Khamis, 1 April 2010

APRIL FOOL DAN KITA (MUSLIM) ==Jangan memperbodohkan diri sendiri dengan memperbodoh oranglain

April 01, 2010
Posted by Jamal Rafaie

"Kamu boleh meninggalkan kota Granada ini jika kamu semua mahu menyelamatkan diri. Esok, berlayarlah dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan sana. Bawa sekali barang-barang kamu jika mahu selamat", kata seorang tentera Kristian kepada penduduk Muslim di Granada, Sepanyol.
"Kami tidak mempercayai kamu!", jerit seorang penduduk Muslim.
"Jika kamu tidak percaya, pergilah ke pelabuhan. Banyak kapal-kapal yang berlabuh di sana. Kamu boleh meninggalkan kota ini esok pagi untuk menyelamatkan diri", jawab tentera Kristian itu.
Penduduk Muslim yang tidak berpuas hati itu, pergi ke pelabuhan untuk membuktikan kesahihan berita yang disampaikan tertera Kristian tadi. Apabila sampai di pelabuhan, ternyata apa yang dikatakan oleh tentera Kristian itu tadi adalah benar. Banyak kapal-kapal yang berlabuh di sana. Jadi, tentera Kristian tadi tidak menipu.Setelah berpuas hati, penduduk Muslim membuat persiapan meninggal Kota Granada kerana telah dikuasai oleh Tentera Kristian. Mereka pun bergerak bersama barangan mereka ke pelabuhan.
Tanpa disangka-sangka tentera Kristian menggeledah dan membakar rumah-rumah penduduk Muslim itu tanpa mereka sedari.Selepas itu, mereka (tentera Kristian) bergerak ke pelabuhan lalu membunuh semua penduduk Muslim itu, tidak kira lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Peristiwa berdarah ini diraikan oleh tentera Kristian kerana berjaya menumpaskan penduduk Muslim dan menguasai Kota Granada dan negara Sepanyol dari pemerintahan Islam.Peristiwa ini berlaku pada 1 April dan peristiwa memperbodohkan penduduk Islam ini diraikan di Sepanyol bahkan di seluruh dunia pada setiap tahun.

Adakah kita mengambil tahu tentang kisah di sebalik hari ini?HARI INI HARI APA?1 April? Apa yang sinonim dengan hari ini? Ya.. APRIL FOOL.. Hari memperbodohkan orang di seluruh dunia. Melihat kembali peristiwa di atas, perlukah kita (Muslim) meraikannya bersama? Peristiwa umat Islam ditindas dan ditipu telah berjaya dieksploitasi kepada satu bentuk keraian sejagat.Apa yang kita tahu tentang hari ini? Orang lain buat kita pun nak buat, seperti sambutan Valentine Day itu?

Cukuplah dengan semua rancangan jahat Yahudi dan Nasrani yang ingin menyesatkan umat Islam. Tambahan pula, tidak baik memperbodohkan orang dengan tujuan ingin melawak dan bergurau senda. Lupakanlah..Banyak versi tentang sejarah April Fool ini, ada yang sedap didengar dan ada yang tidak, hakikatnya banyak yang fool! Sejarahnya yang sebenar tidak penting untuk kita tahu. Yang penting mesej jahat yang tersirat di dalamnya perlu dielakkan agar kita tidak terjerumus dalam kancah pembodohan ini. Nabi Muhammad Solallahu A'laihi Wasalam pernah bersabda :

“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?”
[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
SAY NO TO APRIL FOOL !

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.
############################################################


