Khamis, 20 Ogos 2009

DALAM NAUNGAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Dipetik daripada:
Adab berpuasa dan solat terawih
Oleh NAZMI AIDARUS
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut.

Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?”

Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna.

Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.:

"Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga." (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan.

Sabda Rasulullah,
"Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya:
"Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. "(Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya.

Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat.

Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)


MUTIARA HADIS RAMADHAN

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan."

Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Hadith 3
Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."


Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."Hadith 6Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

RAMADAN : KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

KELEBIHAN BULAN RAMADAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan. Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah Al-Baqarah: 185) Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.
Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat. Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.” (Hadis riwayat Muslim) Sabda Baginda lagi: Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.” (Shahih Ibnu Khuzaimah) Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah Az-Zumar: 10)
KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN
Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan saja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dengan apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Adapun kewajipan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar shadiq hingga terbenam matahari, bahkan hendaklah juga menahan anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabda Baginda: Maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga.” (Ditakhrijkan oleh Ibnu Majah)
MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA
Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:
1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.
3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya: Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” (Surah Al-Ma’idah: 42)
4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).
5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya.
Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya. Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya.
Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.
6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)
PUASA BAGI ORANG-ORANG YANG TAKWA
Di antara huraian atau maksud “Supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” ialah: Orang-orang yang beriman dilarang makan dan minum dan dilarang bersetubuh ketika berpuasa, ialah kerana terdapat hikmah dan faedah yang besar dalam larangan itu. Yang pertama ialah latihan mengendalikan diri. Kalau di sepanjang waktu umat Islam dilarang memakan makanan yang haram, tetapi ketika berpuasa makanan yang halalpun dilarang. Orang yang beriman akan dapat menahan nafsunya semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Walaupun dia hidup terpencil seorang diri, jauh daripada pandangan manusia atau tidak seorang pun manusia melihatnya, namun dia akan tetap berpuasa, sebab dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sikap demikian dapat mendidik iradat serta mengendalikan kemahuannya dan dapat juga mengekang nafsunya.
Ada dua syahwat yang sangat mempengaruhi hidup, iaitu syahwat faraj (kelamin) dan syahwat perut. Kalau kedua-duanya ini tidak terkendali, maka kemanusiaan manusia menjadi runtuh dan turun bertukar menjadi kebinatangan. Tetapi apabila dapat dikendalikan khususnya dengan berpuasa, kemanusiaan tadi akan naik tingkatnya ke tingkat ketaqwaan. Mudah-mudahan kelebihan puasa sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah ‘azzawajalla berkata: “Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.” (Hadis riwayat Ahmad) Daripada maksud hadis di atas diharapkan akan mendorong seseorang itu untuk menghidupkan Ramadhan supaya tercapai pula keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari)
http://www.brunet.bn/gov/mufti/ic45_2000.htm
Telah Mendaftar Masuk

kanjeng سنن
24.05.07 Kiriman: 2139
cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...


Re: Fadhilat Ramadhan
« Jawab #3 pada: 17 September, 2007, 11:32:02 am »

Ramadhan Bulan Overhaul Hati Allah Taala menjadikan manusia dijadikan sekali
di mana kekuatannya dan kelemahannya
Tuhan tahu bagaimana menguatkan yang lemah
dan bagaimana menyuburkan yang kuat
Allah Taala tahu di mana kebaikan mereka,dan di mana kejahatan mereka
Memang Tuhan ada bekalkan manusia ada benih baik ada benih jahat
Tuhan tahu dari punca apa dia baik dan dari punca apa dia jahat
Hatilah wadahnya yang boleh menerima kebaikan dan kejahatan
Di dalam masa setahun manusia terdedah dengan
berbagai-bagai ajaran dan cabaran
Cabaran itu seperti tekanan hidup, sibuk dengan kerja,berhadapan dengan kerenah manusia
Berlaku juga ujian-ujian yang mendadak,kemalangan yang tidak disangka,melihat, mendengar perkara yang merosakkan
Ditambah lagi hasil didikan, bacaan semuanya inimemberi kesan yang negatif kepada jiwa kebanyakan orang
Kecuali orang yang kuat dengan Tuhan
jiwanya tidak rosak dan tidak memberi kesan
Cabaran-cabaran itu tidak merosakkan jiwa mereka,bahkan bertambah kuat dengan Tuhan
Dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang-NyaTuhan perintahkan puasa Ramadhan dan lain-lain ibadah tambahan
Ramadhan boleh membaik pulih kejahatan
Kerosakan manusia setahun hanya sebulan
Seolah-olah Ramadhan bulan overhaul hati insan
Seperti kereta yang sudah lama dipakai,banyak kerosakan telah berlaku terutama enjin, perlu overhaul
Overhaullah caranya membaikpulihkan keretayang perjalanannya sudah tidak berapa betul
Manusia yang sudah rosak jiwanya, fikirannya,sikap dan tingkahlakunya dipulihkan melalui didikan Ramadhan
Didikan Ramadhan merupakan satu pakej pendidikandi antara satu sama lain kuat-menguatkan
Siangnya puasa, sembahyang ditambah lagi dengan Tarawikh,disusul dengan membaca Al Quran
Ditambah lagi dengan perkara-perkara sampingan,zikir, tasbih, tahmid, salawat, tafakur
digalakkan bersedekah dan pemurah,perbualan yang menambah kesedaran
Keseluruhan itu asasnya adalah mujahadah melawan nafsu
menentukan didikan Ramadhan berkesan atau tidak bekesan
Didikan Ramadhan ada mujahadah, ada didikan puasa,didikan sembahyang
Ditambah lagi didikan Al Quran dan lain-lain lagi tambahannya
Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa,memaksa membuat yang disuruh,memaksa meninggalkan larangan
Larangan itu sama ada yang lahir mahupun yang batin kenalah tinggalkan
Mujahadah ertinya memaksa, terseksa,membencikan, menjemukan, meletihkan
Kalau jiwa tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan,atau buat tanpa kesungguhan
Kerana itulah mujahadah perlu pemangkin yang menggalakkan,
Pemangkin ialah puasa yang hati dan fikirannya puasa,sembahyang yang dapat dihayati,didikan Al Quran yang difaham dan dijiwai
Di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa kehambaandan menajamkan rasa bertuhan
Di antara didikan Al Quran di sana ada khabar gembira,ada amaran, ada suri teladan juga ada kesedaran dan keinsafan
Didikan puasa rasa lemah, rasa hamba,rasa timbang rasa, menyedarkan dan menginsafkan
Daripada 3 pakej didikan yang utama
pemangkin menguatkan jiwa, menyuburkan jiwa,meneguhkan keyakinan
Apabila jiwa kuat, jiwa subur, mujahadah pun kuat
Apabila jiwa kuat dan subur hikmah Ramadhandaripada 3 pakej didikan tadi boleh bangunkan insan
Jika hikmah Ramadhan itu dapat dimiliki lahirlah manusia luarbiasa
Ertinya manusia yang dioverhaul di bulan Ramadhan
mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya
Lahirlah manusia yang luar biasa,iaitu manusia yang benar-benar rasa kehambaan
Manusia yang tawadhuk, sabar, redha, berkasih sayang,bertimbang rasa, pemurah, kerjasama
Malu akan jadi pakaian, tawakal menjadi perasaan, keyakinan kental
Apabila sifat ini dapat dimiliki, automatik mazmumah terbasmi
Sombong, tamak, bakhil, pemarah, hasad,dendam, gila puji, gila nama, mati
Inilah dia orang yang menang dan berjaya didikan Ramadhan
Selepas Ramadhan manusia itu kembali suci seperti fitrahnya yang semulajadi
Orang ini sahajalah yang layak berhari raya
Kerana berjaya mengembalikan kesucian fitrahnya,hari raya namanya
Hari raya ertinya mengembalikan fitrah suci lagi murni
Kalau fitrah yang suci murni ini kekal sepanjang tahun,Ramadhan yang akan datang
hanya memberi cahaya lagi, bukan overhaul
Begitulah didikan Ramadhan ramai orang yang gagal,sedikit sangat yang
nukilan Sahibuzaman..


