Dipetik daripada : http://sarungcincin.blogspot.com/2009/06/hukum-bersanding-mengikut-perspektif.html
Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam
Posted by Meor Shukri on 1:05 PM
Biasanya bila kita adakah majlis perkahwinan,
selalunya ada upacara persandingan mempelai, sama ada belah lelaki atau
perempuan. Tapi, apa sebenarnya yang islam telah gariskan mengenai
persandingan ini, boleh ker? Tak boleh ker? Haram ker...atau apa hukum
persandingan ni sebenarnya. Jom kita baca artikel kat bawah.1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.
3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
Hukum Islam Terhadap Persandingan
1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.
3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)
6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)
7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dipetik daripada : http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/05/hukum-bersanding.html
BERSANDING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Saya diminta untuk membahaskan tentang hukum bersanding menurut perspektif Islam. Saya mohon maaf kepada saudara/i yang bertanyakan tentang perkara ini kerana tidak dapat menjawab dengan cepat. Perkara ini perlukan penelitian yang lengkap .Di tambah pula dengan kesuntukan waktu dan hambatan peperiksaan yang semakin hampir.Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya menyiapkan serba sedikit tentang perbahasan ini. Jika dilihat pada tajuk bersanding ini, sudah terlalu lama perkara ini dibahaskan. Cuma disebabkan jawapan-jawapan yang diberikan , dikatakan tidak memuaskan hati maka soalan sebegini dipersoalkan semula. Saya tidak mengatakan bahawa penjelasan yang akan saya berikan ini akan benar-benar memuaskan hati sidang pembaca sekalian. Satu perkara yang perlu kita letakkan di dalam hati sanubari kita ialah meletakkan hukum Allah dan RasulNya lebih hadapan daripada hawa nafsu dan kehendak kita sendiri.Jika kita membahaskan tentang hukum semata-mata untuk mencari jalan keluar demi memuaskan kehendak kita maka itu bukanlah dituntut. Sebaiknya ilmu dan pengetahuan dituntut untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah taala dan menjauhkan perkara yang dilarang .
Sebelum berbincang lebih panjang elok kiranya kita menyatakan apakah maksud sebenar bersanding. Seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mukasurat 1385 bersanding ialah duduk bersebelah-sebelahan (berjajar,berdamping,spt pengantin di atas pelamin).
SEJARAH DAN ASAL USUL PERSANDINGAN
Sejarah persandingan pula tidak diterangkan secara jelas di dalam kitab-kitab sejarah. Sebahagian mengatakan bahawa persandingan ialah adat yang dilakukan oleh bangsa Melayu sejak zaman dahulu.Sebahagian lagi mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India.Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
HUKUM DAN PERBAHASAN
Jika dinilai pada maksud sebenar bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tersebut maka ianya adalah HARUS. Sekadar pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tiada masalah padanya. Cuma jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang seperti disediakan pelamin yang mahal, wanita berhias berlebih-lebihan serta tidak menutup aurat , adat bertepung tawar dan sebagainya maka perkara seperti ini perlu dibahaskan satu persatu secara terperinci.
PELAMIN
Berkenaan dengan pelamin yang mahal maka ianya tidaklah dituntut di dalam Islam. Walaupun kita kaya sekalipun maka tetap disarankan agar kita bersederhana di dalam berbelanja.Ramai yang menggunakan hujah bahawa pelamin sebegini perlu dilaksanakan sebagai kenang-kenangan untuk masa hadapan dan sebagainya. Hujah-hujah sebegini tidaklah boleh diterima pakai kerana lebih menjurus kepada hawa nafsu. Hukum dan saranan Baginda sallallahu alaihi wasallam sepatutnya lebih kita turuti.
Tetapi jika cuma disediakan tempat untuk bergambar bersama pengantin dan tempat tersebut dihias dengan seadanya, maka beberapa adab perlu diraikan.Antaranya ialah tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita, wanita wajib menutup aurat di hadapan lelaki yang ajnabi( yang boleh dikahwininya) dan begitu juga golongan lelaki ,wajib bagi mereka menutup aurat di hadapan wanita ajnabiah. Jika kesemua perkara ini diraikan maka tiadalah masalah padanya.
Kesimpulan tentang hukum pelamin ini ialah kita melarang berlakunya pembaziran dan percampuran lelaki dan perempuan yang berlaku seperti zaman sekarang. Tetapi jika semua perkara tersebut boleh kita elakkan maka hukumnya adalah HARUS.
Sebelum kita membahaskan lebih panjang sebaiknya kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan membazir. Di dalam bahasa arab terdapat dua kalimah yang digunakan iaitu الإسراف dan التبذير. Sebahagian ulama mengatakan bahawa kedua-dua kalimah ini maksudnya adalah sama.
Al-Imam al-Jurjani rahimahullah mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
Kata Guru kami yang mulia, Yusri Rushdi Al-Sayyed Jabr Al-Hasani di dalam satu kuliah beliau:
“Contoh mudah bagi al-Israf ialah seperti kita memerlukan untuk seminggu kehidupan kita sebanyak sekilo daging,tetapi kita membeli sebanyak 2 kilo daging maka ini dinamakan Israf.Manakala al-Tabzir ialah kita mengeluarkan walau sedikit wang untuk membeli perkara yang diharamkan maka ianya dikira al-Tabzir.Seperti membeli sebatang rokok yang berharga 50 qurush(matawang mesir lebih kurang 30 sen Malaysia) maka ini dinamakan al-Tabzir”
Kedua-dua perkara yang kita sebutkan ini adalah dicela dan tidak dituntut di dalam Islam. Jika berlebih-lebihan didalam perkara yang harus seperti contoh yang kita berikan tidak dituntut maka lebih-lebih lagi jika perkara itu menjurus kepada haram.
BERTEPUNG TAWAR DAN MENABUR BERAS KUNYIT
Ini merupakan adat turun-temurun yang dilakukan ketika majlis persandingan dilangsungkan. Sepanjang pembacaan saya tentang perkara ini , antara tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh-roh jahat dam sebagainya.
Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas HARAM. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:
عن
أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى
عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu katanya: Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam.
Perkara-perkara sebegini wajib ditegah berlaku di dalam masyarakat Muslim.
Alternatifnya, kita boleh melaksanakan majlis doa selamat bagi mendoakan kepada kedua pengantin agar dipelihara oleh Allah taala daripada sebarang kecelakaan. Maka ini sangat-sangat dituntut di dalam Islam.
WANITA BERHIAS DAN TIDAK MENUTUP AURAT
Bersanding dikatakan tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi.Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabi walaupun bukan dengan tujuan syahwat. Ini jika tiada sebab yang mengharuskan bagi seorang lelaki tersebut melihat kepada wanita ajnabiah. Jika mempunyai sebab yang dibenarkan syarak seperti meminang, di dalam majlis pengajian, berubat dan ketika jual beli maka tiadalah masalah untuk lelaki ajnabi melihat kepada wanita ajnabiah.
Jika ada golongan yang mengatakan bahawa tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin. Maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat adab-adab yang kita sebutkan sebelum ini diraikan . Jika perkara ini diraikan maka syarak tidaklah menghalang perkara ini dilaksanakan.
Masalah aurat juga perlu dititik-beratkan oleh pengantin dan orang ramai yang hadir.Firman Allah taala di dalam surah al-Nur ayat 31:
وَلا
يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ
بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ
لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ
أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ
بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ
مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ
مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ
النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ
مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا
الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya.
Ayat ini sangat jelas menunjukkan arahan daripada Allah taala supaya menutup aurat.
ETIKA PEMAKAIAN
Antara syarat-syarat pakaian bagi wanita dan lelaki ialah:
1. Mestilah pakaian tersebut daripada jenis yang menghalang daripada orang mengetahui warna kulitnya. Ini bermakna, seseorang tersebut tidak boleh memakai pakaian yang nipis sehingga orang boleh mengetahui warna kulitnya.
