http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Muakbelajar//Article/article_print
Muak belajar
Oleh Shuhada Mansor
Mungkin si gadis lebih beradab. Tidak menolak sekiranya ibu bapa
ingin menempatkannya di IPT tanah air. Namun sebaliknya bagi lelaki,
mereka lebih tegas dan berprinsip dalam menentukan hala tuju hidup.
Disebabkan itu, kita boleh lihat kurangnya golongan lelaki di pusat
pengajian seluruh negara.
Statistik
Keseluruhan laporan banci dan perumahan Malaysia pada 2010 menyatakan bilangan penduduk negara ini adalah seramai 28.3 juta dengan pecahan 14.56 juta bagi lelaki dan 13.77 juta wanita.
Tidak dinafikan kewujudan lelaki lebih ramai berbanding wanita, namun keadaan berbeza jika dilihat di IPT apabila seolah-olah bilangan lelaki terlalu sedikit.
Fenomena penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti tidak pernah selesai untuk dibincangkan. Statistik kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Persoalannya, kenapa pelajar lelaki semakin pupus di universiti?
Buku membosankan
Ada menyoal, benarkah sistem pendidikan negara tidak cukup menarik untuk memupuk minat lelaki dalam pelajaran atau adakah ia hanya sekadar alasan kepada sikap malas pelajar lelaki?
Berdasarkan perbincangan ringkas, kedua-dua faktor itu logik dan ada betulnya tetapi ia lebih terarah kepada rasa bosan golongan lelaki untuk melanjutkan pengajian.
Dalam erti kata lain, mereka sudah muak melihat susunan buku di atas meja. Buku harus digantikan dengan peralatan seperti gajet atau elektronik yang seiring dengan era teknologi kini.
Ramai berpendapat, teknik pengajaran lisan dan sistem pendidikan dengan berpuluh-puluh jenis peperiksaan membantutkan minat lelaki dalam akademik kerana difahamkan, apabila meningkat dewasa mereka lebih meminati pendidikan berteraskan kemahiran.
Oleh itu, jika direnungkan kembali, memang benar peratus pembabitan lelaki di IPT tidak setanding wanita tetapi kebanyakannya memilih kemahiran seperti di institut kemahiran dan sebagainya.
Duit dan kerja,
Secara logiknya, apa juga keinginan meletakkan wang sebagai perkara utama untuk direalisasikan. Jadi tidak hairanlah apabila tamat persekolahan, lelaki lebih cenderung untuk mendapatkan kerja. Apabila memperoleh sejumlah wang, segala kemahuan dapat ditunaikan termasuk apa yang diidamkan selama ini.
Perlakuan ini disokong dengan pendapat ‘tidak semestinya belajar setinggi gunung, mampu peroleh pekerjaan terbaik’ sedangkan beribu-ribu lambakan graduan IPT masih menganggur dan menanti untuk mendapat tempat di alam pekerjaan.
Yakin terhadap keupayaan diri untuk berjaya mendorong remaja lelaki melakukan apa yang difikirkan tepat untuk masa depan. Jika dia memilih untuk berniaga, usaha keras diteruskan tanpa perlu segulung ijazah untuk meraih kejayaan.
Tahu kemahuan
Berbeza dengan lelaki, perempuan lebih mengutamakan pelajaran kerana saingan di alam pekerjaan lebih tinggi dan tidak keterlaluan juga dikatakan wanita tidak berilmu mudah terjebak dalam kancah penipuan. Disebabkan itu, kesedaran pentingnya ilmu memungkinkan perempuan memilih untuk sambung belajar demi menjamin kehidupan yang tidak menentu pada masa depan. Dalam hal ini, pelajaran dilihat sebagai aset wajib perlu ada bagi si gadis.
Jejaka juga sedar akan kepentingan ilmu untuk menjamin masa depan lebih baik. Namun cara pemikiran berbeza menjadikan mereka berfikir lebih kritis dan siap sedia dalam segala kemungkinan. Keputusan untuk tidak menghadap buku dan digantikan dengan peralatan elektronik atau cara kerja kemahiran menjadi pemangkin untuk lelaki berjaya dalam memburu kerjaya diimpikan.
Lelaki berjaya tanpa segulung ijazah
Henry Ford:
Pengasas Syarikat Ford Motor
Steve Jobs:
Pengasas syarikat telekomunikasi, Apple
Bill Gates:
Pengasas Microsoft
Walt Disney:
Pengasas Disneyland
Tan Sri Sheikh Mokhtar Al-Bukhary:
Pengasas Yayasan Al-Bukhary
Statistik
Keseluruhan laporan banci dan perumahan Malaysia pada 2010 menyatakan bilangan penduduk negara ini adalah seramai 28.3 juta dengan pecahan 14.56 juta bagi lelaki dan 13.77 juta wanita.
Tidak dinafikan kewujudan lelaki lebih ramai berbanding wanita, namun keadaan berbeza jika dilihat di IPT apabila seolah-olah bilangan lelaki terlalu sedikit.
Fenomena penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti tidak pernah selesai untuk dibincangkan. Statistik kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Persoalannya, kenapa pelajar lelaki semakin pupus di universiti?
Buku membosankan
Ada menyoal, benarkah sistem pendidikan negara tidak cukup menarik untuk memupuk minat lelaki dalam pelajaran atau adakah ia hanya sekadar alasan kepada sikap malas pelajar lelaki?
Berdasarkan perbincangan ringkas, kedua-dua faktor itu logik dan ada betulnya tetapi ia lebih terarah kepada rasa bosan golongan lelaki untuk melanjutkan pengajian.
Dalam erti kata lain, mereka sudah muak melihat susunan buku di atas meja. Buku harus digantikan dengan peralatan seperti gajet atau elektronik yang seiring dengan era teknologi kini.
Ramai berpendapat, teknik pengajaran lisan dan sistem pendidikan dengan berpuluh-puluh jenis peperiksaan membantutkan minat lelaki dalam akademik kerana difahamkan, apabila meningkat dewasa mereka lebih meminati pendidikan berteraskan kemahiran.
Oleh itu, jika direnungkan kembali, memang benar peratus pembabitan lelaki di IPT tidak setanding wanita tetapi kebanyakannya memilih kemahiran seperti di institut kemahiran dan sebagainya.
Duit dan kerja,
Secara logiknya, apa juga keinginan meletakkan wang sebagai perkara utama untuk direalisasikan. Jadi tidak hairanlah apabila tamat persekolahan, lelaki lebih cenderung untuk mendapatkan kerja. Apabila memperoleh sejumlah wang, segala kemahuan dapat ditunaikan termasuk apa yang diidamkan selama ini.
Perlakuan ini disokong dengan pendapat ‘tidak semestinya belajar setinggi gunung, mampu peroleh pekerjaan terbaik’ sedangkan beribu-ribu lambakan graduan IPT masih menganggur dan menanti untuk mendapat tempat di alam pekerjaan.
Yakin terhadap keupayaan diri untuk berjaya mendorong remaja lelaki melakukan apa yang difikirkan tepat untuk masa depan. Jika dia memilih untuk berniaga, usaha keras diteruskan tanpa perlu segulung ijazah untuk meraih kejayaan.
