Dipetik daripada :
http://kucinghittam.blogspot.com/2014/08/14-petua-mencari-isteri-yang-cantik.html
Walaupun
‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik,
sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada
akhirnya gadis yang hatinya paling suci, sesuci hatinyalah yang dipilih oleh
teruna untuk dikahwini
Berikut
adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri
anda:
1.
Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan
merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar
untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan
elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang
elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk
memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
‘Yang
bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’.
Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan
terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang
tiada tara.(Bidalan ltali).
2.
Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan
hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga
teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui
bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya
sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau
suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan
dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak
teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah
si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar
pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat
yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun
pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu
disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari
cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan
bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.
3.
Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
Sebenarnya
alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu
menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah,
malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri.
Si gadis,
yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur
negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini
kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi
kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman
mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang
bijak tidak cantik. – Bidalan Cina
4.
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada
zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah
menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa
untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada,
praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek.
Kesempatan
untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.
Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak
berorientasikan mengurus rumahtangga.
5.
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah
apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti
akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa
cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan
menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan
wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman
6.
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini
juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam
pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah
atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa
inilah mereka akan jadi rosak.
Mereka
akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan
menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat
lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan
gadis itu menjadi gadis murahan.
7.
Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada
zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke
sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki
secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah
usang.
Ramai
pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di
sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si
jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa
hari saja.- Bidalan Hindustan
8.
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya
zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa
cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua
dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja.
Zaman
gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika
terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis
yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang
berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada
kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang
terlalu jelita. – Bidalan Serbia
9. Cari
Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat
sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya,
kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan
membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah
letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika
dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang
masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan
memilih lelaki yang baik-baik pula!
10.
Bertunang Jangan Lama
Bila anda
sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis
jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini
kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta
membahayakan keselamatan si gadis.
Petua
orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah
perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
Katakan
kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya
sepuluh kali. – Bidalan Itali
11.
Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni
mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran
yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda
remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang
tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan
diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini
lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru
bekerja.
Seorang
gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur
kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis
semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu
besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa
anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.
Wanita
jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding
suami.- Bidalan Jerman
12.
Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang
sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman
teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang
penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si
gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya
serta taat pada agama.
13.
Layan Dia Dengan Baik
Walau
betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang
penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya.
Cinta
bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks
dengannya.
Cinta
pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila
dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda
dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan
buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat
racun dalam cembul emas.- Bidalan
Tamil
14.
Bertanggungjawab
Walau
betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya
dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang
baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab
terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.
********************************************************
Dipetik daripada :
shafiqolbu.wordpress.com/2013/12/08/ciri-ciri-calon-suami-yang-baik-menurut-islam/
Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Pemilihan
seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon
pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang
benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah سبحانه
وتعالى. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar.
Syaidatina Aisyah r.ha. berkata, “Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan.”
Berikut adalah ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam:
.
1. Berkemampuan
Lelaki yang berkemampuan sebagaimana hadis Rasulullah ﷺ Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah :
“Wahai
permuda-pemuda; sesiapa di antara kamu bernikah, maka hendaklah ia
bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat
memelihara kehormatan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah
berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.”
Mampu
yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup
yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan
dengan apa yang dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa
yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada
isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk
dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki
yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami
dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah
berlaku perceraian.
.
2. Tidak Dayus
Lelaki
yang sanggup menjadi pembela pasangannya. Boleh dijadikan sebagai ganti
ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala bahaya dan
kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi dan
menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah
bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah
kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
.
3. Baik
Pandai
menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan
diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak
isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului
perbuatan itu.
.
4. Tidak Membebankan
Berkebolehan
di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh
akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan
membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada
kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang
sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya
sakit atau kepenatan. Kelebihan ini juga bukan jalan kepada pihak isteri
untuk mengambil kesempatan dan mesambil lewakan layanannya kepada
suami.
.
5. Mempercayai Isteri
Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersikap ‘suuzon’
iaitu tidak bersangka buruk terhadap isteri. Biasanya apabila suami
bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan
anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada
isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Si isteri pula janganlah memusnahkan amanah dan kepercayaan yang diberi.
