mengetahui sesuatu di masa hadapan kita. Apabila kita dekat dengan Allah SWT, Allah SWT akan mengilhamkan kita dengan taqwa sehingga kita dapat mengetahui getaran rasa dengan jelas sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan kita.

Bagaimana untuk dekat dengan Allah SWT? Kita perlu berserah. Lalu persoalannya bagaimana untuk berserah?

Saya telah lama mempraktikkan doa mengikut doa solat istikharah. Bentuk doa solat istikharah merupakan doa yang benar-benar mempunyai kepasrahan dan penyerahan segala ketetapan kepada Allah SWT. Jika saudara semua membaca doa-doa yang ada di dalam laman web saya, semuanya berbentuk seperti doa solat istikharah.

Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita telah pasrah, redha dan berserah dari awal lagi semasa kita berdoa.

Doalah seperti doa solat istikharah. Ia sesekali tidak membuatkan diri kita berfikir negatif dengan menyebutkan ‘jika sesuatu itu gagal’ tetapi kita berserah pada Allah seandainya sesuatu itu tidak memberikan kebaikan kepada diri kita, maka kita redha, pasrah dan berserah kepada Allah untuk sesuatu yang lebih baik.

Doa solat istikharah:
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu.

Aku mohon kepadaMu sesuatu daripada anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.
Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (di sini, orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) adalah baik untuk agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.

Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini berbahaya bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku”
(HR. al-Bukhari)

Secara ringkasnya, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah apabila:
1. Kita memohon agar Allah SWT makbulkan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.

2. Kita memohon agar Allah SWT jauhkan kita dengan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan bahaya atau keburukan untuk agama, kehidupan, diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.

Maka jika sesuatu itu tidak dimakbulkan, kita telah awal-awal lagi bersedia bahawasanya apa yang kita minta itu tidak memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah.

Ingatlah sekali lagi firman Allah SWT:
Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.(QS: Shaad 38:82-83)

****************************************************************


Dipetik daripada :

Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung.Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir , Berita Harian, Selasa, 02 Jun 2009 , 8 Jamadilakhir 1430

Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agungHIDUP tidak sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati perniagaannya pada masa depan, manakala yang lain hanya sekadar mendapatkan rumah untuk dibeli.Apa juga keadaan, mereka perlu mencari jalan menyelesaikannya.

Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, mereka boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan.

Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”

Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin.

Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.

”Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah.

Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud:

“Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.

Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).

Dalam bukunya Para Kekasih Allah, Abdillah F Hasan berkata dalam al-Quran tidak kurang dari 40 ayat membahas masalah tawakal, baik dalam bentuk perintah mahupun keutamaan bagi hamba mampu melaksanakannya.Yusuf al Qaadhawi dalam kitabnya Ath Thariq Ilalah, At Tawakal mengungkapkan mengenai keistimewaan disandang hamba Allah bertawakal kepada-Nya, iaitu timbul ketenteraman jiwa, kekuatan jiwa (kekuatan spiritual), kewibawaan, keredaan dan percaya diri.Orang beriman yakin akan pertolongan Allah. Allah tidak akan membiarkan orang berjuang di jalan-Nya. Allah tetap menolong mereka, cuma cepat atau lambat saja.

Orang yang mantap dan teguh imannya tidak ragu-ragu dengan janji Allah ini. Mereka penuh yakin Allah tidak mengingkari janji kerana mereka tahu dan ingat keagungan Allah, kesempurnaan ilmu-Nya dan kudrat-Nya. Allah ingat kepada hamba-Nya yang tidak pernah lupa mengingati-Nya di mana-mana.

Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.” (Surah Ar-Rum ayat 47)
Tajuk: Re: Tawakal : Ibadah hati paling utama

Dikirim oleh: Ummi Munaliza on 03 June, 2009, 03:32:13 AM

Tawakal : Ibadah hati paling utamaSetiap perkara yang di ingini, yang di idamkan, setiap kemahuan, impian dan cita-cita, diusahakan untuk mencapainya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya memperolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar dan terima dengan penuh redha dan rela. Kerana Tuhan yang lebih mengetahui ke atas tiap sesuatu. Semuanya tertakluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan. Suatu kegagalan mungkin dilihat negatif oleh manusia namun di sebalik itu tersimpan berbagai hikmah yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Terlalu banyak hikmah, iktibar, didikan dan pengajaran Tuhan di sebalik kegagalan itu. Bersyukurlah kerana Tuhan menyimpan berbagai kebaikan di sisi-Nya. Mudah-mudahan dengan kegagalan itu akan kekal rasa dan sifat kehambaan, menjadi penghapusan dosa kalau pun tidak sampai meningkatkan darjat. Ini lah hakikat tawakal, menyerah dan pasrah dengan segala apa yang telah Allah takdirkan setelah kita berusaha, berikhtiar dan berdoa. Apabila ia di iringi rasa tawakkal kepada Allah, kita akanjadi hamba yang redha atas apa juga yang terjadi.Sering juga terjadi perkara yang kita cita-cita, yang kita idamkan dan diusahakan untuk mendapatkannya, namun tersasar dari keinginan asal. Dalam situasi begini, perasaan yang wajar ialah terimalah hakikat bahawa kita manusia ciptaan Tuhan ini tidak memiliki kuasa mutlak. Yang memiliki kuasa mutlak ialah Tuhan. Lantaran itulah tidak semua dicapai menurut kehendak dan usaha kita. Segala usaha itu tidak lebih dari menghadirkan sebab yang disyariatkan oleh Tuhan. Itu pun dengan maksud supaya manusia mendapat pahala dari usaha tersebut. Yakinlah tiada yang sia-sia dari setiap yang Tuhan anugerahkan serta yakinlah bahawa itulah yang terbaik untuk kita, Cuma kita tidak mengetahui dan memahaminya. Setiap sesuatu adalah di bawah takluk dan pentadbiran Tuhan. Di situ kita mendapat pengajaran bahawa kalau kita ada kuasa, tentulah kita akan memperolehi apa yang kita mahukan. Manusia paling berkuasa tetap tidak terlepas dari mengantuk, sakit, bencana alam, dikutuk dan dihina orang, tua, uzur dan mati. Apabila mati, manusia lain yang menguruskannya untuk disemadikan di dalam tanah. Selepas itu tidak upaya pula untuk menempuh Padang Mahsyar, Hari Hisab dan akhirnya ke Syurga atau ke Neraka.

Dalam diri kita ada satu perasaan yang mana semua orang mampu untuk memiliki, namun tidak semua dapat memilikinya, kerana diri sendiri yang tidak menghadirkan perasaan itu.Apakah perasaan itu?
"Perasaan disayang ALLAH dengan penuh kasih sayang," Ya, perasaan inilah yang memberikan kekuatan untuk kita terus redha dan tawakkal dalam apa juga perkara yang telah berlaku.

****************************************************************

Dipetik daripada : http://kembara-saujana.blogspot.com/

SABAR, KUASA SEBENAR KEJAYAAN

Biasanya bila disebut perkataan ‘sabar’, perkataan lain yang terlintas dalam fikiran kita adalah ‘redha’ , ‘pasrah’ dan ‘berserah’..Sabar dan redha dengan musibah dan ketentuan Allah..Bila seseorang kematian ahli keluarganya, kita mengucapkan takziah dan mengharap semoga dia sabar.. Bila kita lihat mukanya yang tenang dan redha atas kematian tersebut, kita berkata “sungguh sabar si pulan tu”…Jadi, apa yang kita tafsirkan dengan sabar?

Adakah sabar terlihat dengan memek muka dan luaran sahaja?

Adakah sabar hanya kita redha dan pasrah dengan ujian tersebut?

Adakah sabar mesti disertakan dengan tawakal?