Tahu kemahuan
Berbeza dengan lelaki, perempuan lebih mengutamakan pelajaran kerana saingan di alam pekerjaan lebih tinggi dan tidak keterlaluan juga dikatakan wanita tidak berilmu mudah terjebak dalam kancah penipuan. Disebabkan itu, kesedaran pentingnya ilmu memungkinkan perempuan memilih untuk sambung belajar demi menjamin kehidupan yang tidak menentu pada masa depan. Dalam hal ini, pelajaran dilihat sebagai aset wajib perlu ada bagi si gadis.
Jejaka juga sedar akan kepentingan ilmu untuk menjamin masa depan lebih baik. Namun cara pemikiran berbeza menjadikan mereka berfikir lebih kritis dan siap sedia dalam segala kemungkinan. Keputusan untuk tidak menghadap buku dan digantikan dengan peralatan elektronik atau cara kerja kemahiran menjadi pemangkin untuk lelaki berjaya dalam memburu kerjaya diimpikan.
Lelaki berjaya tanpa segulung ijazah
Henry Ford:
Pengasas Syarikat Ford Motor
Steve Jobs:
Pengasas syarikat telekomunikasi, Apple
Bill Gates:
Pengasas Microsoft
Walt Disney:
Pengasas Disneyland
Tan Sri Sheikh Mokhtar Al-Bukhary:
Pengasas Yayasan Al-Bukhary
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dipetik daripada :
http://islamgrid.gov.my/articles/ibadah/menuntut-ilmu.php
Menuntut Ilmu
Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.
Maksud firman Allah s.w.t:
“Maka tanya oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.
Maksud sabda Rasulullah s.w.w pula yang bermaksud :
“Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”
Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :
“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”
Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya:
“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”
Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w,
“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”
Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :
- Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
- Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
- Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
- Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
Adab Menuntut Ilmu Agama
Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaidah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:- Ikhlas dalam menuntut ilmu. Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78
- Positif dan Yakin kepada diri sendiri Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
- Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan. Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:
- Tidak mengenal titik noktah. Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:
- Mengamalkan ilmu. Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class room discussion, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
- Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu. Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:
- Berdoa Kepada Allah. Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:
“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”
Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”
Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Ini kerana: Maksud surah Muhammad, ayat 7
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
“Dan orang-orang yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya
Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya
(pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang
berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]
“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.
“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].
Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau perpustakaan peribadi yang tersendiri.
Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalah pengubahsuaian gaya hidup. Tidur perlu dikurangkan, gizi pemakanan perlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari. Sedar atau tidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-sia seperti mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menonton televisyen dan berbual kosong. Semua ini hendaklah diubah kepada bersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian sekadar mencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyen kepada dokumentari yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikan nasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka banyak masa lapang yang dapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.
“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”
Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng, setiap darinya berselindung di sebalik slogan “Ahli Sunnah Wal Jamaah” agar kelihatan berada di atas jalan yang benar. Seandainya seseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yang menyeleweng, sikap dinamiknya yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran tersebut kepada ajaran yang benar.
Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melalui beberapa tahap, daripada tahap kebudak-budakan sehinggalah kepada tahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka melakukan kajian, dia akan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinya sebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalam dirinya. Terdapat kemungkinan yang besar semangat tersebut akan mengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu (ujub), memandang rendah para ulama’ dan mudah menghukum orang yang tidak sependapat dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang saya maksudkan.
Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengalih seseorang itu dari tahap kebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap kedewasaan akan mengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawa ilmu agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para ‘ulama berdasarkan kesedaran bahawa terdapat banyak faktor lain yang mereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan mata yang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.
“Wahai orang-orang yang beriman!
Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar
kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu
tidak melakukannya.”
[al-Saff, ayat 2-3]
Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.”
[Maksud surah al-Kahf, ayat 13]
Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya, meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!
Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu
(al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa)
kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”
[al-Anfal, ayat 29]
“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).”
[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].
Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.
Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah, hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling menasihati.
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan
pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
[Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]
Demikian tujuh adab yang dapat saya ringkaskan daripada sekian banyak adab untuk menuntut ilmu. Diharapkan adab-adab di atas bermanfaat untuk setiap orang, termasuk diri saya sendiri. Selain tujuh adab tersebut, setiap orang yang berusaha untuk memahami agama Islam perlu berwaspada kepada unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Unsur-unsur tersebut akan saya jelaskan dalam penulisan yang seterusnya insya-Allah.
##############################################################
Dipetik daripada :
http://www.compserv.sabah.gov.my/research/E/e4.html
Beban Kad Kredit Jejas Kesejahteraan
Oleh Lokman Ismail
Hutang dorong manusia melakukan rasuah, jenayah, salah guna kuasa
KERAJAAN mahu institusi kewangan menghentikan tindakan mempromosi kad kredit secara agresif memandangkan pengeluarannya secara melampau tanpa kawalan boleh ‘menjahanamkan satu generasi.’ Institusi kewangan berlumba-lumba menawarkan kad kredit kepada orang ramai kerana memberi pulangan baik kepada syarikat.
Pemilik kad kredit di kalangan golongan berpendapatan menengah menggunakan kad kredit sebagai sumber hutang mudah atau dipanggil ceti moden.
Pengguna hanya perlu membuat permohonan atau hakikat sebenarnya ditawarkan, dan boleh berbelanja sesuka hati selagi tidak melepasi had ditetapkan.
Sememangnya, Islam tidak menghalang umatnya berhutang. Malah hutang diharuskan untuk membiayai perkara penting ketika kesempitan wang. Islam mengharuskan hutang kerana dapat membantu golongan miskin menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan wang.
Kad kredit dalam bahasa mudah dipanggil kad hutang. Pemiliknya boleh membuat pembelian dan pembayaran tanpa menggunakan wang atau berhutang.
Ini memberi peluang pemilik kad kredit berbelanja lebih walaupun wang tunai dimiliki sedikit ketika itu.
Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006).
Kegagalan membayar hutang kad kredit menjadi punca banyak eksekutif muda diisytiharkan muflis. Mereka baru bekerja dan mempunyai pendapatan sekadar cukup lepas memenuhi syarat memiliki kad kredit.
Jiwa muda sukar mengawal diri daripada keinginan untuk bergaya. Jika boleh semua hendak kelihatan hebat dan lebih berbanding orang lain. Sedangkan hakikatnya, wang tunai tidak cukup untuk memenuhi kehendak itu.
Justeru, sebagai jalan mudah, mereka menggunakan kad kredit tanpa memikirkan keupayaan membayar. Hidup nampak bergaya dan menarik pada pandangan orang lain. Malangnya, diri sebenarnya diliputi hutang yang jika tidak diuruskan dengan baik akan mencemarkan maruah diri.
Jumlah yang gagal dijelaskan dalam tempoh ditetapkan kepada institusi kewangan pengeluar kad kredit akan dikenakan faedah.
Kadar faedah dikenakan agak tinggi mengikut kadar harian. Sebab itu banyak pemilik kad kredit sukar menjelaskan hutang yang semakin bertambah dari bulan ke bulan.
Sekarang ada kaedah ‘gali lubang timbus lubang’ dalam menyelesaikan masalah hutang kad kredit.
Syarikat kewangan menawarkan kad kredit baru atau tawaran memindahkan jumlah hutang daripada kad kredit syarikat lain. Proses pemindahan itu ditawarkan berserta kadar faedah lebih rendah dan hadiah tertentu.
Tindakan ini bukan menyelesaikan masalah. Untungnya sementara saja. Jika sikap tidak diperbetulkan, masalah akan terus menekan diri. Pemilik kad kredit berdepan dengan suasana hidup yang semakin celaru dan krisis moral yang memerangkap diri.