.
6. Bertanggungjawab
Rajin,
berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini
adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta
tidak mengharapkan titik peluh isteri. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’
di sini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa
dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya
dalam jalan mungkar, syahwat dan sia-sia pula.
Allah
سبحانه وتعالى sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan
menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha yang
semaksima mungkin.
Namun
begitu suami boleh menggunakan harta si isteri dengan kerelaannya bukan
berdasarkan niat mengambil kesempatan. Dan seperti yang kita ketahui
juga Khadhijah r.ha. telah menghabiskan hartanya demi membantu suaminya
(Rasulullah ﷺ) dalam menegakkan agama suci, Islam.
Khadijah r.ha. diriwayatkan telah membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Wahai
Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak
maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan,
rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi
milikmu. Kamu bebas membelanjakannya ke jalan mana yang kamu redhoi !”
Dan sebagaimana Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ ﴿٨﴾
“Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan.”
(Surah Adh-Dhuhaa: Ayat 8)
.
7. Mudah Memaafkan
Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ﷺ ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.
.
8. Berketurunan Baik Dan Rajin Beribadah
Datang
daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai
akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua,
berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan
seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada
kesengsaraan hidup.
.
Apa
yang lebih utama dari segala huraian di atas ialah Agamanya. Pilihlah
yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika
calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih
dari segi agamanya.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
…إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾
“Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu. Bahawasanya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujuraat 49: Ayat 13)
Syarat
bagi seorang lelaki untuk masuk syurga menjadi anak yang soleh kepada
ibu bapanya manakala syarat bagi wanita pula menjadi isteri yang solehah
kepada suaminya yang akan membawanya ke syurga kelak. Inilah ciri
terpenting dalam memilih calon suami yang beriman sebagai ketua dan
pemimpin dalam mendidik isterinya dan seterusnya mentarbiyahkan anak mengikut lunas-lunas syarak.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
*****************************************************
Dipetik daripada:
http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/10/20-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki.html
20 ciri-ciri wanita idaman LELAKI
Kategori
Tips Kehidupan
20 ciri-ciri wanita idaman LELAKI| Pada entri sebelum ini saya telah berkongsi tentang 20 ciri-ciri lelaki idaman WANITA. Sehubungan dengan itu, pada kali ini saya kupaskan sedikit ciri-ciri wanita idaman lelaki dibawah tajuk entri 20 ciri-ciri wanita idaman LELAKI.
"Selera" manusia berbeza-beza, namun secara asasnya kita tidak
akan lari daripada ingin memiliki seorang WANITA yang sekurangnya
berjaya menambat hati untuk dijadikan teman hidup. Persoalan pertama
ketika ingin mendapatkan teman hidup "Apakah ciri-ciri wanita yang ingin dimiliki?" atau juga "Adakah si dia memiliki ciri-ciri seperti yang aku inginkan?".
Selain faktor jodoh ditentukan oleh Allah SWT, ciri-ciri tersebut dibawah mungkin berlegar di ruang pemikiran anda.
- Paras rupa - Paras rupa yang cantik adalah kelebihan kepada wanita. Ada juga tidak berapa cantik tapi menawan atau juga kurang cantik tapi manis dipandang orang. Walau apapun, kecantikan bukan perkara utama yang difikirkan oleh lelaki apabila mencari calon isteri, tapi penting bagi mereka yang mencari calon kekasih.
- Agama - Pegangan seorang yang beragama Islam menitikberatkan mencari calon isteri yang memiliki pegangan agama yang kuat, namun perlukah mengawini seorang ustazah? Sebagai lelaki, kita harus membimbing mereka jika pegangan agama bakal isteri anda lemah.
- Harta - Dewasa ini, peningkatan taraf hidup mendesak pasangan untuk saling bekerjasama dalam mengharungi dunia "Money is everything". Jika mampu, mempunyai isteri yang tidak bekerja juga memberi kelebihan pada satu sudut yang lain.
- Zuriat - Ada kes dimana, isteri tidak mampu memberikan zuriat seperti yang diinginkan oleh suami, kemudian timbul pula suami berkahwin lain disebabkan mahu zuriat, maka sebelum itu lakukan sedikit "penyelidikan" untuk mendapatkan kepastian.