Dipetik daripada :

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Dipetik daripada :


MARHABAN YA RAMADHAN

Marhaban barasal dari kata rahb yang berarti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahwa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan.
Rasulullah sendiri senantiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadhan.
Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda:
"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh setan.
Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad)

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, karena kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh guna melanjutkan perjalanan menuju Allah swt.
Perjalanan menuju Allah swt itu dilukiskan oleh para ulama salaf sebagai perjalanan yang banyak ujian dan tentangan. Ada gunung yang harus didaki, itulah nafsu. Digunung itu ada lereng yang curam, belukar yang hebat, bahkan banyak perompak yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak dilanjutkan. Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan, semakin curam dan ganas pula perjalanan. Tetapi, bila tekad tetap membaja, sebentar lagi akan tampak cahaya benderang, dan saat itu akan tampak dengan jelas rambu-rambu jalan, tampak tempat-tempat yang indah untuk berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan bila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kendaraan Ar-Rahman untuk mengantar sang musafir bertemu dengan kekasihnya.
Untuk sampai pada tujuan tentu diperlukankan bekal yang cukup. Bekal itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur didalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan shalat dan tadarrus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.
SPIRITUALISME DAN MATERIALISME.
Puasa Ramadhan hakekatnya adalah melatih dan mengajari naluri (instink) manusia yang cenderung tak terkontrol. Naluri yang sulit terkotrol dan terkendali itu adalah naluri perut yang selalu menuntut untuk makan dan minum dan naluri seks yang selalu bergelora sehingga manusia kewalahan untuk mengekang dua naluri ini.
Dalam sejarah manusia didapatkan dua falsafah yang dapat menguasai dan mendominasi kebanyakan manusia, yakni falsafah materialisme yang berorientsi pada materi saja, dan falsafah spiritualisme yang hanya berorientasi pada rohaniah saja.
Orang-orang yang berorientasi materi - terdiri dari orang-orang atheis, komunis dan animisme dan berhalaisme - mereka hidup untuk dunianya saja. Mereka melepaskan kenhendak nalurinya dan tak pernah puas. Bila terpenuhi satu keinginannya, timbul keinginan baru begitu seterusnya. Sahwat manusia bila sudah terbakar maka akan mengheret dari sedikit ke yang banyak, dari banyak ke yang terbanyak.
Allah mengecam orang-orang seperti ini: "Biarkanlah mereka makan, dan bersenang-senang, mereka dilalaikan oleh angan-angan dan mereka akan mengetahui akibatnya".(QS Al Hijr 3). Ayat lain: "Orang-orang kafir mereka bersenang-senang dan makan seperti binatang ternak makan. Dan neraka adalah tempat tinggalnya".(QS Muhammad 12)
Mereka hidup di dunia ini dalam keadaan kosong. Jiwanya dikuasai nafsunya, menghalalkan segala cara, dan dihari kiamat nanti mereka mendapat balasan yang setimpal. "Demikian itu bersenang-senang di bumi tanpa haq dan mereka sombong".(QS Ghofir 75)
Sementara filsafat spiritualisme yang didasarkan pada kerahiban, berpandangan bahwa pengabdian kepada Tuhan harus menekan naluri seks mengikis habis pendorong-pendorongnya dan mematikannya yang juga diatasi dengan mengurangi makan. Dengan kata lain mereka masuk dalam kancah peperangan melawan jasad manusiawinya. Filsafat ini dilakukan oleh gereja sejak dahulu kala.
Orang-orang Barat dewasaa ini melepaskan diri dari filsafat gereja, mereka menggunakan waktu dan harta kekayaannya untuk memenuhi sahwat jasmaninya. Filsafat spiritualismenya telah lenyap, bahkan gereja-gereja sudah tiada lagi pengunjungnya walaupun pada hari Minggu. Seandainya masih ada, itu hanya sekelompok minoritas yang hidup di dunia Islam.
Agama Islam adalah agama yang seimbang. Ia menghormati rohani dan jasmani sekaligus, ia memperhatikan nilai-nilai ideal manusia, tapi juga menjamin kebutuhan hidup naluri duniawinya asal dalam ruang keutamaan, ketaatan, kehormatan.
Ia membolehkan manusia makan dengan catatan dalam batas kewajaran dan kehormatan. "Makanlah dan minumlah, berpakaianlah dan bersedekahlah tanpa berlebih-lebihan dan tidak diiringi kesombongan".(HR Bikhari)
Islam mengimbangkan antara ruhani dan jasmani. "Ya Allah, a ku berlindung kepadamu dari lapar, karena sesungguhnya seburuk- buruk tidur adalah dalam keadaan lapar. Dan aku berlindung kepadamu dari khianat, karena itu adalah seburuk-buruk suasana kejiwaan".(HR Abu Daud)
Islam memperhatikan kehidupan dunia dan akherat, "Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertaqwa: Apa yang Tuhan kalian turunkan? mereka berkata: 'Keuntungan bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini dan akherat lebih baik, dan sebaik tempat bagi orang-orang yang bertaqwa".(QS AN Nahl 30)
Ajaran Islam datang untuk mensucikan manusia, mengangkat darjatnya, ia mensucikan fisikalnya dengan mandi dan berwudlu, mensucikan jiwanya denga ruku' dan sujud. Islam adalah jasmani dan ruhani, dunia dan akherat dengan falsafah puasa. Islam menegaskan bahwa manusia terdiri dari jasmani dan ruhani.
Nilai manusia tidak terletak pada jasadnya, akan tetapi terletak pada ruhani yang menggerakkannya. Kerena ruhani inilah, Allah memerintahkan pada malaikatnya untuk hormat kepada manusia, karena ruhani datangnya dari Allah swt. Firman Allah:
"Ingatlah diwaktu Tuhanmu berkata kepada para malaiakat: "Aku menciptakan manusia dari tanah, dan setelah aku sempurnakan aku tiupkan kedalamnya ruh-Ku, maka hormatlah kalian kepadanya".(QS ShAd 71-72)
Setelah itu manusia ada yang mengenali siapa yang meniupkan ruh kapadanya dan yang memuliakannya atas seluruh makhluknya.
Mereka itu akan bersyukkur kepada pemberi nikmat, sementara ada manusia-manusia yang melupakan Tuhannya, melupakan kepada dzat yang meniupkan ruh kepadanya.
Demikian juga halnya kebudayaan. Kebudayaan yang memegang kendali alam sekarang ini telah melupakan Tuhannya, melalaikan haknya. Dunia ini tidak memiliki kebudayaan yang mengakui ruhani dan jasmani, berorientasi dunia dan akherat dan menentukan hak-hak manusia disamping hak-hak Allah -kebudayaan Islam-.
Puasa Ramadhan sebagaimana Rasulullah jelaskan dapat mengangkat derajat pelakunya menjadi unsur rahmat, kedamaian, ketenangan, kesucian jiwa, aklaq mulia dan perilaku yang indah ditengah-tengah masyarakat. "Bila salah seorang dari kalian berpuasa maka hendaknya ia tidakberbicara buruk dan aib. dan jangan berbicara yang tiada manfaatnya dan bila dimaki seseorang maka berkatalah, 'Aku berpuasa'". (HR. Bukhori).
Dalam bulan Ramadhan terdapat filsafat Islam yang mengaitkan dunia dengan akhirat, mengaitkan jasmani dan ruhani, mengaitkan bumi dengan langit, mengaitkan manusia dengan wahyu, dan mengaitkan dunia dengan kitab yang menerangi jalannya dan menetukan tujuannya.