Sekiranya hutang tidak dapat dijelaskan seperti ditetapkan, pemegang kad kredit akan diseret ke mahkamah. Jika tidak mampu dijelaskan, maka pemegang kad kredit akan diserahkan ke Jabatan Pemegang Harta yang akan menguruskan soal kebankrapan. Sesiapa yang dikenakan status bankrap atau muflis dipandang hina dalam masyarakat dan hilang kelayakan dalam hal tertentu.
Namun tindakan tegas itu tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada kebanyakan individu yang masih galak menggunakan kad kredit tanpa memikirkan keupayaan membayar.
Tertekan dengan kegagalan melunaskan hutang kad kredit mendedahkan seseorang melakukan perbuatan menyalahi agama dan undang-undang.
Ini termasuklah menerima rasuah, menipu, pecah amanah dan melakukan urus niaga haram. Setiap hutang perlu diniatkan untuk membayarnya.
Cara memastikan keupayaan membayar hutang ialah mengambil hutang mengikut keperluan saja dan diniatkan untuk membayarnya.
Sabda Rasulullah bermaksud: ‘Barang siapa berhutang daripada orang lain dan berniat membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya. Akan tetapi barang siapa yang mengambil hutang dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayarnya), maka Allah akan merosakkannya.’ (Hadis riwayat Bukhari).
Sesiapa berhutang dengan niat membayarnya akan dilindungi daripada sifat salah guna hutang. Hutang yang dipohon sekadar keperluan semasa terdesak. Allah melindungi hamba-Nya berniat ikhlas dalam segala tindakan.
Tidak dinafikan penggunaan kad kredit patut digalakkan kepada mereka yang layak.
Pemegang kad kredit perlu menggunakannya dengan bijaksana. Kecenderungan berurus niaga secara hutang tanpa batasan mencetuskan fenomena kegagalan mengurus kewangan dengan bijak.
Kad kredit tidak sepatutnya dijadikan sebagai cara mudah untuk membuat pinjaman. Kebanyakan pemohon kad kredit awal-awal lagi merancang untuk mendapat kemudahan kredit dan pengeluaran wang pendahuluan di tahap maksimum.
Penggunaan kad kredit untuk mendapat wang pendahuluan adalah sebab utama banyak pemegang kad kredit terpaksa menanggung banyak hutang. Kadar faedahnya lebih tinggi berbanding penggunaan melalui pembelian.
Peraturan tidak memaksa pemegang kad kredit membayar semua hutang semasa juga menyebabkan hutang semakin bertambah setiap bulan.
Sepatutnya, hutang dijelaskan sepenuhnya secepat mungkin apabila berkemampuan biarpun dibenarkan membayar sebahagian saja. Ini dapat mengelak wang itu digunakan tujuan lain.
Sikap bertangguh-tangguh melakukan kebaikan atau perkara perlu dilakukan ditegah dalam Islam. Dosa tidak membayar hutang dengan sengaja amat besar. Allah tidak mengampunkan dosa kesalahan berkaitan hutang, selagi hutang itu tidak dijelaskan atau pemberi hutang merelakannya.
Sabda Rasulullah bermaksud: ‘Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni melainkan hutangnya.’ (Hadis riwayat Muslim). Justeru, harta pusaka si mati yang masih berhutang perlu digunakan untuk menjelaskan hutang. Haram bagi waris mendapatkan harta itu selagi hutangnya tidak dijelaskan. Selepas hutang dijelaskan, baki harta terbabit boleh diagihkan kepada waris yang layak mengikut hukum syarak.
Ada waris yang tidak melaksanakan keperluan itu kerana yakin tindakan tidak boleh lagi dilakukan ke atas si mati oleh institusi kewangan. Tindakan ini menyebabkan roh penghutang yang sengaja tidak mahu membayar hutang akan tergantung di antara langit dan bumi selagi hutangnya tidak dijelaskan. Waris yang menerima harta pusaka, sedangkan mengetahui si mati masih mempunyai hutang, sebenarnya menggunakan harta haram.
Sesiapa tumbuh daging dalam badannya daripada sumber yang haram, maka lebih layak baginya dibakar di dalam neraka.
Sesungguhnya sesiapa yang berbelanja tanpa memikirkan kemampuan membayar akan terjebak dengan masalah hutang.
Biarpun pendapatan tinggi, tetapi jika tidak bijak berbelanja tetap akan berdepan dengan masalah muflis.
INTI PATI
Beban hutang kad kredit
· Islam tidak menghalang umatnya berhutang. Malah hutang diharuskan untuk membiayai perkara penting ketika kesempitan wang.
· Kad kredit dalam bahasa mudah dipanggil kad hutang. Pemiliknya boleh membuat pembelian dan pembayaran tanpa menggunakan wang atau berhutang.
· Kegagalan membayar hutang kad kredit menjadi punca banyak eksekutif muda diisytiharkan muflis. Mereka baru bekerja dan mempunyai pendapatan sekadar cukup lepas memenuhi syarat memiliki kad kredit.
· Syarikat kewangan menawarkan kad kredit baru atau tawaran memindahkan jumlah hutang daripada kad kredit syarikat lain. Proses pemindahan itu sebenarnya perangkap kepada pemilik kad kredit untuk terus berhutang.
· Pengguna berbelanja tanpa kemampuan membayar akan terjebak dengan pelbagai masalah, akhirnya mendorong perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan jenayah.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dipetik daripada :
http://www.islam.gov.my/en/imantaqwa-ilmutazkirah-kunci-kejayaan
Iman+Taqwa+ Ilmu+Tazkirah = Kunci Kejayaan
Oleh: Ustazah Nik Norliza binti Mustapa
Situasi A
”Tengok sepupu-sepupu kau, semuanya sudah berjaya, tinggal kat bandar, sudah ada rumah sendiri, kereta sendiri dan bla...bla..bla...kau apa pun tak ada”
Situasi B
”Eh, kaya kau sekarang ni, sudah pakai Mercedes, aku selisih dengan kau pun kau buat tak kenal jer ya!mentang-mentang sudah berjaya.”
Situasi C
”Bagaimana dengan anak engkau? Sudah habis belajar ke? O.....Sudah habis, sudah berjayalah ya, apa nak dirisaukan lagi, dia sudah besar.”
Apakah penanda aras bagi kejayaan?
Mari kita rehat sejenak daripada melakukan kerja-kerja harian. Kita
fikir dan zikir kepada Allah untuk diri, kita fikir tentang diri,
bagaimana mahu jadi insan sempurna, bagaimana mahu mencapai kejayaan
yang hakiki. Ramai orang ingin berjaya tetapi tidak ramai yang
mengetahui kunci utama menuju kejayaan. Kita kata mahu jadi manusia yang
berjaya, tetapi bagaimana cara hendak berjaya? Kita kata mahu jadi
manusia yang cemerlang tetapi bagaimana mengikut acuan Islam yang benar?
Jika diberi pilihan antara ’gagal’ dan ’berjaya’, yang mana satu
pilihan kita? Satu dalam sepuluh yang memilih ’gagal’ dan kemungkinan
yang memilih ’gagal’ itu mempunyai masalah dalam berfikir.