http://paneh.blogspot.com/.com
Thursday, October 23, 2008

Jejak Andalusia - April Fool
Rentetan daripada kejatuhan kerajaan Murabitun, maka kerajaan Islam di Andalusia juga turut menerima kesannya. Pemerintah terakhir yang berkuasa di Andalusia ketika itu ialah Abu Abdullah daripada Bani Al-Ahmar iaitu keturunan yang membina istana Alhambra di Granada. Selain menjadi raja di Granada, Abu Abdullah turut menguasai dua wilayah lain iaitu Valencia dan Marcia. Namun kerajaan Kristian telahpun menjadi bertambah kuat terutama apabila dua buah kerajaan iaitu Aragon dan Castilla disatukan melalui perkahwinan raja mereka iaitu Raja Ferdinand dan Ratu Isabella. Disitulah asalnya beberapa penempatan kecil di kawasan lembah dan bukit di utara Andalusia yang akhirnya telah berkembang menjadi sebuah kerajaan yang besar akibat tidak ditangani lebih awal oleh pemerintah Islam sebelum itu (Amaran! Pulau Pinang kini ditadbir oleh bukan Islam yang boleh dikategorikan sebagai kafir harbi. Begitu juga dengan pemerintah Islam di Selangor dan Perak yang kini sering mengikut telunjuk kafir harbi. Jika perkara ini tidak ditangani lebih awal, berkemungkinan ia akan mendatangkan mudarat kepada umat Islam di Malaysia pada masa hadapan). Kerajaan Aragon dan Castilla kemudiannya bersatu untuk menyerang Granada yang masih di bawah jajahan kerajaan Islam. Rentetan itu, maka pada tahun 1492 Masihi, Abu Abdullah akhirnya menyerahkan tampuk pemerintahan Granada kepada Ferdinand dan Isabella.
Ferdinand dan Isabella sebenarnya berhasrat untuk menyatukan semua negeri di Andalusia menjadi sebuah negara iaitu Sepanyol. Namun mereka beranggapan bahawa orang Islam dan Yahudi merupakan ancaman bagi mereka merealisasikan cita-cita tersebut. Oleh itu sebaik sahaja menerajui pemerintahan Andalusia, Ferdinand telah memaksa semua orang Islam dan Yahudi untuk menganut agama Kristian Katolik. Tentera telah dikerah untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mengikut ajaran Kristian dan kaedah untuk mengenalpasti individu yang bukan daripada aliran Kristian adalah sangat zalim dan terlalu menghinakan. Sehingga ke suatu tahap, tentera Kristian akan menangkap kaum lelaki semata-mata untuk memeriksa alat kelamin mereka. Jika lelaki tersebut didapati bersunat, maka tentera Kristian bukan sahaja akan membunuh lelaki tersebut, bahkan keluarga dan keturunannya juga akan turut dibunuh. Tentera Kristian turut mengupah perisik untuk mengintip pergerakan rakyat Andalusia. Jika seseorang itu didapati mandi pada waktu subuh atau berpakaian cantik pada hari Jumaat, maka individu tersebut akan dibunuh tanpa usul periksa. Begitu juga jika seseorang itu berpakaian cantik pada 1 Syawal atau hari-hari lain dalam kebesaran Islam, maka dia juga akan dibunuh walaupun individu tersebut bukan beragama Islam.Akibat takut dengan kezaliman dan seksaan daripada tentera Kristian, maka ramai dikalangan umat Islam yang lemah imannya telah mengistiharkan diri keluar daripada Islam. Golongan murtad ini telah mengaku memeluk agama Kristian dengan harapan keselamatan mereka akan lebih terjamin. Namun malangnya, golongan ini turut dibunuh oleh tentera Kristian. Pope dan paderi dari Rom juga terlibat dalam memaksa orang-orang Islam untuk menganut agama Kristian. Mereka telah menyeksa dan menganiayai orang Islam sehingga beratus tahun lamanya. Dikhabarkan seksaan yang dilakukan oleh pihak gereja Kristian terhadap umat Islam di seluruh dunia telah berlarutan sehingga 300 tahun lamanya.
Ferdinand dan Isabella sebenarnya berniat untuk menghapuskan semua umat Islam di bumi Sepanyol. Mereka telah menggunakan tipu helah dengan berjanji untuk menghantar umat Islam kembali ke wilayah Islam di Afrika. Ferdinand dan Isabella juga turut membenarkan umat Islam untuk membawa segala barangan dari rumah masing-masing dan berjanji akan menyediakan kapal untuk memudahkan proses penghijrahan mereka. Maka ramailah umat Islam yang telah terpedaya dengan janji manis kerajaan Kristian dan mula mengemaskan barang masing-masing untuk berhijrah. Namun terdapat juga segelintir umat Islam yang tetap berdegil tidak mahu keluar dari Sepanyol dan membuat keputusan untuk menyorok di kediaman masing-masing.
Sebahagian besar umat Islam Andalusia kemudiannya telah berkumpul di pelabuhan untuk menaiki kapal-kapal yang disediakan, sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Kristian sebelum itu. Namun sebaik sahaja umat Islam berada di atas kapal, tentera Kristian mula membakar semua kapal tersebut. Berpuluh ribu umat Islam telah dibakar hidup-hidup di dalam kapal yang kononnya akan membawa mereka ke Afrika. Itulah peristiwa penghapusan etnik yang pertama di dunia dan mereka yang terbunuh itu terdiri daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa serta orang-orang tua yang semuanya merupakan umat Islam.Peristiwa umat Islam diperdaya dan dibakar hidup-hidup ini berlaku pada tanggal 1 April yang merupakan sejarah permulaan April Fool. Tidak ramai mengetahui akan hakikat ini dan amatlah menyedihkan apabila sehingga kini ada di kalangan umat Islam yang masih meraikan April Fool. Saki baki umat Islam Andalusia yang masih berada di kediaman masing-masing juga telah ditangkap, dirogol, diseksa, dikelar, dibakar, dikerat anggota badan, sehinggakan ibu yang mengandung juga turut dibelah perut mereka hidup-hidup dan dibiarkan mati bersama bayi yang dikandungnya. Peristiwa ini membuktikan bahawa jika umat Islam sudah kehilangan kuasa, maka mereka juga akan turut kehilangan segalanya dan pasti akan jadi lebih sukar untuk memperolehi kembali kuasa yang hilang itu. Akan datang akan dibincangkan mengenai evolusi Zaman Gelap Eropah melalui ilmu yang pada asalnya dimiliki oleh umat Islam.