2. Mestilah pakaian tersebut menutup keseluruhan aurat lelaki dan wanita tersebut.
3. Mestilah pakaian yang dipakai tidak membolehkan orang mengetahui bentuk tubuh dan auratnya iaitu tidak ketat.
Kebanyakkan orang pada zaman sekarang tidak memahami masalah menutup aurat ini dengan baik. Maka mereka melakukan kesilapan dalam keadaan mereka tidak sedar. Ketiga-tiga syarat yang kita sebutkan perlulah diraikan kesemuanya. Jika kurang salah satu daripada syarat-syarat tersebut maka seseorang tersebut masih dikira tidak menutup aurat. Kita mendapati ada golongan yang berpakaian ketat dan bilamana kita melarangnya maka mereka mengatakan bahawa yang penting orang tidak mengetahui warna kulit . Maka ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak faham syarat-syarat berpakaian yang diletakkan oleh syarak.
Maka para pengantin dan orang ramai perlulah meraikan perkara ini. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah berkenaan make-up pengantin. Berhiaslah sekadarnya, berpadalah dengan kecantikan asli yang diberikan Allah kepada kita. Tidak perlu membazir wang menjemput juru solek bagi mengkaburi mata orang lain . Malah kita bimbang termasuk di dalam ayat Allah taala di dalam surah al-Ahzab ayat 33:
وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
Maksudnya: Janganlah kamu bertabbarruj sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah pada zaman dahulu.
WARNA PAKAIAN
Masalah warna pakaian juga menjadi perbahasan dikalangan orang ramai. Adakah syarat-syarat tertentu bagi warna pakaian bagi wanita? Menurut Syeikh Ali Jum’ah Hafizahullah di dalam kitabnya Fatawa Asriyah(Fatwa semasa) warna tidaklah ditetapkan oleh syarak bagi wanita cuma yang wajib bagi mereka ialah mengikut syarat-syarat yang diletakkan oleh syarak di dalam etika berpakaian .
Syarat berpakaian ialah seperti yang telah disebutkan oleh saya sebelum ini.
Pendapat yang mengatakan bahawa wanita perlulah memakai warna yang gelap-gelap agar manusia tidak memandang kepada mereka tidaklah terlalu tepat. Ini kerana ada terdapat golongan manusia yang menyukai warna yang gelap. Maka mereka tetap akan memandang kepada wanita yang berpakaian gelap.
KESIMPULAN
Setelah kita membahaskan hukum bersanding ini , saya mengharapkan sidang pembaca dapat memahami dengan sebaiknya tentang perkara ini. Hukum asalnya adalah harus.Cuma perkara-perkara yang berlaku disebaliknya yang menyebabkan ianya menjadi haram seperti bertepung tawar, jampi serapah, percampuran bebas wanita dan lelaki, membuka aurat dan pembaziran. Jika kesemua perkara ini dapat kita elakkan maka tiadalah masalah bagi kita meraikan adat tersebut.Jika perkara yang kita sebutkan ini tidak dapat diraikan maka hukumnya tetap menjadi haram. Wallahu a’lam.
Rujukan:
1. حكم الإسلام في النظر و العورة oleh Syeikh Muhammad Adib Kalkal.Cetakan Maktabah al-Arabiah.
2. فقه الألبسة و الزينة oleh Syeikh Abdul Wahab Abdul Salam Thawilah.Cetakan Darul Salam Kaherah.
3. الكلم الطيب oleh Syeikh al-Allamah Ali Jumaah .Cetakan Darul Salam.Jilid Pertama.
4. موسعة الأسرة تحت رعاية الإسلام oleh Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah.Cetakan Maktabah Wahbah. Jilid Pertama.
5. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat.
MOHD NAZRUL ABD NASIR,
RUMAH KEDAH,HAYYU 10,
KAHERAH.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dipetik daripada :
http://pakarcinta.com/blog/bolehkan-bersanding-dalam-islam/
Assalamualaikum ustaz, apakah hukum bersanding? Saya melihat di Malaysia ni dah macam jadi adat dan budaya.
Jawapan:
Bersanding adalah salah satu adat yang berlaku di dalam kenduri perkahwinan. Ada pandangan mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India.
Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
Antara matlamat diadakan kenduri kahwin adalah untuk melakukan pengisytiharan bahawa hubungan kedua mempelai adalah sah sebagai suami isteri. Di dalam mengadakan kenduri perkahwinan berkenaan, terdapat beberapa acara termasuklah upacara persandingan.
Bersanding berlaku dengan meletakkan kedua mempelai duduk bersebelahan di tempat yang dipanggil sebagai pelamin yang dihias indah untuk dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.
Untuk mengetahui hukum upacara persandingan di dalam Islam, terlebih dahulu kita perlu mengetahui beberapa acara yang berkaitan dengan persandingan secara jelas bertentangan dengan agama Islam jika ia dilakukan.
1) Penggunaan beras kunyit, jampi mentera semasa berandam, atau ketika mendirikan pelamin kononnya untuk menghalau hantu dan syaitan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.
Maksudnya: “Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut.2) Melakukan beberapa larangan Allah seperti membuang bulu kening, mengikir gigi dalam upacara mengandam:
Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam.”
لعن النبي صلى الله عليه وسلم الواصلة والمستوصلة ، والواشمة والمستوشمة .
الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 5940
خلاصة حكم المحدث: [صحيح]
Bermaksud: “Nabi s.a.w melaknat orang yang menyambungkankan dan meminta rambutnya disambung, orang yang membuat tatto dan orang yang meminta dirinya untuk ditattoo.”3) Berhias untuk membuat penampilan kepada orang ramai sehingga tidak menghiraukan lagi batasan syara’ dalam perhiasan diri seperti pengantin lelaki dipakaikan emas dan sutera, pengantin perempuan berpakaian membuka aurat dan bertabarruj secara jahiliyyah.
وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
(Ahzab 33) .
Firman Allah taala di dalam surah al- Nur ayat 31:
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
(Surah al-Nur 31)
Maksudnya: “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ;4) Melakukan pembaziran di dalam menyediakan kelengkapan untuk persandingan seperti singgahsana pelamin. al-Isra’ 26.
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
“dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.”
(Surah al-Isra’ 26)
Al-Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan. Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
Bersanding harus dengan syarat tidak melibatkan perkara-perkara di atas.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dipetik daripada :
http://ustaznaim.blogspot.com/2009/12/hukum-bersanding-mengikut-perspektif.html
Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam
Persandingan mungkin suatu yang biasa kita dengar dan lihat. Namun, sedarkah kita tentang apa pandangan syarak terhadapnya? Mungkin ramai yang bersetuju pada teorinya...tetapi bila ketika praktikalnya, ramai yang kecundang..termasuklah Ustaz dan Ustazah (yang mengaji agama). Bila ditanya persoalan tu oleh seorang sahabat, saya rasa seperti diketuk kepala..tersedar banyaknya hukum kita ambil mudah..setiap perbuatn kita tidak teliti soal hukum..apabila diselidiki, artikel ini mungkin dapat membantu dan membuka perbincangan..mudah-mudahan kita tidak terjebak ke landasan ciptaan syaitan yang inginkan menyesatkan manusia...1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.
3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
Hukum Islam Terhadap Persandingan
1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.
3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)
6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)
7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam". ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dipetik daripada :
http://melayukini.net/2012/02/hukum-bersanding-dalam-islam/
Hukum Bersanding Dalam Islam
Majlis
persandingan merupakan salah satu adat yang ada dimasukkan dalam acara
majlis perkahwinan. Walaubagaimanapun masyarakat masih tertanya-tanya
lagi, apakah hukum mengadakan majlis persandingan.
By
On February 4, 2012 At 2:30 pm
On February 4, 2012 At 2:30 pm
Hukum Bersanding Dalam Islam | Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup
di hadapan keluarga terdekat atau mahram, ia diharuskan. Ini kerana ada
di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau
memenuhi tuntutan syarak. Tujuan asal majlis bersanding dalam majlis perkahwinan ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.