“Kesabaran adalah bertahan dalam mengerjakan perintah Allah dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah “ ( Muhammad bin Shalih al-Munajjid)

Beliau jiga menyimpulkan sabar mempunyai maksud ‘mencegah, kedegilan dan keengganan’ di dalam bukunya ‘Silsilah Amalan Hati’Apabila terbaca maksud sabar yang diberikan, terfikir saya beberapa kali..

Apa yang dimaksudkan oleh beliau?Saya cuba menukar tafsiran sabar dalam fikiran saya daripada pasrah kepada ‘menahan diri’..

Apabila seseorang ditimpa musibah kematian, dia bersabar dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan terkutuk seperti menyalahkan orang lain, meronta-ronta menangisi kematian, dan paling buruk, menyalahkan Allah di atas kematian tersebut.Malah sentiasa berusaha dan tidak berputus asa untuk menghadapi kehidupan akan datang.

Apabila seseorang mendapat kekayaan, dia bersabar dengan menahan diri daripada berbelanja dengan membazir dan diluar keperluan kita, menggunakan wang tersebut ke arah kejahatan dan lain-lain.Malah menggunakan kekayaan tersebut kearah kebaikan dan kebajikan.

Apabila seseorang sedang dilamun cinta, dia bersabar dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan terkutuk dan seterusnya sentiasa menjaga perhubungan sehingga diijab kabulkan..

Apabila seseorang sedang dalam keadaan marah, dia bersabar dengan menahan diri daripada menghamburkan perkataan kesat, memukul dan mencederakan orang serta membalas dendam dengan perbuatan orang yang membuat dia marah. Malah dia bersabar dengan mengambil wudu’ dan mengawal kemarahan dengan cara yang sepatutnya..

Apabila saya berfikir situasi-situasi diatas dan kaitkan dengan sabar, dapat disimpulkan sabar bukan sahaja apabila kita dalam kesusahan dan musibah,malah sabar dalam segala tindak tanduk kita dan semua perkara yang kita lakukan .Dalam berfikir, beremosi, berkomunikasi, musibah, kejaaan, beribadah dan sebagainya..

SABAR = menahan diri daripada melakukan perkara dilarang + terus berusaha capai kejayaan hakiki + tidak putus asa dan bersemangat dalam apa jua tindakan
“Barangsiapa yang berlatih untuk sabar, tentu Tuhan memberikan kesabaran kepadanya. Tidak ada nikmat yang lebih baik dan lebih luas yang diberikan kepada seseorang selain daripada KESABARAN”(Bukhari Muslim)

Mari kita menjadi manusia yang tahu dan mahu untuk menjadi manusia yang sabar..Semoga kehidupan kita sentiasa mendapat pertolongan Allah dan keberkatan-Nya.Seterusnya mendapat kejayaan di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..Itulah kuasa sebenar kejayaan..

*********************************************************************

Dipetik daripada : http://aferiza.wordpress.com/
June 2, 2009 at 1:11 am

Tawakal ibadah hati paling utama mengharapkan sesuatu
HIDUP tidak sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati perniagaannya pada masa depan, manakala yang lain hanya sekadar mendapatkan rumah untuk dibeli.

Apa juga keadaan, mereka perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.

Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, mereka boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.

Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.
Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.
Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.

Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan.

Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”

Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin.

Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi.

Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”

Written by aferiza
June 2, 2009 at 1:09 am

I Love Al Quran
Al Baqarah : 269
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (269)

Matlamat sebuah kehidupan
Firman-Nya : قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)
Al Baqarah : 269

He giveth wisdom unto whom He will, and he unto whom wisdom is given, he truly hath received abundant good. But none remember except men of understanding. (269)
Al baqarah : 255

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (255)

*********************************************************************************
Dipetik daripada : http://www.bicaramuslim.com/

Pendahuluan Tujuan ini adalah untuk pelajaran bersama..sama sama belajar dan mengajar..sama sama ingat mengingati..tue aje..masa belajar pakcik idak ler garang pasal takut ilmu lariii...