##################################################################
Dipetik daripada :
posted by Mohd Haniff ibn Abu Zarim
an article by sheikh yusuf estes
source: http://www.islamtomorrow.com/lies/fools.asp
____________ _________ _________ _________ ___
Questions & Answers for ISLAM TODAY
"April Fools? - or ' MUSLIM' FOOLS DAY?""April Fools Has Come and Past, Now Who's the Biggest Fool at Last?"
Holy Quran 33:69"O you who believe, fear Allah and always speak the truth."
Once again people are trying to fool the Muslims - We received the following email and felt it necessary deal with this subject - without 'fooling around' any longer.
Search our site for answers: http://islamtomorrow.com/search/
Now as regards the incorrect story circulating amongst the Muslims on the Internet saying that April Fool's Day is the celebration of the kufar over the conquest of Muslim Spain. I felt that it was necessary to clarify a few points in the interest of truth, inshallah.Bismillah Al Hamdulilah was Salat wa Salam ala Rasoolulah. Allahu Alim.In the Name of Allah, I praise Allah and ask for His Peace upon Muhammad, ameen. Allah Alone is The All-Knower.
To continue:Once again, Muslims are circulating a fabrication on the Internet trying to claim things which can easily be proven incorrect by Christians and non-Muslims who rejoice in watching us play the part of Everyday Fools.The most recent story says that Christians could not conquer the Muslims there and sent spies to discover why. According to the story, they found that the Muslims there were on the 'Taqwah' (God Fearing and Pious) of Islam. Then the story says the Christians sent in alcohol and cigarettes which the Muslims used and lost their 'Taqwah' and then the Christians defeated the Muslims on April first and began celebrating 'April Fool's Day' ever since.This story is not correct in many aspects.
1.) First, let us consider the historic fact that Muslim Spain ended on the 12th of January in the Christian year of 1492 A.D. Yet 'April Fool's Day was not heard of until over fifty years later.
Once upon a time, back in 16th-century France, before computers, people celebrated New Year's Day on March 25, the advent of spring. It was a festive time. They partied steadily until April 1. In 1564, when the calendar reformed and became Gregorian, under the influence of Pope Gregory, King Charles IX proclaimed, perhaps pompously, that New Year's Day should be celebrated on January 1st instead of in the spring. Diehard conservatives resisted the change (or perhaps didn't hear about it due to the absence of e-mail) and continued to celebrate New Year's from March 25 to April 1. During this period of spring festivity, the more flexible French mocked the rigid revelers by sending them foolish gifts and invitations to nonexistent parties. The victim of an April Fools' Day prank was called a "Poisson d 'Avril," or an "April Fish," because at that time of year, the sun was leaving the zodiacal sign of Pisces.
April Fools' Day hit its stride (avoiding the banana peel) in England in the 18th century, and was brought to colonial America by the English, Scottish, and French.
2.) Second, we should know that cigarettes were not even invented until AFTER the time of the fall of Muslim Spain (January 1492). According to the State College in Framingham, the Human Biology course by Dr. Roger Morrrissette, Ph.D., smoking of any kind did not exist in Spain until after it was brought back from the New World AFTER King Ferdinand and Queen Isabella had come to rule Spain.
This is from their website:
Introduction to Human Biology Framingham State CollegeRoger N. Morrrissette, Ph.D.
I. The History of Smoking.1492: Columbus notes the natives of the New World smoke leaves.1550: Spaniards begin cultivating tobacco in the West Indies to export to Europe.1880: Tobacco use is widespread but people only use small amounts.3.)
Muslim Spain began to deteriorate at the time of Ibn Seenah and others who were beginning to use their logic in place of Divine Revelation of Allah. Some were very interested in the Greek and Roman philosophies and concepts and began to try to 'rethink' Islam much the same as some 'modernists' are doing today. It was right after this that Muslim Spain began to divide up into small kingdoms and fight against each other for control and gold. They employed mercenaries from amongst the Christians and killed and destroyed each other for a number of years. When the Christians came against them the first time, they appealed to the ruler of Maghrib (Morocco) across the Mediterranean Sea who sent troops to quell the attacks. He stipulated that the Muslims must stop fighting each other and go back to the Islamic system of rule under one leader. They did not do it. When they began fighting each other again, the Christians came in very strong against them and this time the ruler of Morocco refused to help them. They lost battle after battle against the Roman Christians and finally the last stronghold of Islam fell to the Christian King, Ferdinand, in January of 1492. [for details order the video "Muslim Spain"]So regarding the email claiming that April Fools Day is a celebration of the take over of Muslim Spain, it is clear the whole thing is a made up lie. This is totally unacceptable and should be brought to the attention of the one who sent you this lie in the first place. A good Muslim would never accept to repeat lies and fabrications especially in presenting facts about the history of Islam.If you have received such a letter it is your duty in front of Allah to write back to those who also received it and ask them to contact all of those on their lists and email the truth about this issue. And we should all fear a Day when we will stand in front of Allah and be asked about these matters.If we don't do something about correcting the education of our beloved brothers and sisters in Islam, then everyday on the internet is MUSLIM FOOLS DAY.
Again, it is only Allah who has All Knowledge. May He forgive me my mistakes and guide us all to the right way, ameen.



#####################################################
Dipetik daripada :April Fool: Antara Barat dan KeparatApril 1st, 2009 by Abu Saif 7:31 am 10,973 views Print Email Leave a reply »

“Kawan saya ni memang hidup cara Barat. Biar pun baik hatinya, tapi akhirnya bercerai juga dengan isteri. Apa nasihat yang patut diberi kepada orang macam ni, ustaz?” tanya salah seorang hadirin dalam program ceramah saya.
“Hidup cara Barat itu tidak menjadi punca masalah, jika yang dimaksudkan itu ialah bercakap bahasa Inggeris, makan makanan Eropah atau berpakaian mengikut format orang sana,” saya cuba menyuluh perspektif.
Di Barat sendiri, jumlah mereka yang memeluk Islam cukup tinggi. Jika Islam bertentangan dengan Barat, tentu sulit untuk orang Barat menerima Islam.
“Maka apa yang diperlukan oleh sahabat tuan itu, ialah meninggalkan dosa-dosa yang dianggap Barat, serta menyuntik kesedaran tentang persoalan hidup ini untuk apa. Sebagaimana yang kita bincangkan sebentar tadi,” saya menyudahkan jawapan.
Seorang Barat yang memeluk Islam, akan terus bercakap bahasa Barat, makan makanan Barat, beribu bapakan orang Barat, beradik beradikkan manusia Barat, dan terus menjadi Muslim yang tulen di Negara Barat. Apa yang ditinggalkan hanyalah bahasa carut dalam kerosakan budaya Barat, makanan haram dalam hidangan Barat, dan mengenepikan perbezaan aqidah ibu bapa dan adik beradik dalam hubungan sosial. Itu sahaja.
Seseorang boleh menjadi moden tanpa perlu menjadi Barat. Seseorang itu juga boleh menjadi Barat tanpa perlu menjadi Keparat!
BARAT DAN KEPARAT
Ya, jika ahli politik seperti Ataturk keliru di antara proses modernisasi (modernization) dengan proses pembaratan (westernization), kita pula ramai yang keliru di antara Barat dengan Keparat.
Ramai yang cuba untuk meniru kehidupan Barat berubah menjadi Keparat. Malah kerana ‘yang mengikut’ selalunya lebih teruk dari ‘yang diikut’, kita menjadi lebih Keparat dari Barat. Entah kenapa, benda yang elok-elok dari Barat tidak hendak diikut. Yang busuk-busuk dan keparat itu juga yang didambakan.
Malah yang Kristian pun ramai juga yang keliru antara Kristian dan Barat. Kristian adalah agama yang lahir di Timur, tetapi ada pula yang bertaqlid dengan agama Kristian supaya ‘menjadi Barat’, malah memperalatkan agama Kristian untuk menjustifikasikan perbuatan keparat sesetengah mereka.
Kelemahan jati diri bangsa kita yang mengkeparatkan diri untuk kelihatan Barat, menyebabkan saya hilang upaya untuk mengulas tentang budaya April Fool. Tidak perlulah dibahas-bahaskan sangat latar belakang sejarahnya, mana yang betul, mana yang salah. Huraian tentang sejarah April Fool itu sendiri pun banyak yang fool.
Jelasnya ia fool!
Terungkap pada sabda Nabi SAW:
lubangdhab.jpg
“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