Tidak keterlaluan jika dikatakan terdapat sebahagian orang yang
meletakkan kekayaan wang ringgit, harta benda dan pangkat yang dimiliki
sebagai ukuran kejayaan. Dialog biasa yang menjadi halwa telinga bila
kita dianggap telah melepasi tahap penilaian kejayaan mengikut ukuran
masyarakat sekeliling adalah antaranya seperti berikut, ”Kau tak apalah berjawatan besar, rumah besar, kereta besar dan....”
kita bangga bila dikatakan begitu. Pernahkah kita berusaha untuk
menafikan sebenarnya kita belum berjaya dalam hidup ini, yang ada itu
hanyalah pinjaman, yang dilihat itu adalah pada pandangan manusia, bukan
pandangan Allah. Yang kita ingin, yang kita mahu, yang perlu kita
usahakan adalah untuk mencapai pandangan Allah, redha Allah dan kejayaan
utama di sisi Allah, bukan kejayaan di sisi masyarakat sekeliling
sahaja. Dalam hal ini Allah SWT telah memberi pelbagai gambaran yang
meletakkan asas terhadap keinginan seseorang itu untuk berjaya dalam
kehidupan. Antaranya melalui peningkatan iman, taqwa, ilmu dan tazkiah diri.
Bicara tentang Iman dan Taqwa
Iman dibina atas dasar membenarkan dengan hati, mengakui dengan lidah
dan mengikutinya dengan amalan. Menurut al-Qaradhawi, iman ialah
kepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh keyakinan, tidak
bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh pada pandangan hidup,
tingkah laku dan perbuatan sehari-harian.
Tidak dinafikan masyarakat keseluruhannya mengetahui tentang erti iman
dan hakikat keimanan, namun apabila ditanya soal yakin, keyakinan itu
adakah sepenuh hati? Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 146
yang bermaksud, ”Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahuinya.”
Persoalannya sudah tentu berkaitan dengan penerimaan yang tidak sampai
ke tahap yakin, walaupun kebenaran itu telah dinyatakan. Oleh yang
demikian, dalam surah al-Hujurat, ayat 15 mafhumnya, ”... Hanya
orang yang beriman itu ialah orang yang percaya kepada Allah dan
rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi.”
Dalam Surah al-Anfal ayat 2-4 yang bermaksud, ”Sesungguhnya
hanya orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah gementar hati
mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah menjadikan
mereka bertambah iman dan kepada Allah mereka berserah. Iaitu orang yang
mendirikan solat dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami
kurniakan kepada mereka. Merekalah orang beriman yang
sebenar-benarnya...” Ini antara gambaran ciri-ciri orang yang beriman yang mesti ada pada kita.
Sebagai tanda keimanan, kita wajib patuh dan taat segala
perintah Allah SWT dan tidak sekali-kali boleh melakukan perbuatan yang
dilarang. Yakinlah kejayaan dalam hidup akan datang apabila kita patuh
dan taat pada perintah Allah SWT serta tidak melanggar aturan-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah al-A`raf ayat 96 bermaksud,“ Dan (Tuhan
berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa,
tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang
melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi tetapi mereka
mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” Dan firman Allah SWT lagi dalam surah al-Talaq ayat 1-3 yang disebut juga sebagai ayat seribu dinar memberi maksud,”....dan
sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan
keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya
rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya.....
Keimanan juga menjadi asas utama untuk mendapat keberkatan hidup.
Allah SWT telah menjanjikan keberkatan yang melimpah ruah dari langit
dan bumi jika kita beriman kepada-Nya. Iman dapat dikatakan sebagai
suatu kekuatan, suatu ubat yang mujarab dan suatu senjata yang membawa
kebaikan dalam hidup kita. Oleh yang demikian, jika benar kita orang
beriman, marilah kita bertaqwa kepada Allah sebagaimana firman Allah SWT
dalam Surah al-Taubah ayat 119, ”Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar."
Dalam al-Quran banyak dinyatakan ciri-ciri orang yang bertaqwa. Orang
yang memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan, dijamin akan berjaya kerana
mereka dijanjikan jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan)
dan rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihati. (lihat surat at-Talaq
2-3). Ini bermakna orang yang bertaqwa akan diberi petunjuk dan diberi
pertolongan Allah SWT. Sebaliknya orang yang tidak bertaqwa akan gagal
dalam kehidupan kerana natijahnya nafsu akan bermaharajalela dan
kerosakan akan teserlah. Sama-samalah kita berusaha untuk meningkat
ketaqwaan kepada Allah SWT.
Bicara tentang Ilmu Pengetahuan
Dalam surah al-Mujadalah ayat 11, Allah SWT berfirman yang bermaksud, ”Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.” semaksud dengan ayat ini dalam surah al-Zumar ayat 9, Allah SWT berfirman yang maksudnya, ”Katakanlah lagi, adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang yang tidak mengetahui (berilmu)...,”
Jawapannya, sudah tentu tidak! Orang berilmu dengan orang yang tidak
berilmu jauh sekali bezanya. Untuk memahami sesuatu perkara seseorang
hendaklah menguasai ilmu. Ilmu merupakan pelengkap ke arah insan yang
beriman, dapat mengukur sejauhmana ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan
dapat membimbing ke arah kebaikan. Ilmu dan Iman tidak dapat dipisahkan
kerana ia saling berhubungan dan saling mempengaruhi. Melalui ilmu
manusia jdapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di
muka bumi ini.
Persoalannya, adakah kita termasuk orang yang berilmu? Sebenarnya jika
dihitung ilmu yang kita miliki hari ini sebenarnya terlalu sedikit.
Kita tidak mengetahui banyak perkara, kita tidak pakar dalam semua
bidang. Sayang juga kiranya ilmu yang sedikit milik kita ini tidak
dimanfaatkan bagi tujuan agama dan ummah. Ilmu yang ada hendaklah
dimanfaatkan, ilmu hendaklah dipelajari, dihayati dan diamalkan. Orang
yang tahu, akan menggunakan ”tahunya” pada tempat yang sesuai. Dalam
surah al-Kahfi ayat 109 bermaksud, ”Katakanlah (wahai Muhammad):
"Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah
Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis
kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang
sebanding dengannya, sebagai bantuan".
Bicara tentang Pembersihan Jiwa
”Dia tidak tidak akan berubah selama-lamanya” layakkah kita
untuk berkata begitu? Lagikan kain yang kotor jika diberus dan disabun
akan bersih kembali, inikan pula kita manusia, lambat atau cepat akan
berubah dengan izin Allah jika kita tahu dan sedar bahawa kelakuan kita
sebenarnya tidak cocok dengan ajaran Islam, lalu kita berusaha untuk
membersihkan jiwa kita dengan melakukan perkara yang baik dan kita
tinggalkan perkara yang dilarang. Kembali kepada tazkiah al-Nafs yang bermakna penyucian dan pembersihan jiwa sebagaimana firman Allah dalam surah al-Shams ayat 9 yang bermaksud, ”Sesungguhnya
berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia
bersih-bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan
sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia
bersih-itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran
maksiat).” Dapat difahami daripada maksud ayat ini perlunya
penjagaan diri untuk sentiasa taat dengan perintah Allah dan
meninggalkan larangan syariat dengan tujuan mencapai redha Allah, maka
kita akan berjaya.
Mari kita kembali kepada fitrah kejadian kita, diciptakan sebaik-baik
kejadian dan mempunyai naluri yang bersih seperti kain putih bersih,
tidak dinodai oleh mana-mana kotoran pada asalnya, tetapi kerana kita
manusia yang sering lupa kita mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang
mencemarkan jiwa dan fikiran lalu ia menjadi kotor, perlu dibersihkan
dan dijernihkan serta digilap kembali pada landasan yang benar.