DEFINISI TAWAKAL Pada Bahasa - Tawakal asal katanya wakala yang ertinya menyerahkan, tawakal kepada Allah ertinya: Menyerahkan kepada Allah. Pendapat lain mengatakan wakala ilaihi al-amr ertinya wakala; menyerahkan lalu meninggalkan. Ilahi kepadaNya, al-amru sesuatu perkara. Pendapat lain mengatakan bahawa kalimat rajulun wakalun ertinya orang lemah yang menyerahkan urusannya kepada orang lain. Al-Wakiil ertinya objek dari kata kerjanya yang mengandungi erti; yang menjadi sandaran atau yang diserahkan. Dinamakan Al Wakiil kerana ia diserahkan oleh yang menyerahkan atau diserahkan kepadanya untuk dikerjakan perkaranya, maka Al Wakiil adalah dia yang diserahkan kepada perkara itu. bersambung...[ Mesej ini diubah oleh:

by kiethegreat on Thu Jan 03, 2002 5:09 am
sambungan... Taukil ertinya engkau bersandar kepada selain engkau dan engkau menjadikan dia sebagai pengganti dari kamu. Dan Tawakkul ertinya menampakkan kelemahan dan bersandarkan diri daripada selain dirimu. Tawakal bil Amri ertinya ia bertanggungjawab dengan perkara itu. Dan Wakaltu Amri ila Fulan ertinya saya mengandaikan serta menyandarkan perkara itu kepada Fulan, atau perkara itu saya serahkan kepada Fulan untuk dikerjakannya dan kedua erti ini boleh bersatu. Sementara Al-Tawakkulu memiliki dua erti iaitu memberi atau menyerahkan suatu perkara atau menyandarkan kepada sesuatu. Kesimpulan..Al-Wakalah mengandungi dua makna iaitu mewakilkan atau menyerahkan dan memberi hak kuasa kepada yang mewakili terhadap sesuatu perkara. Itulah beberapa erti yang terkandung dalam kata TAWAKAL, dan perlu kita ketahui bahawa masih banyak erti lain yang tidak berhubungan dengan perbincangan ini.

by kiethegreat on Thu Jan 03, 2002 5:23 am
Pengertian menurut syarak Ia adalah susah untuk didefinisikan..maka para ulama telah memberi berbagai gambaran tentang definisi tawakal, di antara mereka ada yang mendefinisikan sebagai tanda dari sikap Tawakal, ada juga yang mendefinisikan dengan hasil dari tawakal atau bahagian dari erti tawakal seperti yang biasa dilakukan oleh para ulama salaf dalam memberi tafsiran atau definisi sesuatu perkara. Di antara sebab terjadinya perbezaan definisi ini adalah kerana sukarnya membatasi situasi dan aktiviti hati dengan batasan yang tepat apatah lagi membatasi dengan kata-kata. Untuk itulah Al-Ghazali mengatakan bahawa Tawakal adalah sesuatu yang tidak jelas ertinya dan melakukannya adalah suatu perkara yang susah. Dan dengan definisi yang ada ini mereka tidak bermaksud memberi definisi yang sebenarnya, akan tetapi mereka bermaksud untuk menerangkan pentingnya masalah ini, atau melihat keadaan dari peribadi yang memberi definisi atau melihat situasi lawan berbicara atau mungkin juga ada tujuan-tujuan lain yang menuntut mereka harus mendefinisikan erti Tawakal itu. Jika kita melihat dari definisi mereka, kita akan melihat seakan-akan mereka berbeza pendapat, tapi pada hakikatnya semua definisi itu adalah bahagian-bahagian yang terkandung dalam erti umum juga ada dalam kata-kata Tawakal, atau mungkin juga sebahagian dari kebiasaan, gejala, pengaruh atau hasil yang ada dalam kata Tawakala.