- Budi pekerti - Semua orang pasti mengidamkan memiliki isteri yang mempunyai budi pekerti yang baik. Tingkah laku, adab dan kesopanan menjadi elemen penting budaya kemelayuan dan menjadi idaman mertua. Ibu yang baik, lahir anak yang baik. Fikirkanlah!
- Pandai masak - Bagi saya, saya suka ciri ini. Alhamdulillah saya memiliki isteri yang pandai masak. Pandai masak mesti rajin tolong ibu masak di dapur masa muda, kalau tak pandai masak, belajarlah. Kalau makan luar hari-hari, bila anak mahu makan nugget pun kena beli di gerai. Air tangan isteri melembutkan hati suami.
- Bijak menguruskan kewangan - Alangkah bagusnya jika seorang wanita bijak menguruskan kewangan keluarga. Perkara ini tentu sedikit sebanyak membantu suami dalam menguruskan hal keluarga. Bijak tidak bermaksud anda perlu menjadi akauntan.
- Pandai mengambil hati keluarga mertua - Bila dapat yang peramah anda mungkin tidak dapat mengawalnya pula, tapi bila isteri pendiam dan kurang mesra, takut nanti menimbulkan prasangka pula terhadap isteri anda "Sombongnya isteri dia", walhal isteri anda memang pendiam.
- Menerima seadanya - Lumrah hidup berkeluarga, ada turun dan naiknya, menerima seadanya apa yang ada menjadi elemen penting kebahagian supaya isteri tidak meminta lebih daripada kemampuan lelaki. Kebanyakan wanita yang telah menjadi isteri mempunyai sikap tersebut, kadangkala lelaki pula yang merungut.
- Hormat - Walaupun setinggi manapun pangkat anda di pejabat, jika dirumah suami adalah bos anda. Tunjukkan rasa hormat anda lebih-lebih lagi terhadap keputusannya. Pertuturan dan kata-kata harus dijaga untuk mengelakkan anda menjadi derhaka pada perkara yang mungkin terlepas pandang.
- Bijak berpakaian - Usia bukan penghalang anda untuk kelihatan cantik di mata suami, jangan pula masa bercinta bersolek sampai 2 jam, bila dah lama berkahwin, suami balik tengok bini macam langsuir, berdandan kepada suami penting untuk mengeratkan hubungan rumahtangga.
- Bersedia menerima teguran - Teguran suami bukan beliau benci dengan anda. Tapi teguran suami adalah demi kebaikkan anda. Jadi terima sahaja tegurannya dan memperbaiki apa yang ditegurnya. Jangan sesekali membantah walaupun kadangkala bagi anda tidak masuk akal.
- Setia - Rata-rata setiap pasangan ingin memiliki pasangan yang setia. Baik lelaki atau wanita. Jadi perkara ini perlu diambil perhatian, jangan cuba untuk memiliki lebih dari satu kerana ianya membuatkan lelaki hilang pertimbangan.
- Menjadi pujaan ramai - Lelaki bangga bila isteri mereka menjadi pujaan ramai lelaki. Namun kadangkala ianya merimaskan dan boleh mendatangkan sifat cemburu yang tidak berasas. Bila dengar ramai orang suka kepada teman wanita anda, tentunya anda lelaki yang sangat bertuah.
- Menghargainya - Setiap apa yang dilakukan oleh lelaki, pastinya terukir senyuman apabila dihargai oleh orang yang disayanginya. Dari sekecil-kecil perkara yang dilakukannya hinggalah kepada perkara yang besar. Jangan simpan perasaan anda, luahkan kepada mereka bahawa anda sangat menghargainya.
- Memudahkan urusannya - Kadangkala si lelaki atau suami mengalami kerumitan tentang sesuatu perkara. Jika anda mampu membantu mereka menyelesaikannya, pasti lelaki sangat berterima kasih pada anda. Jangan pula membuatkan ianya bertambah rumit dengan karenah anda.
- Supportive - Atas apa juga perkara yang dibuat lelaki terutama hobi mereka, cuba bersikap supportive atau menyokong. Sokongan anda pasti menaikkan moral lelaki. Jika hobi lelaki bermain PS2, mungkin anda berfikir 2-3 kali untuk bersikap supportive.
- Beri ruang - Beri ruang pada lelaki untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada mereka. Jika mereka melakukan kesalahan yang kecil, maafkan mereka dan beri ruang kepadanya untuk membuktinya bahawa mereka telah insaf daripada perbuatannya.