Oleh yang demikian, mari kita buang sifat tercela yang ada dalam diri,
kita hiasi dengan sifat-sifat terpuji. Kita bersihkan diri dan
jernihkan jiwa dengan amalan yang merujuk pesan dari al-Quran dan
sunnah, kita jadikan pedoman kisah kehidupan para nabi, sahabat,
tabi`in, atba-tabi`in, kita rujuk amalan alim ulama’ supaya hidup tidak
sia-sia. Allah SWT telah berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang
maksudnya “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. Mari kita ubah cara fikir kita untuk membersih jiwa.
Dalam membersihkan jiwa kita tidak terlepas dengan ilmu pengetahuan.
Orang yang tidak beramal dengan ilmu, pastinya tidak akan berubah.
Mereka tidak dapat membezakan perkara yang hak dan yang batil. Jangan
marah jika disebut jahil, tetapi fahami bahawa jahil merupakan hijab
kebanyakan manusia untuk mendapat kejayaan dalam hidup. Ibarat orang
jahil seperti orang yang berjalan di dalam gelap, akhirnya fikir sendiri
kesudahan perjalanan itu... Sebenarnya ilmu tanpa amal adalah rugi,
manakala amal tanpa ilmu adalah kosong.
Solusi Menuju Kejayaan
Sedar atau tidak, sebenarnya setiap kali azan berkemundang seruan ”hayya ala falah”
sebanyak dua kaliyang dapat diterjemahkan sebagai mari menuju
kemenangan atau kejayaan memberi pengertian yang cukup luas iaitu
kejayaan di dunia dan diakhirat. Orang yang melaksanakan perintah Allah
dan meninggalkan segala larangannya adalah orang yang berjaya dalam
hidup. Ini kerana ukuran kejayaan hidup seseorang ialah sejauhmana kita
taat pada perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Kesempatan hidup
yang jadi milik kita hari ini, jangan disia-siakan. Mari kita fikir
sejenak, adakah bila kita fikir tentang hidup sebenarnya kita fikir
tentang mati, bila kita fikir mati, kita fikir balasan, bila fikir
balasan, kita fikir tempat kesudahan? Kesimpulannya dari fikir dan fikir
kita akan temukan jawapan, kita ingin menjadi hamba Allah yang
berjaya. Kita ingin nikmat dan rahmat-Nya, kita ingin menikmati syurga
Allah tetapi untuk itu semua kita perlu tingkatkan iman dan taqwa, ilmu
dan amal serta tazkiah diri dalam kehidupan bagi mencapai kejayaan hidup
yang hakiki. Orang yang berjaya orang yang kenal diri, tahu tugas dan
tanggungjawab serta tahu tujuan akhir sebuah kehidupan. Mari kita audit
diri apakah yang kita ingin dalam hidup ini?
*Artikel ini telah diterbitkan dalam Majalah Dian.
========================================================
========================================================
Tuhan lahirkan kita kaya & berjaya..... Tapi kenapa ada yang duit tak pernah cukup?
29 June 2011 at 07:26
Salam Semua
Komoditi yang paling penting yang anda ada adalah apa? Ada orang kata duit... Tidak! Komoditi yang paling penting yang kita ada, adalah MASA. Yang kedua penting apa? Yang boleh merubah hidup kita selama-lamanya? Ada lagi orang jawab duit..... Bukan! Yang kedua penting adalah ILMU. Tanpa ilmu samada secara formal atau tidak, kita tidak akan tahu bagaimana untuk memaksimakan hidup kita. Yang ketiga penting? KUASA. Ya, tenaga yang Tuhan telah berikan kepada kita pada minda kita, hati kita, pada mulut kita untuk bercakap dan yang paling power ialah Kuasa Bertindak yang ada pada kita.
Dengan 3 komoditi ini, anda bakal merubah hidup anda daripada "biasa-biasa" menjadi "Luar Biasa"!
Ramai orang yang memilih untuk hanya menjadi "pelakon tambahan" di dalam filem kehidupan mereka sendiri! Anda? Yalah, ramai orang yang pilih untuk hidupnya "biasa-biasa" dan perjalanan hidupnya ditentukan oleh orang lain. Ramai yang sepatutnya hidup lebih kaya & berjaya daripada apa yang mereka ada sekarang bukan sahaja untuk dirinya atau keluarganya tetapi supaya mereka dapat membantu lebih ramai yang lain yang memerlukan seperti anak yatim, sekolah tahfiz, ibu tunggal dan lain-lain tetapi ramai yang "rasa selesa" dengan apa yang mereka ada.... Selesalah sangat!
Satu ujian di makmal sekolah telah dilakukan satu ketika dahulu di mana ada seekor katak yang telah diletakkan di dalam bekas air yang mendidih, apa jadi? Melompatlah katak tu keluar daripada air yang menggelegak tu!
Satu lagi ujian telah dibuat di mana, seekor katak di letakkan terlebih dahulu di dalam penunu bunsen sebelum beberapa ketulan ais diletakkan di atas katak tersebut; seronoklah katak tersebut kerana sejuuuuk. Tidak lama kemudian, penunu bunsen tersebut dipanaskan sehingga ais menjadi cair dan kemudian menjadi air yang menggelegak!
Apa jadi dengan katak tersebut? Ia terus "bertahan" di dalam penunu bunsen tersebut dan tidqk mahu berganjak sehingga akhirnya mati di dalam air yang panas itu!
Moralnya ialah, ramai orang yang lebih rela mati di dalam situasi yang mereka rasa "selesa" dan tidak mahu bertindak keluar atau merubah situasi mereka kepada lebih baik lagi....
Mereka telah biasa hidup "biasa-biasa" dengan kehidupan yang "biasa-biasa" sedangkan sebenarnya mereka berpotensi untuk hidup "luar biasa"!
Macamana saya tahu? Sebab saya pernah hidup "biasa-biasa" dahulu dan saya telah bercakap kepada lebih 100,000 orang sepanjang 3 tahun ini serta melihat bagaimana surirumah yang "biasa-biasa, tiada pendapatan, tetapi hidupnya berubah menjadi surirumah yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan setelah 4 bulan sertai program Seminar Hidup Luar Biasa tahun lepas!
Dan banyak lagi kisah perubahan hidup yang saya telah saksikan berlaku kepada mereka yang mahu memperbaiki hidup mereka!
97% orang gagal bukanlah kerana mereka tidak pandai atau belajar tinggi atau berbakat besar tetapi, 97% orang gagal kerana mereka adalah GAGAL BERTINDAK serta TIDAK YAKIN dengan potensi diri mereka yang sebenar yang dianugerahkan Ilahi.....
Berapa ramai daripada anda yang merasakan yang anda sebenarnya sepatutnya hidup lebih bahagia, lebih kaya, lebih berjaya daripada sekarang dan bukan hidup penuh dengan tekanan kewangan?
Berapa ramai daripada anda yang merasakan anda sebenarnya mempunyai banyak potensi terpendam?
Berapa ramai daripada anda yang agak struggling dengan kerjaya anda, kewangan anda atau perniagaan anda?