by kiethegreat on Thu Jan 03, 2002 5:43 am
Definisi penting Ibnu Abbas r.a. berkata; Tawakal adalah yakin dan percaya kepada Allah. Imam Ahmad; Tawakal adalah memutuskan harapan dari sesama makhluk. Juga dia berkata Tawakal adalah menyerahkan suatu perkara kepada Allah serta yakin dan percaya kepadaNya. Abdullah bin Daud Al-Kharaby; aku berpendapat bahawa Tawakal itu adalah berprasangka baik kepada Allah. Syaqiq bin Ibrahim; Tawakal adalah adalah ketenangan hati dengan apa yang telah dijanjikan Allah kepada makhlukNya. Al-Hasan ditanya tentang tawakal; maka ia menjawab Tawakal adalah redha kepada Allah. Ibnu Al-Jauzy /Al-Jawziyyah; menyerahkan perkara kepada Allah dan keyakinan bahawa Allah akan mengurusnya dengan baik. Ali bin Ahmad Al-Busyanyi; membebaskan atau tidak menggunakan yang ada disekelilingmu dan juga tidak menggunakan yang ada disekitar makhluk sepertimu dan juga tidak menggunakan kekuatan makhluk sepertimu. Ibnu Rajab Al-Hambali; menyandarkan hati kepada Allah dalam mengambil kebaikan dan mencegah bahaya pada semua urusan didunia mahu pun akhirat. Al-Hafidz Ibnu Hajar; memutuskan hubungan dalam melihat sebab musabab setelah melakukan sebab yang seharusnya dilakukan. Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab; sikap seseorang yang menyandarkan perkaranya kepada Allah yang Maha Esa, yang tidak memiliki sekutu bagiNya, dalam semua perkara dan urusan yang berhubungan dengan dunia mahu pun akhirat. Pakcik lam BMC; (he..he..ciplak ler nie) Mungkin definisi yang paling dekat dengan definisi diatas adalah - Tawakal adalah suatu perilaku di dalam hati yang bersumber dari pengenalan seseorang kepada Allah, serta adanya keyakinan bahawa Allah satu-satunya yang melakukan penciptaan, pengaturan, bahaya, manfaat, pemberian dan penolakan, dan bahawa apa yang Allah kehendaki maka akan terlaksana, dan apa yang Allah tidak kehendak, maka tidak akan terlaksana, maka wajib bagi seseorang untuk menyandarkan perkaranya kepada Allah, menyerahkan kepadaNya, percaya kepadaNya serta yakin kepadaNya dengan suatu keyakinan bahawa yang disandarkan itu akan mengurusnya dengan sebaik-baik bagi dirinya.

by kiethegreat on Thu Jan 03, 2002 6:21 am
HAKIKAT TAWAKAL Ibnu Qayyim mengatakan banyak manusia yang memberikan definisi tawakal, diantara mereka ada yang menafsirkan bahawa tawakal adalah keyakinan sehingga keyakinan menjadi hakikat Tawakal, ada pula yang menafsirkan dengan penyerahan, ada yang menafsirkan dengan penyadaran, maka dari situ aku dapat mengetahui bahawa hakikat Tawakal adalah kumpulan dari yang tersebut.

Al-Hafidz Ibnu Al-Qayyim menyebutkannya dengan berbagai macam tingkatan seperti berikut; PERTAMA Mengenal Tuhan beserta sifat-sifatNya yang terdiri dari sifat kekuasaanNya, sifat yang menyatakan bahawa Allah berdiri dengan sendiriNya dan sifat yang menyatakan bahawa cukuplah Allah sebagai pelindung, juga disertai pengenalan bahawa segala perkara akan bermuara pada lautan IlmuNya, dan segera perkara bersumber dari kehendakNya, juga kita harus berkeyakinan bahawa cukuplah Allah sebaik-baik Wakiil(sandaran) serta akan menyempurnakan perkara yang disandarkan pada Nya, dengan sifat Berdiri dengan sendiriNya, dan sesungguhnya selain Allah tak ada satu pun makhluk yang boleh menempatkan posisi dan kedudukanNya, juga tidak ada yang boleh menggantikan tugas-tugasNya itu. Mengenal Allah dengan cara seperti ini adalah dalam tingkatan pertama yang harus dilalui oleh seorang hamba dalam mencapai darjat Tawakal..Dia juga menukilkan pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dengan ungkapan; oleh kerana itu tidak benar pendapat yang mengatakan bahawa Tawakal adalah sebahagian dari falsafah dan tidak benar pula apa yang dikatakan oleh golongan Qadariah bahawa dalam Kerajaan Allah ada sesuatu yang tidak dikehendakiNya, tidak benar pula pendapat golongan Al-Jahmiyah yang menentang sifat-sifat Allah, semua ini adalah kelompok yang memisahkan hati manusia dengan Tuhannya dan memisahkan antara manusia dengan yang dicintai iaitu Allah. Bagaimana mereka boleh menggambarkan sifat Tawakal sementara mereka mengingkari beberapa sifat Allah, juga mereka mengingkari sifat-sifat perbuatan Allah yang boleh memilih dan berkehendak.