- Pendengar yang baik - Ada juga jenis lelaki yang mengambil berat tentang perkara ini. Lelaki sukar untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati kecuali kepada orang yang mereka sayang. Jika wanita mampu menjadi pendengar yang baik, kadangkala ianya memberi sedikit kelegaan kepada lelaki. Hal ini juga adalah teknik yang baik jika mampu mengurangkan tekanan disebabkan beberapa perkara yang tertentu.
- Jadi diri anda sendiri - Jangan cuba untuk menjadi diri orang lain. Jadilah diri anda sendiri. Ianya lebih bagus. Jika lelaki itu dapat menerima kamu seadanya lebih baik mereka mengetahuinya dari awal dari mengetahui selepas kamu berkahwin dengannya.
Apa yang disenaraikan di sini hanyalah sedikit berbanding realiti
sebenar ciri-ciri wanita idaman lelaki. Setiap lelaki memiliki keinginan
yang tersendiri terhadap wanita. Ciri-ciri di atas boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki diri untuk sama-sama lengkap melengkapi di antara satu sama lain.
*******************************************************
Dipetik daripada :
http://hotreload2u.blogspot.com/2012/01/12-ciri-ciri-suami-pilihan.html
12 ciri-ciri suami pilihan
Kali ini disenaraikan ciri-ciri suami yang amat didambakan oleh isteri di luar sana.
1. Sedia mendengar
Seorang isteri sebenarnya mahukan suami yang sedia mendengar cerita dan keluhannya.
2. Sentiasa menambah ilmu rumahtangga
Bukankah suami itu pemimpin bagi isterinya? Sebagai seorang pemimpin, suami wajib memberi bimbingan dan memberi pendidikan kepada isteri dan seluruh ahli keluarganya agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan.
3. Menghargai
Mulakan dengan perkara kecil seperti ucapan terima kasih semasa isteri menyediakan kopi di waktu petang hari atau memuji masakan isteri yang sememangnya sedap.
4. Tidak sentiasa menyalahkan
Sewaktu ternyata isteri tersilap, suami sebaiknya janganlah terus merungut, marah-marah dan terus menyalahkan hingga mencalarkan emosi pasangan. Daripada menarik muka masam, ada baiknya minta penjelasan daripada isteri tentang mengapa ia berlaku sambil memberikan nasihat. Jangan lupa tetap memberikan senyuman.
5. Mampu menahan marah
Orang yang mampu menahan marah itu adalah orang yang kuat. Sekiranya suami bersikap panas baran, ia hanya akan menyemarakkan sikap bermusuhan dan rasa tidak puas hati di pihak isteri.
6. Sayang diri sendiri
Sayangi diri dengan menjaga kesihatan, pemakanan, meluangkan masa untuk bersenam, mendapat tidur yang cukup serta tidak merokok.
7. Boleh menerima pendapat isteri
Walaupun suami berperanan sebagai ketua keluarga, namun itu bukan bererti suami boleh bertindak sewenang-wenangnya atau membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan atau pendapat isteri.
8. Pulang dengan senyuman
Tekanan di tempat kerja selalunya membuatkan suami stres. Begitu juga jika seharian melakukan kerja yang meletihkan di tempat kerja. Tetapi tidak perlulah perasaan itu dibawa kembali ke rumah. Tinggalkan masalah pejabat di pejabat sahaja.
9. Romantis
Memang agak sukar mengharapkan suami meluah dan menunjukkan rasa sayang serta cinta pada isteri setiap hari, tapi sekurang-kurangnya suami mempamerkannya pada hari-hari istimewa sang isteri
10. Membantu urusan rumahtangga dan anak
Walaupun sekadar menyidai kain di ampaian, bantuan seperti itu sebenarnya amat dihargai isteri. Ingat, isteri bukan hamba suaminya.
11. Tidak cerewet
Menurut satu kajian, suami yang baik adalah seorang yang mudah, ringkas dan tidak cerewet terutama sekali dalam bab makan minum dan sebagainya. Sifat-sifat demikian akan memmudahkan isteri untuk melaksanakan tanggugjawabnya sebagai seorang isteri.
12. Soleh
Taat pada agama dan mampu membimbing isteri dan anak-anak ke arah kebaikan dunia dan akhirat.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan