INTEGRITI GURU
Integriti
merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat.
Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata
masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti.
Sebagai
golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk
mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan,
guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang
tidak berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang
mahir dalam selok belok pendidikan.
Kebanyakan
ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah
anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke
semasa. Ibubapa masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak
mereka berbanding perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan
oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan pencapaian
anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga
sahsiah anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang
mementingkan pencapaian dalam peperiksaan maka ibubapa juga seolah
terlupa tentang peluang pembinaan sahsiah yang sewajarnya dididik oleh
guru melalui tingkahlaku mereka sendiri yang menjadi teladan.
Isu-isu
teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari ini
seperti tidak memeriksa buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang
mencukupi, kertas soalan yang tidak bermutu, menyemak buku latihan
secara sambil lewa, gagal menghabiskan sukatan pelajaran apabila
peperiksaan semakin hampir dan pelbagai lagi isu teknikal yang
berkaitan.
Isu
pembentukan sahsiah pula hanya berkisar kepada permasalahan disiplin
yang timbul seperti gejala sosial yang semakin merebak seperti merokok,
gangsterisme, melepak, dadah dan sebagainya. Apabila diajukan persoalan
ini maka ianya menjadi perbincangan sosial dan guru-guru meminta mereka
tidak dijadikan penyebab lantas mengaitkan juga kegagalan ibubapa
memikul peranan mendidik sahsiah anak-anak mereka.
Alasan
guru-guru mudah, masa yang terhad di antara guru dan pelajar di samping
tugasan mengajar pelajar yang ramai menyebabkan pembentukan sahsiah
pelajar tidak dapat ditumpukan sepenuhnya. Guru sering berharap agar
ibubapa tidak melepaskan tanggungjawab tersebut kebahu mereka
semata-mata tetapi perlu bersama-sama memikul tugas mengikut masa dan
tempat pelajar tersebut berada.
Ibubapa
pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru kerana tugasan
mereka yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak mengizinkan mereka
mendidik sahsiah anak-anak tambahan pula mereka tidak mempunyai
kemahiran formal sebagaimana guru yang dilatih untuk membentuk sahsiah
pelajar.
Maka,
tunding menunding berterusan dari tahun ke tahun tanpa penyelesaian
tetapi kesan yang ketara gejala sosial semakin bertambah parah di
kalangan remaja sekolah dicelah-celah perselisihan guru guru dan
ibubapa. Semakin lama kita membicarakannya semakin parah keadaannya.
Pepatah
“Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari” perlulah difahami
maksudnya dan dijadikan peringatan sepanjang masa. Maksud sebenar
pepatah tersebut iaitu sebagai seorang guru perlulah menonjolkan sifat
terpuji dalam diri tidak kira di mana sahaja kita berada samada
dihadapan pelajar ataupun dibelakang mereka.
Inilah
maksud sebenar pepatah tersebut yang perlu menjadi pegangan guru-guru.
Jika sebelum ini guru-guru merasakan bahawa pepatah tersebut berkait
dengan teladan mereka akan dicontohi oleh pelajar maka hari ini kita
perlu merenung lebih jauh lagi berhubung tindakan kita yang konsisten di
mana-mana sahaja.
Dipetik daripada :
http://diskusimatematik.blogspot.com/2012/03/nilai-bitara_17.html
Integriti
Artikel 1 : Nilai Bitara
NILAI PROFESIONAL YANG PERLU DIMILIKI OLEH SEORANG GURU
NILAI PROFESIONAL YANG PERLU DIMILIKI OLEH SEORANG GURU
Sebagai
seorang guru yang perlu mematuhi standard guru di bawah domain nilai,
Nilai BITARA boleh dijadikan panduan. Terdapat enam aspek guru yang
berkesan seperti yang digariskan dalam nilai Bitara. Nilai BITARA yang
pertama ialah integriti.
INTEGRITI
Nilai
Bitara yang pertama untuk menunjukkan ciri-ciri guru yang berkesan
dalam pengajaran ialah integriti. Terdapat empat aspek sebagai aras
petunjuk bagi nilai integriti yang perlu bagi seorang guru untuk
meningkatkan pengajaran.
Petunjuk
pertama ialah ADIL. Guru mestilah adil dengan diri sendiri menunaikan
tanggungjawap terhadap kelas iaitu mestilah tepat memulakan dan
menamatkan kelas yang telah dijadualkan. Guru tidak menggunakan masa
didalam kelasnya untuk mencuri tulang. Contohnya, menanda buku di dalam
kelas, berurusan perniagaan melalui telefon semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran, melayari laman web semasa mengajar dan sebagainya. Guru
seharusnya adil dengan diri sendiri dan murid. Kerana murid berhak
mendapat yang terbaik dan guru sepatutnya memberikan yang terbaik.
Amanah
dalam menjalankan tanggungawab guru juga tergandung dalam aspek
integriti. Guru seharusnya amanah dalam mendidik murid-murid, menjaga
serta menyayangi harta sekolah. Dalam konteks amanah dalam pengajaran,
guru seharusnya amanah dalam menyampaikan ilmu pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan subjek yang diajar. Dalam pada itu, guru tidak
seharusnya hanya menumpu semasa di dalam kelas. Adakalanya pengajaran
dan pembelajaran secara tidak langsung diluar kelas turut memberikan
impak yang positif dalam diri murid-murid. Disinilah kadangkala
timbulnya nilai didikan membentuk akhlak murid-murid.