KEDUA Adanya ketetapan sebab musabab yang harus dijaga dan dilaksanakan. Maka tidak benarlah sikap Tawakal seseorang kecuali dengan dilandasi suatu keyakinan bahawa segala sesuatu ini ada sebab musababnya, kerana Tawakal adalah sebab yang paling dominan dalam mencapai kepada yang disandarkan iaitu Allah. Sebahagian dari para golongan sufi berpendapat bahawa adanya ketetapan sebab musabab telah menodai sikap Tawakal dan Tawakal seseorang menjadi sempurna dengan tidak menyakini adanya ketetapan sebab musabab. Pendapat mereka seperti ini banyak sekali sudah terkenal, pembicaraan ini akan sampai beserta bantahannya apabila tempatnya tiba kelak...Insyallah. Oleh kerana itu sikap Tawakal tidak akan sempurna kecuali dengan menetapkan dalam hati bahawa di sana ada ketetapan sebab musabab, yang mana sebab musabab ini mempunyai hubungan dengan anggota tubuh, maka dengan melaksanakan ketetapan sebab musabab Tawakal menjadi ada dan meninggalkannya akan hilang pula Tawakal..

*************************************************************

Daripada ; http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?artide_id=2074

Bila Impian Tidak Menjadi Kenyataanwww.iluvislam.com

oleh: AsNizaeditor: deynarashid
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.Subhanallah, betapa pentingnya bahasa dalam kehidupan seharian kita.

Selain daripada digunakan sebagai medium untuk menyampaikan mesej, bahasa juga boleh diolah, digubah, dikarang, sehingga mampu mengeksploitasi mood, minda, perasaan dan tindakan seseorang. Bukan sedikit kuasa bahasa. Lihat sahaja karya Shakespear, atau Usman Awang, walaupun telah sekian lama mereka tidak lagi hidup di bumi yang indah ini, namun kuasa bahasa yang telah berjaya mereka cipta, sehingga kini masih terasa kehebatannya. Maha Suci ALLAH.. Dengan izin Allah, saya telah menghadiri kelas terjemahan bahasa lebih kurang 10 kelas. Alhamdulillah. Tenaga pengajar yang 'diimport' dari DBP, UKM, UiTM ternyata hebat-hebat belaka, banyak benda baru yang telah kami pelajari. Bagi saya, seorang pelajar kejuruteraan yang tiada basis mengenai bahasa, ternyata, pengalaman baru ini benar-benar mengujakan. Saya menikmati kelas terjemahan ini sepenuh hati saya. Saya cintakan bahasa ^_^ Dangkalnya pemikiran saya di zaman sekolah menengah rendah. Walaupun waktu itu, saya benar-benar meminati bidang sastera, saya telah menafikannya lalu memilih aliran sains tulen, kerana waktu itu saya berpendapat, bidang sastera tidak mampu pergi jauh, tidak menjamin masa depan yang cemerlang. Natijahnya, saya telah menghabiskan masa remaja saya, belajar dalam bidang yang tidak saya minati. Dan kini, saya sudah bergelar seorang jurutera, namun jauh di sudut hati saya, masih tercari hala tuju yang sebenar. Jiwa saya lebih menyintai bidang bahasa berbanding bidang kejuruteraan, namun saya sudah kehilangan rentak, tidak tahu mahu berhenti dan bermula di mana. Akhirnya, suka atau tidak, saya masih lagi di sini, di bidang ini, kejuruteraan.