Memang seharusnya mereka diperkenalkan
sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang
datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah
pasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis perkahwinan yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.
Persoalan yang sangat penting dalam
bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia
budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India.
Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu
pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Disebabkan manusia tidak mengambil berat
terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan.
Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak
menggembirakan Allah SWT.
Itulah masalahnya; manusia hanya akan
mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan
melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.
Hukum Adat Merenjis
Adat merenjis jika ia dilakukan
dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib
buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat
masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka“. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).
Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh
al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang
bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya,
dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan
rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang
menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Musnad
Ahmad)
Dua hadis di atas jelas menunjukkan
kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak
mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari
Islam.
Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.
Memang benar, panel turut mengakuinya.
Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu
tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi
unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.
Artikel ini merupakan penambahan kepada artikel tentang perkahwinan orang Melayu yang lepas iaitu 10 Kemungkaran Bidaah Dalam Majlis Kahwin Melayu (LINK) dan 8 Perkara Bidaah Dalam Perkara Perkahwinan Melayu (LINK). Wallahu ‘Alam.
Melayukini.net -
Dalam bersanding ini yang paling ketara sekali adalah ketika
berlansungnya adat merenjis. Apakah kita faham ia seoalah-olah sebagai
satu cara seperti yang diamalkan oleh agama Hindu. Sudah membuat adat
renjis, selepas itu bersalaman pula pihak pengantin dengan bukan mahram.
Semoga kita lebih berhati-hati dalam hal ini.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dipetik daripada :
http://syahirul.com/walimatul-urus-antara-sunnah-dan-adat/
Walimatul Urus: Antara sunnah dan adat
Posted by admin on May 12, 2011 in islam | 35 comments
Mewujudkan sebuah perkahwinan merupakan
satu langkah yang sangat murni dan sangat-sangat dituntut oleh agama
yang fitrah. Perkahwinan atau ikatan pernikahan adalah sebuah sunnah
yang mulia yang telah dilakukan oleh para Nabi dan Rasul serta generasi
awal dan akhir yang mengikuti petunjuk mereka. Perkahwinan adalah sebuah
fitrah yang telah sedia ditanamkan ke dalam jiwa-jiwa manusia
seluruhnya. Oleh sebab itu, Islam menggalakkan umatnya untuk berkahwin.
Ini tidaklah sebagaimana yang berlaku
kepada sebahagian agama seperti Kristian yang menggalakkan kerahiban dan
pertapaan para sami dari agama budha dan seumpamanya yang melarang
perkahwinan. Malah sebenarnya sebuah perkahwinan merupakan asas
pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni. Dengan perkahwinan,
jiwa-jiwa menjadi tenang, hati menjadi tenteram, populasi manusia
semakin bertambah disebabkan oleh sebuah ikatan percintaan yang halal
lagi sistematik. Sekaligus, ikatan perkahwinan dapat mengawal dari
berlakunya pelbagai bentuk gejala yang tidak sihat seperti perzinaan,
perbuatan homoseksual dan juga pelacuran sebagaimana yang berlaku di era
zaman jahiliyyah sebelum datangnya Islam ke tanah Arab dan kini banyak
berlaku di negara-negara barat pula.
Dengan izin dari Allah s.w.t, tulisan
ini cuba mengupas sebahagian daripada juzuk perkahwinan yang
dimaksudkan. Tulisan ini bakal difokuskan kepada aspek perlaksanaan
majlis perkahwinan atau disebut sebagai walimatul urus. Melihat fenomena
yang banyak berlaku pada akhir-akhir ini di mana majlis-majlis
perkahwinan rata-ratanya dimeriahkan dengan pelbagai adat-adat dan
upacara-upacara tertentu yang meragukan serta mengarahkan kepada
timbulnya beberapa persoalan di sudut agama. Ia sekaligus memerlukan
serta menuntut sebuah penilaian dan pencerahan ke atasnya dilakukan
berpandukan kefahaman agama yang tepat. Lebih menyedihkan, adat-adat dan
pelbagai upacara tersebut telah mula sebati dan popular di kalangan
masyarakat umat Islam hari ini sedangkan ianya masih sangat memerlukan
penilaian ilmiyah dari Al-Quran, As-Sunnah dan manhaj ahlus sunnah
wal-jamaah akan keharusannya.
Apa yang dimaksudkan ini termasuklah
pelbagai bentuk makanan yang dihias dengan pelbagai rupa seakan-akan
patung, upacara persandingan, aneka muzik, acara tari-menari dan
nyanyi-nyanyian, upacara potong kek, adat menyarung cincin, upacara
bergambar dan menggantung gambar, dan seumpamanya. Bentuk-bentuk upacara
seperti ini selain memerlukan belanja yang besar, adakah ia termasuk ke
dalam tuntutan agama atau sebaliknya, atau mungkin pula bertentangan
dengan agama Islam itu sendiri?
Maka di sini timbullah sebuah persoalan,
iaitu sejauh manakah sebenarnya majlis perkahiwinan yang benar-benar
dianjurkan oleh syariat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan
As-Sunnah yang sahih? Adakah majlis perkahwinan itu perlu diadakan
dengan pelbagai aturcara seperti upacara sarung cincin, persandingan,
iringan muzik, dan sesi mengambil gambar (fotografi)? Selanjutnya,
adakah bentuk-bentuk aturcara walimah seperti ini benar-benar menepati
kehendak syariat dan merupakan suatu yang dibenarkan atau sebaliknya?
Sekaligus, adakah tanpa semua upacara tersebut, majlis walimah menjadi
hambar dan tidak absah?
Atas sebab itulah, maka tulisan ini pun
disusun. Dengan izin Allah tulisan ini cuba menyampaikan dan
menggariskan bentuk-bentuk majlis perkahwinan (walimatul urus) yang
bertepatan dengan agama kita yang suci lagi murni. Sekaligus melihat
sejauh manakah kebanyakan majlis perkahwinan yang difahami oleh
masyarakat kita hari ini yang sebenarnya telah banyak ditokok tambah
dengan pelbagai bentuk amalan yang mungkar lagi bercanggah dengan
syariat. Lebih parah, ia turut memberi kesukaran kepada kebanyakan
pasangan yang ingin membina mahligai rumahtangga masing-masing kerana
diikat dengan adat dan upacara tersebut.
Dengan memahami yang mana satu adalah
sunnah dan mana satu merupakan tokok tambah (bukan dari anjuran agama),
dengan izin Allah ia bakal membantu kita semua membezakan di antara
keduanya berdasarkan ilmu. Seterusnya kita akan berupaya menjadikan
sebuah majlis perkahwinan kita, anak-anak kita, dan keluarga baru kita
sebagai sebuah majlis yang berhak mendapat keberkahan dan redha dari
Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan memisahkannya dari apa yang tidak
disyari’atkan (serta yang terlarang).
Definisi Walimatul urus
Kata walimah (الوليمة) diambil dari kata
asal walmun (الولم) yang bererti perhimpunan, kerana pasangan suami
isteri (pada ketika itu) berkumpul sebagaimana yang dikatakan oleh imam
az-Zuhri dan selainnya. Bentuk kata kerjanya adalah awlama (أولم) yang
bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menggambarkan kegembiraan
(ketika pernikahan). Dan walimatul urus (ووليمة العرس) adalah sebagai
tanda pengumuman (majlis) untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan
suami isteri dan perpindahan status kepemilikan. (Imam Muhammad bin
Ismail ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 3/153-154)
Menurut Imam Ibnu Qudamah dan Syaikh Abu
Malik Kamal as-Sayyid Salim, “Al-Walimah merujuk kepada istilah untuk
makanan yang biasa disajikan (dihidangkan) pada upacara (majlis)
perkahwinan secara khusus.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 15/486 – Maktabah
Syamilah. Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Shahih Fiqhus Sunnah wa
Adillatuhu wa Taudhih Mazahib al-Arba’ah, 3/182 – Maktabah
at-Tauqifiyyah, Cairo)
Manakala sebahagian ulama dari kalangan
mazhab Ahmad dan selainnya menyatakan, “Bahawasanya walimah merujuk
kepada segala bentuk makanan yang dihidangkan bagi meraikan kegembiraan
yang berlangsung.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 15/486)
Dari penjelasan definisi ini dapat kita
fahami bahawa yang dimaksudkan dengan walimatul urus itu adalah jamuan
makan yang diadakan bagi meraikan pernikahan pasangan pengantin.