######################################################
ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 Ampang
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu."Erti Hidup Pada Memberi"ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 Ampang, Selangor


##################################################
Dipetik daripada:

Ada Apa Dengan April Fool?08/04/2009 — inksensei
dipetik dari http://al-syahidah.blogspot.com/

Setiap kali menjelang 1hb.April, sesetengah orang kita taksub dengan budaya pandang Barat. Semua menuju ke arah Barat. Dari politiknya, dari pendidikannya, dari ekonominya, dari budaya-sosialnya dan sebagainya… Sedangkan bukan semua, BUKAN 100d% apa yang ada di Barat itu boleh kita ikut… Jika diikut BURUK PADAHNYA bukan sahaja pada individu, masyarakat bahkan pada negara jugak! Setiap kali hadirnya tanggal 1hb.APRIL… maka apa yang terfikir di benark fikiran… ligat berputar memikirkan rancangan “PENGANIAYAAN”… Tak kira masa tuk memikir “AGENDA” yang rasanya pasti “menjadi”. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam menahan kemarahan kerana dipermainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari kadangkala lawak-lawak biasa, lawak-lawak bodoh (i’m sorry to use this words) atau “practical joke” yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan berpanjangan.
Pernah satu ketika, tragedi ini berlaku pada 1hb.April, seorang suami yang jahil agama telah mengucapkan “Aku ceraikan kau dengan talak 3″ pada isterinya dengan niat untuk melawak.
Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga termeraung apabila si suami dengan muka selamba pula mengucapkan “APRIL FOOL”… Selepas itu, giliran si suami pulak meraung apabila talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah…Berbalik kepada pertanyaan April Fool’s Day ini adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol.
Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.
Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang
Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam di sini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya yang terdiri daripada lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan ini kemudiannya menjadi salah satu tarikh yang diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di saentaro dunia. Perkara yang amat menyedihkan orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s TANPA menyedari mereka sebenarnya merayakan ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SEISLAM MEREKA SENDIRI.

Sekiranya kita memang jelas mengetahui asal-usul peristiwa tersebut, maka HARAMLAH hukum meraikannya. Meraikan April Fool juga boleh membatalkan ‘aqeedah umat Islam. Kita renung-renungkan, sebenarnya tidak ada kebaikan langsung mengamalkan budaya ini, malah akan mendatangkan keburukan… Fikirkanlah! Kenapa kita perlu berbangga menyambut perayaan agama lain??? Selamatkanlah ‘Aqeedah kita dari terus diperkotak-katikkan oleh golongan kafir yang akan tersenyum dengan gah bila kita mengikut telunjuk mereka…Semoga Allah membuka pintu taubat untuk kita. Moga kita tidak mudah terpedaya dengan “agenda” barat yang mahu menghancurkan Islam dan umatnya sama ada secara kasar mahupun halus (yang kita sendiri kurang menyedarinya)… Antara cara halus orang kafir ingin menghancurkan Islam ialah melalui HEDOINISME… Budaya cintakan hiburan. Bukan itu sahaja,
SEKULARISME, NASIONALISME hingga lahirnya pelbagai ISME… yg mana impaknya ialah KESATUAN UMAT ISLAM TERCALAR… budaya rasuah menjadi perkara biasa, mengahwini wanita yang sedang hamil tanpa nikah, kes buang anak, kes bunuh, kes rogol, kes penculikan, kes rompakan, kes kecurian…. dan SEMUA GELAJA SOSIAL semakin berleluasa.. Tepuk dada, tanya iman…

Wahai sekalian kaum muslimin di luar sana…Semua ini berlaku natijah daripada AL-QUR’AN tidak dijadikan sebagai DASAR PERLEMBAGAAN NEGARA… Betul atau tidak kenyataan dan dakwaan ana ni, TEPUK DADA, TANYALAH IMAN KITA...

Jika kita beriman dan cinta Allah dan Rasul-Nya… maka buktikanlah… Jadikanlah Al-Qur’an sebagai dasar perundangan negara… Percayalah! Hanya dengan kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah, semua masalah yang melanda umat akan dapat diselesaikan… tak kira sama ada masalah politik, ekonomi, sosial dan sebagainya… Bukankah Islam itu satu-satunya agama yang diredhoi ALlaah Subhanahu wa Ta’ala..?Sudah tentu segala syariatnya BERSESUAIAN SEPANJANG ZAMAN untuk diaplikasikan dalam kehidupan di dunia buat bekalan di hari kemudian.
Akhirul kalam. mohon maaf dunia akhirat atas keterlanjuran kata yang menyinggung mana-mana pihak di sepanjang penulisan mahupun pergaulan ana dengan antum sama ada secara maya mahupun realiti… Jika kita cintakan Islam… maka tunjukkanlah usaha kalian menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai rujukan utama dalam semua aspek kehidupan.

P/S: Artikel ini ana ambik sedikit (sejarah 1 April Fool) melalui artikel yg diserahkan oleh seorang pelajar kepada ana last week. Namun begitu, ada ayat dan beberapa perenggan yang ana tambah mengikut gaya bahasa ana sendiri (dan apa yg terbuku di hati) dan sudah tentu mempunyai banyak kekurangan dan kesilapan yg ana x sedar. Oleh itu, ana mohon maaf dunia akhirat. Bersama-samalah kita membaca, merenung, menilai… Lihatlah yang tersirat disebalik yang tersurat atas setiap yang berlaku pada diri kita. Moga kita melihat dengan mata hati kita, kerana mata yg zahir selalunya mudah tertipu. Sekian, waLlaahu a’lamMin ana al-faqiroh wad-dhoifah ilaLlaah
##################################################
Dipetik daripada :

April Fool – Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol
Written by Administrator
Rabu, 01 April 2009 18:53

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April FoolPerayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak DirayakanUmat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib. Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.Sumber: http://www.eramuslim.com
Last Updated on Sabtu, 04 April 2009 01:23

##########################################################
Dipetik daripada :
1 April 2007 Masihi 14 Rabbiul Awal 1428 Hijrah
Info : Hari Kebodohan
Di bawah kategori (Kehidupan Saya, Kolej Tuanku Canselor, UTM Skudai) ditulis oleh
????? : ???? ???????

Assalamualaikum wbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’
Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang – orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh semuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu …..rawahu ttirmizi Illal Liqaq
#############################################################
Dipetik daripada :
April Fool???!!!
Tarikh Kiriman: 04/03/07 Masa: 01:32:38
Assalamualaikum wbh... Dulu Saya Selalu Bertanya Knp Islam Mengharamkan April Fool? Apa Sejarah Disebalik April Fool. Alhamdulillah Saya Telah Menemui Jawapannya. Jom Kita Kongsi Bersama... Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. penduduk-penduduk Islam diSepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang - orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja diSepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Petikan drpd Risalah Fikrah Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....rawahu ttirmizi Illal Liqaq P/S : - Kalau boleh Tolong forwardkan kat kawan- kawan - Sabda Rasulullah : 'Sampaikanlah Ayatku Walaupun 1 Ayat'