Guru
haruslah telus dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Maksu telus disini ialah bersesuaian dengan skema pembelajaran dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Contohnya pada minggu pertama persekolahan,
guru sudah mengajar topik pertama. Tetapi adakalanya terpaksa
berterusan dalam minggu kedua berdasarkan kepada kemampuan murid untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Sikap
akauntabiliti perlulah dipamerkan dengan melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran mengikut rancangan pengajaran yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh dalam pendidikan seni visual, murid-murid diminta melukis
bunga hiasan yang terdapat di kawasan sekolah. Proses pengajaran dan
pembelajaran ini sesuai dilaksanakan di luar kelas. Pengajaran dan
penbelajaran kurang berkesan sekiranya guru melaksanakan di dalam kelas
dan hanya menggunakan imaginasi murid-murid untuk melukis pokok-pokok
tersebut. Segala arahan dan peraturan dari pihak atasan samada guru
besar, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri ataupun
Kementerian. Contohnya seperti membuat ‘headcount’, ini merupakan
penyelidikan yang dilaksanakan oleh guru untuk menilai tahap murid dan
perlu diserahkan kepada Jabatan dalam masa yang telah ditetapkan. Segala
arahan yang diberi perlulah dilaksanakan dan bertanggungjawab atas
tugasan yang diberikan sepenuhnya. Kegagalan adalah berpunca dari diri
sendiri.
**************************************************************
Dipetik daripada :
http://gkmkemanusiaansmki.blogspot.com/2009/05/integriti.html
INTEGRITI SEORANG GURU......!!!!
Baru-baru ni ada kawan saya
balik dari kursus Induksi. Dia dok cerita tentang INTEGRITI. Kami pakat
dengar saja lah. Semangat bukan main dia dok cerita. Maklumlah orang
baru balik induksi. Tak dengar dia kata kami tak integriti pula.
Kadang-kadang saya senyum saja bila dia dok cerita bab integriti tu. Tak
pa la. Setidak-tidaknya dia dah mula faham tentang integriti.
Sebenarnya, integriti itu apa? Integriti yang pernah saya dengar dalam kursus-kursus yang saya pernah hadiri, banyak penceramah memberi makna menjurus kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu yang berteraskan prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, seperti kita guru-guru ni dilihat sebagai satu tugas berat, amanah besar dan memikul tanggungjawab besar untuk melahirkan modal insan yang diperlukan dalam pembangunan negara. Ia tidak boleh dicuaikan dan bukan digunakan sebagai landasan untuk mencari kekuasaan, kedudukan dan mementingkan diri sendiri bukan organisasi, menolak kerja selain dari mengajar di dalam bilik darjah ( kalau dah jadi cikgu, kita kena fahamlah..bukan saja mengajar di dalam kelas, banyak lagi tugas yang kita kena buat. Jadi guru kokurikulum la, menganggotai jawatankuasa itu la..ini la, dan macam-macam lagi..Kalau tidak jangan jadi cikgu...pesan kat anak-anak no!!!) dan macam-macam lagi lah. Setiap guru mesti bekerja dengan jujur, tekun dan rajin serta berdedikasi di samping melayan murid-murid dengan penuh berertika dan berhemah. Pendek cerita, seorang guru itu kena jadi seperti sepohon pokok. Pokok memberi khidmat dan manfaat kepada semua. Contohnya, :
1. Pokok berbunga dan berbuah - dimanfaatkan oleh manusia dan haiwan
2. Buah yang ranum sedia dimakan oleh manusia dan haiwan serta menaburkan biji benihnya
3. Unggas, haiwan bertenggek selesa di dahannya yang selamat
4. Akarnya membantu menyimpan air dan hakisan tanah
5. Rimbunan dedaunnya menjadi tempat berteduh
Begitulah pokok. Bertarung dengan angin, sang ribut yang semberono, tetapi angin dan ribut itu hilang dan kecewa dengan keutuhan pokok (umpama datang godaan, kita masih tak lut...). Pokok tetap berdiri teguh siang dan malam. Pokok tak pernah merungut. So, begitu teruk pun kerja kita, kita janganlah merungut. Buatlah kerja itu dengan ikhlas dan jujur. SIBUK? Semua orang sibuk. Jangan dok anggap kita saja yang sibuk. Apa yang penting pengurusan masa harian kita. Dah tua? atau dah lama buat sesuatu kerja yang diberikan? Tak mau buat kerja/tugasan yang diberikan? Lu fikirla sendiri...(pinjam sat kata-kata Si Nabil Raja Lawak tu..) Selagi tak pencen, selagi bergelar guru dan selagi kita masih dok makan gaji, makanye kita...kena buat kerja macam orang lain juga la. Macam guru-guru lain juga, tak kira guru tua (maaf guru lama) atau guru muda. Sama saja. Kalau "fed-up" jadi guru letak jawatan. Abis cerita. Tak menyusahkan orang lain.Kita dah matang. Fikirlah...itu adalah kerja buat kita. Kita yang pilih jadi guru. Jangan salahkan orang lain. Bidang inilah merupakan tapak yang kita pilih untuk mencari nafkah dan rezeki yang halal buat anak isteri/suami/keluarga kita. Terimalah hakikatnya....So, janganlah dok merungut dan marilah sama-sama kita menjadi seorang guru yang BERINTEGRITI. "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"...SELAMAT HARI GURU!!!!!!!

*****************************************************************
Dipetik daripada :
http://eyesnews.wordpress.com/2012/04/11/penilaian-integriti-pendidik-berterusan-metro/