Hidup ini mesti diteruskan, tidak semua yang kita inginkan pasti menjadi milik kita. Ada masanya kita harus belajar menerima kenyataan bahawa ada waktunya, sesuatu benda/perkara itu bukan tercipta untuk kita. Mungkin juga, sesuatu yang kita rasakan baik itu, sebenarnya buruk bagi kita dan sesungguhnya, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui. Bersyukur dengan apa yang ada adalah penyelesaian yang terbaik agar jiwa ini menjadi lebih tenang. Tidak gelisah. Hidup ini adalah kembara. Ibarat kita memandu sebuah kereta. Sebelum memulakan perjalanan, kita harus merancang dengan baik, memastikan keadaan kereta kita dalam keadaan yang baik dan selamat. Namun ada masanya, tidak semua yang kita rancang, akan menjadi kenyataan. Ada masanya, jalan yang kita lalui tidak disangka-sangka terjadi kemalangan lalu mengakibatkan lalulintas menjadi sesak. Kita tersepit ditengah-tengah jalan. Stuck. Ada masanya kita terlepas susur keluar lalu sesat entah ke mana-mana. Yang dekat menjadi jauh. Duit minyak dan duit tol berlipat kali ganda perlu dibayar. Ada masanya juga kita tiba di suatu persimpangan yang asing bagi kita dan kita terpaksa membuat pilihan dengan kadar yang segera samada untuk ke kanan atau ke kiri. Ada masanya juga kereta kita dilanggar oleh kereta lain yang tidak bertanggungjawab. Kita cuma mampu berputih mata tidak dapat berbuat apa-apa. Naauzubillah.. Hidup ini tidak pernah lepas dari cubaan dan ujian. Maka sebab itulah juga, rukun iman yang ke enam, mewajibkan kita sebagai umat Islam agar yakin dan percaya dengan sepenuh hati kita kepada qada' dan qadar Allah. Kita hanya merancang namun Allah jualah penentu segalanya. Bismillahitawakkaltualallah.. Harus diingatkan juga, fail to plan is plan to fail. Walaupun kita tahu setiap apa yang berlaku, hanya berlaku dengan izin Allah, itu tidak semestinya menjadi alasan kepada kita agar berhenti berusaha dan cukup sekadar memeluk tubuh.

Sesungguhnya, ini adalah konsep tawakal yang bercanggah dalam Islam. Islam menyuruh umatnya berusaha, kemudian barulah bertawakal kepada Allah, itu barulah masa yang tepat untuk kita serahkansegalanya kepada qada' dan qadar Allah. Sebagai umat Islam juga, kita harus yakin dan percaya, doa adalah senjata utama kita. Berdoalah dan mohonlah kepada Allah dengan hati yang penuh yakin kepada kekuasaan dan keagungan Allah. Berdoalah agar segala usaha kita membuahkan hasil yang positif dan bertawakkallah. Serahkan segalanya kepada Allah, tidak kira apa yang terjadi, pasrah dan redhalah dengan apa yang terjadi. Semoga kita menjadi hamba Allah yang tekun melaksanakan suruhan Allah, bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya. Semoga kita menjadi hamba Allah yang berusaha untuk mencapai redha Allah dan gigih mencapai impian, selari dengan saranan agama kita. Berdoalah dengan hati yang penuh yakin dan gantunglah harapan hanya kepada Allah. Tawakkallah. Sabar dan redha bukan suatu yang mudah untuk dilakukan, namun hati-hati yang mengtauhidkan Allah dan berpegang teguh kepada rukun iman dan rukun Islam insyaAllah pasti mampu memilikinya. InsyaAllah..

**********************************************************************