Ini adalah sebagaimana hadith yang
diriwayatkan oleh Anas r.a, di mana beliau berkata, “Ketika tiba waktu
pagi hari setelah Nabi s.a.w menjadi seorang pengantin dengannya (Zainab
bin Jahsy), beliau mengundang masyarakat, lalu mereka dijamu dengan
makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.” (Hadith Riwayat
al-Bukhari, Kitab an-Nikah, Bab: al-Walimah, 16/152, no. 4768)
Juga perkataan Nabi s.a.w kepada
‘Abdurrahman bin ‘Auf apabila Nabi mengetahui ‘Abdurrahman baru sahaja
bernikah, “Laksanakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab an-Nikah, Bab: Adakan Walimah Walau
Dengan Seekor Kambing, 16/154, no. 4769)
Perkataan Anas r.a di mana beliau
menyatakan, “Ketika Rasulullah s.a.w menikahi seorang perempuan, beliau
meminta aku supaya mengundang beberapa orang (lelaki) untuk makan.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab an-Nikah, 16/157, no. 4772)
Hukum Mengadakan Walimatul Urus
Imam ash-Shan’ani rahimahullah
menjelaskan: “Imam Ahmad berkata, “Walimah itu hukumnya sunnah”. Menurut
jumhur, walimah itu disunnahkan. Ibnu Baththal berpendapat, “Aku tidak
tahu apabila ada ulama yang mewajibkan, mungkin dia tidak tahu perbezaan
ulama tentang hukum tersebut”. Jumhur mengatakan hukumnya sunnah
berdasarkan pendapat asy-Syafi’i rahimahullah. (Imam Muhammad bin Ismail
ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 726, Darus Sunnah)
Manakala sebahagian pendapat
mengatakannya sebagai wajib seperti pendapat mazhab Zahiri sebagaimana
yang dijelaskan di dalam Subulus Salam, asy-Syafi’i di dalam al-Umm, dan
juga pendapat Syaikh al-Albani di dalam Adabuz Zifaf.
Ada pun pendapat yang terpilih adalah
sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah: “Tiada
perbezaan pendapat di antara ahli ilmu, bahawasanya hukum walimah di
dalam majlis perkahwinan adalah sunnah dan disyari’atkan (sangat
dituntut), bukan wajib.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, jil 7, m/s. 2)
Siapa Yang Mengadakan Walimah
Walimah dilaksanakan dan diselenggarakan
oleh suami. Ini adalah sebagaimana perbuatan Nabi s.a.w sendiri dan
turut dicontohi oleh para sahabat-sahabatnya yang lain.
Dari Anas r.a, beliau berkata: “Ketika
Rasulullah s.a.w menikahi seorang perempuan, beliau mengutuskan aku
untuk mengundang beberapa orang untuk makan.” (Hadith Riwayat
al-Bukhari, at-Tirmidzi, no. 3219)
Juga dari Anas r.a, beliau menjelaskan:
‘Abdurrahaman berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja
bernikah dengan seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas
sebesar biji kurma)”. Rasulullah s.a.w bersabda: “Semoga Allah
memberkahimu, adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelih
seekor kambing”.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5169)
Berdasarkan hadith ini, Rasulullah telah
memerintahkan ‘Abdurrahman bin ‘Auf supaya mengadakan walimah. Walaupun
begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing
tetapi ia dilakukan bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini adalah
kerana Nabi s.a.w sendiri pernah melaksanakan walimah untuk Shafiyah
dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju
dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Rujuk Hadith
Riwayat al-Bukhari, no. 2048)
Waktu Walimah
Imam al-Mawardi dari mazhab asy-Syafi’i
menjelaskan bahawa waktunya adalah setelah selesai akad pernikahan dan
setelah kedua pasangan bersama.
Ibnu as-Subki berkata: “Yang
diriwayatkan dari perbuatan Nabi s.a.w bahawa walimah itu
diselenggarakan setelah berhubungan (pasangan bersama), berdasarkan
hadith pernikahan di antara Nabi dengan Zainab binti Jahsy iaitu
berpandukan perkataan Anas “di pagi harinya” (rujuk hadith di atas),
iaitu ketika Nabi menjadi pengantin dengan Zainab, beliau mengundang
kaum muslimin, perbuatan Nabi ini dijadikan bab oleh al-Baihaqi sebagai
“Bab Waktu Walimah”. (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani, Subulus
Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 727, Darus Sunnah)
Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim,
walimah tidak diadakan ketika perjalanan akad nikah berlangsung atau
sebaik akad nikah, tetapi adalah setelah pasangan bersama (bersetubuh).
(Rujuk: Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil.
2, Bab Nikah, m/s. 311, Pustaka Ibnu Katsir)
Begitu juga sebagaimana yang dijelaskan
oleh Amru Abdul Mun’im Salim: “Seseorang hendaklah menyelenggarakan
walimah setelah ia berkumpul dengan isterinya.” (Amru Abdul Mun’im
Salim, Panduan Lengkap Nikah Menuju Keluarga Sakinah, m/s. 177, Dar
an-Naba’)
Hukum Menghadiri Undangan Walimah
Hukum menghadiri undangan walimah adalah
wajib. Ini adalah sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar
r.a, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang di
antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5173)
Pendapat yang menjelaskan wajibnya
menghadiri undangan walimah juga turut dijelaskan oleh Ibnu ‘Abdil Barr,
imam asy-Syafi’i, Imam Ahmad, Ibnu Hazm, Imam an-Nawawi, dan pendapat
inilah yang telah menjadi kesepakatan para ulama.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah
s.a.w bersabda: “Dan barangsiapa yang meninggalkan undangan, maka dia
telah melakukan maksiat kepada Allah dan RasulNya.” (Hadith Riwayat
al-Bukhari, no. 5177)
Walau pun begitu, undangan ke majlis
walimah boleh ditinggalkan sekiranya memiliki uzur. Ini adalah
sebagaimana penjelasan berikut:
1. Apabila di dalam walimah tersebut
mengandungi perkara-perkara maksiat seperti jamuan khamar (arak),
gambar-gambar makhluk bernyawa, dan permainan alat-alat muzik dan
nyanyian. Sekiranya ini berlaku, maka seseorang tidak perlu
menghadirinya melainkan dengan tujuan untuk mencegah kemungkaran
tersebut. Sekiranya dia berjaya mencegahnya, maka itu adalah satu
kebajikan, dan sekiranya tidak berjaya, hendaklah dia segera beredar.
Ini adalah sebagaimana hadith ‘Ali r.a,
beliau berkata: “Aku membuat makanan, lalu aku mengundang Rasulullah
s.a.w, kemudian beliau tiba, lalu beliau pun segera pulang. Aku pun
segera bertanya, “Wahai Rasulullah, ibu dan bapaku sebagai tebusan,
apakah yang membuatkan engkau pulang?”