@@ KHUTBAH NABI MENYAMBUT @@
@@ Ramadhan @@

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu'."
"Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain."
"Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya."
"Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang."
Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw, "Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu."
"Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka."
"Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya."
"Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka."
"Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga." (HR. Ibnu Huzaimah).
Nota:- Berberapa perkataan telah di edit untuk menyesuaikan pembaca Malaysia.
Back to Top


@@Fadhilat Puasa@@
* Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.
* Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)
* Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).
Back to Top

@@ Tingkatan Puasa @@
Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa diklasifikasi menjagi tiga, yaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagi.
Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah yaitu menahan dari makan, minum dan jima'. Puasa khusus, di samping menahan yang tiga hal tadi, juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala pikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.
Puasa level ketiga tadi adalah puasanya para nabi-nabi, shiddiqin, dan muqarrabin. Sedangkan puasa level kedua adalah puasanya orang-orang salih - puasa tingkat ini yang seharusnya kita tuju untuk mencapainya.
Selanjutnya imam Al Ghazali menjelaskan enam hal untuk mencapai kesempurnaan puasa tingkatan kedua itu. Pertama, menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiap-tiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa meninggalkan pandangan karena takut kepada Allah, niscaya Allah menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya.
Kedua menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Alquran. "Dua perkara merusakkan puasa," sabda Rasulullah SAW, "Yaitu mengumpat dan berbohong."
Ketiga, menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik, karena tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Rasulullah SAW menjelaskan: Yang mengumpat dan yang mendengar, berserikat dalam dosa.
Keempat, mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan yang syubhat dan haram.
Kelima, tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perutnya penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa. Bagaimana dia berusaha mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika saat berbuka dia justru memanjakan nafsunya dengan makanan yang terhitung banyak dan jenisnya.
Keenam, hatinya senantiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja'), karena tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan, sedangkan penuh harap berperanan dalam menumbuhkan optimisme.
Back to Top

@@ Fadhilat Tarawikh @@
KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:
Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.
Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23:
Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."


Catatan dipetik daripada :
http//fasting.xaper.com/whats_new.html

Kelebihan Puasa Di Bulan Ramadan

Kewajipan BerpuasaFirman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orangorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakqa.."Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manafaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.Keutamaan Ramadhan
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan puasa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.
Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuada di bulan Ramadhan.
1. Pintu Langit dibuka2. Pintu-pintu Syurga Di BukaFadhilat yang lain-lain1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Amal Ibadah di Bulan RamadhanDalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
1. Solat sunat
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya.
Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa.
Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna didunia dan diakhirat.
Salam hurmat dari: Haji Nik Omar bin Haji Nik DaudHospital Homeopati, Kg. Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan.
Perpustakaan Perubatan , Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia
Pasir Mas, Kelantan.


Tuesday, September 2, 2008
Sunnah Nabi di bulan Ramadhan
Sayugia bagi kita umat Islam berusaha mengikut sunnah Nabi dalam setiap perkara, begitu juga sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini:1- Melewatkan bangun bersahur, keberkatannya dan mendahulukan Tamar:
ثبت في "الصحيحين" من حديث زيد بن ثابت قال: تسحرنا مع رسول الله ، ثم قمنا إلى الصلاة، قلت: كم كان قدر ما بينهما؟ قال: "خمسين آية".
Maksudnya:Daripada hadis Zaid bin Thabit berkata: Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangun untuk bersolat (Subuh), saya bertanya (kepada Nabi): Berapakah kadar antara keduanya (sahur dan solat)? Baginda menjawab: “Kadar bacaan 50 ayat”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/118-119) dan Muslim (no. 1097)

وعن أنس بن مالك قال: قال رسول الله : "تسحروا فإن في السحور بركة".
Maksudnya:Daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/120) dan Muslim (no. 1095)
وعن أبي هريرة قال: قال رسول الله : "نعم سحور المؤمن التمر".
Maksudnya:Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sebaik-baik sahur seorang mukmin itu ialah dengan memakan tamar”.-Direkodkan oleh Abu Daud (3/142)2- Menjaga adab ketika berpuasa dengan tidak melakukan perkara lalai dan dosa:
عَنْ أَبي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ الله (ص) قَالَ : "الصِّيامُ جُنَّةٌ، فإذا كَانَ أَحَدُكُم صَائِماً فلا يَرْفُثْ ولا يَجهَلْ، فَإِنْ امْرُؤٌ شَاتَمَه فَلْيَقُلْ: إنِّي صَائِمٌ، إني صَائِم".
Maksudnya:Daripada Abu Hurairah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata: “Puasa itu pencegah (dari api neraka), maka apabila kamu berpuasa maka janganlah kamu berkata yang tidak elok dan janganlah jadi orang bodoh (dengan percakapan sia-sia). Jika ada orang yang mengejinya maka katakan kepadanya: Aku berpuasa, aku berpuasa”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1795) dan Muslim (no. 1151)3- Sentiasa membaca dan bertadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan:
ثبت في حديث ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان النبي أجود الناس، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل فيدارسه القرآن، فلرسول الله حين يلقاه جبريل أجود بالخير من الريح المرسلة.

Maksudnya:Daripada Ibnu Abbas berkata: Bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah, baginda lebih pemurah dalam bulan Ramadhan apabila Jibril datang menemui baginda, dia datang menemui baginda pada setiap malam bulan Ramadhan dan mereka bertadarus Al-Quran. Maka Rasulullah SAW sangat pemurah dengan kebaikan dari angin yang bertiup.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1902) dan Muslim (no. 2308)4- Menyegerakan berbuka puasa sebelum solat Maghrib, dengan mendahulukan memakan Rutab (kurma basah) atau Tamar (kurma kering) atau meminum air:
عن أنس بن مالك قال: كان رسول الله يفطر على رطبات قبل أن يصلي، فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات، فإن لم تكن حسا حسوات من ماء.
Maksudnya:Daripada Anas bin Malik berkata: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air”-Direkodkan oleh Abu Daud (no. 2348)5- Membelanjakan orang lain untuk berbuka puasa:
عَنْ زَيدِ بنِ خَالِدٍ الجُهْنيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله (ص):"مَن فَطَّرَ صَائماً كَانَ له مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لا يَنقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئاً".
Maksudnya:Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun".-Direkodkan oleh Tirmizi (no. 807), Ibnu Majah (no. 1746) dan An-Nasai dalam “Al-Kubra” (no. 3330-3331)6- Mendoakan orang yang membelanjakan orang lain untuk berbuka puasa:
عن أنس بن مالك أن النبي كان إذا أفطر عند أهل بيت قال لهم: "أفطر عندكم الصائمون، وأكل طعامكم الأبرار، وصلت عليكم الملائكة".
Maksudnya:Daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya Nabi SAW pernah berbuka puasa bersama sebuah keluarga di rumah mereka, maka baginda mendoakan mereka: “Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat”.-Direkodkan oleh Imam Ahmad (3/118)7- Menghidupkan setiap malam Ramadhan dengan beribadah:
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله (ص):"من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه".

Maksudnya:Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang mendirikan (malam dengan beribadat) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 2008) dan Muslim (no. 174)8- Mendirikan Solat Tarawih dan solat-solat sunat yang lain:
ثبت من حديث أبي سلمة بن عبد الرحمن أنه سأل عائشة رضي الله عنها: كيف كانت صلاة رسول الله في رمضان؟ فقالت: ما كان يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة، يصلي أربعا فلا تسأل عن حسنهن وطولهن، ثم يصلي أربعا فلا تسأل عن حسنهن وطولهن، ثم يصلي ثلاثا، فقلت: يا رسول الله، أتنام قبل أن توتر. قال: "يا عائشة، إن عيني تنامان، ولا ينام قلبي".
Maksudnya:Daripada hadis Abi Salamah bin Abdul Rahman, bahawa beliau telah bertanya kepada Aishah RA: Bagaimanakah solat Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan? Beliau menjawab: Baginda tidak menunaikan solat pada bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain lebih dari 11 rakaat, baginda bersolat 4 rakaat maka jangan ditanya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda bersolat 4 rakaat lagi maka jangan ditanya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda bersolat 3 rakaat, maka saya bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kamu tidur sebelum solat witir? Baginda menjawab: “Wahai Aishah, sesungguhnya kedua-dua mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 2013) dan Muslim (1/509)9- Beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan dan mengajak ahli keluarga turut serta:
عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان رسول الله إذا دخل العشر أحيا الليل، وأيقظ أهله، وجدَّ وشدَّ المئزر.
Maksudnya:Daripada Aishah RA berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW apabila masuknya 10 malam terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malamnya (dengan beribadat), mengejutkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan mengetatkan kainnya (tidak bersetubuh).-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/233-234) dan Muslim (no. 1174)10- Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan:
ثبت من حديث عائشة رضي الله عنها قالت: كان رسول الله يجاور في العشر الأواخر من رمضان، ويقول: "تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان".

Maksudnya:Daripada hadis Aishah RA berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan, baginda berkata: “Tuntutlah Lailatul Qadar dengan bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir Ramadhan”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/225-226) dan Muslim (no. 1169)11- Doa khusus pada setiap malam Ramadhan:
عَنْ عَائشةَ رَضيَ الله عَنْهَا قَالَتْ: قُلتُ: "يا رَسولَ الله، أَرأَيتَ إنْ عَلِمْتُ أيَّ ليلَةٍ ليلَةَ القدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قولي: اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ كَريمٌ تُحبُّ العَفوَ فَاعْفُ عنِّي"

Maksudnya:Daripada Aishah RA berkata: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, jika aku tahu malam bilakah Lailatul Qadar, apakah doa yang patut aku ucapkan? Baginda berkata: “Berdoalah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia Yang Sukakan Keampunan maka ampunilah aku”.-Direkodkan oleh Tirmizi (no. 3508)12- Membayar Zakat Fitrah sebelum Solat Aidil Fitri:
ثبت من حديث ابن عمر قال: فرض رسول الله زكاة الفطر صاعا من تمر أو صاعا من شعير على العبد والحر، والذكر والأنثى، والصغير والكبير، من المسلمين، وأمر بها أن تؤدى قبل خروج الناس إلى الصلاة.

Maksudnya:Daripada hadis Ibnu Umar berkata: Rasulullah SAW telah mewajibkan Zakat Fitrah sebanyak secupak tamar atau secupak gandum kepada setiap hamba dan merdeka, lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan dewasa, dari kalangan umat Islam, baginda memerintahkan untuk menunaikannya sebelum keluar orang ramai untuk bersolat (Aidilfitri).-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1503)Rujukan:1) Sahih Bukhari dan Muslim2) Sunan Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasai3) Musnad Imam Ahmad4) Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyadhus Salihin lil Imam Nawawi: Dr Mustapha Bugha dan lain-lain5) Al-Muntaqa lil Hadis fi Ramadhan: Ibrahim bin Muhammad Al-Huqail6) Hadyun Nabi fi Ramadhan: Sami bin Muhammad bin Jadullah7) Taisir Al-Fiqh (Fiqh Siyam): Dr Yusuf Al-Qardhawi
Dihantar oleh: Nazri Samsudin pada 11:05 AM
Halaman: Tazkirah

Rabu, 19 Ogos 2009

LAGI TENTANG INFLUENZA A



DIPETIK DARIPADA: http://nisamelaka.blogspot.com/
Jumaat, 2009 Mei 22

Influenza A H1N1?

1. Apakah Influenza A H1N1?Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1).

2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud?Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1).Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant) .Walaupun virus Influenza A H1N1 pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?Sejak pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes Influenza A H1N1 dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Influenza A H1N1 adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my/

4. Apakah tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia ?Tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?Ya. Tiada bukti mengaitkan Influenza A H1N1 boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Influenza A H1N1 boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160 ° F/70 ° C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?Manusia selalunya dijangkiti Influenza A H1N1 melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A H1N1. Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat di kalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.

7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A H1N1 ?Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza A H1N1 yang berlaku sekarang.Walaubagaimanapun, dilapor terdapat sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang membangunkan vaksin Influenza A untuk manusia yang dijangka akan berada di pasaran 6 bulan lagi.

8. Apakah rawatan bagi Influenza A H1N1?Kebanyakan kes Influenza A H1N1 yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. Bagi kes yang lebih kritikal, WHO ada mencadangkan ubat antiviral oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza) digunakan untuk rawatan Influenza A H1N1.


9. Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A H1N1 daripada manusia kepada manusia yang lain ?Mereka yang dijangkiti virus Influenza A H1N1 boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset) .Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.


10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:
• Jika anda batuk atau bersin:
• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.
• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.


PETIKAN DARIPADA : http:4life2us.com
August 5th, 2009
Malaysia’s health ministry has confirmed that four people who were infected with swine flu have died.
The deaths raise the country’s toll to 12. A ministry statement says a 3-year-old girl, 12-year-old boy and 20-year-old man died of pneumonia at a hospital in southern Malacca state Monday.The statement said Wednesday that all three tested positive for the H1N1 virus.Lim Chau Leng, a ministry spokesman, said one more patient died in another state Wednesday but gave no details.Malaysia has reported 1,476 swine flu cases since May.
SELESEMA babi atau swine influenza tiba-tiba mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia. Ada yang menganggapnya satu penyakit baru atau ciptaan Barat bagi melariskan jualan ubat.
Setakat ini ia mengorbankan lebih 159 nyawa dan beratus-ratus lagi ditahan di wad bagi mengelak penularan jangkitan.
Apapun anggapan dibuat, selesema babi bukan penyakit baru kerana ia dikesan sejak berpuluh tahun lalu. Kes selesema babi pada manusia mula direkod pada 1976 yang berlaku pada askar di Fort Dix, New Jersey, Amerika Syarikat. Virus itu menyebabkan jangkitan paru-paru atau pneumonia yang meragut satu nyawa dan empat lagi sakit teruk.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), selesema babi ialah penyakit saluran pernafasan pada babi yang disebabkan virus influenza jenis A.
Virus ini kebanyakannya dikesan pada babi, menyebabkan haiwan itu sakit teruk tetapi kadar kematian rendah.

Virus influenza pada babi boleh berubah-ubah. Apabila virus influenza daripada jenis lain menjangkiti babi, ia boleh menukar gen dan menjadi virus baru.
Pada masa ini ada empat jenis virus influenza jenis A yang diasingkan dari babi iaitu H1N1, H1N2, H3N2 dan H3N1. Bagaimanapun, jenis paling banyak ditemui ialah H1N1 dan H3N2.
Ledakan virus selesema babi biasanya berlaku pada penghujung musim luruh dan dingin kadangkala disebabkan kemasukan babi baru ke dalam kumpulan ternakan sedia ada. Di Amerika Syarikat, kajian menunjukkan 30 hingga 51 peratus populasi babi mempunyai antibodi yang menjadi bukti jangkitan H1N1.
Antibodi ini boleh terhasil daripada suntikan vaksin bagi mencegah selesema babi atau daripada jangkitan. Tiada kaedah boleh membezakan sama ada antibodi itu disebabkan tindak balas terhadap vaksin atau jangkitan virus.
Virus selesema babi H1N1 tidak sama dengan virus H1N1 yang menyerang manusia. Ia mempunyai komposisi antigen yang sangat berbeza.
Bagaimana selesema babi merebak? Babi yang dijangkiti virus mengalami gejala hidung berair, nampak letih, batuk dan tiada selera makan. Virus ini boleh dipindahkan secara sentuhan melalui lelehan cecair badan.
Apabila babi sangat sakit, cecair badannya mengandungi banyak virus dan sangat mudah menjangkiti. Biasanya virus selesema babi jarang menjangkiti manusia. Bagaimanapun, jangkitan pada manusia mula direkod pada 1976 di Fort Dix, New Jersey.
Malah, beberapa tahun kebelakangan ini CDC menerima secara purata satu kes selesema babi akibat pendedahan langsung kepada babi. Pada 1988, ledakan jangkitan selesema babi pada manusia berlaku di Wisconsin — di kalangan kakitangan kesihatan yang mendapat jangkitan daripada pesakit.
Orang yang bekerja di ladang ternak ayam, itik dan babi berisiko tinggi mendapat jangkitan jika haiwan ternakan itu membawa strain virus yang boleh menjangkiti manusia.
Yang membimbangkan ialah virus selesema babi ada keupayaan untuk berubah (mutasi) dengan mudah, yang membolehkan ia disebarkan daripada manusia ke manusia. Jenis ini bertanggungjawab terhadap ledakan kes selesema babi yang menjadi kebimbangan seluruh penduduk dunia kini.
Meskipun perlu berjaga-jaga, kita tidak perlu panik kerana Kementerian Kesihatan mengambil langkah pencegahan membabitkan 200,000 petugas iaitu doktor, jururawat, pegawai imigresen dan polis di 125 pintu masuk di seluruh negara. Kerajaan juga menyediakan ubat anti virus untuk dua juta orang seandainya berlaku jangkitan di negara ini.
Selain virus yang sering ditemui pada babi, kajian menunjukkan haiwan itu boleh membawa virus selesema manusia. Virus ini boleh bergabung, berubah dan menghasilkan virus baru yang mudah merebak di kalangan manusia.
Individu dijangkiti selesema babi mengalami gejala seperti jangkitan virus influenza lain iaitu demam, batuk, hidung berair, sakit kepala, sakit badan, menggigil, lemah dan hilang selera makan. Sesetengah pesakit turut mengalami muntah dan cirit-birit.
Jangkitan daripada manusia ke manusia boleh berlaku apabila individu dijangkiti batuk dan bersin dengan tidak menutup mulut. Partikel virus terapung di udara dan menjangkiti individu lain apabila orang itu menyedut udara mengandungi virus.
Jangkitan juga boleh berlaku jika seseorang menyentuh permukaan tercemar (virus yang terapung di udara akhirnya melekat pada permukaan objek) dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut.
Virus selesema babi paling mudah berjangkit dalam tempoh lima hari pertama selepas seseorang itu sakit. Individu paling berisiko ialah kanak-kanak kecil dan orang tua. Pada kanak-kanak, masa paling mudah berjangkit lebih lama iaitu sehingga 10 hari. Pengesanan boleh dilakukan dengan menghantar contoh air liur yang diambil dalam masa lima hari pertama untuk dianalisis.
Sehingga artikel ini ditulis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan selesema babi ke tahap lima mengikut carta amarannya. Tahap lima bermakna letusan jangkitan penyakit daripada manusia ke manusia membabitkan dua negara. Ia petanda penting akan berlakunya wabak penyakit selesema burung.

Langkah berjaga-jaga:
• Sentiasa dapatkan maklumat terkini melalui televisyen, akhbar atau Internet
• Tutup mulut dan hidung dengan tisu setiap kali anda batuk atau bersin. Buang tisu ke dalam tong sampah
• Basuh tangan sekerap mungkin dengan sabun dan air. Amalkan teknik mencuci tangan yang betul. Boleh juga gunakan cecair pencuci berasaskan alkohol; is mampu membunuh kuman di tangan dan tidak perlu dibilas
• Elak menyentuh mata, hidung atau mulut. Virus mudah merebak melalui laluan ini
• Berehat di rumah jika anda tidak sihat dan elak berada di tempat sesak
LINDUNGILAH DIRI DAN KELUARGA ANDA DARI SELESEMA BABI H1N1
4Life Transfer factor molekul ajaib adalah jawapan kepada permasalahan wabak yang melanda negara kita. Dengan mengambil transfer factor akan menambah ilmu kepada imun kita melawan serangan segala virus penyakit yang merbahaya. Transfer factor bertindak sebagai molekul pembawa maklumat halus yang memindahkan maklumat imun dari satu entiti ke satu entiti yang lain, seperti di antara ibu yang menyusukan bayi yang baru dilahirkan. Transfer factor terkandung di dalam kolostrum susu ibu (bagi mamalia) dan kuning telor (bagi burung dan reptilia).
Setiap manusia dan haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai-bagai jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan perosak dari luar yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Sistem imunlah yang bertindak sebagai benteng bagi melindungi kita dari musuh-musuh ini. Apabila musuh datang menyerang, gambaran rupa musuh akan disimpan dalam ingatan molekul halus yang diberi nama transfer factor. Transfer factor bertindak sebagai ‘kamera penyimpan maklumat’ rupabentuk musuh tersebut. Maklumat tersebutlah yang dirujuk sebagai “kecerdikan” transfer factor. Apabila musuh datang menyerang lagi, sistem imun mudah mengenali mereka. Apabila seseorang itu berpenyakit, itu menunjukkan bahawa sistem imunnya sudah tewas. Transfer factor akan mengejutkan sistem imun dari tidur dan merangsangnya untuk melawan mikro-organisma yang menyebabkan penyakit tersebut.
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan (prevention is better than cure), bertindak sekarang sebelum terlambat …. kerana H1N1 tidak mengenal mangsa, usia, ketika dan dimana kita berada …H1N1 meragut nyawa sekelip mata sangat merbahaya dari penyakit yang digeruni sebagai “silent killer” seperti barah, lukemia, SLE/lupus. Untuk mencegah atau merawat selesema babi, transfer factor plus adalah pilihan yang tepat dan terbaik.

August 4th, 2009
PENGACARA popular di Astro, Zainal Alam Kadir yang dipanggil Alam mengaku kepada Niezam (Utusan 2 Ogos 2009) dia terkena jangkitan penyakit influenza A (H1N1) . Kisahnya pada 1 Julai lalu dia bercuti ke Singapura selepas selesai melaksanakan satu program di Danga Bay, Johor Bahru.
Balik dari Singapura itu dia rasa badannya kurang sihat dan terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta. Bagaimanapun selepas rawatan itu, pihak hospital berkenaan meminta Alam untuk merujuk kesnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit itu.
Kata Alam dia ditempatkan di satu bilik khas hospital berkenaan selama tiga hari sebelum dibenarkan keluar untuk berehat di rumah selama seminggu.
Selepas sembuh penyakit itu, Alam memulakan tugasnya sebagai pengacara di Astro seperti biasa.
Menurut Alam, memang sakit terkena penyakit itu. Kepala berdenyut denyut dan badan pula macam bisa-bisa dicucuk jarum. “Kalau nak tahu macam mana sakit, bayangkan kita bedah tapak kaki, masukkan batu kemudian jahit semula dan kita berjalan guna kaki yang ada batu tadi. Macam itulah sakitnya,” kata Alam.
August 4th, 2009
Negara bukan sahaja telah melangkaui jumlah 1,000 pesakit selesema babi (Influenza A H1N1), malahan mencatatkan lapan kematian (sehingga 3 Ogos 2009).
Perkara pertama yang difikirkan adalah untuk menjauhkan diri dari ahli keluarga yang lain (kuarantin diri) sebelum mendapat pengesahan doktor sama ada cuma selesema biasa ataupun mungkin H1N1 . Keresahan memuncak bila melihatkan hidung anak yang masih kecil mula berhingus! Bermacam perkara difikirkan; baik, buruk, termasuk langkah kecemasan segera yang perlu diambil.
Namun, semuanya berlalu dengan selamat selepas dimaklumkan ia hanya selesema biasa. Bagaimanapun, bagi empat kematian pertama H1N1 negara, mereka bukan sahaja terlewat mengesan jangkitan, malahan terlewat mendapatkan rawatan.
Asas Kuarantin
Di seluruh dunia, jumlah jangkitan virus selesema babi menghampiri 200,000 dan tidak menunjukkan tanda akan berhenti meningkat. Jumlah kematian global pula hampir sama dengan jumlah pesakit di Malaysia.
Suasana penutupan pusat pengajian, sekolah, pejabat dan juga tempat awam juga semakin biasa kedengaran. Namun, rata-rata rakyat Malaysia kelihatan bersahaja menghadapinya, lebih-lebih lagi golongan pelajar (yang belum dijangkiti), kelihatan seronok dapat bercuti akibat proses kuarantin.
Walaupun kita diingatkan supaya tidak cemas menghadapi pandemik global ini, corak penularan mendadak menunjukkan masih banyak yang boleh dilakukan bagi mengekang penyebaran H1N1. Yang paling ketara adalah proses kuarantin diri mungkin kurang berkesan, terutamanya jika pesakit tidak mematuhi arahan pihak berkuasa.
Kuarantin atau pengasingan mereka yang menghidap penyakit bertujuan mengawal penularan penyakit berkenaan, terutamanya penyakit berjangkit yang mudah merebak seperti selesema. Buat masa ini, proses kuarantin merupakan pilihan terbaik bagi semua (yang sakit atau sihat), memandangkan kesukaran mendapatkan ubat antiviral dan juga ketiadaan vaksin (buat masa ini).
Selain pengasingan, mereka yang disahkan atau disyaki menghidap selesema babi perlu menjaga faktor kebersihan diri. Melihatkan tabiat orang ramai di tempat-tempat awam, bukanlah satu kejutan jika didapati ramai yang dikuarantin ini mengabaikan tahap kebersihan.
Bersin, batuk, meludah, mengelap hingus menggunakan tangan. Kesemua ini dapat menyebarkan virus Influenza A, sama ada terus kepada individu lain ataupun ke atas permukaan rata, seperti tombol pintu, permukaan meja ataupun permukaan peralatan harian lain.
Pinggan, sudu, cawan, baju serta kain yang digunakan pesakit berpotensi menyebarkan virus kepada orang lain. Oleh itu, langkah menjaga kebersihan tangan dan memakai alat perlindungan bersesuaian (terutamanya untuk mulut dan hidung) bagi yang sakit atau sihat, dapat mencegah virus disebarkan kepada orang lain.

Perlu diingatkan bahawa penyebaran virus dan kuman lain banyak berlaku bila tangan menyentuh mulut atau hidung. Lembapan pada hidung, mulut dan juga mata menjadi tempat yang sangat baik untuk virus serta kuman lain masuk ke dalam badan dan membiak.
Dan, jika seseorang sudah diletakkan di bawah kuarantin, sama dipantau ataupun kuarantin diri sendiri, pastikan anda tidak keluar ke tempat awam. Ini paling ditekankan jika pesakit pergi ke tempat tumpuan umum yang padat, seperti kedai makan, pasar raya atau tempat riadah.
Proaktif
Selepas penutupan berpuluh-puluh sekolah, universiti dan pusat latihan, kita mungkin perlu bersedia untuk penutupan, kuarantin dan pembersihan tempat kerja serta pusat tumpuan orang ramai pula. Seperti mana bandar Mexico mengambil tindakan kuarantin menyeluruh pusat bandarnya bagi mengawal penularan mendadak HIN1, situasi serupa menjadi antara kemungkinan kelak jika penularan virus tersebut masih gagal dikawal.
Kedai makan, panggung wayang, pasar raya dan lain-lain tempat tumpuan umum boleh menjadi pusat penyebaran virus jika tindakan awal seperti kuarantin diri dan amalan kebersihan asas diambil mudah.
Majikan juga perlu mengambil langkah proaktif, bukan sahaja mengelakkan risiko kesihatan kepada pekerja dengan mengelakkan tugasan ke tempat berisiko tinggi (kecuali amat perlu).
Pekerja yang menunjukkan gejala jangkitan pula perlu diberikan pengecualian segera untuk menjalani pemeriksaan, supaya sebarang masalah kesihatan dikesan dari peringkat awal.
Ini terutamanya untuk penyakit berjangkit, seperti denggi dan juga selesema yang mudah merebak, walaupun di tempat kerja. Pemeriksaan awal membolehkan rawatan diberikan segera!
Bagi yang banyak merantau di dalam atau luar negara (tugas atau melancong), pastikan tahap kesihatan diri sebelum, semasa dan selepas pulang. Ini bukan sahaja untuk menjaga kesihatan diri, malahan melindungi individu di sekitar kita.
Mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain, termasuklah penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti, masalah jantung, paru-paru, buah pinggang ataupun sedang hamil, fahami bahawa anda menghadapi risiko komplikasi lebih tinggi jika dijangkiti.
Seperti mana yang ditegaskan sebelum ini juga, jangan sesekali diambil mudah demam, mahupun selesema! Jalani ujian dan pemeriksaan segera bagi memastikan tiada ancaman terhadap diri dan keluarga, di samping mengelakkan penyebaran virus berbahaya kepada masyarakat umum.
Ingatlah, demam dan selesema itu menjadi isyarat asas badan sedang menentang jangkitan kuman atau penyakit. Mungkin selesema babi, mungkin demam denggi, atau mungkin juga bermacam jangkitan kuman berbahaya lain. Sehingga adanya vaksin untuk menentang penyakit berjangkit tersebut, pastikan langkah awal mencegah dipatuhi sewajarnya.
Tindakan pencegahan segera untuk menghindar pendamik H1N1 yang melanda negara kita adalah tidak lain dari meningkatkan imun diri menentang virus yang merbahaya ini dengan mengambil 4life transfer factor plus yang mampu bukan sahaja dalam mencegah tapi merawat kalau seseorng itu dijangkiti influenza A H1N1 dengan berkesan. Lindungi diri dan keluarga anda sebelum terlambat !!

MAKLUMAT SENARIO KESIHATAN TERKINI..

CATATAN INI DIPETIK DARIPADA LAMAN-LAMAN BLOG YANG TELAH SEDIA ADA SEGALA MAKLUMAN YANG DIPERLUKAN... KERANA KETIKA MENJELAJAH KE LAMAN MEREKA YANG BERILMU MAKA BERTEMULAH JUGA ILMU PENGETAHUAN YANG BANYAK... SEMOGA DAPAT DIKONGSIKAN BERSAMA...

http://myduit4u.blogspot.com/
May 6, 2009
Evolusi virus pandemik selesema
Perumah virus selesema dan penyebaran virus antara spesies haiwan.

Berdasarkan kajian sains, terdapat tiga jenis virus selesema iaitu jenis A, B dan C tetapi hanya virus selesema jenis A dan B yang menyebabkan wabak.
Selain manusia, virus selesema A juga menjangkiti babi, ayam dan kuda.
Bagaimanapun, hanya manusia boleh dijangkiti dengan virus selesema B dan C manakala virus selesema A dikelaskan mengikut subtip berdasarkan perbezaan antigen glikoprotein permukaan pada virus iaitu haemagglutinin (H) dan neuramidase (N).
Sehingga kini, sebanyak 16 subtip H (H1-H16) dan sembilan subtip N (N1-N9) telah pun dikenal pasti.

Menurut Timbalan Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Madya Dr Abdul Rahman Omar, secara teori, virus selesema A boleh dikelaskan kepada 144 subtip.
Katanya, ia terdiri daripada kombinasi berlainan H dan N yang berupaya untuk membentuk virus tertentu yang boleh menjangkiti pelbagai spesies unggas (avian) tetapi hanya jangkitan dari subtip
H5 dan H7 menyebabkan wabak highly pathogenic avian influenza (HPAI) seperti H5N1, H7N1 dan H7N7.
''Jangkitan virus selesema dalam babi yang kerap dijumpai adalah daripada virus selesema H1N1, H1N2 dan H3N2.
''Namun, virus selesema daripada subtip H1N7, H3N1, H4N6, H9N2, H5N2 dan H5N1 pernah ditemui di dalam babi yang diternak secara komersial," kata beliau.
Katanya, virus H1N1, H1N2 dan H3N2 yang ditemui pada babi di Eropah adalah berbeza dari segi genetik dan protein dengan virus yang dijumpai di Amerika Syarikat.
Berdasarkan maklumat yang sedia ada, virus selesema babi H1N1 yang ditemui di Mexico merupakan virus H1N1 yang unik yang belum pernah di temui sebelum ini.
Virus ini berupaya menyebabkan jangkitan berbahaya serta menyebabkan kematian dalam babi dan manusia yang dijangkiti.
Tidak seperti virus selesema burung H5N1 yang hanya boleh menjangkiti manusia menerusi haiwan terutamanya ayam yang dijangkiti dengan virus tersebut, jangkitan virus babi H1N1 ini berupaya merebak di antara manusia.
Ini membimbangkan ramai pihak kerana sekiranya virus ini berupaya merebak di antara manusia dengan efisien serta menyebabkan kematian pada kadar yang tinggi, ia boleh membawa kepada berlakunya pandemik yang dahsyat.
Namun, berdasarkan maklumat terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bertarikh 27 April 2009, jangkitan virus selesema babi H1N1 yang menyebabkan kematian dalam manusia hanya dilaporkan di Mexico yang mana lebih daripada 1500 kes jangkitan paru-paru telah pun dikesan dengan lebih daripada 80 kematian.
Namun, hanya 26 kes dikenal pasti akibat daripada virus selesema babi H1N1.
Ketika rencana ini ditulis, kesemua kes yang dilaporkan di Amerika Syarikat iaitu sebanyak 40 kes, empat kes di Kanada dan satu kes di Sepanyol menunjukkan jangkitan ringan dalam manusia.
Kebanyakan pesakit yang dijangkiti telah pun menunjukkan tanda-tanda akan sembuh daripada jangkitan tersebut.
Di dapati juga, tiada risiko jangkitan daripada memakan daging babi yang dimasak dengan betul dan juga produk babi.
Berdasarkan kepada laporan dan maklumat yang diterima, banyak maklumat penting berhubung dengan virus selesema babi H1N1 ini yang masih kurang jelas.
Contohnya, mengapa hanya jangkitan H1N1 dalam manusia di Mexico boleh menyebabkan kematian tetapi tidak di negara lain seperti di Amerika Syarikat dan Kanada.
Antara faktor yang boleh dikaitkan adalah mungkin virus selesema babi H1N1 di Mexico adalah lebih patogenik kerana Mexico merupakan kawasan pertama (epicenter) berlakunya wabak virus H1N1 dalam babi dan manusia.
Virus ini kemudian mengalami proses mutasi yang menyebabkannya keupayaan menyebabkan jangkitan berkurangan.
Perkara ini boleh terjadi kerana kita tidak pasti tarikh sebenar jangkitan selesema babi H1N1 mula-mula berlaku di Mexico.
Selain daripada perbezaan pada tahap patogenik virus H1N1, salah satu faktor yang mungkin menyumbang kepada kes kematian yang tinggi di Mexico adalah berpunca daripada jangkitan virus H1N1 ini menyebabkan penindasan pada sistem imun perumah yang dijangkiti. Ini diikuti dengan komplikasi jangkitan patogen lain seperti bakteria dan virus bukan selesema.
Namun, keupayaan virus selesema babi menyebabkan kematian dalam babi dan manusia dengan menyebabkan pengaktifan melampau sistem imun tidak boleh dinafikan. Ini memandangkan virus ini berupaya merebak dengan cepat dan membunuh manusia, dan kemungkinan menyebabkan pandemik.

Namun semua teori ini perlu dibuktikan melalui kajian terperinci jangkitan virus H1N1 dalam model haiwan eksperimen yang sesuai.
Adalah penting manusia yang terkena jangkiti virus H1N1 mendapat rawatan yang segera bagi memastikan jangkitannya tidak berpanjangan di samping sentiasa memastikan tahap kesihatan badan yang baik.
Terdapat vaksin selesema dari jenis virus selesema H1N1 yang boleh digunakan dalam babi.
Namun kajian yang lebih lanjut perlu dijalankan sebelum vaksin tersebut dapat digunakan pada babi bagi memastikan ia benar-benar dapat menghalang jangkitan virus tersebut dengan berkesan.
Mengenai penggunaan vaksin pada manusia, tiada vaksin yang berupaya menghalang jangkitan selesema babi H1N1.
Perkembangan dalam status jangkitan pada babi dan manusia pada masa yang terdekat ini adalah penting dalam menentukan sama ada virus H1N1 berupaya menyebabkan pandemik selesema dalam manusia yang merbahaya.
Langkah kawalan dan pemantauan perlu terus dilaksanakan oleh semua agensi yang relevan bagi memastikan manusia dan babi bebas daripada virus selesema H1N1. Kehadiran serentak virus H1N1 dari jenis manusia dan babi dalam perumah yang mudah terdedah boleh mencetuskan virus H1N1 baru yang lebih berbahaya dari virus H1N1 yang sedang menular di Mexico.



H1N1: 10 panduan kuarantin di rumah
Jun 27, 09 4:38pm
10 langkah yang perlu dilakukan semasa kuarantin di rumah seperti garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).
2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.
3. Amalkan kebersihan diri:
Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin.
Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.
Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah
Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan.
Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox - campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).
4. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).
5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.
6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.
7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.
8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.
9. Segera hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.
10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.