Saya pakar perunding potensi diri dan saya tidak meminta anda mempercayai saya. Apa yang saya minta ialah anda bertindak hadir ke Seminar Hidup Luar Biasa bersama saya dan Afdlin Shauki di 4 lokasi terakhir di Berjaya Times Square Convention, Kuala Lumpur pada 2 Julai 2011 Sabtu ini pukul 9 pagi serta The Zone, Johor Bahru pada 3 Julai 2011, Grand Bluewave Hotel, Shah Alam pada 9 Julai 2011 dan terakhir di Tropicana Grand Ballroom di Melaka apda 10 Julai 2011.
Bermula ahad lepas, saya memberikan tiket tambahan 3,000 keping tiket tanpa yuran kursus RM450/orang, anda hanya perlu bayar kos pengurusan sebanyak RM30/orang di mana-mana 4 lokasi yang terakhir. Anda hanya perlu hubungi 019/013-2442244/019-2442400 atau layari www.HidupLuarBiasa.com.
Jangan lepaskan peluang untuk anda melihat-lihat apakah sebenarnya potensi anda serta betul ke anda sebenarnya layak untuk hidup lebih luar biasa daripada sekarang?
Afdlin Shauki juga akan berkongsi dengan anda tentang perjalanan jatuh bangun hidupnya yang tidak pernah dikongsikan di mana-mana media selama ini.
Saya tidak boleh menjamin hidup anda akan berubah tetapi yang pastinya jika tiada ilmu, mentor dan sistem, lagi susah untuk merubah hidup seseorang menjadi hidup luar biasa!
Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah nasibnya sendiri!
Jumpa saya dan Afdlin nanti! Ingat 97% orang gagal adalah kerana mereka ...........? (Gagal bertindak)
Azizan Osman
Mentor kekayaan & kejayaan
P/S Tidak ada sesiapa yang boleh memaksa anda untuk melakukan sesuatu, ianya pilihan anda. Tetapi pilihan kitalah yang menentukan masa depan kita. Anda boleh pilih untuk gunakan masa, tenaga dan wang anda untuk menonton wayang atau anda boleh gunakan masa, tenaga dan wang anda untuk mengetahui bagaimana hidup anda boleh berubah menjadi luar biasa dalam masa yang singkat sebagaimana ramai yang lain yang telah merubah hidup mereka. Ilmu yabg bakal anda pelajari nanti mungkin menjadikan anda berubah hidup selama-lamanya tetapi mungkin tidak. Tetapi anda tidak akan tahu melainkan anda find out sendiri nanti. Jangan percaya cakap saya atau sesiapa sahaja sehingga anda sendiri datang dan dengar sendiri, betul ke mamat ni dah bantu ramai orang untuk ubah hidup mereka?
Seeing is believing!
Komoditi yang paling penting yang anda ada adalah apa? Ada orang kata duit... Tidak! Komoditi yang paling penting yang kita ada, adalah MASA. Yang kedua penting apa? Yang boleh merubah hidup kita selama-lamanya? Ada lagi orang jawab duit..... Bukan! Yang kedua penting adalah ILMU. Tanpa ilmu samada secara formal atau tidak, kita tidak akan tahu bagaimana untuk memaksimakan hidup kita. Yang ketiga penting? KUASA. Ya, tenaga yang Tuhan telah berikan kepada kita pada minda kita, hati kita, pada mulut kita untuk bercakap dan yang paling power ialah Kuasa Bertindak yang ada pada kita.
Dengan 3 komoditi ini, anda bakal merubah hidup anda daripada "biasa-biasa" menjadi "Luar Biasa"!
Ramai orang yang memilih untuk hanya menjadi "pelakon tambahan" di dalam filem kehidupan mereka sendiri! Anda? Yalah, ramai orang yang pilih untuk hidupnya "biasa-biasa" dan perjalanan hidupnya ditentukan oleh orang lain. Ramai yang sepatutnya hidup lebih kaya & berjaya daripada apa yang mereka ada sekarang bukan sahaja untuk dirinya atau keluarganya tetapi supaya mereka dapat membantu lebih ramai yang lain yang memerlukan seperti anak yatim, sekolah tahfiz, ibu tunggal dan lain-lain tetapi ramai yang "rasa selesa" dengan apa yang mereka ada.... Selesalah sangat!
Satu ujian di makmal sekolah telah dilakukan satu ketika dahulu di mana ada seekor katak yang telah diletakkan di dalam bekas air yang mendidih, apa jadi? Melompatlah katak tu keluar daripada air yang menggelegak tu!
Satu lagi ujian telah dibuat di mana, seekor katak di letakkan terlebih dahulu di dalam penunu bunsen sebelum beberapa ketulan ais diletakkan di atas katak tersebut; seronoklah katak tersebut kerana sejuuuuk. Tidak lama kemudian, penunu bunsen tersebut dipanaskan sehingga ais menjadi cair dan kemudian menjadi air yang menggelegak!
Apa jadi dengan katak tersebut? Ia terus "bertahan" di dalam penunu bunsen tersebut dan tidqk mahu berganjak sehingga akhirnya mati di dalam air yang panas itu!
Moralnya ialah, ramai orang yang lebih rela mati di dalam situasi yang mereka rasa "selesa" dan tidak mahu bertindak keluar atau merubah situasi mereka kepada lebih baik lagi....
Mereka telah biasa hidup "biasa-biasa" dengan kehidupan yang "biasa-biasa" sedangkan sebenarnya mereka berpotensi untuk hidup "luar biasa"!
Macamana saya tahu? Sebab saya pernah hidup "biasa-biasa" dahulu dan saya telah bercakap kepada lebih 100,000 orang sepanjang 3 tahun ini serta melihat bagaimana surirumah yang "biasa-biasa, tiada pendapatan, tetapi hidupnya berubah menjadi surirumah yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan setelah 4 bulan sertai program Seminar Hidup Luar Biasa tahun lepas!
Dan banyak lagi kisah perubahan hidup yang saya telah saksikan berlaku kepada mereka yang mahu memperbaiki hidup mereka!
97% orang gagal bukanlah kerana mereka tidak pandai atau belajar tinggi atau berbakat besar tetapi, 97% orang gagal kerana mereka adalah GAGAL BERTINDAK serta TIDAK YAKIN dengan potensi diri mereka yang sebenar yang dianugerahkan Ilahi.....
Berapa ramai daripada anda yang merasakan yang anda sebenarnya sepatutnya hidup lebih bahagia, lebih kaya, lebih berjaya daripada sekarang dan bukan hidup penuh dengan tekanan kewangan?
Berapa ramai daripada anda yang merasakan anda sebenarnya mempunyai banyak potensi terpendam?
Berapa ramai daripada anda yang agak struggling dengan kerjaya anda, kewangan anda atau perniagaan anda?
Saya pakar perunding potensi diri dan saya tidak meminta anda mempercayai saya. Apa yang saya minta ialah anda bertindak hadir ke Seminar Hidup Luar Biasa bersama saya dan Afdlin Shauki di 4 lokasi terakhir di Berjaya Times Square Convention, Kuala Lumpur pada 2 Julai 2011 Sabtu ini pukul 9 pagi serta The Zone, Johor Bahru pada 3 Julai 2011, Grand Bluewave Hotel, Shah Alam pada 9 Julai 2011 dan terakhir di Tropicana Grand Ballroom di Melaka apda 10 Julai 2011.
Bermula ahad lepas, saya memberikan tiket tambahan 3,000 keping tiket tanpa yuran kursus RM450/orang, anda hanya perlu bayar kos pengurusan sebanyak RM30/orang di mana-mana 4 lokasi yang terakhir. Anda hanya perlu hubungi 019/013-2442244/019-2442400 atau layari www.HidupLuarBiasa.com.
Jangan lepaskan peluang untuk anda melihat-lihat apakah sebenarnya potensi anda serta betul ke anda sebenarnya layak untuk hidup lebih luar biasa daripada sekarang?
Afdlin Shauki juga akan berkongsi dengan anda tentang perjalanan jatuh bangun hidupnya yang tidak pernah dikongsikan di mana-mana media selama ini.
Saya tidak boleh menjamin hidup anda akan berubah tetapi yang pastinya jika tiada ilmu, mentor dan sistem, lagi susah untuk merubah hidup seseorang menjadi hidup luar biasa!
Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah nasibnya sendiri!
Jumpa saya dan Afdlin nanti! Ingat 97% orang gagal adalah kerana mereka ...........? (Gagal bertindak)
Azizan Osman
Mentor kekayaan & kejayaan
P/S Tidak ada sesiapa yang boleh memaksa anda untuk melakukan sesuatu, ianya pilihan anda. Tetapi pilihan kitalah yang menentukan masa depan kita. Anda boleh pilih untuk gunakan masa, tenaga dan wang anda untuk menonton wayang atau anda boleh gunakan masa, tenaga dan wang anda untuk mengetahui bagaimana hidup anda boleh berubah menjadi luar biasa dalam masa yang singkat sebagaimana ramai yang lain yang telah merubah hidup mereka. Ilmu yabg bakal anda pelajari nanti mungkin menjadikan anda berubah hidup selama-lamanya tetapi mungkin tidak. Tetapi anda tidak akan tahu melainkan anda find out sendiri nanti. Jangan percaya cakap saya atau sesiapa sahaja sehingga anda sendiri datang dan dengar sendiri, betul ke mamat ni dah bantu ramai orang untuk ubah hidup mereka?
Seeing is believing!
*************************************************************
Dipetik daripada :
http://infowang.blogspot.com/2013/01/kepentingan-mengamalkan-sikap-menabung.html
Kepentingan Mengamalkan Sikap Menabung
Ramai dikalangan mereka yang baru memulakan pekerjaan menghadapi masalah
untuk menyimpan wang. Gaji setiap bulan habis dibelanjakan tanpa
mengetahui di mana wang telah dibelanjakan. Bila dicongak lepas bayar
rumah sewa, bil handphone, beri pada mak dan abah dan sebagainya, ia
habis bila sampai hujung bulan. Ia juga terjadi pada diri saya ketika
saya mula-mula memulakan pekerjaan pada tahun 1999.
Kesedaran mula timbul untuk mula menabung dan mula menyimpan secara
potongan gaji setelah mendapat nasihat daripada mak saya dan ia saya
lakukan selepas saya bekerja selama 4 tahun. Ia satu jangka masa yang
agak lama sebenarnya. Mak saya berpesan tak kisahlah berapa banyak wang
yang akan disimpan sebulan, janji kita ada membuat menyimpan. Pakar
kewangan mengesyorkan agar menyimpan 10% daripada hasil pendapatan
bulanan kita secara tetap sebelum kita mencongak untuk perbelanjaan dan
bayaran lain.
Alhamdulillah berkat nasihat dari mak saya, simpanan semakin bertambah
hasil dari potogan gaji tu. Yelah...tanpa disedari wang kita secara
automatik bertambah dari bulan ke bulan. Jika anda seorang usahawan
separuh masa ataupun sepenuh masa lagi lah perlu secara istiqamah
mengamalkan sikap menyimpan wang hasil daripada keuntungan perniagaan
anda. Saya cadangkan anda buka akaun simpanan berlainan antara gaji anda
dan keuntungan perniagaan anda. Itu satu tips tak seberapa dari saya.
Baiklah...untuk post kali ini saya ingin kongsikan kepada anda
kepentingan mengamalkan sikap menabung. Manalah tahu ia akan mengubah
persepsi anda dan mula membuka minda anda untuk mula menyimpan wang demi
masa depan yang baik.
Kepentingan Menyimpan Wang
1) Demi masa depan
Kita sering mendengar nasihat ini " ....menabunglah demi masa depan".
Tanpa kita sedari sebenarnya ramai dikalangan mereka yang telah pencen
dari makan gaji merasa menyesal kerana pada usia muda tidak melakukan
simpanan wang untuk masa depan. Mungkin bagi yang masih merasakan diri
masih muda tidak nampak kelebihan menyimpan wang tetapi ia akan nampak
kepentingannya selepas 20-30 tahun dari sekarang. Anda bagaimana ?
2) Meningkatkan pendapatan
Hasil dari simpanan kita di badan kewangan yang menawarkan dividen
seperti ASB, Unit Trust dan seumpamanya sebenarnya memberi peluang untuk
anda fahami ia bukan sekadar menyimpan. Bayangkan jika anda congak
hasil simpanan anda setahun, andaikanlah RM1200 setahun maka keuntungan
simpanan untuk dividen tahunan sebanyak 2% pun dah cukup menguntungkan
iaitu sebanyak RM24 setahun. Jika sampai 20 tahun anda tetap menyimpan
secara tetap sebanyak RM100 sebulan, keuntungan simpanan anda telah
bertambah sehingga RM480 menjadikan jumlah simpanan anda sebanyak
RM24480. Terujakah anda ?
3) Sikap jimat cermat
Anda insyaallah bakal menjadi seorang yang penjimat. Penjimat di sini
bukanlah sampai tahap kedekut sehingga perbelanjaan harian menjadi
masalah. Jangan sampai orang menggelarkan sebagai bakhil lagi kedekut.
Macammana tu ? Harap takdelah sampai macam tu yer. Ameeennnn...
4) Kecemasan
Sebagai manusia kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku di masa depan
melainkan Allah. Kita tidak tahu bila masa kita, kedua orang tua kita
(bagi yang masih ada), keluarga dan adik beradik akan ditimpa musibah.
Tak mungkin pada masa tu kita akan meminjam dari rakan-rakan kita. Dah
tentu mereka akan anggap kita ni 'pokai' kan walaupun sama-sama bekerja.
Masa nilah kita akan tahu kepentingan menyimpan.
5) Modal perniagaan
Sampai satu tahap umur mengikut kajian iaitu pada umur 40 tahun
kebiasannya mereka yang makan gaji akan mula berfikir untuk memulakan
perniagaan sendiri untuk lari daripada makan gaji. Pada masa ini jika
kita telah melakukan simpanan pada awalnya maka ia memudahkan kita untuk
membuat pelaburan dalam bidang perniagaan pula.
6) Memiliki aset hartanah
Jika anda berhasrat untuk memiliki aset hartanah seperti rumah, ia
memerlukan modal yang agak besar sebagai permulaan. Wang pendahuluan dan
kos guaman agak tinggi perlu disediakan. Jika anda dapat membuat
bayaran tersebut tanpa menggunakan KWSP melainkan anda menggunakan wang
simpanan semata-mata pasti ia satu kelebihan buat diri anda berbanding
dengan yang lain.
7) Pendidikan anak-anak dan hiburan
Kerajaan telah sediakan satu tabungan untuk pendidikan anak-anak seperti
SSPN kepada rakyat. Pendidikan adalah paling penting untuk sesiapa
sahaja. Lebih-lebih lagil untuk masa depan anak-anak. Ibu bapa mana yang
tak ingin memberi satu pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka
kan.
Dari segi hiburan pula saya cadangkan anda tetapkan simpanan untuk
melancong di mana anda boleh berbincang dengan isteri anda untuk
wujudkan satu akaun simpanan khas untuk pelancongan keluarga.
Persetujuan kedua-dua pihak amat penting bagi merealisasikannya terutama
bagi suami isteri yang bekerja. Pasti keseronokan akan terhasil demi
kebahagiana keluarga khasnya.
Kesimpulannya, setiap hasil yang kita perolehi hendaklah kita 'tanam'
azam untuk menyimpan dan mula lakukan ia secara istiqamah. Buat
permulaan mungkin ia agak sukar untuk dilakukan dan dengan sedikit
pendedahan dan ilmu tentang kewangan pasti ia bakal merubah objektif
anda untuk menukar tabiat boros kepada tabiat menyimpan.
Masih ingatkah anda dengan perkataan ini " Sikit-sikit lama-lama jadi bukit" ?
Sekian. Terima kasih.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Motivasi Blogging: Antara Minat Dan Duit
Motivasi Blogging: Antara Minat Dan Duit
Menulis merupakan satu aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada ramai umat manusia. Pada masa yang sama, aktiviti ini juga boleh memberi tekanan kepada si penulis jika asas dan niat ketika awal mula menulis tidak betul.“..buat apa yang kita minat, ianya lebih mudah”Petikan kata-kata di atas sering diungkapkan daripada mereka yang telah lama di dalam industri. Persoalannya, sejauh manakah kebenaran disebalik petikan kata-kata ini? Adakah ianya benar-benar boleh berlaku dan mudah buat kita? Selarikah jiwa kita dengan kenyataan tersebut?
Baca juga: Mengapa Anda Perlu Minat Menulis dan Bijak Meniru
Baik. Untuk menjawab soalan ini. Ada beberapa perkara yang wajar kita perhalusi terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kesimpulan. Ini adalah penting kerana setiap daripada kita mempunyai keistimewaan, kekurangan dan gerak kerja masing-masing yang sedikit sebanyak boleh memberikan kesan kepada perkara yang sedang kita bincangkan ini.
Audit Diri Sendiri
Menulis apa yang kita minat itu merupakan satu bonus, anugerah Tuhan yang cukup besar. Namun, minat semata-mata tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan mahukan pulangan (wang) semata-mata boleh membawa kesan yang besar.Baca juga: Tak Pandai Menulis, Anda Tiru
Sikap malas, suka mengharapkan pertolongan orang lain, tidak mahu usaha dan mahu duduk ‘goyang kaki’ sahaja adalah mustahil. Sebagai seorang penulis yang benar-benar mahu serius dengan blog, sikap ini harus dibuang awal-awal lagi.
Tiada Hasil, Esok Tutup Kedai
Mewujudkan sebuah blog yang boleh menjadi mesin wang kepada si pemiliknya menagih keringat dan strategi luar biasa hebat. Proses menyediakan kandungan yang berkualiti, mengupah ‘mak andam’ untuk kosmetik blog dan membina komuniti yang begitu fanatik dengan jenama blog itu memakan masa yang lama.Jadi, adalah penting di sini untuk para penulis blog benar-benar faham, blog bukan satu mesin wang yang boleh memberi pulangan pelaburan dalam masa yang singkat. Melainkan, anda mengamalkan teknik-teknik jahat yang pada akhirnya boleh memakan diri sendiri. Anda boleh mewah seketika, kelak sesal tak sudah.
Tulis Dengan Niat Ingin Membantu
Meletakkan matlamat wang semata-mata boleh menjadikan kita terlalu terdesak. Oleh yang demikian, sebaik-baik matlamat dalam aktiviti penulisan blog adalah untuk membantu lebih ramai orang di luar sana.Apabila kita mula meletakkan matlamat ini, nafsu dan emosi kita juga tidak akan terseksa. Malah, kita lebih bahagia. Pulangan dalam aktiviti blogging itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Hadirnya rezeki ini kelak adalah suatu bonus, pembakar semangat untuk kita terus bersungguh-sungguh membantu lebih ramai orang.
Kesimpulannya, minat yang disokong dengan niat yang tepat dan tidak berlandaskan wang semata-mata boleh memberikan motivasi berteruskan kepada anda. Kuasai minat anda sepenuhnya, bertindak berlandaskan niat dan kecapi kebahagiaan menulis sedikit demi sedikit.
Kredit foto: seanmcgrath.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dipetik daripada :
http://infowang.blogspot.com/2013/01/di-mana-anda-akan-lakukan-pelaburan.html
Di mana Anda Akan Lakukan Pelaburan ?
Salam hormat kepada anda kerana sudi menjengah blog ini. Kali ini saya
ingin kongsikan maklumat ringkas tentang pelaburan yang harus anda
lakukan. Perbanyakkan ilmu tentang pelaburan dengan
membaca buku-buku, majalah, surat khabar dan sebagainya untuk anda
menentukan pelaburan yang betul dan tepat. Ilmu tentang pelaburan ni
perlulah diperhalusi serta merujuk pakar-pakar pelaburan yang sah.
Terdapat beberapa jenis pelaburan dan ini menjadi faktor yang menentukan di mana harus anda melaburkan wang anda.
Sudah tentulah faktor yang perlu difikirkan sebelum membuat pelaburan
adalah membuat penyelidikan tentang pelaburan yang anda ingin lakukan,
mempertimbangkan risiko yang mungkin dihadapi, dan menentukan gaya
pelaburan yang menepati matlamat kewangan anda.
Jika anda ingin membeli sebuah kereta, anda akan melakukan sedikit
kajian tentang kereta tersebut sebelum anda membelinya bukan. Anda tidak
akan membeli kereta tersebut selagi mana anda tidak melihat
sedalam-dalamnya serta tidak memandu uji kereta yang ingin anda beli.
Konsep pelaburan juga sama seperti ini. Anda faham maksud saya bukan ?
Anda tentu akan berusaha mempelajari ilmu pelaburan
sebanyak mungkin dan juga ingin mengetahui bagaimana seseorang pelabur
yang berjaya boleh melakukannya. Itu adalah perkara normal yang
dilakukan oleh bakal pelabur !
Sebagai bakal pelabur, anda seharusnya membaca apa-apa sahaja ilmiah
yang berkaitan pelaburan...dan mulakan dengan membuat pelaburan
buku-buku dan laman web terlebih dahulu. Laman web seperti blog yang
boleh membantu mendapatkan informasi dan kongsikan kepada umum.
Ataupun..sebaliknya anda akan kehilangan banyak wang pelaburan yang
tidak disangka akan berlaku tanpa melakukan langkah ini.
Akhir sekali berbincanglah dengan perancang kewangan anda. Luahkan
kepada mereka apakah matlamat kewangan anda dan minta pendapat
mereka...inilah yang telah dilakukan oleh ramai pelabur diluar sana !
Perancang kewangan yang baik pula akan mudah membantu anda bagi
menentukan hala tuju pelaburan anda, dan melakukan perancangan demi
mencapai matlamat kewangan anda. Ramai dikalangan mereka pasti mengajar
kepada anda dan anda cuma perlu tumpukan perhatian terhadap apa yang
mereka cuba sampaikan sahaja !
Sampai di sini dahulu perkongsian saya dan jumpa lagi.
Selamat mencuba !