Baginda menjawab: “Sesungguhnya di dalam
rumah ada kain penutup yang bergambar, dan sesungguhnya para malaikat
tidak akan memasuki ke dalam sesebuah rumah yang di dalamnya mengandungi
gambar-gambar.” (Hadith Riwayat Ibnu Majah, no. 3359. Dinyatakan sahih
oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibnu Majah dan Adabuz Zifaf)
Juga hadith dari ‘Umar al-Khaththab r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari
akhirat, maka janganlah duduk di meja makan yang di sana dihidangkan
minuman keras (khamar).” (Hadith Riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi. Rujuk:
al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 152, Media Hidayah)
2. Apabila terdapat pengkhususan
undangan di mana orang yang mengundang membeza-bezakan di antara yang
kaya dengan yang miskin atau fakir, makanan yang dihidangkan mengandungi
syubhat, dan seumpamanya. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh
Imam ash-Shan’ani di mana diizinkan untuk tidak memenuhi undangan
walimah “apabila adanya uzur di antaranya, apabila makanan yang
dihidangkan mengandungi syubhat (tidak jelas kehalalannya), atau
diperuntukkan kepada orang-orang kaya sahaja, atau ada orang yang tidak
senang dengannya…” (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani, Subulus
Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 729, Darus Sunnah)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di
dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir),
dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya).” (Hadith
Riwayat al-Bukhari, no. 5177)
Di antara uzur lain yang dibenarkan
untuk tidak hadir ke undangan walimah adalah seperti uzur yang dengannya
seseorang boleh meninggalkan solat Juma’at, seperti terjadinya hujan
yang sangat lebat, jalan yang bermasalah, kerana takutkan musuh, takut
hilangnya harta, dan yang lain yang seumpama. (Abu Malik Kamal as-Sayyid
Salim, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 314, Pustaka
Ibnu Katsir)
Digalakkan Mengundang Orang Bertaqwa (Soleh)
Ini adalah sebagaimana hadith berikut:
“Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang yang beriman, dan
janganlah makanan kamu dimakan melainkan oleh orang-orang yang
bertaqwa.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4811. Hadith ini hasan menurut
penilaian al-Albani)
Daripada Anas r.a, Rasulullah s.a.w
berdoa kepada Sa’ad bin ‘Ubaidah yang menghidangkan kismis untuknya:
“Semoga orang-orang yang baik memakan makananmu, para malaikat
mendoakanmu, dan orang-orang yang puasa berbuka di tempatmu.” (Hadith
Riwayat Ahmad. Lihat: al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 157, Media Hidayah)
Dan jangan sekali-kali hanya mengundang orang-orang yang kaya lalu melupakan orang-orang yang memerlukan.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di
dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir),
dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya)…” (Hadith
Riwayat al-Bukhari, no. 5177)
Bolehkah Orang Yang Berpuasa Menghadiri Walimah?
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu diundang, hendaklah dia
memenuhi undangan tersebut, jika dia sedang berpuasa hendaklah dia
mendoakan, dan jika dia tidak berpuasa, hendaklah dia makan.” (Hadith
Riwayat Muslim, no. 1431)
Menurut Imam ash-Shan’ani, hadith ini
menunjukkan wajibnya memenuhi undangan walaupun dia sedang berpuasa.
(Imam Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 2, Bab
Nikah, m/s. 732, Darus Sunnah)
Dan sebenarnya tidak ada perbezaan akan
kewajiban untuk memenuhi undangan walimah sama ada dia sedang berpuasa
atau pun tidak. Akan tetapi dibolehkan bagi mereka yang berpuasa untuk
menghadirinya sahaja tanpa menyantap hidangan dan dianjurkan mendoakan
orang yang mengundangnya. Namun, jika dia mahu, dia boleh untuk
memakannya, atau tidak memakannya. Dan jika dia membatalkan puasanya,
puasa sunat yang ditinggalkannya tidak wajib diganti.
Dari Jabir r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Jika salah seorang dari kamu diundang makan, maka hendaklah
dia menghadirinya. Jika mahu, dia dibolehkan makan, jika tidak mahu dia
boleh untuk meninggalkannya.” (Hadith Riwayat Muslim, no. 1430)
Anjuran Supaya Mendoakan Pasangan Pengantin
Di antara keindahan di dalam Sunnah
adalah mendoakan kebaikan, keberkahan, dan memohonkan keampunan buat
pasangan pengantin serta mendoakan untuk orang yang mengundang ke majlis
makan (walimah). Di antara doa-doa yang disunnahkan kepada kita untuk
berdoa dengannya adalah sebagaimana berikut:
Doa untuk pasangan pengantin:
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya
Rasulullah s.a.w jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang
berkahwin, beliau akan berkata:
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2130. Hadith ini dinilai sahih oleh at-Tirmidzi dan ath-Thusi sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Albani di dalam Adabuz Zifaz)
Rasulullah s.a.w berkata kepada ‘Abdurrahman bin ‘Auf:
بَارَكَ اللهُ لَكَ“Semoga Allah memberkahimu…” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5169)
Doa ketika Rasulullah menikahkan ‘Ali dengan Fatimah:
اَلَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِمَا، وَبَارَكَ لَهُمَا فِيْهِمَا فِيْ بِنَائِهِمَا“Ya Allah, berkahilah mereka berdua dan berkahilah perkahwinan mereka berdua.” (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani di dalam al-Kabir. Rujuk: al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 160, Media Hidayah)
Doa untuk orang yang mengundang makan:
Rasulullah s.a.w mendoakan untuk Abdullah bin Busr r.a dan keluarganya (ayahnya) di ketika dia selesai dijamu makanan:
اَلَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي مَا رَزَقْتَهُمْ، وَاغْفِر لَهُمْ، وَارْحَمْهُمْ“Ya Allah, berkahilah mereka pada rezeki yang telah Engkau berikan kepada mereka dan ampunilah mereka serta rahmatilah mereka.” (Hadith Riwayat Muslim, no. 1615)
Dan dianjurkan bagi mereka yang diundang
untuk mengucapkan terima kasih di atas undangan yang diberikan. Dari
Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak bersyukur kepada
Allah, orang yang tidak berterima kasih kepada manusia.” (Hadith Riwayat
Abu Daud, no. 4811)
Mengucapkan Ucapan Yang Tidak Disyari’atkan
Adalah tidak dibenarkan meninggalkan
ucapan-ucapan (doa) yang telah sedia dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w
seperti yang disebutkan di atas, lalu diganti dengan ucapan-ucapan yang
tidak sewajarnya. Sebagai contoh, pada masa ini begitu ramai yang
mempopularkan bentuk-bentuk ucapan seperti:
“Selamat pengantin baru.”
“Semoga bahagia dan mendapat ramai anak.”
Ada pun sebenarnya, ucapan-ucapan
seperti ini telah pun disentuh oleh para ulama sejak awal lagi. Di
antaranya al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menjelaskan:
“Perkataan ini biasa diucapkan oleh orang-orang jahiliyyah sehingga
ucapan ini dilarang.” (Fathul Bari, jil. 9, m/s. 222. Rujuk: Abu Hafsh
Usamah, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 232, Pustaka Ibnu Katsir)
Ini adalah kerana, Rasulullah s.a.w
sendiri telah melarang perbuatan seperti itu sebagaimana yang dijelaskan
oleh ‘Uqail bin Abu Thalib. Ini berlaku di ketika ‘Uqail berkahwin
dengan seorang wanita dari suku Jasyam. Lalu orang-orang yang
mengunjunginya mengucapkan: “Semoga bahagia dan mendapat ramai anak.”
‘Uqail pun berkata, “Janganlah kamu
mengucapkan seperti itu (kerana Rasulullah telah melarangnya).” Mereka
pun bertanya, “Jadi, apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid?”
‘Uqail berkata, “Ucapkanlah: Semoga Allah memberkahimu di dalam
kesenangan atau pun kesusahan”. Begitulah kita diperintahkan.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, ‘Abdurrazzaq, Ahmad. Rujuk:
al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 162, Media Hidayah)
Disunnahkan Memberi Hadiah dan Membantu Melaksanakan Walimah
Dari Anas r.a, beliau berkata: Setelah
Nabi s.a.w menikahi Shafiyah, pada pagi harinya Nabi pun berkata:
“Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah
disumbangkan”. Beliau pun menghamparkan lembaran kulit yang disamak
(sebagai bekas). Ada orang yang menyumbang keju, ada yang menyumbang
kurma, dan ada yang memberikan minyak samin. Mereka pun membuat hais
(campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak). (Hadith Riwayat
al-Bukhari, no. 2048)
Berdasarkan hadith ini, Syaikh al-Albani
rahimahullah menyatakan: “Orang-orang kaya dan yang memiliki kelebihan
(bekalan) dianjurkan untuk memberikan sumbangan di dalam majlis walimah
saudaranya.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 139, Media Hidayah)
Demikianlah sesebuah majlis walimah
(walimatul urus) yang ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w dan
diamalkan oleh para sahabat dan generasi awal umat Islam lainnya. Ianya
begitu mudah dan ringkas.
———-
Sekarang kita akan difokuskan kepada
beberapa contoh amalan di dalam masyarakat Melayu ketika majlis-majlis
walimah mereka pasa masa kini. Sekaligus kita akan melihat sama ada
ianya harus, sunnah, atau sebaliknya yang membawa kepada larangan
syari’at mahu pun bid’ah.
Kemungkaran dan Tokok Tambah (Bid’ah) Di Dalam Majlis Walimah
Yang dimaksudkan sebagai kemungkaran di sini adalah apa jua perkara yang dilarang dan diharamkan di dalam agama.
Allah s.w.t berfirman: “Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah
syaitan. Sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka
sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan
yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya
kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari
perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah
membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui.” (Surah an-Nuur, 24: 21)
“Wahai anakku, dirikanlah solat dan
suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari
perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang diwajibkan (oleh
Allah).” (Surah Luqman, 31: 17)
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka
terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (Surah
al-Hasyr, 59: 7)
Manakala tokok tambah (bid’ah) yang
dimaksudkan di sini adalah apa jua tokok tambah yang dikhususkan di
dalam majlis walimah yang pada asalnya menurut timbangan agama tidak
disyari’atkan. Aturcara walimah (majlis perkahwinan) adalah sebuah
ibadah yang disyari’atkan oleh agama melalui Nabi kita Muhammad s.a.w.
Di mana di dalam sebuah hadith disebutkan:
“Sebenar-benar perkataan, adalah
Kitabullah (al-Qur’an), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad
s.a.w, seburuk-buruk perkara adalah apa yang diada-adakan di dalam
agama, setiap perkara baru yang diada-adakan di dalam agama adalah
bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no.
1097)
Begitu juga di dalam beberapa hadith
yang lain, kita turut diperingatkan. Dari Irbadh bin Sariyah r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap
perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di
dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith
Riwayat Abu Daud, no. 4607)
Dengan lebih tepat, “Bid’ah adalah
sebuah cara baru di dalam agama yang dibuat menyerupai seakan-akan
syariat dengan tujuan untuk berlebih-lebihan di dalam beribadah kepada
Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (Imam asy-Syatibi, di dalam al-I’tisyam.
Rujuk: Yazid Abdul Qadir Jawas, Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah,
m/s. 78-79, Pustaka Imam asy-Syafi’i. Juga Alawy Abdul Qadir as-Saqqaf,
Mukhtashar al-I’tisham, m/s. 32, Media Hidayah)
Maka dengan ini, sesuatu yang asalnya
tidak dikhususkan atau tidak disyariatkan oleh agama melalui dalil-dalil
yang benar di dalam walimatul urus, maka sekiranya ia berlaku dan
dilakukan ini adalah termasuk ke dalam bentuk-bentuk tokok tambah
terhadap agama yang jelas bertentangan dan mengajak kepada perbuatan
bid’ah. Sekiranya kita menganggap dan berkeyakinan bahawa sesebuah
ritual atau sesuuatu amalan yang pada asalnya tidak disyariatkan ke
dalam sesebuah majlis walimah, dan sekiranya amalan tersebut tidak
diadakan di dalam majlis walimah tersebut, kita mengatakan bahawa
walimah tersebut tidak lagi lengkap, tidak lagi sempurna, kelihatan
janggal, atau tidak berseri atau seumpamanya, maka sebenarnya kita telah
menuju kepada perbuatan bid’ah. Iaitu menuju kepada perbuatan yang
sebenarnya tidak pernah ditetapkan oleh syari’at, tetapi kita telah
memandai-mandai sendiri menetapkannya. Ini adalah kerana, walimah adalah
sebuah ibadah yang disyari’atkan oleh Allah melalui NabiNya s.a.w.
Apatah lagi sekiranya, perkara yang ditambah itu adalah merupakan
perbuatan-perbuatan yang mungkar dan membawa kepada larangan yang berat
di sisi Allah.
Perbahasan di dalam bahagian ini akan dibawakan dengan seringkas mungkin dan padat.
1. Membuka Aurat
Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak
ramai (para hadirin) oleh wanita pada masa ini semakin banyak dilakukan
di dalam majlis-majlis walimah. Malah ianya sudah menjadi satu trend
(gaya) dalam kalangan umat Islam setiap kali pasangan pengantin
melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Terdapat sebagahagian wanita
yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia
dengan relanya membuka tudung dan menededahkan bahagian-bahagian aurat
tertentu. Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah dengan memakai
pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan
pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis.
Sedangkan Allah s.w.t berfirman:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan
pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya (aurat) kecuali kepada (mahram mereka).” (Surah an-Nuur,
24: 31)
2. Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita
Dari Abu Musa al-Asy’ary r.a, dia
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita yang memakai wangi-wangian,
dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau
wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadith Riwayat
Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)
Alasan dari larangan tersebut dapat
dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki).
Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti
memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan
bercampur baur dengan kaum lelaki. (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul
Bari, 2/279. Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2,
m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir)
Allah s.w.t berfirman: “…Dan janganlah
kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang
Jahiliyyah yang dahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)
3. Mencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu
Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah melaknat
orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang
menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu
kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya
untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadith Riwayat
al-Bukhari, no. 4886)
4. Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna
Rasulullah s.a.w bersabda: “Termasuk
fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan,
merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (Hadith
Riwayat al-Bukhari, no. 5889)
Berkenaan permasalahan trend mewarnakan
kuku ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata: “Ini adalah merupakan
kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada
wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan
warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku).
Kebiasaan ini juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda. Perbuatan ini
selain mengubah ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat
dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan
wanita-wanita kafir.
Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w
bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan
orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith
Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul
Jami’, no. 6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)
5. Mencukur Janggut
Sebahagian kaum lelaki muslim pada masa
ini tidak lagi berminat memelihara janggut dan membenci memelihara
janggut. Malah, ada pula di antara mereka yang mencukur janggutnya
semata-mata untuk nampak bergaya di majlis perkahwinannya. Sedangkan,
perbuatan memelihara janggut adalah sebuah sunnah yang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w, dan di dalam banyak hadith-hadithnya berkenaan janggut
ia menunjukkan sebuah perintah yang perlu diikuti.
Daripada Ibnu ‘Umar r.a, Rasulullah
s.a.w bersabda: “Selisihilah kaum majusi, rapikanlah misai, dan
peliharalah janggut.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5893)
6 Adat Bersanding dan Pelamin
Perbuatan mengadakan pelamin dan adat
bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran Islam. Malah,
ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun Kristian. Ini
adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara
perkahwinan mereka.
Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman
al-Jibrin hafizahullah: “Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak
dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid
(mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah
jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di
hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja
dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad
al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu
Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)
Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah
berkata: “Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia
telah tercabut dari mereka. (Adalah) seorang suami datang di tengah
kaum wanita dan naik pelamin bersama isterinya di hadapan kaum wanita,
iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk bersanding
dengannya, bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan mungkin
memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat
menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah.” (Min Munkaratil Afraah,
m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 231,
Pustaka Ibnu Katsir)
7. Menabur Gula-gula, Coklat, dan Bunga
Perbuatan ini tidak terdapat di dalam
syariat atau pun majlis walimah sebagaimana yang disunnahkan oleh
Rasulullah s.a.w. Ada pun sebenarnya, perbuatan ini termasuk meniru-niru
perbuatan kaum kafir yang diambil dari perbuatan kaum kristian yang
menabur bunga di acara-acara perkahwinan mereka.
Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w
bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan
orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith
Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul
Jami’, no. 6149, juga di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)
Imam Ibnu Katsir menjelaskan di bawah
penafsiran Surah al-Baqarah, [2:104]: “Allah Ta’ala melarang
hamba-hamba-Nya yang beriman menyerupai (syi’ar) orang-orang kafir, sama
ada dalam ucapan mahu pun perbuatan mereka.” (Ibnu Katsir, Shahih
Tafsir Ibnu Katsir (Judul asal: al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi
Tafsiiri Ibni Katsir, Selenggaraan Syaikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri),
jil. 1, m/s. 364, Pustaka Ibnu Katsir)
Sekiranya amalan tersebut disandarkan
kepada agama, maka perbuatan tersebut termasuk meletakkan perbuatan yang
tiada asalnya di dalam agama, maka ia adalah bid’ah lagi sesat. Ini
adalah kerana walimatul urus adalah sebuah aturcara agama sebagaimana
yang diperintahkan (ditekankan) berdasarkan sunnah yang jelas.
Dari ‘Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam agama
kami ini, maka ianya tertolak.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 2697)
Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah
s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru
di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah
bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no.
4607)
8. Adat Merenjis Air Mawar
Adat ini juga bukan berasal dari Islam.
Mungkin ia diambil dari amalan masyarakat Hindu. Selain merupakan
perbuatan yang ditokok tambah (bid’ah) di dalam walimatul urus, malah
ianya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik sekiranya dengan
perbuatan merenjis tersebut disertakan dengan i’tiqad
(keyakinan-keyakinan) tertentu seperti mempercayai pasangan pengantin
yang direnjis akan mendapat kebahagiaan dan seumpamanya.
9. Mewajibkan Adanya Duit dan Barang Hantaran
Adat ini ditetapkan oleh kebanyakan
masyarakat Melayu secara umumnya iaitu dengan mewajibkan pihak lelaki
(atau bakal/calon suami) supaya membayar sejumlah wang yang dinamakan
sebagai wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan. Kebiasaannya
(pada masa ini) sehingga RM10,000 atau lebih dari itu bergantung kepada
status pendidikan atau pun permintaan wanita yang hendak dinikahi. Nilai
wang hantaran ini akan ditetapkan oleh sama ada bakal isteri atau pihak
keluarga bakal isteri. Sekali imbas, perbuatan ini adalah seakan-akan
sebuah perbuatan jual beli wanita. Dan wang ini akan diserahkan kepada
keluarga si isteri.
Dan kemudiannya, kedua-dua pihak akan
saling bertukar barang hantaran tertentu sesama mereka. Di mana mereka
mengkhususkan dengan jumlah bilangan tertentu, seperti 5 dulang dari
lelaki berbalas 7 dulang barangan tertentu dari pihak perempuan, atau 7
dulang dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan, atau 9
dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan, dan
seterusnya.
Ada pun sebenarnya perbuatan ini
langsung tidak pernah ditetapkan oleh Islam, dan perbuatan ini merupakan
perbuatan bid’ah iaitu amalan yang ditokok tambah ke dalam majlis
walimah umat Islam. Adalah menjadi suatu yang sunnah di dalam agama
supaya memudahkan urusan pernikahan (juga urusan yang lain), tetapi,
dengan ditambahnya amalan-amalan seperti ini, ia hanya akan menyusahkan
(memberatkan) pasangan yang hendak berkahwin dan ia sekaligus
menggalakkan maksiat sekiranya perkahwinan ditangguhkan hanya
semata-mata disebabkan perkara yang karut ini.
Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah
s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru
di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah
bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no.
4607)
Namun, apa yang diwajibkan atau pun
disunnahkan di dalam syariat hanyalah memberikan mahar (mas kahwin) oleh
lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang
diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan mas kahwin ini
tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang
tertentu. Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh
wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki
jika si wanita tidak menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah
satu rukun dan syarat sahnya nikah.
Allah s.w.t berfirman:
“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan…” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)
“… Maka isteri-isteri yang telah kamu
nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya
(dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban…” (Surah an-Nisaa’, 4: 24)
Dan mahar yang paling baik adalah mahar
yang paling mudah, ringan atau tidak mahal (tidak menyusahkan dan
memberatkan si suami). Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling
mudah maharnya.” (Hadith Riwayat Ahmad, no. 24595)
Perbuatan meninggikan atau memahalkan
penetapan nilai mahar adalah satu perbuatan yang dibenci oleh agama
sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadith. Umar al-Khaththab r.a
berkata: “Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu
merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang
paling utama melakukannya adalah Rasulullah s.a.w.” (Hadith Riwayat Abu
Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah,
m/s. 76, Dar an-Naba’)
Sahih di dalam beberapa riwayat bahawa
Rasulullah dan beberapa sahabat berkahwin dengan mengeluarkan mahar yang
sangat kecil. Malah di sebahagian keadaan, ada yang memberikan mahar
dalam bentuk cincin besi, baju besi, memerdekakan hamba, dengan hafazan
Al-Qur’an, dengan mengajarkan surah-surah tertentu dari Al-Qur’an,
dengan segenggam kurma, dengan mengislamkan seseorang, dengan sebiji
emas sebesar biji kurma, dan selainnya.
10. Bersalaman Dengan Bukan Mahram
Di dalam sebuah hadith dijelaskan
bahawa: “Seseorang yang ditusuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih
baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (al-Albani,
Silsilah Hadith ash-Shahihah, no: 225)
Dan para ulama juga menetapkan serta
menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah menyentuh
wanita yang tidak halal baginya walau pun di dalam peristiwa bai’ah.
Berkenaan perkara ini juga, telah jelas di dalam Al-Qur’an bahawa Allah
s.w.t memerintahkan supaya kaum lelaki dan wanita yang beriman supaya
tunduk dari memandang kaum berlainan jantina mereka, maka apatah lagi
jika perbuatan bersalaman atau bersentuhan, sedangkan perbuatan pandang
memandang sahaja pun sudah ditegah.
11. Sesi Nanyian-nyanyian, Muzik dan Kugiran
Nabi s.a.w bersabda: “Akan muncul dari
umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamar (minuman
keras), dan alat-alat muzik…” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5590)
Di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Ibnu
Mas’oud r.a menjelaskan dengan tegas bahawa muzik dan nyanyian adalah
termasuk perkara yang tidak berguna. Untuk perbahasan lebih lanjut
berkenaan persoalan muzik dan nyanyi-nyanyian ini, dipersilakan merujuk
kitab karya Imam Ibnul Qayyim, bertajuk Ighaatsatul Lahfan atau Syaikh
al-Albani, bertajuk Tahriim Alath ath-Tharb, dan kitab syaikh al-Albani
ini telah ada terjemahannya.
12. Bomoh Tolak Hujan
Terdapat beberapa kelompok dari kalangan
masyarakat Melayu yang begitu gemar mengambil atau mengupah bomoh-bomoh
tertentu supaya menjampi bagi tujuan menahan hujan dari turun. Selain
itu, khidmat bomoh juga turut digunakan bagi mengesan (meramal dengan
ilmu ghaib) sama ada pada tarikh atau hari-hari tertentu yang tidak akan
turun hujan. Ini dilakukan dengan harapan supaya tempat diadakan majlis
walimah sentiasa cerah (tidak hujan), sekaligus menjadikan majlis
berjalan lancar.
Sedangkan Allah s.w.t berfirman: “Dan
pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang
mengetahuinya kecuali Dia sendiri…” (Surah al-An’am, 6: 59)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang
mendatangi seorang peramal atau dukun lalu membenarkan apa yang ia
katakan, maka orang tersebut telah kafir dengan apa yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Hadith Riwayat
al-Hakim 1/8. Dipersetujui oleh adz-Dzahabi)
Imam ath-Thahawi rahimahullah berkata di
dalam Kitab aqidahnya: “Kita tidak mempercayai (ucapan) dukun mahu pun
tukang ramal (bomoh), demikian juga setiap mereka yang mengakui sesuatu
yang menyelisihi al-Kitab dan as-Sunnah serta ijma’ kaum muslimin.”
(Imam ath-Thahawi, Aqidah ath-Thahawiyah. Rujuk: Abdul Akhir Hammad
al-Ghunaimi, Tahzib Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 90, Pustaka at-Tibyan)
Berkenaan turunnya hujan, banyak
hadith-hadith Rasulullah s.a.w menyarankan kita supaya bersyukur di atas
sebab turunnya hujan. Ini adalah sebagaimana di dalam doa yang
dicontohkan oleh Nabi s.a.w: “Ya Allah, turunkanlah hujan yang
bermanfaat (untuk manusia, tanaman, dan binatang).” (Hadith Riwayat
al-Bukhari, no. 1032)
Dan penjelasan Rasulullah sendiri
sebagaimana berikut: “Kita diberi hujan adalah kerana kurnia dan rahmat
Allah.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 1038)
Dan sekiranya kita memiliki rasa bimbang
dan takut hujan tersebut memberikan gangguan atau sebarang kerosakan
kepada kita, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga telah
mengajarkan kepada kita bagaimanakah doa yang harus kita praktikkan.
Dari Anas r.a, beliau menjelaskan doa tersebut sebagaimana berikut:
اَللَّهُمّ حَوَاليَنْاَ وَلاَعَليَنْاَ، اَللَّهُمَّ عَلىَ اْلآكاَمِ وَالظِّرَابِ، وَبُطُوْنِ اْلأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar
kami (di luar kawasan kami), bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah,
turunkanlah hujan ke dataran tinggi, beberapa anak bukit, perut lembah
dan beberapa tanah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.” (Hadith Riwayat
al-Bukhari, no. 1013)
Allah s.w.t berfirman: “Dan apabila
hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah),
bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang
berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi
(segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka
selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)
Malah, berkenaan dengan hukum berjumpa
dengan bomoh, pawang, atau pun dukun yang dikatakan mampu menolak hujan
dan memiliki kelebihan ilmu ghaib tertentu ini, Rasulullah s.a.w telah
menjelaskan kepada kita melalui sabdanya: “Sesiapa yang mendatangi
seorang peramal atau dukun lalu membenarkan apa yang ia katakan, maka
orang tersebut telah kafir dengan apa yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w.” (Hadith Riwayat al-Hakim 1/8. Dipersetujui oleh
adz-Dzahabi)
13. Mengambil, Melukis, dan Menggantung Gambar
Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika
aku bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu
Abbas, pendapatan (periuk nasi) aku adalah dari hasil kerja tanganku dan
kerjaku adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Aku
sekadar memberi tahu apa yang aku dengar dari Rasulullah. Aku mendengar
beliau bersabda, “Sesiapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah
sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan
berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu
menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas
berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat
gambar-gambar, aku nasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok
(tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk
bernyawa”.” (Hadith Riwayat Muslim, no. 2110)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha,
seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam
peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata,
“Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau
gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk
bernyawa.” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
Secara ringkasnya:
- Dilarang melukis, menggantung, dan membuat gambar berupa makhluk bernyawa seperti manusia atau haiwan, atau apa sahaja yang menunjukkan ia sebagai makhluk bernyawa.
- Dibolehkan melukis atau membuat gambar selain makhluk bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, air terjun, bangunan dan kenderaan.
- Pengambilan gambar hanya diizinkan untuk perkara yang benar-benar mendesak lagi memerlukan seperti untuk tujuan passport.
- Tidak dibenarkan untuk mengambil gambar bagi tujuan kenang-kenangan sebagaimana yang difatwakan oleh Syaikh Ibnu Bazz.
14. Berbelanja Besar Untuk Set Pakaian
Di dalam Islam, kita dituntut untuk
bersederhana di dalam segala perkara yang kita laksanakan. Kita juga
tidak digalakkan untuk membazir dan berlebih-lebihan.
Suatu yang kini semakin menjadi trend di
dalam masyarakat Melayu saat ini adalah menetapkan bahawa pasangan
pengantin di ketika majlis perkahwinan mereka mestilah memakai pakaian
yang sedondon seperti memakai pakaian yang sama warnanya dengan
pasangan, memakai pakaian yang mesti dilengkapi dengan tanjak, keris,
dan bunga-bungaan. Jika keadaan tersebut berlaku sebaliknya, di mana
pasangan pengantin tidak mengenakan set pakaian seperti itu, maka mereka
pun akan dilihat sebagai janggal dan diejek sebagai tidak mengenal atau
tidak menghormati adat.
Ada pun sebenarnya penetapan seperti ini
adalah termasuk ke dalam perbuatan berlebih-lebihan dan boleh menjurus
kepada larangan agama. Cukuplah sekadar berpakaian dengan pakaian yang
melambangkan akhlak, imej, dan nilai-nilai Islam yang murni. Dan Islam
itu bukanlah suatu agama yang memberat-beratkan umatnya.
Allah s.w.t berfirman:
“Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami
telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian
indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang
demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah,
mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah al-A’raaf, 7: 26)
“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Surah al-A’raaf, 7: 31)
Demikianlah beberapa contoh
perkara-perkara mungkar dan tokok tambah yang pada masa ini begitu
popular dilakukan (dipraktikkan) di dalam masyarakat umat Islam Melayu
di kebanyakkan majlis-majlis perkahwinan mereka. Ada beberapa lagi
amalan/perkara yang sebenarnya dapat kita kategorikan sebagai perbuatan
yang mungkar, bid’ah dan melanggar syari’at Islam yang kebiasaannya
berlaku (dilakukan) ke dalam walimatul urus cuma tidak disentuh di sini
seperti adat menepung tawar, dan perlakuan ikhtilat (percampuran lelaki
dan wanita yang bukan mahram). Dengan itu, hendaklah kita berhati-hati
dengan perkara-perkara seperti ini dan sentiasa berusaha dengan sedaya
upaya menjauhinya. Walau bagaimana pun perkara-perkara mungkar seperti
disebutkan berlaku dan dipopularkan sekali pun, ia tetap tidak
dibenarkan menandingi apa yang telah disyariatkan dan dicontohkan oleh
Nabi kita, Muhammad s.a.w. Dan sesungguhnya agama ini telah pun sempurna
tanpa perlu ditokok tambah dengan pelbagai bentuk kehendak citarasa
serta nafsu manusia.
Allah s.w.t berfirman: “Pada hari ini
telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan
kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama
bagimu.” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)
Dan suatu yang paling penting di dalam
beragama ini, bukanlah kata-kata dan perbuatan manusia yang menjadi
ukuran, tetapi yang perlu kita tekankan adalah sejauh mana kita teguh di
dalam sebuah pendirian di atas sebuah kebenaran yang ditegakkan di atas
dalil-dalil dari perkataan Allah s.w.t dan petunjuk Rasulullah s.a.w.
Allah s.w.t berfirman:
“Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu
(al-Qur’an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat
mengubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia lah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka
bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka
tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain
hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6: 115-116)
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika kamu
(benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi
dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Ali Imran, 3: 31)
“Sesungguhnya telah ada pada (diri)
Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
mengingat Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)
Bersama-samalah kita mencari redha dari
Allah sebagaimana cara yang telah Dia tunjukkan melalui KitabNya dan
RasulNya. Mulakanlah alam rumahtangga kita di atas keredhaanNya dan
hindarilah dari kemurkaan-Nya. Wallahu a’lam…
Barangsiapa yang menginginkan pelindung, maka Allah cukup baginya.Barangsiapa yang menginginkan teladan, maka Rasulullah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan pedoman hidup, maka Al-Quran cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan peringatan, maka kematian cukup baginya.
Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu, maka neraka cukup baginya.